Sunday, February 28, 2010

Fairus join Umno utk dijadikan peluru..


"Aku muncul kembali dengan baju berwarna "Merah" dan bukan lagi "Biru Muda"..

Fairus keluar PKR masuk UMNO - Utusan Rasis
28/02/2010 10:46pm

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai UMNO. - Utusan Rasis

Agendadaily melaporkan..

"Antara sebab yang diberikannya ialah kesal dengan pendirian PKR berhubung isu pengunaan kalimah Allah serta hilang kepercayaan pada pimpinan PKR dalam memperjuangkan nasib Melayu dan agama".-28/2/2010


PKR's Fairus joins Umno -Malaysian Insider

Fairus had submitted his forms to Umno two weeks after the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) cleared him and seven other high-profile politicians for graft.
-sebahagian petikan dr MalaysianInsider


usinkata;...ini berita paling gembira...Ezam dh dpt kawan baru..

Seronoknya nanti dpt lihat belang "Fairus" yg sebenarnya...

Anai-Anai PKR dah masuk rumah Umno..bagusla....

Sah ..malam nie dh dicetak berita ini utk muka hadapan Utusan Rasis..hahahaha

Adakah ini harga yg perlu dibayar oleh Fairus setelah failnya ditutup oleh SPRM..?

Atau ada lagi "kerja" yg perlu dikerjakan oleh Fairus utk membuktikan bahawa kemasukan beliau ke dalam Umno adalah penuh keikhlasan...

Lim Guan Eng..siap sedia....Mansor jaga-jaga...Bro..dh reday dh ka..

BADUT 1MALAYSIA


Ada iras-iras BADUT 1MALAYSIA tak?..

Najib dan senyuman – Awang Selamat

Setakat ini, Najib sentiasa tenang dan sabar. Tidak pernah melatah meskipun berdepan isu-isu yang panas dan bergelora. Marahnya disulam dengan baik. Kecewanya tidak mudah tertonjol. Yang sentiasa tertampil adalah senyuman. Perilakunya sentiasa harmoni.

Awang mendapat banyak maklum balas daripada orang ramai yang gembira dengan keceriaan Najib terutama ketika turun padang bersama rakyat. Beliau sentiasa merendah diri. Tetapi dalam menghadapi asakan politik pembangkang, jangan ambil mudah Najib. Dalam senyuman, beliau melawan dengan bijak. Buku sudah bertemu ruas. – Petikan dari Mingguan Rasis Malaysia


usinkata;... Terus terang hati ini nak kata...hati ini langsung tidak mempercayai bahawa Najib seorang yg bijak berpolitik dan mempunyai PR yg baik utk bertemu rakyat..

Jika dilihat dari sejarah politik beliau sejak dari tercalonya menjadi Ahli Palimen paling muda ketika itu dan seterusnya menjadi Ahli Parlimen Pekan sehingga la sekarang..ternyata kelonjakan beliau naik meniti puncak hanya atas usaha org lain...

Politik Najib hanyalah ehsan dari pemimpin Umno yg inginkan legasi Tun Abdul Razak..jika beliau bukan anak Razak sudah tentu dia kini bukan PM Malaysia..

Kini beliau menjawat jawatan yg paling "panas"..segala tindak tanduknya menjadi perhatian..

Apakah yg beliau ada...lihatlah ucapanya..semuanya sudah siap tersedia..skrip sudah dibuat..

Lihatlah tindakan yg dibuatnya semua sudah difikirkan oleh org lain..bukan dirinya dan bukan datang dari lubuk hatinya..

Satu contoh perkara yg mg dtg dari hatinya..Usahawan Glokal..namun kini mana perginya usahawan Glokal...tiada satu usahawan glokal yg lahir..

Sekarang Najib sudah memukau rakyat Malaysia dengan 1Malaysia..jauh disudut hati ini bukan mantera yg datang dari hatinya..hanya mulut sj yg berkata-kata..

Sukar nak percaya anak bangsawan sanggup berpeluh dan merendah diri...dengan gaya hidup yg makan xjenuh..mewah..adakah akan ada" jiwa rakyat" didalam hatinya..

Kejiwaan Rakyat yg dipamerkan olehnya hanya bermula ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri ..itupun dibuat-buat...menyampah aku..

Dan kini sebagai Perdana Menteri Malaysia..lagila dibuat-buat..meluat aku..jangal langkah dan gaya yg dipertontonkan dengan slogan 1Malaysia..apatah lagi diapit dengan "Ros Rambut Keras"..lagi la pelik..

APCO dan Rosmah adalah hatinya..sementara Mahathir pula dilayan sekadar ingin mengambil hati..ye la..dh tua..nanti merajuk pulak..

Walaupun Rosmah berkali-kali menafikan dia kini yg mengambil peranan menjadi Perdana Menteri Malaysia..berjuta kali-kali jugak lah ramai yg mempercayainya...

Bolehlah diandaikan bahawa Rosmah adalah Mak Andam....manakala APCO adalah Jurusolek..

Najib hanya membiarkan dirinya diperlaku sepuas hati mereka ...bagi memenuhi tuntutan nafsu..

Dan kini mereka berdua berjaya mencipta " BADUT 1MALAYSIA" yg hanya senyum 24jam..

Saturday, February 27, 2010

Selamatkan PETRONAS utk Selamatkan Malaysia


Terima Kasih Tan Sri kerana tidak memberikan ruang utk Najib dan Lotus F1 Team ceduk dana Petronas..

Petronas Untuk Rakyat - Zaid Ibrahim
http://myzaidibrahim.com

Parlimen akan bersidang sekali lagi mulai pertengahan Mac ini. Salah satu perkara penting yang saya harap Ahli-Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat akan bangkitkan ialah memberitahu rakyat tentang tindakan Barisan Nasional yang menidakkan pembahagian hasil minyak dan gas di antara negeri dan Petronas. Isu ini bukan saja terbatas kepada hak-hak negeri seperti Kelantan terhadap hasil tersebut tetapi juga merangkumi soal pengurusan Petronas itu sendiri. Apakah pendirian pihak pengurusan Petronas dalam soal tuntutan negeri Kelantan? Petronas disebut sebagai syarikat bertaraf antarabangsa yang mempunyai pengurusan bertaraf dunia, yang tidak tunduk kepada telunjuk politik. Kalaulah ini benar, maka inilah masanya Petronas menunjukkan kebebasannya membuat keputusan. Tetapi mengapa Petronas diam membisu?

Hakikatnya, Petronas mesti tunduk kepada arahan Perdana Menteri. Inilah kuasa yang diberi kepada PM di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974. Tujuan asal dibuat begitu ialah supaya pengurusan Petronas tidak dipengaruhi oleh pihak politik yang lain seperti UMNO; maka sebab itulah arahan PM saja yang perlu diikut. Model pengurusan seperti ini yang juga sulit dalam banyak hal, sesuai pada masa Tun Razak tapi tidak wajar lagi di zaman anaknya kini. Jauh beza anak dengan bapa. Tun Razak mahu Petronas dijaga untuk kepentingan anak cucu rakyat Malaysia, bukan saja kepada kerajaan yang memerintah. Tun Razak tidak akan membenarkan orang orangnya mengambil kesempatan meraih untung dari Petronas. Dia juga tidak boros orangnya. Tapi anaknya jauh berbeza. Semasa Najib jadi Menteri Pertahanan, perbelanjaan Kementerian Pertahanan melambung 160 % di antara tahun 2001 dan 2008. Sejarah akan berulang kalau rakyat tidak berhati-hati. Rakyat bimbang dengan apa yang akan dibuatnya dengan Petronas.

Kesimpulannya, Hassan Merican sudah tidak ada lagi dalam Petronas. Sekurang-kurangnya dia dianggap CEO dan Presiden Petronas yang lebih bebas dan berkebolehan tinggi. Apa akan terjadi kepada Petronas sekarang? Siapakah yang ada dalam Badan Penasihat yang berani mempertahankan integriti pengurusan Petronas kalau PM sudah membuat arahan? Cara pengurusan dan kuasa luas PM dalam Akta 1974 itu sudah tidak sesuai lagi dalam keadaan sekarang. Dalam keadaan perniagaan global .Biarlah Petronas lebih bertanggung jawab, lebih telus dan lebih mementingkan generasi akan datang daripada kepentingan UMNO dan BN . Ini lah tuntutan politik naru tanah air.

Saya amat berharap supaya Ahli-Ahli Parlimen kita berjuang bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan Petronas dari bahaya akan datang; bahaya yang sedang dicipta oleh kepimpinan UMNO dan BN sekarang. Kita jangan lupa pesanan orang tua tua agar jangan pagar yang makan padi. Isu ini bukan sekadar untuk kepentingan Kelantan saja. Ia adalah untuk kepentingan semua rakyat Malaysia dan masa depan anak cucu kita.

usinkata;...membaca artikel dari Datuk Zaid Ibrahim ini mengingatkan hati ini dengan posting yg telah dipostingkan dulu iaitu mengenai pertembungan UMNO/BN dengan Petronas..http://apadianie.blogspot.com/2010/01/2010-umnobn-vs-pakatan-rakyat-petronas.html

Dan hati ini remuk sekali apabila mendapat tahu bahawa Petronas sememangnya dibawah telunjuk PM kerana sudah digazetkan didalam Akta Kemajuan Petroleum 1974..

Ketika posting yg lama itu ditulis Pengerusi Petronas masih dijawat oleh Tan Sri Hassan Merican dan daripada itu hati ini meramalkan Petronas tidak akan mengikut telunjuk 100% kepada PM..

Ini dapat dilihat apabila Petronas tidak menaja Lotus F1 Team yg dkatakan salah satu projek kebanggaan 1Malaysia gagasan Najib.

Namun begitu Petronas memberikan alasan yg begitu jelas kenapa Petronas tidak wajib menaja Lotus F1 Team tetapi menaja Mercedes GP

Maka hati ini..amat kuat utk mengatakan bahawa..penamatan kontrak Tan Sri Hassan Merican sebagai Pengersi Petronas adalah disebabkan beliau tidak sehaluan dengan wawasan Najib untuk menempatkan nama Pertonas dibelakang Lotus F1 Team menjadi Lotus Petronas F1 Team..

Rasa ini bukan punca utama penamatan kontrak Tan Sri Hassan...Najib rasanya sudah dapat menghidu kesulitan dan keperitan menjalankan pemerintahan BN keatas Malaysia sekiranya terdapat org seperti Tan Sri Hassan Merican didalam teraju Petronas...

Najib merasai Tan Sri Hassan Merican akan menentang beliau utk mendapatkan dana dari Petronas walaupun PM berkuasa penuh tetapi hujah dan alasan yg diberi oleh Tan Sri Hassan Merican utk menidakan hasrat Najib itu sangat-sangat benar dan mengikut logik akal serta tidak menyalahi undan-undang..

Ya Allah..Selamatkan Petronas dan Selamatkan Malaysia dari kejahatan "Firuan Lama dan Firaun Baru Malaysia ini "..

Friday, February 26, 2010

YB Zul ke UMNO/BN , YB Ku Li ke PKR/PR


Kau kesini aku kesitu..adil kan.!!

Mungkinkah sehari dua lagi akan berlaku satu pertukaran Ahli Parlimen antara BN dan PR..

Adakah ini boleh diertikan dengan penukaran suka sama suka atau merujuk kembali sistem barter yg diamalkan dizaman dahulu kala..

Produk PR
Kita sudah maklum bahawa didalam PR khususnya PKR terdapat seorang MP yg begitu menyesakan dada serta menyempitkan ruang pernafasan PKR serta PR..dan MP itu tidak lain tidak bukan YB Zulkifli Noordin MP Kulim Bandar Baharu...

Umum juga telah tahu bagaimana YB Zul ini berjaya menyesakan dada serta menyempitkan ruang pernafasan PKR dan segala keperitan yg dialami oleh PKR bakal diubati setelah kepulangan YB Zul dari Korea atasan urusan "misteri" yg memaksa untuk beliau hadiri

Maka dengan tindakan pemergian YB Zul ke Korea itu..PKR juga "terpaksa" "memaksa" Lembaga Displin PKR utk bersidang di awal mac ini dengan kewajiban YB Zul mesti turut serta setelah pulang dari Korea..

Dan ramai sudah meneka YB Zul bakal "dikeluarkan" dari padang politik PKR..namun sebelum tiupan wisel penamat yg ditiup oleh Lembaga Displin PKR..segala kemungkin boleh berlaku..samada "bebaskan" diri sendiri atau "dibebaskan" oleh PKR dengan bermaruah..



Produk BN
Isu royalti atau "cash payment" 5 % yg menjadi idaman Kerajaan Negeri Kelantan bukan sahaja memeningkan Kerajaan Pusat pimpinan Najib Razak tetapi turut sama menyebabkan UMNO bagaikan diluah mati anak ditelan mati bapak..

Segalanya berpunca dari keinginan Ketua Pembangkang dan juga pimpinan PR yg merasakan perlunya penglibatan KU Li utk menduduki kerusi Pengerusi Kaukus Royalti Minyak Negeri Kelantan..

Kepantasan degup jantung UMNO yg sudah tua itu diluar dari kebiasaan dan boleh mengundang serangan sakit jantung apabila mendapat berita bahawa Ku Li amat suka sekali serta bersetuju utk bersama-sama memperjuangkan Royalti Minyak buat rakyat negeri Kelantan..

Belum pun sempat reda degupan jantung yg luar biasa itu...UMNO turut diserang strok yg hampir melumpuhkan separuh badanya apabila menyaksikan Ku Li dengan wajah yg begitu manis berada disisi Menteri Besar Kelantan di sebuah ceramah yg dihadiri puluhan ribu rakyat Kelantan di Stadium keramat Sultan Muhamad ke 4 di Kota Bharu..memperjelaskan "Hak Rakyat Kelantan terhadap Royalti Minyak"..

Setelah itu..apabila Ku Li menyaksikan bahawa UMNO semakin parah maka diubatinya dengan lafaz bahawa beliau (Ku Li) masih lagi ingin menyambung hayat UMNO dengan kenyataan "Aku Masih Setia Kepada Perjuangan UMNO"..

Akujanji yg dilafazkan oleh Ku Li itu rasanya sukar ditelan tanpa rasa pahit oleh UMNO dengan mudah..

Ini kerana Ku Li adalah pengasas Semangat46 yg kuat memperjuangankan perjuangan UMNO sebelum ianya diharamkan...dan UMNO yg wujud sekarang adalah UMNO Mahathir...

Rasanya Ku Li amat arif bab-bab perjuangan Umno dulu dan Umno sekarang..

Dan keyakinan bahawa Ku Li setia dengan perjuangan UMNO lama dan bukan perjuangan Umno sekarang peninggalan Mahathir kepada Najib..



Akhirkata
Dengan akujanji Ku Li yg setia kepada perjuangan Umno wajarkah kita membayangkan bahawa Ku Li akan membakar akujanji itu dengan menyertai PKR setelah PKR dan PR sekali lagi menyaksikan Anwar ke Sungai Buloh..

Atau kita akan menyaksikan pertukaran yg penting tercatat buat sejarah Malaysia apabila penukaran MP diantara BN dan PR..

Ini kerana jika berlakunya penukaran suka sama suka ini ...boleh menyebabkan semua pihak baik PR dan BN boleh tidur lena sehari dua malam...

Kedua-dua pihak akan mendapat peluru buat menembak kembali....PR boleh gunakan Ku Li utk menikam BN dan BN boleh menggunakan YB Zul utk merejam PR..adil bukan..

Rasanya jika andaian ini benar-benar terjadi ia bukan sahaja mencatatkan sejarah politik Malaysia malah ia turut juga menyaksikan kemusnahan Umno secara drastik setelah musnah separuh apabila Anwar dinyah dari BN dan juga Umno...dan PR langsung tidak ada kesan dengan pemergian YB Zul..

Beranikah Umno mengambil risiko ini dengan merelakan kepergian Ku Li ....sama-sama kita saksikan ...dah tak lama dah..

NGO + BN = "NGOk -NGOk"


Ini buah nyok bukan "NGOk-NGOk"..

NGO sambut baik cadangan keahlian terus BN- utusan Rasis/Meloya

KUALA LUMPUR 26 Feb — Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik cadangan pemindaan perlembagaan Barisan Nasional (BN) bagi menerima individu, parti politik atau NGO yang menyokong BN menjadi ahlinya secara terus.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Ma”amor Osman berkata langkah itu tepat pada masanya dalam usaha memantap serta mengukuhkan kedudukan BN dalam landskap politik negara.

usinkata;.. huhuhu molek benar geng2 NGO "berkurap" ini memakai baju BN..bukan apa ianya utk melindungi kurap,panau dan kudis yg melata seluruh badan NGO2 ini..

Lagipon peruntukan utk 1Malaysia 1NGOk belum terusik lagi..so mana-mana NGO yg terawal join 1Malaysia 1NGOk dapat la melahap dulu "dana" tue..

MCA,MIC dan Gerakan...lu org tunggu apa lagi...pintu keluar semakin luas terbuka..lagi mau duduk dlm banglo tapi bilik tido dalam tandas ke...

NGO-NGO yg "NGOK" nie dh lama tunggu peluang ini...yg paling terliur sudah tentu Presiden Perkasa..."BULAN" pun dh mendung kat dia.."KERIS BERSILANG" pun dh pangkah dia..BULAN SABIT"..langsung tidak memandang...so inilah masanya utk dia..xdpt jadi Ahli Parlimen....dpt tercalon sebagai Adun pon ok baginya..

Tapi NGOk-NGOk nie xrisau ke..nanti kalau u all buat demo sudah tentu akan mendatangkan masalah buat BN..sudah tentu tindakan anda akan mendedahkan bahawa BN merestuinya atau mengarahkanya..

Sebab tue la MIC dan MCA sedang pikir cadangan ini...

Pikir apa lagi....cabut la..xkan nk duduk semeja dengan Berahim Rasis tue..

Naik atau Turun..pilih sendiri la mana mau


"Lu pikir la sendiri...mau turun ka atau mau naik itu "belakang" BN..atau lu mau "bebas" mcm katak yg berenang didalam air longkong..

YB Nibong Tebal mahu saman fitnah Guan Eng-Berita Hairan

BUTTERWORTH: Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bercadang menyaman Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenyataan mencemarkan imej serta namanya selaku wakil rakyat.

Tan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Berita Harian semalam, berkata: “Dia (Guan Eng) kata saya menyalahgunakan kuasa sebagai wakil rakyat, campur tangan dalam tender terbuka Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan menyebut saya tidak bersih. Saya akan menyaman Guan Eng kerana kenyataan yang dikeluarkannya itu.”

usinkata;....Hati ini menyokong penuh YB Nibong Tebal utk menyaman Lim Guan Eng..bukan apa ianya akan menyenangkan proses "nyah" dr PR khususnya PKR..
Sepatutnya YB Tan failkan saman sebelum mengadap Lembaga Displin PKR lagi bg mencontohi YB Zul..

Agaknya YB Tan sudah diberi kata dua oleh Lembaga Displin..maka dengan susah hatinya..mengadu YB Tan kepada Berita Hairan yg selama ini sudah diketahuinya "seekor biawak" berlidah bercabang 7...yg bestnya SMS pulak hahahhah..

Ternyata beliau sudah dipersimpangan..rasanya amat molek YB Tan lompat ke MCA atau Gerakan..join BN..bukan apa utk menyambung talian hayat politik dalam masa 2 tahun ini..kalau letak jawatan confirm xdpt pencen..susahla mcm nie kan..

Tapi rasanya MCA dan Gerakan pon xmau org macam u nie....

Rasanya u kena jumpa Mahaguru Setopa dari Gunung Katak laa..

PKR rasanya sudah berkata bahawa "Awak Tan Tee Beng..sudah tidak ada lagi tempat di dalam PKR..sila letak jawatan sebagai MP Nibung Tebal.."

Agaknya jika beliau leak jawatan..apakah akan ada sesuatu yg diberikan kepadanya sebagai tanda berterima kasih PKR..?

Sukar sekali beliau sanggup berudur tanpa ada "pertukaran" pengorbanan...

Thursday, February 25, 2010

Agendadaily buat aku konpius !


!!!nggggggg!!!!

Anih bila "The Riding MP " menyepi… - AgendaDaily

Hari ini sudah seminggu Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu ,Zulkifli Nordin menyepikan diri.Semua orang tahu beliau kini berada di Korea Selatan.

Beliau berlepas ke sana untuk menghadiri satu persidangan pada 16 Februari sejurus meledakan bom asap terhadap PKR tentang tarikh beliau dipanggil mengadap Jawatankuasa Disiplin parti itu.

Sejauh mana pun Korea Selatan, Zulkifli jarang menyepi begini.Paling tidak beliau akan bersuara menerusi laman blognya “ The Riding MP”.

Sewaktu menghadiri Persidangan Agung Bangsa-bangsa Bersatu di New York hujung tahun lalu beliau kerap update aktivitinya di sana.

Anihnya tidak kali ini.

Laman blognya ketika dilayari pagi Selasa sewaktu laporan ini ditulis masih kekal dengan postingnya pada 16 Februari memuatkan kenyataan akhbarnya mempertikaikan tarikh mengadap Jawatankuasa Disiplin parti itu.

Ada 114 komen pada posting itu dimana ada yang menyokong tindak tanduknya dan ada yang menghentam.

Apakah Zulkifli sudah patuh pada ‘ gag order’ yakni arahan tutup mulut yang dikenakan keatasnya sebelum mengadap Jawtankuasa Disiplin?

Beliau sebelum ini secara terbuka melanggarnya bukan saja dengan membuat beberapa kenyataan pada media malah muncul membelasah pakatan pembangkang dalam rancangan Soal Jawab di TV3.

Juga menjadi tandatanya apakah Zulkifli sudah jem apabila semua pimpinan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mereka tidak tahu menahu tentang pemergiannya ke Korea Selatan.

Kata mereka beliau ke sana bukan dihantar oleh parti.

Ia jauh bertentangan dengan kenyataan medianya pada 16 Februari yang secara terang menyebut: “ Saya agak hairan mengapa mereka memilih tarikh-tarikh tersebut sedangkan PKR mengetahui bahawa saya akan berada di Korea dalam tempoh tersebut menghadiri program International Leadership Conference bersama beberapa Ahli Parlimen lain.”


Ini pula kata Timbalan Presiden PKR ,Dr Syed Hussein Ali, “ Zulkifli pergi ke Korea atas urusan sendiri dan bukan dihantar oleh Parti. Parti tidak tahu-menahu tentang pemergian beliau. Beliau tidak pernah memberitahu Lembaga Disiplin mengenainya.”

Siapa yang berbohong di sini ?

Berasaskan seorang demi seorang pimpinan PKR kata mereka tidak tahu tentang pemergian Zulkifli ke Korea Selatan,pasti ada yang mengandaikan beliaulah yang berbohong.

Jika andaian itu benar…satu soalan yang pasti menjadi tandatanya kenapa beliau berbohong?

Melihat dari jalan ceritanya Zulkifli sudah mengambil langkah ‘ berani mati’ atau dalam istilah politik yang kerap digunakan ‘ sudah bakar jambatan’.

Malah dalam kenyataan ‘ tembak menembak’ antara pimpinan PKR dengan Zulkifli sendiri nadanya sudah macam ‘ tiada maaf bagimu’.

Dalam pendirian parti sendiri PKR tidak mungkin akan tunduk kepada pendirian tegas Zulkifli mengenai pengunaan kalimah Allah.

PKR kata tak salah dan YB Kulim Bandar Bharu ini tidak berganjak ia haram.

Bagaimana pula tentang dakwaannya DAP adalah ‘ duri dalam daging’ bagi pakatan pembangkang ?

Ada yang melihat tindakan Zulkifli membuat laporan polis terhadap rakan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dalam krisis mereka mengenai isu kalimah itu petanda beliau tidak akan berpatah balik lagi.

Sementara menanti kepulangan pada 25 Februari ini dan kemudianya mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR pada 1 Mac yakni tarikh baru yang ditetapkan untuknya teka teka terus berlegar tentang keputusan yang bakal muncul dari penghakiman keatasnya.

Zulkifli sebelum ini mendakwa pimpinan PKR sudah set untuk tendangnya dan mengadap Jawatankuasa Disiplin itu hanya syarat saja.

Sebagai orang lama dan pejuang asal parti itu beliau tentu lebih faham dengan mainan dalam parti itu.

Kenyataan kalangan pimpinan PKR sendiri sejak memuncaknya krisis ini jelas menampakan mereka sudah anggap beliau sebagai ‘ orang luar’.

Tinjauan rambang Agendadaily dikalangan pemerhati politik mendapati tidak ramai yang berani bertaruh Zulkifli akan kekal dalam PKR.

Ramai yang menilai babak-babak akhir ini dimana PKR tunjuk tolak ansur sanggup ubah tarikh mengadap Jawatankuasa Disiplin ke 1 Mac tidak lebih dari public relation untuk menunjukkan ia parti yang cukup toleran.

Manakala Zulkifli hanya menari ikut rentak dan irama saja.

Siapa tahu mungkin juga beliau merasa lebih ada kick disingkir secara rasmi dari parti berbanding berundur seperti rakan sejawatnya dari Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim...

usinkata;... emmmm..peliknya bila gerombolan ini xmenyokong YB Zul..????

Persoalan-Persoalan... didalam kepala hotak ni..?????

Heranya bila gerombolan ini tidak memberikan gambaran yg cantik-cantik dan indah-indah buat YB Zul...????

Aduiiii !! Konpius-konpius ????

Apa Agenda Agendadaily nie..????

Lemahnya pemikiran aku skrg nie..

Alamak YB..diaorg macam xsudi saja kat YB..rasanya YB kena jumpa Mahaguru Setopa la minta air tawar kat dia,..

Saman; "Tebu Hitam" dan PKR masuk gelanggang


Tebu Hitam tue sama kaler ngan Jamberi tak?..Sama tapi xserupa..kikikiki..!!

Zambry fail saman RM100 juta terhadap Wan Azizah- Malaysiakini

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung artikel yang disiarkan oleh akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.

PKR Pertahan Diri Di Mahkamah-SuaraKeadilan

Parti Keadilan Rakyat akan mempertahankan pendirian berhubung saman yang difailkan terhadap Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan tiga pihak lain oleh Menteri Besar "Mahkamah" Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


usinkata;... Alamak..diaorg tak takut la Jamberi..rasanya diaorg ada bukti kukuh..sebab tue diaorg berani nk jumpa u kat Mahkamah..walaupun diaorg tau Mahkamah tue u punya "kandang"..kan u lahir kat sana sbg MB Perak...

Cik Jamberi..we all tau la taktik u tue...apasal amik masa lama sangat nk failkan saman..agaknya baru dpt ilham dr Nek Karun kot..hhehehhe..

We all tau sangat la taktik korang nie....proses utk mahkamah dengar kes u n PKR nie sure makan masa bertahun2 punya..silap-silap u pun dh xwujud dlm arus perdana politik Malaysia nie...sbb tue la Nek Karun n Datuk Nazak benarkan u nk failkan saman..

Nanti bila kes u nak didengarkan di mahkamah..sure diaorg dh lupakan u..

so.. pandai2 la jaga diri..kalah ka menang ka..diaorg dh xpeduli..

Kalau u menang ok la..dpt RM100 Juta..kalau u kalah..mana u nak korek duit bayar ganti rugi..ingat ..time tue u dh xda apa-apa lagi..MB Perak..huh!..mimpi la..Adun ..huh!..tok sah berangan la..

u xsedar ke.. u tue umpama "tebu hitam" jer..sekarang manis la utk dikunyah..dh abis manis ..u dah jadi "sepah"..so..tempat paling ideal utk "sepah" mcm u nie kat "tong sampah" la jawabnya..

Kesian kat u la Jamberi..very-very kesian...umur u dlm politik hanya tinggal 2 tahun ja lagi..sampai masa PRU 13..politik u akan dikuburkan oleh Umno/Bn sendiri tau..bukan PR..ingat-ingat..

Wednesday, February 24, 2010

Mission Imposible for Abg Sarjan.."clear" the engine


"Abg Sarjan..pengarah Hollywood nk interview abg..diaorg nk buat cita Mission Impossible 5.. sekuel terbaru.." Clear the Engine"

Kehilangan Enjin Jet TUDM, Mustahil Hanya Dua Individu Terlibat- TvSelangor.com

Jawatankuasa Kira-kira Awam hari ini melawat gudang TUDM di Sungai Besi Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambaran bagaimana dua enjin itu diseludup ke luar Negara.
Seorang ahli jawatankuasa menolak pendirian kerajaan bahawa hanya dua orang terbabit dalam melenyapkan aset pertahanan Negara itu.
" Saya fikir mereka tahu siapa yang terlibat, mereka ialah satu kumpulan. Ada antara mereka menunggu d i luar kem. Mereka bergerak dalam bentuk kumpulan kerana tempat tersebut besar.. Ia sebuah kompleks," ujar Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.
Menurut Seng Giaw, rumusan itu diputuskan oleh ahli jawatankuasa PAC pagi tadi setelah mengadakan lawatan kira-kira 4 jam ke MATRA 1.

Sehingga 6 Januari lalu, hanya seorang anggota berpangkat sarjan dan seorang pengarah syarikat sahaja didakwa terlibat kehilangan enjin terbabit.

usinkata;...Rasanya jangan terkejut dgn apa yg telah terjadi...bukan 2 org tapi mesti ramai..segerombolan utk buat kerja suci murni ini..

Namun apa yg dihairankan..siasatan sudah dibuat dari pihak tentera ke polis ke Peguam Negara..semuanya setuju utk mendakwa 2 mamat..seorang berpangkat sarjan..

Adakah PAC cuba merendah-rendahkan pihak Tentera,Polis dan Peguam Negara..

Ish bahaya nie..jika PAC pon sangsi dengan kerja yg dilakukan oleh Tentera,Polis dan Peguam Negara..macam mana mereka ini boleh berada dibarisan hadapan negara..

Lagi satu yg menjadi kemuyskilan..betapa hebatnya seorang Sarjan dapat menggarahkan satu kumpulan/segerombolan utk melenyapkan enjin jet dari sebuah kompleks..mmg sah dia nie berdarah Sarjan Hassan ...hebat-hebat..

Ok..PAC sudah melawat..dan dh buat rumusan....maka Pihak Tentera,Polis dan Peguam Negara diharap dapat buat tindakan "TANGKAPAN TERBARU"utk mengheret malaun-malaun yg bersekongkol mencuri enjin jet ini..

Jika masih kekal dengan 2 tangkapan..maka runtuhlah kepercayaan rakyat buat sekian kalinya lagi..sampai bila nk berdolak dalik lagi..sampai bila nk pusing memusing..sampai bila nk mereka cerita lagi...sampai bila..sampai bila..

Kami bukan bodoh...

Gerombolan Tua /Otai yg ,masih bernafsu "Serakah"


Contoh Tua/Otai Keladi...makin tua makin "menjadi"/"terjadi"/"nak menjadi "

Muyhiddin nafi tak senada konsep 1Malaysia- Berita Hairan

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan Lim Kit Siang kononnya beliau berbeza pendapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai konsep 1Malaysia adalah mengarut dan sengaja mahu melaga-lagakan pemimpin kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, parti pembangkang sudah kehabisan isu sehingga Lim membuat kenyataan beliau dan Perdana Menteri kelihatan tidak senada dalam konsep 1Malaysia.

usinkata;....Apa yg dicetuskan oleh Lim Kita Siang memmang ada asasnya..

Namun hati ini tidak merasakan bahawa Muhyidin hanya tidak senada dengan 1Malaysia yg dipopularkan oleh Najib..

Padahal banyak perkara yg tidak selari antara beliau dan Najib mengikut kepala hotak ini..

Hati ini awal-awal lagi sudah merasakan kehilangan tempo dan larinya picthing yg diterjemahkan oleh Muhyidin dalam nyanyian bersama Najib sejak dua menjak ini..

Ini dapat dilihat kepada beberapa isu yg menggegarkan Malaysia dan pernah hati ini postingkan mengenainya..sila rujuk ;- http://apadianie.blogspot.com/2009/12/muncung-mig29-cucuk-pungkoq-najib.html

Apabila Muhyidin sudah membuka mulut utk menidakan kenyataan Lim Kita Siang ini menarik minat MSO utk menulisnya..jangan kita lupa..MSO menjadi perakam sejarah kejatuhan Anwar Ibrahim didalam UMNO sehingga dicaci dan dihina..oleh itu bagi hati ini..getaran penulisan MSO sudah membayangkan pepecahan yg bakal meruntuhkan gandingan regu pilihan Dr M iaitu Najib+Muhyidin..sila rujuk ini;-http://msomelayu.blogspot.com/2010/02/betulkah-muhyiddin-dan-najib-sudah.html

Tidak perlu memikirkan apakah bentuknya perpecahan yg bakal dialami oleh gandingan N&M itu..

Hati ini suka sekali utk melihat langkah pepecahan ini juga melibatkan Ku Li yg difahamkan mewakili ahli veteran Umno dan juga pemimpin lama/otai didalam Umno.

Firasat yg berbau kuat dari geluk jampi pak belalang mengatakan Ku Li dan Muhyidin sudah mendapat restu atau signal utk menggerakan satu gerak kerja menjatuhkan Najib...restu dan signal itu datang dr veteran Umno dan juga pemimpin otai didalam Umno..

Tetapi ada satu detik didalam hati mengatakan Dr M juga turut terlibat dlm usaha murni ini..apabila Dr M sendri dpt merasakan bahawa pengaruh Rosmah terlalu kuat menentang kehendak Dr M yg cuba membentuk Najib sbg kerbaunya...

Dan ..AWAS !!! buat Najib+Rosmah..anda sekarang berdepan dengan gerombolan tua/otai yg masih lagi mempunyai nafsu serakah..

Kerajaan Langit Untungkan MAS RM610 Juta?


MAS dapat untung RM610 Juta dari pernerbangan dari Malaysia ke Kerajaan Langit tau !!!

MAS diminta jelaskan untung RM610 juta- HarakahDaily

“Bagaimana MAS boleh memperoleh untung pada suku tahun keempat RM610 juta sedangkan Tengku Azmil menjelaskan bahawa MAS mengalami kerugian disebabkan kos operasi sebanyak RM628 juta pada suku sebelumnya pada 31 Disember tahun lalu,”
- Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub

Sekiranya keuntungan tersebut adalah ‘keuntungan atas kertas’ semata-mata, Salahuddin menyifatkan pengumumman Azmil tersebut sekadar untuk menutup kelemahan MAS, selaku salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang banyak menerima subsidi dari kerajaan yang juga wang rakyat.

usinkata; ...Kenyataan MAS ini langsung tidak mengejutkan..kerana..pemimpin negara pon 2x5..

Adakah MAS juga nk ikut langkah CIMB yg mengumukan untung berjuta-juta..

Jangan lupa..CIMB mmg untung berkoyan-koyan..adik Najib yg pegang CIMB tue..siap dh jadi org ke 40 terkaya di Malaysia..so tidak hairanlah saham CIMB menyucuk naik dan mencatatkan keuntungan berganda...

MAS ini apa ada...sapa lu..adik Rosmah ke ?..adik JJ ke...?...abg kepada Nasir Safar ke..?

Semua org di Malaysia nie dh naik Air Asia la...sebab tue bos dia bole buat projek F1..sanggup nk beli kelab bolasepak EPL..ini menandakan Air Asia lebih untung dari MAS..

MAS ini ingat dapat duit dari langit kot..dari AyahPin...Kerajaan Langit.

Please..Please..Berkata Benarlah Jangan Menipu


Janganlah Tan Sri ikuti jejak Najib lagi..biar dia terjun dengan labu-labu Rosnya itu...biarkan !!!

Pemulihan Ekonomi Retorik Politik - TvSelangor.com

Pakar ekomoni, Charles Santiago mempersoal kesahihan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kononnya Malaysia telah pulih dari kemelesetan ekonomi.

Semalam Najib dan Zeti dalam sidang media berasingan menyatakan, kononnya Malaysia telah pulih daripada kemelesetan global berikutan prestasi suku keempat 2009 lebih baik daripada jangkaan.

“Kedua-dua Tan Sri Zeti dan Perdana Menteri tidak memberikan apa-apa angka pemulihan ini telah berlaku. Apa yang kita baca dari akhbar-akhbar ekonomi bahawa pelabur-pelabur asing tidak begitu minat untuk melabur di Malaysia kerana daya saing telah jatuh dan sekarang bersaing berdasarkan kepada upah rendah dengan Vietnam dan Kemboja, malah Indonesia telah memintas Malaysia.

“Sebenarnya daripada tahun lalu, kita dapati pelabur asing dan dalam negara telah keluarkan pelaburan mereka ke luar negara ini menunjukkan ekonomi parah, sebab itu saya mengatakan bahwa penganalisa dan sebagainya akan tunggu angka yang akan dikeluarkan esok menunjukan benarkah ekonomi Malaysia telah pulih semula,”katanya.
- Pakar Ekonomi Charles Santiago

usinkata;....hati ini terasa sayu sekali apabila mendapati Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti sanggup juga bersekongkol dengan Najib utk cuba menipu rakyat Malaysia dengan kenyataan yg tidak masuk akal dan seterusnya meruntuhkan taraf profesionalnya dimata rakyat..

Kenyataan Tan Sri Zet sebelum ini dilihat profesional dan berdasarkan fakta dan angka mengenai ekonomi negara..

Namun hingga detik ini hati ini tidak mahu menaruh syak wasangka kepada Tan Sri Zeti bahawa Tab Sri Zeti juga sudah "dipegang" oleh Najib melalui apa jua skandal atau salah laku..

Diharap Tan Sri Zeti dapat memperbaiki mutu ke-profesional yg dimiliki oleh Tan Sri melalui tindak tanduk yg berdasarkan angka dan fakta serta tanpa dilihat dipengaruhi oleh "kuasa pemerintah"..

Bila pulak Anwar jadi Agen India nie !!!


Jangan tertipu lagi...dengan gambar ini..ok

Editor The Sunday Guardian kecam Institusi kehakiman Malaysia -TVSelangor.com

KUALA LUMPUR : Selepas Ahli Parlimen Australia dan Senat Amerika Syarikat, kini editor The Sunday Guardian, MJ Akbar pula menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ada yang tidak kena.

Penulis buku 'Kashmir: Behind the Vail', 'Riot after Riot' dan 'India: The Siege Within' itu melabel demikian berdasarkan pengamatan, selain berkongsi maklumat dengan media dan peguam.

"Seperti yang kita perhatikan, perbicaraan ini tampak begitu rompong. Perbicaraan ini penuh dengan kesilapan. Pada pandangan saya, saya tidak menyangkal hanya perbicaraan yang adil dapat melengkapkan segalanya," - MJ Akbar

usinkata;..aduyaii...kini Anwar nak jadi agen India pulak...

Macam mana bole jadi macam ni....bukan ka Najib dh pi India baru-baru nie..xkan xdapat sokongan dr sana..

Cerita punya la meriah sambutan Najib kat sana..alih-alih ada mamat mana xtau yg sokong Anwar dr India..

Rasanya Najib silap tempat melawat laa..dia melawat ditempat dimana ramai warga India berketurunan Tamil..

Mamat yg sokong Anwar ini berada ditempat lokasi Pentadbiran India iaitu di New Dehli dan juga seorang edior akhbar berpengaruh kat sana..

Dah sah..geng-geng miskin dan golongan kurang terpelajar di India bolelah nk tipu..kat Delhi sana sori laaa..diaorg lebih cerdik dari MIC dan PPP di Malaysia...tidak lupa juga kepada Makkal Sakhti...

So buat warga India di Malaysia yg tidak dikelaskan mengikut kasta ...ini adalah masa terbaik untuk menilai kembali sokongan anda kepada Najib/BN...jangan biarkan anda di perdaya seperti mana Najib dan gerombolanya memperdaya warga India(Tamil) di Chennai..

Pesta "Bakar" Utusan Rasis


Jadikan acara "bakar" Utusan Rasis ini sebagai "acara Bulanan"di setiap Parlimen PR..

Acara ‘bakar’ Utusan Malaysia esok ( hari ni) - EraPakatan.com

KUALA LUMPUR : Program Ceramah 'Selamatkan Malaysia' akan mengumpulkan pemimpin PR pada esok, 24 Februari, kira-kira jam 9 malam.

Erapakatan.com juga dimaklumkan yang upacara 'membakar' akhbar Utusan Malaysia dan bahan penerbitan lain yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia akan diadakan pada program itu.

Upacara 'membakar Utusan Malaysia' itu dilaporkan akan diketuai oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia sebagai tanda protes terhadap liputan Utusan Malaysia yang dikatakan berat sebelah dan pro-kerajaan.

usinkata;..ish ish ish..xpayah la bakar..nanti bertambah panas pulak suhu di Malaysia nie..biar pun ianya dibakar dimalam hari..huhuhu

Adalah lebih baik disedekahkan helai akhbar itu kepada para peniaga nasi lemak...buat balut nasi lemak..huhuhu.

Nak lagi bestkan..buat pesta "bakar" Utusan sebagai pesta bulanan...buat disemua bahagian Parlimen PR..

Nak lagi best...suruh gerombolan tue buat report polis atas sebab PR nk buat pembakaran terbuka yg boleh mendatangkan bahaya jerubu di Malaysia..huhhu

Dan yg paling bestkan...ajak sekali FRU beramai-ramai datang ke pesta bakar akhabar Utusan..baru meriah sikit..selepas bakar jadi jerubu pastu turun hujan asid..huhuhu..

Barulah Pesta "Bakar" Utusan Malaysia ini akan tercatat didalam Kalender Pelancongan Malaysia...sure satu dunia akan hadir dan melancong..kan untung..

Monday, February 22, 2010

"Cermin" buat Guan Eng


"Bagi hati ini..Tuan Subky ini umpama perakam sejarah yg masih hidup.."

Selangkah - oleh Subky Abdul Latif
Adakah Guan Eng tidak cerdik?

Saya tidak bercadang untuk berkata apa-apa kepada pengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang,Lm Guan Eng.
Apakah dia diktaor,caubinis,dan berfikiran komunis,maka terserah kepada pengkritik seperti Datuk Seri Zahrain dan lain-lain untuk membuktikanya.Saya tidak bercadang untuk mengulas niat dan motifnya serta apa yg mendorong mereka berkata begitu.Sama seperti saya tidak berminat untuk mengulas MP Kulim Bandar Baru yang saya rasa kenal.
Saya tidak bercadang untuk mengata betul atau tidak Guan Eng diktator,caubinis dan berfikiran komunis.
Apa yang saya hendak berhatikan adakah dia seorang yg cerdik sebagai ahli politik yg berpotensi?
Ketika saya belum nampak siapa pelapis Ustaz Abdul Hadi Awang dalam PAS dan siapa bakal menggantikan Anwar Ibrahim dalam PKR,saya melihat Lim Guan Eng adalah pemimpin pelapis yang jelas bagi DAP.Dia sudah mengambil tempat bapanya,Lim Kit Siang.Kit Siang boleh pergi sekarang dan DAP sudah ada pemimpin yg otoritatif.
Ketika Lim Kit Siang teragak-agakuntuk menerima Adun PAS dan Nizar Jamaluddin mengetuai kerajaan campuran DAP,PKR dan PAS di Perak setelah BN kalah,Guan ENg percaya berdiri teguhdibelakang DAP Perak menyokong pencalonan Nizar sebagai Menteri Besar.
Sikap Guan Eng itu mengubah senario politik DAP hingga menjadi regu PAS yang payah dipecah dan sukar untuk memikirkan keduanya boleh berpecah dalam waktu yg ada.
Walaupun ramai yang menharapkan ia pecah dan mengira PAS dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat seperti tidur sebantal mimpi lain-lain,saya hanya berani berkata,mereka mahu sama-sama hidup dan mati sahaja kubur lain-lain kubur.
Guan Eng adalah jelas boleh jadi ahli politik Pakatan yang penting hingga 30 tahun lagi kiranya usianya dan kesihatanya tidak terganggu.Dari Pas dan PKR tentunya juga ada tetapi kia tidak tahu siapa yang menjadi regunya 30 tahun nanti.
Saya tidak meramalkan dia boleh jadi Perdana Menteri satu hari nanti,teta[i saya tidak menolak dia boleh bercita-cita begitu dan berusaha mencapai kedudukan yang tinggi dalam politik Malaysia,bukan sekadar seorang pemimpin berwibawa DAP saja.
Kalau Lee Kuan Yew semasa dalam Malaysia dulu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri bukan Melayu,maka Guan Eng juga tidak salah untuk bercita-cita begitu.
Perlembagaan Malaysia dan semangat umum 1Malaysia yang dimajukan oleh Perdana Menteri Najib tidak menghalang dan melarang mana-mana rakyat untuk menjadi Perdana Menteri .Yang tidak tertarik malah amat meluat,ialah sentimen perkauman Melayu yang meluap-luap.
Tetapi pengaruh perkauman seperti itu 30 tahun nanti tidak diketahui sekuat mana.Adakah ia seperti daun lalang atau seperti air didaun keladi saja?
Jadi apa yang memungkinkan Guan Eng untuk mencapai hasrat sebagai seorang pemimpin Malaysia yg berwibawa dan berpotensi?
Sekuat mana pun caubanis Cinanya,dia idak akan sampai ke mana.Dia boleh berakhir seperti kedudukan Dr Lim Chong Eu,sekadar ketau Menteri Pulau Pinang,tidak lebih dari itu.Atau dia sebagai apa yg dicapai oleh bapanya sekarang,seorang tokoh pembangkang dan pemimpin bagi satu kaum iaitu kaum Cina.
Karpal Singh dan anaknya dihormati sebagai peguam dan pembangkang yg lantang dan berani,tetapi tidak mudah baginya menjadi negarawan yg diterima oleh semua.Pencapaianya mungkin menyamai mendiang DR Seenivasagam yg mengasaskan PPP dulu.
Orang Cina paling pintar di Asia ialah Lee Kuan Yew,Dia naik di Singapura atas sokongan semua kaum termasuk Melayu.Tetapi semasa di Malaysia dia tidak membaca realiti dan pengaruh Melayu dan Umno.Ketika Melayu solid dibelakang Umno,dia tidak menjadikan diri pemimpin kepada semua kaum tetapi lebih tertonjol sebagai pemimpin masyarakat Cina.
Sepintar mana pun,sebaik mana pun pemerintahannya,sekuat mana pun usahanya membasmi rasuah,dia dilhat sebagai juara masayarakat Cina.Dan sampai mati dia tidak diberi pandangan kedua oleh masyarakat Melayu.Maka dia gagal menjadi org yg dpt diterima oleh semua di Malaysia.
Gara-gara politiknya itu,menyulitkan DAP pimpinan Kit Siang untuk meraih sokongan org Melayu.
Tetapi keadaan berubah.Apa pun Melayu yg menyokong PAS dan penyokong PKR mulai ada pandangan kedua terhadap Lim Kit Siang,malah anaknya Guan Eng boleh menampilkan perhatian positif org Melayu terhadapnya.
Tidak usah kita ramalkan dia layak menjadi Perdana Menteri Malaysia ,tetapi dia ada pendekatan yg boleh mencapai kedudukan seorang pemimpin yg menarik semua .
Pendekatanya tentang isu Islam dalam pentadbiranya di Pulau Pinang menarik perhatian.Dia tidak sekadar memberikan peruntukan,tetapi dia mahu berkongsi fikiran bagaimana melonjakan kemajuan perkembangan Islam sebagai satu elemen dalam kehidupan beragama dan masyarakat.
Apakah dia akan mampu mencapai sesuatu yg lebih dair pencapaian bapanya,bergantung kepada pimpinan bagi menjadikan dirinya bukan sekadar seorang tokoh politik Cina tetapi seorang yg disenangi ole semua termasuk orang Melayu.
Dia mahu jadi macam Lee Kuan Yew tetapi dia tentu tidak mahu menerima nasib sepertinya,tidak ada tempat dalam hati org Melayu.
Apabila dia memahami semua realiti politik di Malaysia semasanya dan di zamanya,maka sudah tentu dia mengambil berat membina imej yg realistik sebagai pemimpin bukan Melayu yg mendapat tempat dan kedudukan dalam hati org Melayu dan org islam,
Dalam apa keadaan org Melayu dan org Islam itu tidak boleh dibuang ke laut.Mereka ada dan menjadi sebahagian rakyat Malaysia penting.Apabila Guan Eng memahami semua masalah itu dan dia sudah mengambil langkah-langkah bagi mendekat masyarakat Melayu dan Islam.maka tentulah dia berusaha mengelakan perkara-perkara yg boleh melarikan org Melayu dan org islam daripadanya.
Dia tentu tidak berpuashati dengan keadaan DAP yg dilihat sbg parti Cina.Dia membuka partinya kepada semua dan mahu melihat ramai orang Melayu menjadi anggota partinya.
Bagi mencapai kedudukan itu bodohlah dia kalau dia menonjolkan sikap caubinis Cina dan berfikiran komunis dalam masa komunis hancur di semua sarangnya.
Ciri diktator itu mungkin ada pada setiap pemimpin termasuk pemmpin demokrasi itu sendiri.Tony Blair itu seorang demokrasi tetapi habis org yg rapat denganya dicantasnya dalam kerajaannya dulu.Sikap itu ada diktaktornya tetapi tidaklah dibangsakan dia diktator.
Dalam dunia terbuka dan bebas,diktator tidak boleh hidup.Guan Eng tidak dilihat bijak jika dia menjadi Ketua Menteri yg diktator.Sikap itu merugikan dia.
Maka saya dapat memikirkan Guan Eng yg ada potensi sebagai pemimpin dalam era perubahan,sanggup melakukan tindakan merugikan dirinya dan politik yg dipimpinya.Apa yg terjadi adalah cabaran dan ujian kepada pimpinanya.tentu dia tidak mengulangi kgagalan Lee Kuan Yew dalam kontek politik Malaysia.
Lainlah di Singapura.

usinkata;...Artikel ini diambil dari Siasah Bil 0188 21-27 Feb 2010

GST; Tolong Tolak Sama-Sama


"Tolong Sama-Sama Tolak Menatang Haramjadah ini "!!!!!

PR: GST Tindas Rakyat, Wajib Ditolak

Kerajaan Pakatan Rakyat mencapai kata sepakat menolak perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh Kerajaan Persekutuan kerana ia membebankan rakyat bawahan.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyatakan bantahan terhadap GST dalam mesyuarat jawatankuasa Parlimen, 24 Februari depan.

GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan keatas pelbagai produk tempatan dan antarabangsa, serta perkhidmatan dan barangan.

GST adalah cukai yang dikenakan keatas setiap lapisan satu-satu produk, dari bahan mentah sehingga ke barangan siap.

GST memberi kesan keatas segenap lapisan perniagaan dan semua pengguna. Dalam erti kata lain, pengguna dikenakan cukai untuk setiap barangan, produk dan perkhidmatan.

"Cukai tambahan ini membebankan rakyat, dan merumitkan lagi situasi ekonomi hari ini dengan penyelewengan dan kebocoran yang masih berleluasa," tegas Anwar.

Anwar turut mengumumkan kerajaan Selangor akan menganjurkan forum menerangkan implikasi GST terhadap rakyat.

FITNAH ANWAR:..Alamak...Terkantoi sudah !!!!



Malas nk komen link kepada milosuam dn baca sendiri..dan jangan lupa forwdkan link ini kepada rakan-rakan,sana saudara,..jiran-jiran..dn tak lupa juga kepada ahli UMNO serta BN..

http://milosuam.blogspot.com/2010/02/bukti-papagomo-kaki-fitnah.html

Sunday, February 21, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa


Hikayat Merong Mahawangsa ke 25 buah negara

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Walaupun hanya lapan minit daripada satu jam 50 minit sedutan aksi-aksi menarik filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) ditayangkan ketika di European Film Market, Berlin, baru-baru ini, ia telah berjaya menarik sebanyak 25 buah negara untuk mendapatkan hak pengedaran filem tersebut.

Filem epik terbitan KRU Studios arahan Yusri Abdul Halim itu berjaya menarik minat sejumlah pembeli antarabangsa semasa berlangsungnya program pasaran filem dari 11 Februari hingga hari ini walaupun filem itu belum selesai proses produksinya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, antara negara yang bersetuju untuk membeli hak pengedaran filem HMM ialah United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan negara Asia Barat.

"Saya amat bersyukur kerana walaupun HMM masih dalam proses pasca produksi namun ia telah mendapat sambutan di luar negara. Kami menjangka permintaan akan bertambah apabila dipromosikan di program pasaran filem antarabangsa yang lain kelak.

"Setakat ini, jumlah penjualan HMM kepada 25 buah negara ini sudah mencapai jutaan ringgit dan ia belum termasuk jumlah keuntungan apabila filem ini ditayangkan kelak. Ini menjadikan HMM terbitan tempatan paling berjaya dari segi penjualan antarabangsa setakat ini.



"Namun, untuk pasaran luar negara, HMM ditukar tajuk menjadi The Malay Chronicles dan terpulang kepada negara tersebut untuk mengekalkan bahasa yang digunakan atau dialih bahasa," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

HMM yang menjalankan pengambaran dari Jun hingga Ogos tahun lalu dijangka siap pada Jun ini.

Filem epik yang menelan kos penerbitan RM8 juta ini akan turut terlibat dengan promosi pada program pasaran filem antarabangsa lain seperti Hong Kong Film Market, Cannes Film Festival dan American Film Market kelak.

Menurut Norman, dia yakin HMM akan terus mendapat sambutan dan meningkatkan lagi penjualan di negara-negara lain sehingga mencapai 50 hingga 60 buah negara yang membelinya.

usinkata;...Sebagai anak Kedah sudah tentu rasa bangga dan teruja apabila Cerita Hikayat Merong Mahawangsa ini bakal mendapat perhatian dunia menerusi idea kreatif KRU yg membawa Hikayat Rakyat Kedah ini ke dalam filem..
Secara tidak langsung dapat mempromosikan Kedah dan seterusnya Malaysia dimata dunia...
Jauh disudut hati betapa indahnya jika UNESCO dapat mengesan sesuatu yg tersembunyi dibumi Kedah nie...

Selamat Pengantin Baru Budin


Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda, 50, dan Zabarina, 28, dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Daerah Timur Laut, Mansor Taib dan disaksikan Abd Rahman Hashim dan Abd Salam SK Meera dengan mas kahwin RM1,001 serba satu dan sebentuk cincin.

usinkata;...Tahniah Budin...Selamat Pengantin Baru..Semoga kekal hingga ke akhir hayat..bertuahnya badan dapat bini baru..lawa pulak tue..muda lagi hheheh..tahniah-tahniah..

Sapa kata lelaki berusia 50 tahun tak laku..piraaahhhh !!!..Ini Budin sudah buktikan kat hampa semua...tau..!!!

Meh tengok GST dibogelkan..


"Ala...janganla..nanti malu la i.....i kan projek 1Malaysia"

Pejabat MB Selangor Anjur Forum GST

Forum Awam "Implikasi Cukai GST Kepada Rakyat" anjuran Pejabat Menteri Besar Selangor akan diadakan pada hari Rabu 24 Februari 2010 di Auditorium MBSA, Shah Alam pukul 8:00 malam.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyampaikan ucapan alu-aluan manakala ADUN Sri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad akan bertindak sebagai moderator forum.
Panelis termasuk Menteri Besar, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ahli Parlimen K
uala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor Rafizi Ramli,

Masuk adalah percuma.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi 03-5544-7017 atau saifullahzulkifli@gmail.co

Saturday, February 20, 2010

Sikit-sikit...Lama-lama jadi "SAKIT"..!!


"Bukit..kalau dikorek sikit-sikit..lama-lama boleh runtuh tau...haaa!!!! kan dan runtuh..sengaja cari "sakit" laaa...

Rizab Bank Negara RM322.1 Bilion Pada 12 Feb

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia turun sedikit kepada RM322.1 bilion (AS$96.9 bilion) pada 12 Februari daripada RM332.2 bilion (US$97 bilion) pada 29 Januari.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 9 bulan import tertangguh dan 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan Jumaat.

Rizab antarabangsa kasar terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$87.3 bilion), kedudukan Rizab IMF (AS$400 juta), hak pengeluaran khas (AS$2.1 bilion), emas (AS$1.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$5.8 bilion).

usinkata;...Ini data yg dikeluarkan utk dari bulan Januari - Febuari..dah susut 0.1 billion..
Mari kita tengok utk bulan Mac pula..adakah penurunan dalam trend yg sama atau lagi teruk hingga mencapai angkan 1 billion..

Ini bukan cerita sikit-sikit lama-lama jadi bukit..ini sikit-sikit lama-lama jadi "sakit"...

Tak percaya..Tak mengapa..potong-potong dah jadi macam budaya kerajaan UBN under Najib sekarang nie..

Adakah idea Model Ekonomi Baru dapat menambahkan kembali Rizab Antarabangsa atau Rizab ini akan dikorek untuk menampung Rizab Di Dalam Negara ....

Eh!! ada ke Rizab DiDalam Negara...apa cerita Rizab tue ek !!!..naik ka..?..turun ka...?.... susut ka.. ?...mengembang ka...?

Cerita la sikit Bank Negara...

AWAS !! ..Gula-gula cap GST


"AWAS !..Kita akan disogokan dengan warna warni gula-gula GST..".

GST: Manfaat serta-merta - Utusan Rasis/Meloya
Oleh THOMAS CHONG
bisnes@utusan.com.my

PUTRAJAYA 19 Feb. - Rakyat dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, antaranya rakyat hanya perlu membayar GST empat peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.

usinkata;...dulu jangan makan banyak gula..nanti dapat mcm-mcm penyakit..gula adalah penyebab kedatangan penyakit 3 serangkai..gula cukup merbahaya..sebab itu la harga gulakena naik utk tidak menggalakan rakyat tidak menikmati terlalu banyak gula..
Kerajaan begitu perihatin kesihatan rakyat Malaysia...

Sekali utk GST punya pasal..rakyat "digula-gulakan" pula dengan kenikmatan untuk menikmati makanan di restoran makanan segera..

Aduuyaii....nak bagitau...semua org tau bahawa makanan segera itulah penyebab obesiti..kalau dh saiz badan mcm cik Mah..sudah tentu byk kolestrol..sudah tentu saluran sana sumbat sempit..datanglah penyakit jantung..darah tinggi.

Lagi satu..sekarang pon harga makanan di restoran makana segera punya la mahal gila..!!..belanja sorang makan saja dah dekat rm15....kalau GST "dihalalkan"..alahai ciput ja harga makanan segera itu akan turun..

Tak percaya...Tak mengapa..apa yang penting..jangan termakan "gula-gula" GST..lebih baik dari makan gula kerana .....GST lebih bahaya dari gula..

Poootong !..Potong-potong..Poootong !


" Lepas nie.. kalau dh mcm-mcm peruntukan kakitangan kerajaan dipotong..hari-hari makan roti looo...tapi..harga roti pon dh naik nie.. aduyaiii !!!!

Kementerian nafi tiada peruntukan sambutan Hari Guru - Berita Haprak

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menafikan dakwaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa tiada peruntukan disediakan bagi sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang, 16 Mei depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, menegaskan dakwaan itu tidak benar, sebaliknya beberapa ratus ribu ringgit akan diperuntukkan bagi memastikan perayaan kali ini tetap berlangsung seperti sambutan sebelumnya, walaupun kementerian menghadapi kekangan bajet pada tahun ini.

usinkata;....huhuhu..beberatus ribu ringgit ye!!..huhuhu..elok rasanya buat majlis baca doa selamat pon cukuplah...kan nk jimat...

Kesian kat cikgu-cikgi kita...majlis penghargaan buat golongan mulia ini hanyalah setahun sekali..

1Malaysia punya pasal..habis semua peruntukan yg sebelum ini dinikmati oleh semua pihak terpaksa dipotong atau dimansuhkan terus..

Rasanya ramai yg tak terkejut betapa macam-macam benda yg dipotong oleh Kerajaan UBN sejak dua menjak ini..

Kerajaan kini mengalami krisis kewangan..namun masih lagi mendabik dada bahawa Malaysia masih berada dilandasan yg betul utk pulih dari krisis ini..

Namun dengan pelbagai pemotongan peruntukan disana sini sudah cukup membuktikan dan meyakin semua pihak..Kerajaan sedang bergelut dan berhempas pulas utk keluar dari masalah krisis ini..

Semua patut tahu..apakah puncanya Malaysia masih lagi belum dapat mencari jalan keluar dari masalah in....Model Ekonomi Baru yg bakal dicanangkan tidak lama lagi oleh Najib..tidak akan dapat menghasilkan sesuatu yg positif secara drastik utk mempercepatkan Malaysia keluar dari krisis ini..

Semunya kerana para pelabur asing tidak dapat melabur akibat dari ketidakpercayaan kepada sistem perundangan/kehakiman dan keselamatan di Malaysia yg dilanda masalah sejak dari 1998 lagi..

Tak percaya..tak mengapa...apa yang penting pemotongan tetap akan berlaku dan alasan utk berjimat cermat ...hahhahaha....menggelikan bulu ketiak saja..

Berani ke Cik MahJib nak naik "NURI" ?

Muhyidin pon guna "menatang" nie...Najib nk guna "NURI"..sori sket !!..Muhyidin tue TPM..Najib nie PM..mana bole lawan tokey !!



Kalau nampak Heli yg ada cap DSA atau SAZ bagitau kita cepat2 ok.!!

Najib lakukan lawatan dua hari ke Sarawak Isnin ini - Berita Hairan

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Sarawak bermula Isnin ini.

Kenyataan media Jabatan Penerangan Sarawak hari ini berkata Najib yang akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dijangka tiba di sini dari Kuala Lumpur pada lewat malam Ahad.

Jadual padat beliau dijangka bermula pada Isnin dengan menaiki helikopter ke Rumah Juliana, Kamidan Jaya, Awik di Saratok bagi merasmikan projek bekalan elektrik luar bandar, sebelum menghadiri majlis serupa di rumah panjang Iban, Rumah Radin di Lachau Ulu dekat Sri Aman.

usinkata;....dulu Muhyidin terbang ke Manek Urai dengan helikopter dan ada pihak mendakwa "beg-beg misteri" turut diterbangkan sama..

Namun begitu jika diteliti..helikopter yg membawa Muhyidin itu ternyata bukanya "Nuri"..entah apa nama pon xpasti..

Dan diharap Najib n Rosmah sudi menggunakan "Nuri" utk kesana sini di Sarawak isnin ini..bukan apa..saranan ini utk menjimatkan penggunaan duit kerajaan..

Yela..xpayah la nak sewa-sewa helikopter mana-mana company yg menawarkan perkhidmatan Helikopter ni..nanti xpasai2 ada lak kutu yg dok korek rahsia perhubungan antara compay tersebut dengan Najib atau Cik Mah..

Nanti timbul pulak pasal komisyen la..projek bawah meja la..huhuhu..xmau dh nak dengar cerita-ceriti yg sebegitu..

"Nuri" kan sudah ada..kan jimat kos..ok lagi pa "Nuri"..huhuhu..

Lagi satu..kalau nk naik "Nuri"..Cik Mah tak payah naik la..huhuhu..bukan apa takut ada cerita-ceriti yg xsedap didengar..

Dua Tiga hari lepas dh dengar Kapal Selam xleh nk selam..so..esok atau lusa xmau la pulak nk dengar "Nuri" xleh nk terbang.....al-maklum lahh..xxxxxLLLLL punya size..huhuhu..

Emm..harap sangat ada mana-mana pihak tengok Heli jenis apa yg akan digunakan oleh Najib d Sarawak nanti..apa yg pasti bukan "Nuri" yg akan jadi pilihan..

Jangan akan ada Heli dari "King AP SAZ@DSA" sudah la..

Sunday, February 14, 2010

Kamus Quran Paling Lengkap



"Arabic-English Dictionary of Quranic Usage", Kamus Quran Paling Lengkap
Saturday, 13 February 2010 14:11

Al-Quran sering disalahpahami orang Barat yag tidak berbahasa Arab. Untuk itu diperlukan alat bantu yang baik untuk memahaminya, antara lain berupa kamus

Hidayatullah.com--Dalam kunjungannya ke International Quran News Agency Selasa (9/2), Profesor Muhammad Abdul Halim mengatakan bahwa "Arabic-English Dictionary of Quranic Usage" adalah kamus yang unik. Karena didalamnya ditekankan mengenai peranan konteks untuk menentukan arti dari setiap kata yang terletak dalam ayat-ayat Quran yang berbeda.

"Penerjemah Al-Quran atau peneliti sering kali mengeluarkan kata-kata dari konteksnya, sehingga kerap menyebabkan terjadinya kesalahpahaman dan misinterpretasi," katanya Abdul Halim.

"Apa yang membuat saya mulai mengerjakan pekerjaan ini adalah, adanya persepsi yang tidak benar terhadap Islam di sebagain kalangan Barat, sehingga menyebabkan salah pengertian. Karena mereka mengambil makna dalam ayat Quran keluar dari konteksnya," paparnya.

Selama kunjungan, profesor studi Islam di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universitas London itu mengatakan, media seperti IQNA dapat berperan mempromosikan bahasa Al-Quran di dunia, khususnya di kalangan non-Muslim dan masyarakat Barat.

Ia juga menghimbau dilakukannya kerjasama antara IQNA dengan Pusat Studi Islam di SOAS.

Profesor Muhammad Abdul Halim merupakan salah satu pemenang tahun ini di ajang Book of the Year Award tingkat internasional, untuk karyanya "Arabic-English Dictionary of Quranic Usage". [di/iqna/www.hidayatullah.com]

Perarakan Maulidur Rasul Bidaah ?


"Tengok DAP...nk hentikan perarakan Maulidur Rasul yg sudah menjadi tradisi..betul aku tak "bohong"..aku baca dalam "Utusan Meloya" tau.." - "UMNO cap ayam"

PAS: Perarakan Maulidur Rasul bukan wajib, Umno politikkan isu
Oleh Mohd Zuharman MalaysianInsider

KOTA BARU, Feb 14 – Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, perarakan sambutan Maulidur Rasul bukan perkara berwajib bahkan boleh dianggap sebagai perbuatan bidaah jika acara itu sahaja diutamakan.

“Tuduhan pentadbiran Lim Guan Eng sebagai anti-Islam itu saya tidak tahu, apa yang menarik perhatian saya di sebalik haru-biru situasi di Pulau Pinang dalam persoalan ini ialah Umno seolah-olah dilihat cuba mengutamakan perarakan.

“Besarnya sambutan hari Maulidur Rasul bukan pada perarakan. Nabi sendiri tidak pernah menuntut umatnya supaya berbuat begitu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang juga selaku pelapis kepada golongan ulama PAS Kelantan memberitahu manfaat sebenar lagi mendalam akan diterima umat Islam menerusi penghayatan sejarah Maulidur Rasul itu sendiri dan ia sebenarnya yang menjadi tuntutan Islam, bukannya perarakan semata-mata.

“Malangnya bagi Umno jika hanya asyik membesar-besarkan perarakan daripada penghayatan, ini menunjukkan betapa cetek fahaman Umno tentang keagamaan.

“Tidak tahulah saya takut-takut Umno sengaja hendak mempolitikkan perkara itu setelah mendapati Lim cuba membatalkan upacara yang dianggap telah menjadi amalan tradisi di kalangan sesetengah masyarakat Islam,” katanya.

usinkata;...kan dah kata..Serban Kecil pon dh pupus didalam UMNO..mana la ada ustaz ka..ulama ka..yg nk bagi ceramah atau kuliah tentang kefahaman yg lebih mendalam mengenai agam islam kepada gerombolan rasis nie..

Sebab tue pemimpin mereka cakap macam xda gigi..lidah keras..suka-suki hati mereka asalkan ianya dapat memeuaskan tuntutan nafsu mereka..

Macam nie TGNA dan TGHD nk duduk semeja utk berbincang mengenai agama islam..huhuhu..soori la..TGNA ngan TGHD ajak2 ayam ja..


Saturday, February 13, 2010

"Setinggi-Tinggi Tahniah" jika kosongkan MP Kulim Bandar Baharu dan keluar PKR


Terima kasih buat YB jika sudi....sudi-sudikanlahh !!!
Tochey !!! Tochey !!!

MP Zul: ‘Saya ada opsyen untuk keluar PKR’ - Malaysian Isider

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengakui “mempertimbangkan opsyen” untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika gagal untuk meyakinkan kepimpinan parti itu termasuk susulan nasibnya yang bakal ditentukan lembaga disiplin, dijangka diketahui menjelang akhir bulan ini.

usinkata;..hati ini suka sekali jika YB Zul ingin benar meninggalkan PKR dengan segera..
Bukan apa..ini akan lebih memudahkan keraja semua pihak..

YB Zul boleh meneruskan agenda perjuangan YB tanpa perlu terikat kepada mana-mana pihak..

Dan PKR juga senang sekali utk meneruskan perjuangan mereka tanpa perlu menjaga mana-mana pihak dalaman yg bermasalah..

Apabila Yb berkata bahawa YB hanyalah bidan terjun utk mewakili Kulim Bandar Baharu..maka dengan itu amat moleklah YB letak jawatan dan biar rakyat disana memilih utk memastikan PR masih relevan disitu atau kembali kepada BN..

YB juga berkata bahawa YB mengejar jawatan..oleh itu molek dan baik sekali untuk YB kosongkan MP Kulim Bandar Baharu dan YB boleh meneruskan kerja YB sebagai Peguam dengan berkesan..

Jika YB sanggup meninggalkan PKR dan kosongkan MP Kulim Bandar Baharu..saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009