Wednesday, July 8, 2009

MuhyidinKata Vs UsinKata ; Isu PPSMI Dimansuhkan


MY Kata; "Saya memberitahu Tun Dr Mahathir bahawa jika polisi ini diteruskan kita bimbang ia akan memberi kesan yang tidak begitu baik kepada pelajar."

usinkata; Inilah tafsir aku utk semua kenyataan MY ini...

usintafsir"Saya memberitahu Tun Dr Mahathir bahawa jika polisi ini diteruskan kita bimbang ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada UMNO"...

MY Kata;"Kita terangkan kepada Tun (Dr Mahathir) mengenai keupayaan guru yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris."Kita juga beritahu terdapat jurang yang besar di kalangan murid sekolah kebangsaan dengan murid sekolah bukan kebangsaan," katanya.

usintafsir;"Kita terangkan kepada Tun (Dr Mahathir) mengenai keupayaan pemimpin UMNO yang tidak fasih dalam bahasa politik."Kita juga beritahu terdapat jurang yang besar di kalangan orang Melayu yang menyokong UMNO dan org melayu yg menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau, yang juga timbalan pengerusi BN, menafikan keputusan memansuhkan polisi itu bertujuan menguatkan BN dalam pilihanraya kecil Manek Urai, Selasa depan.

MY Kata; "Ini bukan keputusan untuk kepentingan politik tetapi untuk masa depan anak-anak kita."

usinkata; "Ini memang keputusan untuk kepentingan politik utk Manik Urai dan juga untuk masa depan UMNO..

No comments:

Post a Comment