Sunday, November 22, 2009

Awang Adek;Duit Hasil Judi Untuk Kebajikan Rakyat..?



Dalam masa tidak sampai setahun Perdana Menteri baru, Dato’ Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan, sebanyak 3 lesen judi baru telah dikeluarkan.

Jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Awang Adek yang berkata, pendapatan dari aktiviti perjudian digunakan untuk kebajikan rakyat, telah ditolak dan ditentang oleh wakil-wakil bukan Melayu dan bukan Islam.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata demikian, mendedahkan perbahasan di parlimen baru-baru ini, ketika berucap dalam ceramah sempena perasmian pejabat PKR Cabang Kuala Nerus, di Taman Desa Solehah, Jalan Kelantan.


”Dunia betul-betul sudah terbalik sekarang, orang Melayu Islam Umno luluskan judi, wakil-wakil bukan Melayu, bukan Islam menentang,”ujarnya.

Beliau turut mencabar, dimanakah golongan Ustaz-ustaz dalam Umno yang tidak berkata apa-apa atas tindakan kerajaan, meluluskan lessen-lesen judi baru itu, dan meningkatkan aktiviti ‘haram’ tersebut.

sumber;BuletinOnline