Monday, December 14, 2009

Anak Kedah membawa Malaysia ke puncak...



Dikesempatan ini..saya ingin mengucakan tahniah buat seluruh pasukan bolasepak Malaysia yang berjaya menumbangkan Loas dihalama sendiri mereka dengan keputusan 3-1..
Saya yang mengikuti keseluruhan siaran secara lanngsung di kaca tv amat berpuas hati dengan persembahan yang dipersembahkan oleh barisan anak buah K.Rajagopal..
Apa membuatkan saya berasa terharu dan amat bangga sekali ialah apabila gol 1 dan gol 2 dijaringkan oleh anak Kedah iaitu Baddrol Bakthiar..
Sesungguhnya malam kemenangan ini milik Baddrol..
Diharap Malaysia dapat mempersembahkan permainan yang lebih cemerlang untuk menghadapi Vietnam di final nanti..

Tahniah buat Malaysia...Malaysia Boleh !!!!!!!!!!!!