Saturday, February 13, 2010

"Setinggi-Tinggi Tahniah" jika kosongkan MP Kulim Bandar Baharu dan keluar PKR


Terima kasih buat YB jika sudi....sudi-sudikanlahh !!!
Tochey !!! Tochey !!!

MP Zul: ‘Saya ada opsyen untuk keluar PKR’ - Malaysian Isider

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengakui “mempertimbangkan opsyen” untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika gagal untuk meyakinkan kepimpinan parti itu termasuk susulan nasibnya yang bakal ditentukan lembaga disiplin, dijangka diketahui menjelang akhir bulan ini.

usinkata;..hati ini suka sekali jika YB Zul ingin benar meninggalkan PKR dengan segera..
Bukan apa..ini akan lebih memudahkan keraja semua pihak..

YB Zul boleh meneruskan agenda perjuangan YB tanpa perlu terikat kepada mana-mana pihak..

Dan PKR juga senang sekali utk meneruskan perjuangan mereka tanpa perlu menjaga mana-mana pihak dalaman yg bermasalah..

Apabila Yb berkata bahawa YB hanyalah bidan terjun utk mewakili Kulim Bandar Baharu..maka dengan itu amat moleklah YB letak jawatan dan biar rakyat disana memilih utk memastikan PR masih relevan disitu atau kembali kepada BN..

YB juga berkata bahawa YB mengejar jawatan..oleh itu molek dan baik sekali untuk YB kosongkan MP Kulim Bandar Baharu dan YB boleh meneruskan kerja YB sebagai Peguam dengan berkesan..

Jika YB sanggup meninggalkan PKR dan kosongkan MP Kulim Bandar Baharu..saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB..

No comments:

Post a Comment