
*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh utaraonline pada Khamis 30/04/09

Emak; "Macam mana meniaga sekarang ini..mana mai buah durian nie..?"
Peniaga; "La nie harap nak untung tue xbanyak dah..boleh cukup-cukup makan saja..buah nie mai dari selama perak...."
Emak; "Pasai pa pulak..?"
Peniaga; "Ya la..la nie banyak kilang-kilang dok buang orang..org yang kena buang tue la nie meniaga pula kat pasar malam..habis tue sapa yg nak mai beli...org yg meniaga lebi ramai dari yg membeli...cuba tengok buah nie..sekilo 6 ringgit...org dah xmau tengok dah..depa dok tengok buah yg sekilo 3 ringgit..padahal bukan depa xtau yang buah tue xberapa elok..tapi dah gawat2 mcm nie terpaksa la jugak sebab nk merasa buah durian..yang buah sekilo 6 ringgit nie kalau dah tak laku alamat lama2 buruk la...buang untung saja laa...boleh la setakat nk "makan"..nk untung mcm dulu susah dah...makcik pon beli sebiji ja.dulu mesti beli 2 3 biji...betoi dak.."
Emak; ?????????????????????????????..(dia senyum ja laa..)
Emak: "Makcik nie dah tua..kena la beringat sikit bila makan durian..dah xbole nk makan macam dulu.."..balas mak aku sambil berlalu...
Berdasarkan dialog diatas cuba la risik2 kat peniaga pasar malam ditempat anda..adakah senario begini menular disana....
"Sertai UMNO? Ibrahim Ali buat keputusan JUN ini.."
Begitulah salah satu tajuk akhbar online mstar.com.my pada 25 April 2009 yg melaporkan dimana Ahli Parlimen Pasir Mas itu akan membuat satu konvensyen khas pada 6 JUN ini..
"Jika mereka (pengundi Pasir Mas) mahu saya masuk parti Umno atau PAS saya akan mempertimbangkan opsyen berkenaan demi kebaikan mereka (pengundi)," katanya.
Pendapat peribadi saya kepada ahli-ahli Pas Pasir Mas janganlah "terkena patuk ular didalam lubang yang sama" lagi..biarlah ahli UMNO dan penyokong-penyokongnya memberi opsyen utk beliau "rujuk" sekali lagi dengan UMNO..
"YES...PAS FOR ALL BUT NOT TO IBRAHIM ALI..!!!!!!!!"
Sebenarnya Ibrahim Ali dah terliur dengan melihatkan bekas "BOS"nya dah rejoin UMNO...so utk menunjukan beliau adalah "PENGAMPU TERHEBAT"..sudah semestinya beliau ingin membantu bekas "BOS"nya menajamkan kuku dan mencengkam Kabinet One Malaysia seterusnya meletakan Malaysia dihujung kuku bekas "BOS"nya kembali..
"AWAS !!!!!"..berbahaya org ini jika senang lenang didalam PAS....silap hari bulan akan ada pula golongan pro-ibrahim ali dan golongan anti-ibrahim ali didalam Muktamar yg akan datang ini...sudah tentu media pro-BN/UMNO yg dikepalai Utusan Meloya akan menimbulkan isu ini dah seterusnya mencanangkan perpecahan didalam PAS...
Jaga-jaga nooo!!!...
- TOWARDS MENTAL EXCELLENT-
27 & 28 APRIL 2009.........TIME; 9.30AM - 4.30PM
LOCATION ; POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH KULIM KEDAH....
ACTIVITY; MENSA IQ TEST,PUBLIC TALKS,TRANSFORMATION CORNER,WORKSHOP,EXHIBITION,PROMOTION & SALES,MIND GAMES....
FREE ADMISSION.............
usin kata; aku dapat flyer ini kat masjid POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH KULIM semasa balik dari sembahyang jumaat...tolong sebarkan ok....
*artikel ini terpilih utk disiarkan oleh kedahlanie.blogspot,detikdaily & utaraonline pada Khamis 23/04/09
Sedikit sejarah mengenai ASM..ianya dilancarkan pada 20 April 2000..berikut adalah perfomance ASM pada tahun 2006 hingga 2008..
2006=6.75 Net Distribution per unit (sen)
2007=6.80 Net Distribution per unit (sen)
2008=7.80 Net Distribution per unit (sen)
Source: Extracted from annual reports of Amanah Saham Malaysia which were audited by an independent certified ..http://asnb.com.my/english/asm
Disebabkan oleh prestasi yg memberangsangkan tidaklah begitu menghairankan kenapa kaum cina begitu berminat dan sememangnya menunggu utk merebut saham tersebut..
Namun begitu mengikut laporan Utusan Malaysia..daripada 1.665 bilion unit baru yang ditawarkan kepada bumiputera, hanya 7.65 juta sahaja berjaya dijual ....
persoalan disini mengapa senario sebegini terjadi kepada kaum Bumiputera/Melayu ?..adakah promosi yang dijalankan oleh PNB tidak berkesan menarik perhatian Bumiputera utk melanggan ASM..namun begitu semasa pelancaran terbaru di Johor baru-baru ini boleh dikatakan peratusan pengunjung yg hadir majoritinya Bumiputera/Melayu...adakah Bumiputera/Melayu ini hanya berminat utk menghadiri majlis pelancaranya sahaja kerana terdapat berbagai-bagai aktiviti yg dijalankan oleh pihak penganjur dari berminat utk melanggan saham-saham yang ditawarkan kepada mereka...?
Apa yg bermain difikiran saya..apakah punca-puncanya kaum Bumiputera/Melayu tidak mempunyai "nafsu" utk merebut saham ASM..disini ingin saya lontarkan pendapat peribadi yg berlegar difikiran sebaik sahaja habis membaca akhbar Utusan Malaysia...
1) Inilah pendedahan sebenar salah satu faktor kegagalan DEB utk menjulang kaum Bumiputera/Melayu...mereka ini tidak mempunyai dana utk simpanan hari masa depan disebabkan faktor ekonomi yang menekan mereka utk berdiri sama tinggi dengan kaum cina khususnya..
2) Peranan Media cetak/elektronik utk memberi pendedahan berterusan mengenai pelaburan didlm saham-saham amanah amatlah mendukacitakan..ramai golongan kelas pertengahan dan bawahan kaum Bumiputera/Melayu boleh dikatakan hampir tidak mengetahui langsung apa itu saham-saham amanah...media dinegara ini majoritinya hanya menfokuskan hiburan semata-semata..
3)Pendedahan awal yang berterusan di peringkat sekolah menengah hinggalah ke universiti mengenai saham-saham amanah boleh dikatakan tiada langsung...oleh itu utk memupuk minat terhadap saham-saham amanah dikalangan Bumiputera/Melayu sememangnya "tiada".
Cukuplah setakat 3 sebab kenapa Bumiputera/Melayu tiada langsung "nafsu" memiliki saham-saham amanah yang ada di Malaysia..
Di dalam pemikiran kedua saya adakah ini satu propoganda untuk menarik sokongan rakyat Malaysia terhadap UMNO/BN yg kini diterajui oleh kepimpinan "Satu Malayasia.. khususnya kaum bukan Bumiputera?...ini dapat dilihat dengan pelancaran unit baru ASM dan unit baru ASW 2020 yang akan dilancarkan pada 27 April ini.Unit baru ASW 2020 akan diagihkan secara percuma dengan peruntukan sebanyak 100juta..namun begitu terdapat beberapa pendapat yg meragui perlaksanaan pengagihan unit ASW 2020 secara percuma itu..ini dapat dilihat dari laporan Utusan Malaysia;-Timbalan Presiden Unit Amanah PNB, Idris Kechot memberitahu Utusan Malaysia, PNB akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menetapkan model pengagihan ASW 2020 yang diberikan percuma itu.
‘‘Saya tidak boleh mengulas bagaimana pengagihan akan dibuat, kena tunggu rundingan bersama EPU,’’ kata beliau.
Jelasnya, mengambil kira pelaburan maksimum sebanyak 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun, setiap golongan miskin itu akan menerima unit amanah bernilai RM5,000 seorang.
Ditengah-tengah rakyat cuba melepaskan diri dari belenggu krisis ekonomi global dan dibebani dengan skim pemberhentian pekerja yg mana majoritinya diterima oleh kaum Bumiputera/Melayu sanggupkah mereka mengeluarkan sedikit wang utk jaminan pelaburan di masa hadapan ?..atau menggunakan dahulu wang tersebut utk mengimbangi ekonomi mereka yang semakin menekan dan terus tertekan..?
Ada pendapat yang mengatakan kaum bukan Bumiputera khususnya kaum cina belajar dari krisis matawang Asia yang berlaku pada tahun 1997-1998 dimana menyaksikan mereka mengumpulkan wang/dana utk menghadapi krisis ekonomi yang berkemungkinan akan melanda negara setiap 10 tahun..?...Dengan senario yang berlaku kini telah membenarkan pendapat tersebut dimana unit saham ASM yg diperuntukan oleh kaum cina telah habis dilanggan kini...
Akhir sekali utk menutupkan pemikiran saya ini.......ingin saya melihat satu perubahan yg dapat dilakukan utk menarik minat kaum Bumiputera khususnya utk melanggan unit saham-saham amanah....dan bukan hanya menarik minat utk menghadiri majlis-majlis pelancaranya sahaja...
Pendedahan berterusan untuk memupuk minat yang mendalam dari peringkat awal sekolah menengah sehingga universiti dan juga golongan rakyat kelas menegah dan rendah khususnya Bumiputera/Melayu tentang Unit Saham-Saham Amanah..
Dapat disimpulkan dimana ASM ini juga sepatutnya dikenali sebagai Amanah Saham "Satu Malaysia" yang sememangnya mempunyai agenda yang tersirat................