Thursday, June 19, 2014

Senja Nan Merah

Awie kata:
Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah liku-liku curam insani...
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya dalam hidup seribu warna...
Haruskah kita mencari dalam senja begini kembali kita bertemu..
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi kembali kita bersama...
Haruskah kita mencari suatu senja dalam kepedihan...


Maira Elizabeth Nari kata:
"Saya ambil ringan semua perkara. Bagaimana saya boleh kembalikannya semula?"
"Saya harap dapat undurkan masa ke malam 7 Mac. Malam di mana ibu dan adik menghantar ayah menaiki pesawat.
"Saya tidak ikut kerana saya baru pulang ke rumah dan masih berasa letih. Saya masih ingat dia berdiri di muka pintu bertanya sama ada saya mahu ikut menghantarnya.
"Ayah mengucapkan selamat tinggal, jaga diri dengan mengukirkan senyuman dan berlalu pergi.

#usinkata :
Ketidaksempurnaan itu akan kelihatan 'sempurna' hanya bila ia tiada ...

Maka haruskah kita menunggu untuk bertindak apabila kita menghampiri hujungnya senja nan merah...

Perlukah kita mengecapi saat-saat.. keterlewatan..kelambatan..kekesalan..

Haruskah kita mengingati lirik Ac Mizal - "Andainya ku bisa putarkan saat waktu.."

Haruskah ???

Tuesday, January 29, 2013

Pendidikan : Perniagaan TERBESAR KAPITALIS


Manusia kini di era DUNIA KAPITALIS telah dididik untuk "BEKERJA" bukan untuk MEMAHAMI DIRI MEREKA SENDIRI ataupun HAKIKAT KEJADIAN...Malah majoriti manusia yang mengajar dalam sistem pendidikan KAPITALIS tidak mempunyai pengetahuan yang sebenar iaitu pengetahuan mengenai ALLAH.

PENGETAHUAN yang sebenar adalah "PERCUMA"...Sebaliknya apabila bayaran dikenakan ..anda hanya akan memperolehi maklumat apabila anda ada wang sahaja..tetapi kebanyakan pengetahuan tersebut tidak berguna langsung.Maklumat yang berguna ditakrif sebagai maklumat yang membawa kepada pengetahuan sebenar.Yang sebaliknya pula adalah pengetahuan yang tidak berguna atau sia-sia.

Mereka yang memiliki pengetahuan sebenar akan sama-sama berkongsi tanpa mengenakan sebarang bayaran kerana mereka tahu pengetahuan itu bukan milik mereka yang boleh dijual beli.Mereka juga sedar bahawa pengetahuan mereka adalah anugerah Ilahi yang telah diberikan kepada mereka kerana mereka mahukanya dan ALLAH memberikannya...bukan kerana mereka membelinya.Bayaran yang diperlukan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang sebenar ialah dengan menyembah ALLAH ,bertakwa kepadaNYA dan bertawakkal kepadaNya.Sebenarnya pengetahuan itu diberi dengan sifat Maha Pemurah ALLAH jika itu yang ALLAH mahukan...Manusia tidak akan memperolehi ilmu tersebut dengan mencarinya ..tetapi hanya dengan mecari seseorang akan mendapatkanya..

Firman ALLAH didalam Al-Qur'an:

"Bertawakalah kepadaKu dan Aku akan memberikanmu pengetahuan"

dan;

"Ingatilah Aku dan Aku akan mengingatimu"

dan;

"Bertanyalah dan Aku akan menjawab"

Sistem universiti KAPITALIS yang kita ketahui hari ini adalah kemuncak kepada sistem pendididkan KAPITALIS yang merupakan perniagaan yang besar.Ia bukan hanya melengkapkan asuhan terhadap mereka yang diberi kawalan proses pengeluar-pengguna dan sistem yang mengawal serta menentukan fungsinya dan menjadikan kemungkinan kewujudanya tetapi juga memastikan keuntungan yang besar diperolehi semasa ia dilakukan .Ia juga memastikan pentadbir masa depan bagi negara-negara yang telah berjaya dijajah oleh pencipta proses pengeluar-pengguna supaya boleh diprogramkan untuk mempertahankan kemerdekaan kononya ...yang jelas dilepaskan daripada kawalan bekas ketuanan penjajah KAPITALIS mereka.Antara helah mereka ialah apabila penjajah kelihatan seolah-olah melepaskan kawalan tetapi hakikatnya mereka masih menjajahnya yang juga dipanggil neo-kolonialisme.

50 tahun dulu universiti amat sukar ditemui.Yang ada hanya sebilangan kecil pelajar yang mana objektif utama mereka ialah pengetahuan ,walaupun sebenarnya ianya hanya untuk pengajian anak-anak gologang elit pemerintah yang dididik untuk mengambil alih kuasa apabila saudara mereka meninggal.Dengan kemunculan universiti-universiti ibarat cendawan tumbuh pada mulanya meeka mengekalkan ciri-ciri dan matlamat seperti universiti terdahulu ataupun sekurang-kurangnya cba meniru mereka.

10 tahun selepas berakhirnya perang dunia ke2..perubahan yang amat ketara dalam polisi adalah jelas sekali.Bilamana pada masa lepas pencarian pengetahuan yang selalunya merupakan cadangan yang sia-sia bagi mana-mana institusi yang kebanyakan tenaga pengajarnya tidak mempunyai perhubungan terus dengan petunjuk kerasulan yang hidup dan utuh serta menjadi pertimbangan utama dan kini dua objektif baru pula muncul.
Objek pertama ialah untuk berkembang secepat mungkin bagi mendapatkan seramai mana pelajar yang akan dikenakan yuran ,meskipun dengan fakta bahawa perhubungan yang rapat di antara pengajar dan pelajar tidak lagi mungkin terjadi.
Objektif kedua ialah untuk meyalurkan lebih ramai individu kepada bidang sains dan memberi kurang penekanan dalam bidang sastera.
Tentunya objektif-objektif ini disertakan dengan istilah-istilah yang sesuai seperti semua orang berhak medapatkan pelajaran yang baik dan demi kepentingan dan keselamatan negara ,kajian kehidupan mesti diteruskan.

Realitinya apa yang kononya dipanggil pendidikan adalah jauh daripada baik,manakala metodologi asas yang digunakan oleh institusi pendidikan KAPITALIS kerap kali memastikan apa yang dikaji tidak akan ditemui.Kajian yang sia-sia digalakan di universiti KAPITALIS kerana ia mengekalkan kesibukan manusia dan menyediakan untuk segelintir yan bernasib baik peluang-peluang bagi membina reputasi dan pendapatan yang lumayan daripada tiada apa-apa.

Monday, January 21, 2013

Satu Pelajar -Satu Sukan -Satu Bisnes


Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai pemberian kontrak bernilai RM23 juta secara runding terus kepada syarikat milik pemimpin UMNO untuk melatih guru pendidikan jasmani (PJ).

Kontrak itu diberi melalui rundingan terus kepada sebuah syarikat yang ditubuh pada 2008 untuk menceburi perniagaan dalam peralatan sukan dan pasaran produk di Malaysia.

Mengapa dan kenapa keputusan melantik sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) berasaskan kaedah pengajaran eksklusif secara jarak jauh dan pembelajaran dalam talian. Kolej sedemikian pasti tidak mempunyai fakulti pengajaran dan sumber mencukupi untuk menyampaikan program pengajaran secara bersemuka, terutama bagi 1,000 guru yang sepatutnya mendaftar dalam program itu berbanding anggaran semasa pelajar di USSA adalah kurang daripada 600 orang.

Walaupun berniat baik menyediakan latihan semula untuk guru PJ, terutama mereka yang tidak berkelayakan.

Pada 17 Januari lalu, Muhyiddin dianugerahkan Doktor Kehormat oleh Akademi Sukan Amerika Syarikat (USSA), yang berpusat di Daphne, Alabama, atas usaha beliau “untuk meningkatkan pendidikan fizikal untuk membantu dalam pembinaan sebuah negara “melalui inisiatif “Satu pelajar – Satu Sukan”.

Dalam tempoh enam bulan mulai Jun lalu, jurulatih USSA berada di Malaysia untuk menyediakan latihan semula kepada guru PJ dan guru lain yang berminat dalam PJ untuk mengikuti program pengajian “Diploma Pendidikan Jasmani dan Sukan Scholastic Antarabangsa (IDPESS)”. Ini adalah program perintis untuk melatih 1,000 guru PJ membabitkan perbelanjaan kerajaan Malaysia sebanyak RM22.9 juta dan kontrak itu dianugerahkan kepada Syarikat KH Sukan Dunia Sdn Bhd (ejen yang diberi kuasa di Malaysia untuk USSA) melalui rundingan terus.

Mengikut laman web Dunia Sukan KH (http://www.kh-ussa.com/management-team/), Pengerusi syarikat itu adalah Hisham Suhaili Othman serta turut disenarai termasuk Naib Ketua Puteri UMNO, Negeri Kedah, Ketua Puteri UMNO Bahagian Langkawi , Ahli Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Bendahari Biro Sukan & Kecergasan Puteri UMNO Malaysia dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Langkawi.

Kos bagi 1,000 pelajar mengikut pengajian diploma sebanyak RM22.9 juta adalah terlalu tinggi bermakna setiap pelajar akan mendapat RM22, 900. Ini adalah empat kali lebih tinggi berbanding kos untuk mendapatkan “Diploma Pengajian Sukan” di Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu kira-kira RM5,709 untuk enam semester.

Pemberian kontrak itu adalah satu lagi contoh BN “Cakap Tak serupa Bikin” di mana Perdana Menteri mengajar ketelusan sedangkan menteri kabinet beliau memberi kontrak kepada kroni pada harga tinggi.

Adakah ini pembayar cukai Malaysia yang membayar sebanyak RM23 juta supaya Menteri Pelajaran mendapatkan doktor kehormat.????

Sunday, January 20, 2013

Sistem Kilang Kapitalis


Sesetengah orang "bekerja untuk hidup"...manakala dalam zaman sekarang ramai yang "hidup untuk bekerja"
Sistem kilang yang dikendalikan oleh KAPITALIS adalah satu sistem yang tidak berperi-kemanusiaan dan merosakan.Ia melayan manusia sebagai keperluan yang boleh digunakan dan dibuang sesuka hati.
Peningkatan automasi bermaksud individu yang mengendalikan mesin tersebut akan menjadi alat kepada mesin tersebut.Mereka perlu mengikut rentak mesin tersebut.Didalam perusahaan kilang yang beroperasi 24jam sehari,pekerja akan dibahagikan mengikut syift supaya mesin tidak perlu berhenti dan pengeluaran tidak terganggu.Satu-satunya cara untuk hidup didalam suasana ini ialah untk BERLAGAK SEPERTI ROBOT ATAU MENJADI ROBOT.

Kejayaan dalam sistem kilang KAPITALIS diukur dengan tahap kawalan ke atas sesuatu, dan dengan darjah kawalan yang tidak dikenakan juga dengan jumlah wang yang diperolehi dari proses tersebut.Lebih banyak barangan yang mampu dihasilkan bermakna lebih banyak barangan yang mampu dihasilkan bermakna lebih berjayalan ia.Semakin banyak anda mengamalkan khayalan yang ideal bagi penghasilan yang sempuna sepertti yang digambarkan di media,semakin besar kemungkinan untuk mendapat pasaran yang meguntungkan dan reputasi anda didalam bidang tersebut semakin tinggi.

Orang ramai dididik untuk bekerja,bukan untuk memahami diri mereka ataupun hakikat kejadian.Pembangunan pendidikan KAPITALIS adalah seperti kilang,cuma hasil akhirnya bukan sekadar hasil,tetapi individu-individu yang akan membantu untuk menghasilkan barangan sama ada secara langsuang dengan bekerja dikilang-kilang atau secara tidak langsung dengan menguruskan kilang atau bekerja disalah atu sub-sistem perhubungan yang memastikan bahawa hasil akhirnya dapat diiklankan, dipasarkan, dijual dan digunakan dengan berkesan.Sama ada individu itu bersedia untuk bekerja di sektor awam,sektor swasta atau sektor perkhidmatan sistem pendidikan KAPITALIS memastikan mereka telah diprogramkan untuk melihat dunia keseluruhanya melalui perkataan KOS SARA HIDUP..KADAR PENGANGGURAN DAN KELUARAN NEGARA KASAR.Sistem media KAPITALIS mengekalkan perspektif ekonomi selari dengan sistem pendidikan KAPITALIS.






Saturday, January 19, 2013

#Listen 1 -"Sumpah sana..Sumpah sini..Sumpah sinun"


ROSMAH :.."Sumpah"..sy berani sumpah...saya xda cicin RM24Juta...sya tengok je...
NAJIB :.."Sumpah"..saya xkenal Altantunya...
DEEPAK : .."Sum..aik..saya pon nak kena sumpah gak ke ????..Bala dah "sumpah" cukup la..

Wednesday, January 9, 2013

Lenggang Kangkung a.k.a Lenggang Lenggok Mak Limah


TTkata; "Tarikh 12 Januari 2013 bukan meniru Arab Spring. Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini ialah Malaysian Durian. Durian – susah untuk diambil isinya. Tetapi apabila terbuka maka akan terbukalah ruang demokrasi yang isinya akan sama-sama kita nikmati. Kita berjumpa di Kuala Lumpur Sabtu ini. "

Abg Mat Sabu kata ; - "Tidak ada perarakan, cuma berjalan lenggang lenggok secara bersantai ke sana,"

usinkata;.." Tidak ada perarakan,cuma berjalan lenggang kangkung secara bersantai ke sana."
 

SP111 to KL112


KL112...aku gerak dr SP 111 kul 11mlm ke Shah Alam..dari Shah Alam ke Stadium Merdeka....so aku akan ikut nasehat TT..

kata nasihat TT ;- 

semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya

perhimpunan ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga

dari SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter
sila ambil lrt berhenti di universiti
berhimpun di masjid universiti malaya
bergerak ke brickfeilds
warga aman sedang menungggu

Thursday, October 18, 2012

Timbang Pakai Dacing..Semua Kena Kencing..???



Kerajaan sedang menimbangkan untuk membiayai kos infrastruktur bagi membolehkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah di bawah harga pasaran, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. -Sinar http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-timbang-biayai-kos-infrastruktur-rumah-mampu-milik-1.95470

usinkata;...TIMBANG apa lagi..buat terus la...lembab betul la...mcm siput babi....

.aku penah bertekak dgn beberapa org tentang isu nie...dan setelah aku taw..aku cukup mempertahankan hujah aku..bahawa...xda sikit masalah pon utk mana-mana kerajaan utk nak buat rumah kos rendah kurang dr harga pasaran..sbb kerajaan yg kontrol semua keuntungan yg diperolehi oleh syarikat pembekal bahan binaan...dan kos keuntungan pemaju ..dan juga keuntungan Bank2 yang bagi pinjaman...kalau kerajaan bole bagi bermacam potongan cukai kepada pelabur2 asing yang berprofile tinggi yang punya seribu mcm protokol..xkan benda ciput mcm nie xleh nk buat...

Lagi satu kalau setakat TIMBANG nk bg duit kos infrastruktur bagi membolehkan pemaju swasta bina rumah kos rendah dibawah harga pasaran..setakat nak buat rumah Pangsa xda lif atau ada lif..xda guna jugak..sebab masalah lif rosak berbulan-bulan..dok lagu tue jugak..yang xda lif..huhuhu..bila umoq dah cecah 60 tahun ke atas ..sakit lutut..sakit sendi..dan sakit jantung..mcm mana nak berjalan kaki naik ke tingkat 3 atau 4..Kita di bumi Malaysia nie..bukan mcm Hong Kong atau Singapura..kita mempunyai banyak tanah yang mencukupi utk membina rumah teres..kita harus memberi keutamaan membina rumah teres kepada keluarga-keluarga miskin dan bukan utk golongan korporat a.k.a kaya-raya..

Tanya lah mana-mana ketua keluarga..apakah bentuk harapan mereka utk memiliki rumah sendiri..saya pasti..harapan mereka ..paling minima adalah utk mendapatkan rumah teres yang selesa-dengan 3 bilik..seluas 22kaki X 50kaki..di atas lot berukuran 22 X 80 kaki..dan bukanya menginap di flat2 2 bilik yang mcm kotak-kotak..

So..jika ini cadangan Kerajaan Najib..baru nak timbang..huhuhu..bak kata kawan Facebook aku..."Timbang Pakai Dacing..Semua Kena Kencing.."...huhuhu

Wednesday, October 17, 2012

Lauk Ku Cukup Masin

 "Dah nama Ikan Masin..Nak tambah Garam lagi..."

2.. 3.. menjak nie..dapat diperhaikan bahawa terdapat 2 watak berbeza..tetapi mempunyai nasib yang sama..kedua mereka ini bagaikan dijual hidup-hidup..kedua-dunya pihak ini bagaikan dilelong dipasar dengan harga 25 Darham...Siapa mereka mengapa mereka dijual..dimana pusat jualanya..siapa yang menjualnya..sila sambung membaca surah tidak bersiri ini..

Tam Spider..mengalunkan sebuah lagu yang cukup pantas.macam lipas kudung..susah nak tangkap apa maksud lagu tersebut jika pertama kali mendengarnya..kecuali disemak satu persatu liriknya barulah dapat kita mengetahui apa isinya..isi ketam atau isi tulang ikan..


"Makin lama kukunyah..Makin tawar..Macam manis perasa gula getah..Bunyi tajuk sikitlah punya besar..Isinya kosong bercampur sifar
Dalam diam diam..Senyuman menyulamkan dendam..Nasi yang engkau sajikan..Penuhi tulang ikan
Mana benar baik mana pula tidak..Baik bodoh atau jahat bijak..Sudah pipi kanan kena sepak..Kepala kasi orang pijak..
Dalam diam diam..Senyuman menyulamkan dendam..Nasi yang engkau sajikan..Penuhi tulang ikan
Ayatmu ayat sekerat..Ayatmu tak cukup sifat..Ayatmu boleh buat orang sesat
Laukku dah dah cukup masin..Laukku cukup masin..Tak perlu engkau tambah garam
Peluru sesat tak kenal siapa tuannya..Peluru sesatmu.."

Sila pahamkan segala macam lirik diatas...kemudian..padankan dengan Media Utama Negara kita yang dikontrol oleh Kerajaan Barisan Nasional..baik Utusan,Berita Hairan dan The Star..RTM,dan TV3..
Jujur diakui..lirik lagu ini benar2 saya tujukan kepada MPB..Media Penjilat Buntut Baisan Nasional terutamanya UMNO..

Berbalik kepada 2 watak yg "dijual dan dilelong" ini..mereka berdua ialah..Pengarang Novel "SHIT"..Pengarang Cerpen/Atikel "Politik Baru YBJ"..

Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Sahnon Ahmad telah diwawancara dan kemudian hasil dari wawancara itu 'diterbalikan dari atas ke bawah..diputar 360 darjah..tak ubah bagaikan dijual idup-hidup..dilelong sebegitu murah dan mudah kepada umum..
Saya membaca "Ayat Sekerat ..Ayat tak cukup Sifat"..serta "Nasi "..yang dihidangkan oleh MPB..Namun sedikit pun tidak berbekas dihati dengan kenyataa wawancara yang "kononya" dari Penulis SHIT itu..akhirnya tuan punya tubuh menjelaskan dan akhirnya...terbongkar jua "Nasi yang dihidangkan penuh dengan tulang ikan..".. '
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shahnon-terima-pas-bersama-dap-dalam-pakatan-nafi-laporan-media-arus-perdana/


Datuk Chamil Wariya ..lagi teruk di terkena "peluru sesat yang tak kenal siapa tuannya"..ianya berlanjutan hingga menaiki tangga Mahkamah dan bertafakur didalam dewan Keadilan..Cerpen "Politik Baru YBJ" diolah..diedit..ditokok tambah..diubah.tanpa persetujuan tuan empunya dan kemudian.."Dalam diam diam..dengan penuh senyum...ianya disulamkan dendam ...dipamerkan kepada umum ..
Saya pernah membacanya artikel itu..dan ketika itu pada 2008.saat artikel/cerpen itu diedarkan..diakui..saya tercekik tulang ikan...teraba-raba..mencari air...betul-betul "ayat-ayat" itu menyesatkan saya dengan mencemuh karya Datuk Chamil Wariya itu..
Kini...setelah 3 tahun..saya menemui pencerahannya..dari mulut tuan empunya Cerpen itu..segala tulang ikan kini semuanya menjadi "shit" yang telah diflashkan..nasib baik saya tidak membiarkanya membusuk didalam usus sampai ke kepala...
http://www.malaysiakini.com/news/211085

Media Penjilat Buntut ini..sekarang ini..terkini..masih lagi menghidangkan "Nasi Yang Dipenuhi Tulang Ikan"..masih lagi ingin menambah perasa kedalam Nasi ..bijaklah kepada pemakannya yang telah merasakan Lauknya dah cukup masin..xperlu ditambahkan garam.."..

Jom layan unplugged..."Lauku Cukup Masin"...http://www.youtube.com/watch?v=wDbeYlG7PjA&feature=related




Wednesday, September 26, 2012

Elakan Tekanan Kerja Melampau



Ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa tekanan kerja sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua.

TUNTUTAN dunia kerjaya memerlukan perhatian dan kesungguhan walaupun adakalanya kita merungut tentang beban tugas, kekangan waktu dan persekitaran tempat bekerja.

Kita terpaksa bekerja kerana itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi menyara kehidupan dan keluarga.

Bagaimanapun, janganlah pula kita terlalu asyik dengan kerja sehingga mengabaikan kesihatan diri.

Walaupun pekerjaan memberikan kita kebahagiaan, kajian-kajian yang dibuat jelas menunjukkan bahawa pekerjaan juga 'menyumbangkan' pelbagai jenis penyakit kepada manusia, baik bersifat psikologikal atau fizikal.

Tekanan kerja yang melampau misalnya, bukan sekadar menyebabkan manusia terpaksa mengharungi kebimbangan, masalah tidur, penyakit fizikal seperti serangan jantung dan darah tinggi, malah ada yang sampai membawa ke tahap kematian.

Asia merupakan satu-satunya rantau yang memaksa manusia bekerja dengan sangat teruk.

Walaupun jumlah jam kerja ideal yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hanyalah 40 jam seminggu, didapati secara puratanya para pekerja di Asia bekerja lebih daripada 60 jam seminggu, bahkan ada yang mencecah 90 jam seminggu.

Bunuh diri dan kematian yang berpunca daripada pekerjaan mungkin sesuatu yang janggal dalam budaya kita. Bagaimanapun, harus diingat statistik menunjukkan pekerja di Asia sedang mengalami masalah serius.

Mati akibat kerja

Secara global, dianggarkan seramai 2.5 juta manusia telah membunuh diri kerana kerja dan 60 peratus daripada kes membunuh diri berlaku di Asia.

Di Jepun sahaja, yang terkenal dengan simptom karoshi (kematian akibat terlalu teruk bekerja), dianggarkan 10,000 pekerja mati kerana pekerjaan setiap tahun.

Trend itu nampaknya sedang merebak ke beberapa negara lain di Asia. Semua ini bermula dengan jumlah masa bekerja yang mencapai tahap optimum. Mereka mengalami burnout dan kemurungan teruk yang kemudiannya memaksa mereka mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Sebenarnya, negara kita juga sedang menghadapi masalah yang sama. Laporan Kementerian Kesihatan misalnya menunjukkan kadar prevalen kemurungan dalam kalangan golongan dewasa mencapai 1.8 peratus.

Walaupun ia mungkin diakibatkan oleh pelbagai sebab, tetapi salah satunya mungkin berpunca oleh pekerjaan.

Malangnya, dalam konteks budaya kita, aspek kesihatan psikologikal ini tidak dianggap sebagai isu besar.

Apabila berlaku tekanan kerja seperti kemurungan, rasa cemas dan tidak dapat tidur malam misalnya, banyak daripada kita mengambil jalan mudah dengan membuat kesimpulan bahawa individu tertentu terkena gangguan makhluk halus atau buatan orang.

Jarang yang cuba berfikir bahawa mereka mungkin sedang mengalami gangguan yang berpunca daripada bebanan pekerjaan.

Ini menjadikan, ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa tekanan kerja sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua.

Sekiranya tidak diatasi, ia akan menyebabkan penyakit yang lain termasuklah darah tinggi, serangan jantung atau penyakit fizikal yang lain.

Kajian-kajian juga merumuskan bahawa pekerjaan adakalanya menyebabkan rumah tangga terganggu, khususnya apabila emosi negatif yang timbul akibat oleh pekerjaan dibawa pulang ke rumah.

Perasaan marah atau tekanan yang berlaku di tempat kerja kemudiannya telah menyebabkan keluarga dan anak-anak menjadi mangsa.

Salah satunya ialah melalui contagion effects. Sindrom ini berlaku apabila seseorang mengalami perasaan negatif seperti murung dan perasaan kemudiannya dipindahkan kepada pasangan atau keluarga mereka di rumah.

Pergilah bercuti

Salah satu langkah yang boleh diambil termasuklah bercuti. Hal ini kerana bercuti didapati mampu menghindar kita semua daripada diserang pelbagai penyakit psikologikal termasuklah kepenatan dan kemurungan.

Salah satu teori yang selalu dikemukakan bagi mengupas isu berkenaan ialah Conservation of Resources Theory.

Teori itu menerangkan mengenai pekerjaan yang menyebabkan manusia mengalami pengurangan 'tenaga' psikologikal dalam diri. Ia mencetuskan tekanan kerana manusia tersebut perlu berjuang untuk mendapatkan tenaga yang hilang.

Bagaimanapun, dengan bercuti, ia mampu mengembalikan tenaga psikologikal tersebut.

Semoga kita sentiasa menghargai peluang bercuti apabila tiba waktunya. Kesempatan tersebut melupakan kita seketika dengan kesibukan dunia pekerjaan dan memulihkan semula tenaga kita untuk menghadapi dunia pekerjaan.

usinkata; artikel yang di copy-paste dari : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

Monday, September 24, 2012

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"


'Tidak Hilang Melayu Di Dunia'

Hang Tuah mengeluarkan kata-kata itu ketika dirinya bersemangat melihat status pengurusan pelabuhan dan perdagangan orang Melayu mencapai tahap sehingga orang luar mahu menaklukinya.


Bila saya bercakap pasal 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',saya bercakap pasal sikap optimistik Hang Tuah.Self-confident.Self-esteem.Hang Tuah bercakap berdasarkan pengalamannya sebagai duta dan komander satu empayar maritim yang hanya dikendalikan dari satu 'seaport'.Jika yang bercakap itu Hang Buah atau Hang Rempit,kita boleh abaikan,tetapi tunggu tuan-tuan dan puan-puan...yang bercakap itu adalah seorang negarawan ulung.Namanya disebut dalam dua manuskrip teragung,Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah.Jika Melaka hanya kampung nelayan yang miskin dan Hang Tuah adalah ketua kampungnya,kita boleh abaikan sahaja tetapi tunggu abang-abang,kakak-kakak...yang berkata itu adalah seorang komander tentera dan pakar sains politik teragung,yang menukar Melaka menjadi Venice Timur Jauh.

"Whoever is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice" -Tom Pires


Jika Hang Tuah adalah fiksyen.Melaka juga adalah fiksyen.Tom Pires adalah fiksyen,Venice adalah kota Cinderella.


Hang Tuah tahu,apabila beliau dilantik menjadi ketua angkatan laut Melaka,pada masa yang sama beliau telah menjadi duta dan mendapat tiket untuk mengembara ke seluruh dunia.Dari kerajaan-kerajaan yang dilawatinya,Hang Tuah telah menyedari bahawa kerajaan-kerajaan itu mempunyai sejarah dan rekod perdagangan dengan kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya.

Dahulu orang mencebik tentang kisah Hang Tuah pergi ke Jepun dalam Hikayat Hang Tuah,namun apabila ditemui rekod-rekod hubungan Kerajaan Ryukyu dengan Melaka seperti Maharaja Sho Tako telah mengirimkan utusan dan hadiah kepada Sultan Mansur Shah berupa 2,000 buah mangkuk, 5 buah kipas,20 buah tembikar,5 bilah pedang dan 25 kotak kain sutera,barulah mereka sedar bahawa ada 'something' dalam hikayat Melayu lama itu.Tanyalah para pengkaji Jepun tentang rekod-rekod kerajaan Ryukyu dengan Aceh,Siam dan Jawa.


Sebab itu,bila saya bercakap tentang 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',saya bercakap tentang bisnes maritim orang-orang Melayu yang menjangkau 1100 tahun Sebelum Masehi.

Saya bercakap tentang survival dan dayatahan untuk memperjuangkan kewujudan.Walaupun dijajah beratus tahun,kita akhirnya masih punya tanahair dan masih mengekalkan institusi raja-raja kita,di mana institusi raja-raja kita adalah yang tertua di Asia Tenggara mengatasi Thailand dan Kemboja serta antara tertua di dunia!

Bila bercakap tentang institusi raja-raja yang tertua,saya bercakap tentang dayatahan mengekalkan tradisi kepimpinan dan hegemoni politik.Ketika seluruh dunia diserang demokrasi dan menyerah kalah,kita masih mengekalkan tradisi kepimpinan kita.Apabila tradisi raja kita kekal maka nama 'Srivijaya' juga kekal,sebagaimana yang terpahat dalam prasasti-prasasti,bukan sahaja di tempat kita,malah di India dan China malah sejauh kerajaan Abbasiah dan arkib di Vatican.Jika kerajaan-kerajaan purba di India memahatkan sejarah kita di dalam prasasti mereka,seperti Tanjore dan Nalanda serta dinasti-dinasti imperial China merekodkan nama kita di dalam manuskrip-manuskrip diraja mereka maka bisnes maritim kita adalah 'real'.Pengurusan pelabuhan kita adalah 'real'.Transaksi perdagangan kita adalah 'real'.Perniagaan borong kita adalah 'real'.Urusan tol dan cukai antara Timur dan Barat adalah 'real'.Kawalan trafik perkapalan antara India dan China adalah 'real'.

Bila bisnes maritim kita adalah 'real'.Srivijaya adalah 'real'.Melaka adalah 'real'.

Jika bisnes maritim kita adalah fiksyen,Selat Melaka adalah fiksyen,Singapura adalah fiksyen.Tetapi kita tahu,Singapura hari adalah negara maju hasil bisnes antarabangsa melalui kawalan trafik Selat Melaka.Jika Segenting Kra dijadikan terusan,kita akan lihat siapa yang akan jadi 'cacing di dalam mikrowave'.

Jadi,bila ada orang berkata 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',ini bergantung kepada tahap pemikiran anda dan self-esteem anda.Hang Tuah mengeluarkan kata-kata itu ketika dirinya bersemangat melihat status pengurusan pelabuhan dan perdagangan orang Melayu mencapai tahap sehingga orang luar mahu menaklukinya.Di dalam Sulalatus Salatin ada menyebutkan situasi Melaka ketika itu:

“Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu. Maka segala orang Arab dinamai Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang, kerana banyak jenis dagangan ada di sana…”

Adakah Sulalatus Salatin merepek-repek dan berkhayal?Seperti Hang Tuah berkata 'Tidak Melayu Hilang di Dunia'?Namun apabila Tom Pires yang menulis di dalam bukunya Suma Oriental:

“There is no doubt that the affairs of Malacca are of great impertance, and of much profit and great honour. It is a land that cannot depreciate on account of its position, but must always grow. No trading port as large as Malacca is known, nor any where they deal in such fine and highly-prized merchandise. Goods from all over the East are found here; goods from all over the West are sold here. It is at the end of the monsoons where you find what you want and sometimes more then you are looking for”

Bukankah seperti sama dengan ulasan Sulalatus Salatin?

Sebab itu bila beratus tahun sebelum kewujudan Melaka,apabila tertulis nama kerajaan Langkasuka pada manuskrip Hikayat Merong Mahawangsa maka orang-orang Melayu yang perasan mereka berpelajaran mengetawakan kerajaan fiksyen dan dongengan ini.Namun apabila para sarjana antarabangsa menemui nama "Lang-ya-xiu" dalam rekod Dinasti Liang,sarjana Tamil menemui perkataan ""Ilangasoka" terpahat di dalam kuil purba di Tanjore,disebut jelas 'Langkasuka' dalam rekod era Majapahit,Kakawin Negarakratagama,hari ini Langkasuka bukan lagi mimpi penglipurlara.

“When the king goes forth he rides upon an elephant. He is accompanied by banners, fly-whisks, flags and drums and he is shaded with a white parasol. The soldiers of his guard are well-appointed. The inhabitants of the country say that their state was founded more than four hundred years ago..." -rekod imperial Dinasti Liang 500 Masehi mengenai negara "Lang-ya-xiu".

Apabila seorang sarjana Belanda menemui satu batu bersurat yang mulanya dijadikan mainan oleh para penduduk kampung di Sumatera,beliau merasakan tulisan aneh pada batu itu mempunyai rahsia yang mendalam.Apabila ditemui kata 'Srivijaya,kota yang makmur' pada batu bersurat,ramai orang merasakan ia adalah omong-omongan dan sekadar kata-kata azimat.Namun apabila Goerge Coedes,seorang sarjana yang mengkaji sejarah Asia Tenggara mendedahkan bahawa nama 'Sanfotsi' dalam rekod dinasti Sung,merujuk kepada Srivijaya,sebuah empayar maritim yang hilang,kemudiannya beratus-beratus manuskrip,catatan pengembara dan prasasti muncul dari Parsi,Arab,India,China sehinggalah kepada riwayat-riwayat Mon,Thai,Khmer dan Burma mengungkapkan sebuah hegemoni politik yang memakan masa lebih 1000 tahun.

"Sanfotsi (Srivijaya) is situated between Cambodia and Java. . . . The people are skilled at fighting on land and water. . ." -rekod imperial Dinasti Sung abad ke-10 Masehi

Srivijaya pada hari ini tidak dapat dinafikan oleh sejarahwan adalah legenda politik dan bisnes maritim Asia Tenggara..

Ketika 1300 tahun Sebelum Masehi sebuah tamadun satu bangsa yang tidak pupus sehingga ke hari ini sementelah bangsa-bangsa hebat seperti Mesir Purba,Akkadia,Assyria,Media,Phoenicia dan sebagainya pupus sebagai satu 'state-nation'. Sargon of Akkadia,Nebuchadnezzar II yang menakluk Judah dan Jerusalem,Nimrod of Mesopotamia yang sezaman dengan Nabi Ibrahim dan Ashurbanipal King of Nineveh adalah mereka yang menyaksikan rahsia di sebalik ayat-ayat Hang Tuah..

Apabila seorang kenalan menunjukkan kepada saya satu salinan mikrofilem sebuah manuskrip dari koleksi The Institute of Microfilmed Hebrew Manuscripts berdasarkan beberapa projek pemuliharaan manuskrip Ibrani Kuno seperti Mishna dan Piyyut,saya telah nampak maksud dari kata-kata sosok misteri,Laksamana Hang Tuah.

Saya melihat kata 'תּנּין' yang bermaksud 'dragon' setelah menyemak mengikut kamus moden.Namun rakan saya yang mempunyai darah Yahudi di sebelah ibu menyatakan bahawa ia bermaksud raksasa air,atau 'ular besar yang tinggal di laut' (sea monster).

Manuskrip itu amat susah difahami,kerana menggunakan bahasa Ibrani (Old Hebrew) era Biblical sekitar abad ke-6 Masehi.Manuskrip itu majoriti isinya ialah mengenai tatacara atau ritual satu aliran keagamaan tertentu.Terdapat kata 'ophir' di sana sebagai satu kalimah pemujaan.Saya teringatkan panggilan orang Barat terhadap Gunung Ledang sebagai 'Mount Ophir'.Apabila saya ajukan makna 'ophir',rakan saya menjawab 'ring of fire'!

Hebrew:

Malay=Hebrew=English

Api=ophir=ring of fire.

Adat=dawth=law

Surau=sawraw=house,small mosque/fort


Egyptian:

Malay=Egyptian=English

Mata=maat=eye

Perahu=perehu=boat


Phoenicia:

Malay=Phoenicia=English

Rabun=rabun=blindness(Malay),large eye(Phoenicia)

Bala=Baal=disaster(Malay),fertility(Phoenicia)


Bagaimana perkataan-perkataan dari bangsa-bangsa purba boleh ada dalam kosakata Melayu?Bahasa Melayu berhubung dengan bahasa Sanskrit dan Arab melalui faktor agama,Parsi dan Cina melalui perdagangan dan bahasa-bahasa Eropah melalui penjajahan dan globalisasi,tetapi bagaimana dengan Ibrani,Mesir Purba dan Kanaan (Phoenicia)?Kosakata Phoenicia contohnya mempunyai makna yang berlawanan dengan bahasa Melayu dengan kata yang sama.Adakah ini kebetulan?Ini amat aneh dan membingungkan!


Jika Melayu hilang di dunia,maka dunia ini juga akan hilang.



usinkata;...Tunggulah jika Cik Srikandi updatekan....

 "The Origin of The Sea Dragon"  
 מקורו של תּנּין הים
Chapter IV








Sunday, September 23, 2012

Pengangguran: Kami Berhutang..Kami Nak Kerja...


40,000 Siswazah IPT Masih Mencari Pekerjaan
KUALA LUMPUR: Seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi KPT.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Omar Abd Rahman berkata angka itu melibatkan siswazah yang gagal mendapat pekerjaan tetap meskipun selepas enam bulan tamat pengajian.
"Setiap tahun, kita buat kajian ini dan tahun lalu, menunjukkan peratusan graduan yang masih belum bekerja ialah 21 peratus terdiri daripada IPTA dan 27 peratus IPTS.Manakala, 28 peratus daripada Politeknik dan 35 peratus Kolej Komuniti," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (My3L) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.
Bagaimanapun, menurut beliau terdapat segelintir siswazah ditawarkan pekerjaan secara sambilan memandangkan belum terdapat kekosongan jawatan tetap yang sesuai dengan kelulusan mereka. - MStarOnline

Ini hanya angka rasmi dari kerajaan.Pasti masih ada ribuan lagi graduan-graduan yang mengganggur yang mana mereka tidak termasuk dalam senarai angka rasmi.
Menjadi penganggur ini bukanlah satu nikamt.Memang betul bila selesai belajar ramai para mahasiswa yang ingin berehat sementara untuk merasakan betapa lazatnya bebas dari rutin harian zaman belajar.Bangun lewat.Tak perlu gosok gigi atau mandi dan terus makan tanpa mendengar kuliah yang membosankan .Juga bebas dari gangguan anak-anak muda yang ingin menjemput kita menjadi Tok Lebai.Lepak sepanjang hari atau jumpa kawan-kawan untuk bersembang panjang.Atau menonton tv berjam-jam.
Tetapi jika berbulan-bulan duduk dirumah melakukan perkara yang sama tanpa apa-apa tujuan yang jelas maka ini mungkin membawa satu permasalahan.Untuk due tiga bulan pertama,ibu bapa mungkin agak gembira untuk bersama anak-anak dirumah.Tetapi selepas empat lima bulan ibu bapa pun mula naik "menyampah' melihat muka anak yang sama.Yang menganggur juga akan bosan melihat muka emak dan ayah.
Penganggur berijazah atau tidak,jika terlalu lama mengganggur akan mula merasa kehilangan harga diri.Keadaan ini bertambah rumit lagi jika kawan-kawan yang be;ajar bersama dahulu telah mula bekerja .Harga diri ini bersangkutan pula dengan keseluruhan erti penghidupan.si penganggur akan kehilangan arah dan tujuan.
Di Eropah dengan sistem sokongan sosial yang baik,sesiapa yang kreatif pasti akan dapat melakukan sesuatu ketka mengganggur.Semua bergantung kepada keinginan masing-masing.Di waktu mengganggur  inilah anak-anak muda di Eropah berkarya.Ada yang melahirkan filem experimental.Ada yang melahirkan lukisan avant garde.Banyak novel dan karya fiksyen ditulis di zaman mengganggur.Dan yang paling jelas ialah keupayaan anak-anak muda pengganggur ini menggemparkan dunia dengan bakat karya muzik mereka.Menggarap karya ialah cara untuk melayan diri di zaman mencari dan menunggu pekerjaan.
Bagaimana seorang pengganggur boleh hidup di Kuala Lumpur tanpa sistem sokongan sosial yang baik seperti yang wujud di negara Eropah.Bayangkan setiap kali beremu kawan pasti akan ditanya sama ada sudah mendapat pekerjaan atau tidak.Pertanyaan seperti ini pasti menusuk setiap hati para pengganggur.Jika puluhan kali ditanya dengan soalan yang sama dan jawapannya masih negatif,besar kemungkinan si pengganggur ini akan melarikan diri berkhalawat ke dalam hutan atau tidak keluar rumah langsung.
Bayangkan kita mengimport hampir 1 Juta tenaga kerja asing tetapi kita tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk tenaga kerja kerja yang telah kita sendiri latih.Bukankan ini suatu yang amat membebalkan.
Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur

* usinkata;...segala text diatas selain dari lirik lagu Aku Pengganggur....aku copy paste dan edit dari artikel yang ada dalam buku  : Keganasan,Penipuan & Internet - hegemoni media daulah pecah...tulisan Hishamuddin Rais a.k.a TukarTiub...tajuk artikel itu Diploma Dan Pak Turut..yang diterbitkan pada tahun 2008....sengaja aku xtulis keseluruhan artikel TT nie...pandai2 la hampa pi cari...huhuhuhu

BELANJAWAN 2013 ; ...Apa Nak Jadi..???



Kerajaan BN akan membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 Sept 2012 nie...
Oleh itu amat wajar diperkatakan disini apakah pemahaman yang perlu kita fahami sebelum mendengar tepukan meja-meja di Parlimen...dan membaca berkajang-kajang butiran Belanjawan..

Perhatian umum semestinya tertumpu ke atas "BERITA BAIK" yang kita harapkan..

Hakikatnya, "BERITA BAIK" ini hanyalah khayalan...Apa pun "ole-ole" yang kita dapat ..kita membayarnya dengan cara yang lain.."Ole-ole" ini bukan DUIT PERCUMA yang dihulurkan oleh kerajaan..."Ole -ole" ini dibayar dengan DUIT CUKAI KITA !!!!!!!!..

Ia dipanggil Belanjawan kerana Kerajaan ..sama seperti kita ..mempunyai satu jumlah wang yang tetap dan terhad untuk digunakan setiap tahun...

Kerajaan memperolehi wang daripada cukai..seperti cukai pendapatan dan korporat..dan pelbagai duti eksais dan tarif..dan tentunya ..royalti petroleum..Ini mengisi dompet Kerajaan..dan apabila ia keluar dari dompet..ianya adalah untuk perbelanjaan membayar kakitangan Kerajaan...menanggung penjagaan kesihatan dan pendidikan dan pembangunan negara ..dan tentunya.."berita baik" utk kita...

Pada saat ini ..kita perlu prihatin bahawa "BELANJA" Kerajaan BN TELAH MELEBIHI HASIL SEJAK 1998...JURANG INI TELAH DITAMPUNG OLEH PINJAMAN...ATAU DALAM ERTI KATA BERHUTANG a.k.a HUTANG...KETIKA INI HUTANG NEGARA BERADA DIPARAS RM456.1 BILLION BERSAMAAN 53.5%-54% DARIPADA KADAR DALAM NEGARA KASAR.

Senang kata jika setiap Belanjawan ..Kerajaan tidak membelanjakan sehingga melebihi Belanjawan maka Malaysia tidak perlu untuk menambah hutang seperti sekarang...

BELANJAWAN boleh juga diertikan sebegini..

BELANJAWAN ADALAH MENGENAI PILIHAN - TAMBAH RM1.00 DISINI BERMAKNA KURANG RM1.00 DISANA.

Ertinya;...SETIAP RINGGIT a.k.a RM "OLE-OLE" YANG KITA "DAPAT" ADALAH BERSAMAAN RM1.00 DIKURANGKAN UNTUK PERKARA PENTING LAIN YANG SEPATUTNYA KITA DAPAT JUGA...CONTONYA SEPERTI PENJAGAAN KESIHATAN ATAU PENDIDIKAN..

Semestinya selepas Belanjawan diumumkan..dibentangkan..disurahkan panjang lebar berkajang-kajang sampai lewat petang...esoknya pula..media massa..pro-kerajaan wajib utk memastikan kegembiraan Kerajaan dan Media Massa pro-kerajaan sentiasa berada didalam mood ceria-gumbira laksana hari raya dan membiarkan tumpuan diberikan kepada 'BERITA BAIK" kerana.....IA BOLEH MENGELAKKAN PERBINCANGAN DAN PERDEBATAN KE ATAS ISU YANG BENAR-BENAR PENTING ...iaitu..:-...jeng jeng jeng jenggggg......!!!!!!!!!!!!!

1- Kebertanggungjawapan...Adakah matlamat Belanjawan tahun lepas dipatuhi dan dilaksanakan..???????????

2- Betapa berkesan wang tersebut dibelanjakan..????..Adakah pembekal memberikan nilai..??? ..Adakah Kerajaan membayar berlebihan untuk perkhidmatan..????

3- Berapa besar sepatutnya Belanjawan akan datang..?...Lebih besar tidak semestinya lebih baik...Sebab lebih besar juga bermakna CUKAI YANG LEBIH TINGGI ATAU PINJAMAN KERAJAAN YANG LEBIH BESAR...HUTANG BESAR DAAAA...

4- Setelah kita membuat keputusan berapa besar jumlah Belanjawan yang sepatutnya...bagaimana pula wang tersebut harus dibelanjakan..????..Contohnya..

RM4.78 Billion telah diperuntukan utk pendidikan dan latihan pada 2012...Adakah itu terlalu banyak..???..terlalu sedikit..???....Adakah kita perlu mengurangkan perbelanjaan pendidikan dan melebihkan penjagaan kesihatan yang cuma memperolehi RM13.7 Billlion...???...Patutkah kita naikan subsidi..??? Tetapi jika kita naikkan subsidi....kuranglah wang untuk pendidikan dan penjagaan kesihatan dan lain-lain perkara..????

Untuk itu ..sewajarnya kita sebagai rakyat Malaysia bukan sahaja setakat mendengar dan bergembira dengan Belanjawan yang disurahkan oleh pemimpin Kerajaan...kita pelu ada sifat ingin tahu yang extremm..extra..ultra..tanya kan lagi kepada pemimpin kita setelah kita mendengar dan melihat Belanjawan 2013 ini...tanya lagi..

Apadianie Belanjawan-Belanjawan..nie..???...Untuk apa Belanjawan-Belanjaan nie...???
Habih tue..apa yang nak jadi dengan Belanjawan-Belanjawan nie..????

Adakah cukup utk kita ....macam nak jadi Polis soal siasat penjenayah..tanya mcm-mcm soalan kat kerajaan ..cukup ka..???

Namun..apa yang pasti..Kita a.k.a Rakyat Malaysia..perlu mengakui..Kita tidak boleh banyak bersuara dalam menentukan bagaimana Bajet dibelanjakan...sekiranya kita masih memastikan majoriti 3/4 kerusi atau majoriti mudah didalam Parlimen yang memihak kepada Kerajaan yang memerintah sekarang...

So..PRU13 nie..pandai2lah hampa ..nak pangkah undi "Syaitan Dikenali atau Malaikat yang tidak dikenali"..huhuhu


*usinkata:- ...segala teks diatas adalah copy paste dan sedikit edit tambah campoq ayat dari aku...aku cilok dari sebuah buku yang gambaqnya seperti diatas..huhuhu..jangan maraaaa haaaaa..huhuhuhu

Tuesday, September 18, 2012

8 Pengajaran bila layan Pendekar Bujang Lapok...Jangan gelak saja..



Pengajaran yang diperoleh bila menonton filem Pendekar Bujang Lapok:
1.dapat lihat amalan kronisme dan nepotisme dalam kalangan samseng di Penambang bila anak dara muda diberikan laluan terlebih dahulu dari mereka yang beratur panjang untuk menaiki sampan
2.apabila orang kampung sudah jelek dan muak,muncul seseorang sebagai pencetus kebangkitan rakyat yang tidak puas hati dengan sikap dan layanan dari samseng Penambang
3.apabila muncul seorang yang berani,maka orang kampung yang lain mula bangkit menentang ketidak adilan dan memprotes sebagai rasa tidak puas hati




4.baru kita tahu,yang Alif Mim Nun Wau yang diucap oleh Sudin berbunyi SARKIS
5.kita perlu menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum berjuang,seperti Ramlee,Sudin dan Ajis dihantar ke sekolah buta huruf terlebih dahulu..
6.sabar dan berani melayan karenah MAMBANG-MAMBANG yang buat provokasi murahan dari puak...(macam hantu Jepun,kucing dan mereka suka mengumpat)
7.lepas tu jangan lupa cari JKK dan Sarip Dol samseng,lawan pun kena pakai otak...tengok cara Sudin dan Ajiz,pakai tongkat je(kita pakai garam dan botol mineral)
8.akhir sekali,dah menang JANGAN NAK PELUK ANAK DARA orang pula ye...

KingJason kata...p/s: kata biar terasa,tak suka sila REMOVE

Monday, September 17, 2012

Satu Lagi Tarikh Keramat selepas 31Ogos dan 16Sept..


Satu lagi tarikh keramat selepas 31Ogos Hari Kemerdekaan Malaya... 16September Hari Malaysia.....

20Oktober 1947 Hari Hartal Semalaya..

Pada yang xtaw apadia Hari Hartal Semalaya...pi tali tanya Kuanter Pertanyaan di Google dan Yahoo.huhuhuhu..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perdebatan mengenai tarikh 31 Ogos 1957 dan 16 Sept 1963 dihentikan kerana kedua-dua tarikh itu membawa makna besar dan penting dalam sejarah negara 31 Ogos dan 16 Sept kedua-dua adalah tarikh keramat.Najib berkata yang penting sekarang untuk tidak menoleh ke belakang sebaliknya bergerak ke hadapan demi kepentingan rakyat dan negara dengan kerajaan persekutuan memberi jaminan pembangunan yang berterusan dinikmati Sarawak.- MalaysianInsider

usinkata;..pooodahhcittt...gaji minimum pon xsama dengan semenanjung apahal....semenanjung RM900...Sabah Sarawak RM800..???

Tuesday, September 11, 2012

PAS dan Bendera Merah-Putih Bintang 12-Malaya Merdeka...


Gunung Semanggol merupakan pusat pengajian Islam yang progresif dibawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.Ketika Kongres Islam di Gunung Semanggol pada 17 Mac 1948 yang telah melahirkan Parti Hizbul Muslimin.Tidak lama kemudian Ustaz Abu Bakar ditangkap dan Parti Hizbul Muslimin diharamkan British.Di situ juga lahir ramai tokoh politik islam yang membawa kepada penubuhan PAS kemudianya pada tahun 1951.
Apa yang menariknya..ketikan Kongres Islam di Gunung Semanggol berlangsung..telah berkibar BENDERA MERAH-PUTIH BERBINTANG 12 -lambang MALAYA MERDEKA - DIKIBARKAN DENGAN MEGAHNYA..
Sejarah dan hakikat yang perlu diambil tahu oleh setiap rakyat Malaysia amnya....dan khususnya Ahli-Ahli PAS..

Ustaz Abu Bakar Al-Bakir dilahirkan di Gunung Semanggol pada tahun 1907. Beliau berketurunan ulama. Pendidikannya - bersekolah Pondok Ar-Rahmaniah dan Madrasah Da`iratul Ma`arif al-Wataniah di Kepala Batas. Beliau berkhidmat sebagai guru dan pada tahun 1934 dilantik menjadi Mudir Madrasah al-Ihya` al-Sharif di Gunung Semanggol yang beliau juga sebagai pengasas. Semasa berkhidmat di sinilah beliau bergiat di dalam politik dengan menjadi salah seorang Pengasas PKMM (1945) dan kemudian di Madrasah ini juga beliau mengasaskan Parti Hizbul Muslimin (1948) sebagai Parti Berprinsip Islam terawal..

Friday, July 27, 2012

ISLAM; Antara Budaya ARAB dan Budaya MELAYU


"Upin dan Ipin pon Melayu"


“Islam dan Arab adalah dua perkara berbeza Islam sesuai untuk apa juga bangsa tidak perlu menjadi Arab atau dalam konteks seni Islamik
“Nusrat Fateh Ali Khan menghasilkan karya seni kerohaniaan melalui ‘qawalli’ kerana ia dekat dengan masyarakatnya"
“Begitu juga dengan Sunan Kalijaga yang menyerapkan Islam di dalam seni wayang kulit dan permainan kanak-kanakyang sebati di dalam masyarakat Jawa – Hindu pada ketika itu ” kata kartunis Ronasina atau nama sebenarnya Mohd Affandi Ramli.

 "Bukan setakat konteks seni...semua bidang...kalau Melayu tue jadi la Melayu..jangan jadi Arab Celop...Arab tue pon bukan 100% Islam..Melayu ni boleh dikatakan 100% Islam...yg murtad pon...dr agama lain convert balik pi agama asal..jika ada pon Melayu yang murtad depa nie akan mendapat kesulitan ..celaan dan tekanan yang kuat dari keluarga dan masyarakat...Org Melayu kalau jarang2 solat..kadag-kadang posa akan melenting bila agama itu disentuh..apalagi dikritik..apatahlagi yg xkenal ali ba ta..apabila ditanya dengan tegas menjawab "saya islam"..ditambahkan lagi dengan Perlembagaan Malaysia yang terang2 memastikan org Melayu tidak mudah boleh mengubah agama,mereka tidak dibenar utk ditarik kepada agama lain (Perlembagaan Malaysia,Fasa II(4). " kata usinwafer yang dicedok dari kata-kata Bapak Syed Husin Ali dalam buku Orang Melayu : Masalah & Masa Depan..



Dr Asri a.k.a kata...

"Islam tidak menghapuskan adat dan budaya kaum yang tidak bercanggah prinsip-prinsip yang Allah mahu dalam kehidupan manusia. Adat dan budaya yang tidak membawa kepada kesyirikan, kezaliman, kekejian, bidaah, pendustaan, khurafat dan keruntuhan maruah tidak ditentang oleh Islam.

Tidak penting adat itu berasal dari mana kaum sekalipun. Setiap kaum boleh mengekalkan adat dan budaya baik yang ada pada mereka. Bukan perjuangan Islam memaksa adat Arab ke atas bangsa lain. Begitulah juga sebaliknya.

Maka bukanlah perjuangan Islam itu memaksa bangsa lain berjubah dan berserban Arab. Tidak juga memaksa mereka memakan masakan Arab ataupun menggunakan ubatan Arab seperti yang disangka oleh sesetengah pihak.

Bahkan Arab itu sendiri mempunyai perbezaan budaya dan adat disebabkan perbezaan kabilah dan tempat. Mereka yang hidup Syam umpamanya, tidak sama dalam banyak aspek dengan mereka yang hidup di Hijaz. Begitulah seterusnya.


Sebab itu Ibn Taimiyyah (w 728H) apabila menyebut tentang pakaian dan makanan yang mengikut sunah menyebut: 

"Maka, bererti sunah Rasulullah SAW dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri." (Ibn Taimiyyah, Majmu'ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).

Nabi SAW tidak diutuskan untuk memperkenalkan design atau pun jenis pakaian, kasut, ubat, makanan yang berteras budaya kaum tertentu. Sebaliknya tugasan baginda menegakkan nilai-nilai yang mulia dan baik yang bersifat sejagat dalam kehidupan manusia.

Manusia mungkin mempunyai bahasa yang sama, tetapi maksudnya berbeza. Tuak di negeri-negeri Utara Malaysia memabukkan dan haram. Namun ‘tuak' di Kelantan tidak memabukkan kerana ia merujuk kepada air nira. Maka tidak haram.

Tentu sekali mengajak orang minum tuak di utara satu kesalahan, tetapi tidak di Kelantan. Memakai kain batik di Terengganu dan Jawa tidak dianggap menyerupai perempuan. Namun dianggap menyerupai perempuan di negeri-negeri Utara Malaysia.

Anda tidak wajar memakainya ke masjid dan majlis orang ramai. Di Scotland, lelakinya memakai skirt (kilt) yang dianggap macam pakaian wanita di tempat lain. Lelaki Melayu memakai sampin dan baju Melayu yang berwarna lembut.

Pakaian Melayu itu pada pandangan masyarakat lain bercirikan wanita dan tidak ‘cukup kelakiannya'. Namun tidak pada pandangan orang Melayu. Ia bergaya dan sangat lelaki.

Maka dalam memahami dan berdalilkan hadis Nabi SAW yang melarang lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki itu hendaklah juga difahami budaya dan adat setiap kaum.

Tidak boleh dihukum menyerupai wanita atau lelaki melainkan setelah difahami latar budaya sesuatu kaum. Saya teringat ada ‘ustaz' Arab dari negara tertentu yang mempertikaikan wanita Muslimah Malaysia memakai baju berwarna.

Katanya, wanita hendaklah memakai baju berwarna hitam. Dia mungkin melihat Islam itu menerusi jendela budaya Arab di negaranya lalu dia ingin supaya budaya Arab itu dijadikan kewajipan ke atas bangsa lain.

Saya kata kepadanya, itu budaya kamu, bukan penegasan Islam.

Kata Aishah bint Sa'd:"Aku melihat enam dari isteri-isteri memakai pakaian mu'asfar (berwarna merah)." (Riwayat al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah).

Ertinya isteri-isteri Nabi SAW pun memakai pakaian berwarna. Maka kata al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (w. 463):

"Adapun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna mu'asfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah." (al-Tamhid, 16/123, Muassasah al-Qurtubah).

bro Amin Iskandar pula kata..:

"saya ke sebuah pusat membeli-belah yang lama di Shah Alam Terkejut apabila sebaik sahaja masuk dari pintu hadapan sudah terlihat jualan murah Hari Raya Sudah pasti si penjual ini bijak dan memahami selera pengunjung Baju kurung baju Melayu songkok semuanya ada Itu tidak mengapa kerana itu memang pakaian tradisi

Budaya Arab

Yang turut dijual dalam jualan murah hari raya adalah jubah-jubah untuk lelaki dan perempuan Dari mana datangnya trend ini
Jika anda membuat pemerhatian terhadap masyarakat kita hari ini orang-orang Melayu sudah mula meninggalkan kebudayaan mereka Mereka kini mula mentransformasikan diri mereka untuk menjadi orang Arab Jubah-jubah Arab mula popular di kalangan orang-orang Melayu yang merasakan jubah adalah pakaian Islam. Begitu juga sanak dan saudara saya yang tidak terlepas dari fenomena ini 


Mereka-mereka ini akan terkejut jika ke pusat-pusat hiburan di Dubai apabila melihat di disko dan kelab malam juga jubah digunakan oleh orang-orang Arab sambil meminum minuman keras


 Ini semua berlaku kerana kurangnya kefahaman dan tidak tahu membezakan di antara Islam dan Arab Tidak hairanlah mengapa orang-orang Melayu lebih fokus dengan tajwid apabila membaca Al-Quran daripada memahami isinya Tidak ada bezanya dengan burung kakak tua yang boleh mengulangi percakapan manusia Beza Islam dan Arab 


Walaupun Muhammad S A W itu diturunkan di tanah Arab Islam dan kebudayaan Arab itu merupakan dua hal yang berbeza Ini yang gagal difahami oleh majoriti orang Melayu di Malaysia


 Mereka mengerjakan Haji dan Umrah Pulang ke tanah air membawa budaya Arab dan bukannya nilai-nilai Islam Sebab itu anda boleh melihat hari ini politik Melayu itu sendiri telah bertukar ganas sepertimana yang berlaku di tanah Arab yang sudah diketahui umum keras dan ganas Jangan terkejut melihat ceramah politik diserang kerana di tanah Arab lebih dari itu lagi Jika penyakit menjadi Arab ini tidak dibendung Malaysia akan menuju kepada kehancuran kerana politik akan menjadi lebih ganas lagi dari apa yang berlaku hari ini 


Lihatlah restoran-restoran Arab yang tumbuh bagai cendawan di seluruh Negara mengalahkan masakan-masakan tempatan Tidak lama lagi hilanglah masakan Muar Melaka Negeri Sembilan Selangor Perak Pulau Pinang Kedah Kelantan Terengganu dan Pahang Sabah dan Sarawak terlepas dari bala ini kerana kurangnya Melayu disana 


Melayu akan melupakan budaya mereka sepertimana mereka pernah melupakan sejarah awal di mana Melayu pernah menjadi Buddha dan Hindu Hari ini sejarah negara tidak banyak menceritakan tentang tanah ini ketika di zaman kerajaan Buddha dan Hindu Yang banyak diceritakan adalah Melaka kerana dianggap sebagai kerajaan Islam Semoga Ramadhan kali ini membuka fikiran umat Islam di Malaysia Pisahkan Islam dan Arab kerana keduanya berbeza.


usinkata;..Kalau Melayu tue..jadila Melayu..jangan jadi Arab Celop..Siapa lagi kalau bukan Melayu bangga dengan Melayu...Kalau rasa dah nak jadi Arab..tok sah makan nasi ..makan roti arab hari2..kalau nak jadi Arab..hari-hari tok sah cakap bahasa Melayu..cakap bahasa Arab..sedaq la diri oiiii Melayu oiiii..



Friday, July 13, 2012

Malaysia: Demokrat Palsu dan Demokrasi Totalitarianisme/Autoritarianisme ?


Mengapa Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke 2 telah boleh disenaraikan didalam Kelab "terburuk sistem demokrasi dunia" iaitu salah seorang ahli Kelab  Demokrat Palsu oleh Mark Mackinnon(terbitan : Jun, Globe and Mail ).Ciri-ciri kelayakan utk menyertai Kelab ini ialah "pimpinan ini mengadakan pilihanraya tetapi tidak bersedia melepaskan kuasa, sementara menahan dan memenjarakan seteru politik dari pembangkang.
Sebagai rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia serta umat Melayu..sewajarnya kita juga turut merasa malu dengan tersenarainya Najib kerana kita dibawah pimpinanya yg diwarisi dari PM ke 5 Tun Abdulah Badawi.

Saya percaya  penyenaraiannya itu adalah kerana disebabkan usaha Najib ingin membawa perubahan kepada Kerajaan Barisan Nasional.Beliau ingin membuktikan bahawa Kerajaan yang beliau warisi ini lebih baik dari Zaman Bapanya Razak Hussein..lebih hebat dari zaman PM terlama Mahathir Mohamad malah lebih cergas dan segar dari zaman PM Abdullah Badawi.
Utk itu Najib "kononya" telah mentransformasikan beberapa Akta yang terang-terangan berfahaman Autoritarinisme atau Totalitarianisme iaitu Akta Keselamatan DalamNegeri 1960 menjadi Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas 2012)....Akta Hasutan 1948 menjelma Akta Keharmonian Nasional...dan dengan jelas Akta-Akta ini cukup kejam!!!!

Ditambah pula dengan penggubalan Akta baru iaitu Akta Perhimpunan Aman 2012 setelah ketakutan melihat Arab Spring berkemungkinan besar boleh melanda Malaysia dan juga melihat betapa sokongan puluhan ribu rakyat berbilang kaum yang turun ke jalanraya melalui BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 setelah pelbagai usaha utk mereformasikan sistem pilihanraya dinegara ini menemui jalan buntu dan tidak dilayan sewajarnya adalah tidak keterlaluan inilah punca-punca lahirnya Akta baru didalam sistem demokrasi palsu...
( ingin saya tegaskan disini kepada individu yang bergitu teruja dengan Arab Spring yg membawa kejatuhan Rejim Mubarak melalui Revolusi..di Malaysia ini kita terdiri dari Melayu,Cina,India mewakili kaum majoriti bangsa Malaysia..kita tidak akan meniru Arab utk berRevolusi..kita tidak perlu nak menjadi Indonesia utk berRevolusi dan juga tidak perlu bersemangat seperti Iran utk berRevolusi..kenapa nanti kita bincang dlm agenda lain bukanya disini)

Setelah Najib bersama kerajaan Barisan Nasional melihat betapa media baru begitu popular dan mendominasi sumber maklumat yang dicapai rakyat ..sehingga media baru ini bukan sahaja menawakan satu alternatif malah peristiwa-peristiwa penting tertentu tidak lagi dapat disembunyikan.Rakyat kini bukan hanya menggunakan internet,mereka juga menyebarkan berita melampaui internet.Semunya menjadi amat segera dan sekelip mata.Oleh itu pindaan baru Akta Keterangan (Pindaan 2012) dipinda utk berusaha mengekang hak bersuara rakyat Malaysia didalam media atas talian ini seperti blog,facebook dan Twitter dan mengunapakai prinsip "bersalah hingga dibukti tidak bersalah" ( guilty until proven innocent).

Sudah 50 tahun lebih Malaysia menjadi negara Demokrasi...namun begitu demokrasikah kita di Malaysia ini dengan Akta-Akta kejam dan menyimpang jauh dari roh demokrasi itu sendiri..

DEMOKRASI TOTALITARIANISME/AUTORITARIANISME
Adakah di Malaysia ini diamalkan Demokrasi Totalitarianisme/Autoritarianisme ?
Pengamal  Demokrasi Totalitarianisme/Autoritarianisme akan mengamalkan demokrasi jika ia dapat menampilkan diri mereka sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.Apabila demokrasi berkemungkinan menyingkirkan mereka dari kekuasaan,mereka berkenaan bersedia untuk melemparka demokrasi dan menggunakan kekerasan dan kekuatan senjata untuk mengukukan kuasa mereka.
Amalan ini sudah dialami oleh Malaysia pada pilihanraya umum 10 Mei  1969.Perikatan kecewa besar di Malaysia Barat apabila ia hilang 23 kerusi Parlimen,kerajaan negeri Pulau Pinang serta hampir kehilangan kerajaan negeri Perak dan selangor kepada Pembangkang.Namun Perikatan masih mengekalkan majoriti di Dewan Rakyat..namun sejarah hitam negara bermula selepas itu...dalam masa 3 hari berlakunya kekerasan,pertumpahan darah yang dirancang dan dilancarkan dengan sengaja..Dan berlakulah sejarah hitam di Malaysia...Rusuhan Kaum 13 Mei 1969...

FAHAMAN TOTALITARIANISME/AUTORITARIANISME
Pengamal fahaman Totalitarianisme/Autoritarianisme seperti Hitler,Stalin dan Mussolini membenarkan hanya satu parti politik sahaja bergiat aktif dan cergas.Walaupun parti pembangkang wujud usaha mereka tidak berhasil kerana seringkali disekat pemerintah.Rakyat tidak diberi kebebasan untuk mengkritik dan membantah dasar kerajaan.Pihak media tidak bebas bersuara dan sebarang laporan yang bakal dikeluarkan mestilah ditapis pemerintah, bahkan polis rahsia ditubuhkan bagi mengawal tindak-tanduk rakyat.Situasi negara yang berfahaman ini sering berubah-ubah (flip-flop) kerana berlakunya ketidaktetapan dasar dan prinsip pemerintahan.

Adakah di Malaysia juga ada yang menjadi pengamal fahaman tersebut..?
Selepas peristiwa 13 Mei 1969..pemerintah melalui Pengarah MAGERAN  berkecenderungan ke arah pembentukan sebuah negara yang hanya mempunyai Satu Parti dengan cara menghapuskan semua parti-parti pembangkang,sama ada dengan cara penyerapan atau penindasan.
Akhirnya Perikatan berjaya menyerap masuk parti politik GERAKAN,PPP,dan PAS yang sudahnya menyaksikan pembentukan Barisan Nasional.Hanya DAP dan PRM tidak menyertainya.dan lihatlah bagaimana DAP dan PRM bergelut utk hidup selepas 13 Mei yang dikawal dengan beberapa Akta Kejam...Akta Mesin Cetak..Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)..Akta Hasutan antara tali dan gam  yang mengikat tangan,kaki.mulut mereka.
Rakyat Malaysia juga kenal siapa Special Branch (SB) dan bagaimana pasukan POLIS berada dibawah kawalan dan seliaan Kementerian Dalam Negeri yang mana ketua tertingginya adalah Menteri Dalam Negeri.Utk mengenali antara pertubuhan polis rahsia dunia lihatlah siapa dibelakang GESTAPO,MVD,MOSAD,KGB...bukankah kerajaan negara mereka sendiri.
Selepas tsunami politik 2008 dan Najib mengambil alih tampuk pemerintahan dari PM ke 5 Abdullah Badawi..kita lihat Najib begitu akitf memperkenalkan pelbagai askara..NKRA,ETP,BR1M,TR1M,dan pelbagai lagi yang berjenama 1Malaysia..segala tindakan Flip-Flopnya sudah diketahui ramai terutama isu Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akhirnya mendapat tentangan dan kemudian dikembalikan kepada sistem asal.
Najib mendakwa Konsep 1Malaysia tidak bertujuan politik sebaliknya merupakan satu alat utk mengukuhkan perpaduan dikalangan komuniti-komuniti yang pelbagai demi pembangunan negara...namun tidak lama selepas jenama ini beregar diruang udara Malaysia..muncul pula retorik yang tidak pernah didengar sebelum ini yang melambangkan politik tidak bertanggungjawab(Fitnah dan Serangan Peribadi),Ekstremisme perkauman (lahir NGO-NGO berpakasikan Kaum yang radikal dan lantang) dan taksub keagamaan( muncul NGO-NGO berpaksikan agama yang mencurigai agama lain).
Lebih parah lagi,mereka yang berkenaan mengucapkan retorik terhodoh berupa permainan politik tidak bertanggungjawab,ekstremisme perkauman,dan taksub keagamaan yang sama sekali bertentangan dengan konsep 1Malaysia muncul dari kalangan parti Najib sendiri iaitu UMNO,terutamanya media massa milik-UMNO,Utusan Malaysia.
Inikah yang dikatakan dasar kerajaan yang berubah-ubah (flip-flop)..berlakunya ketidaktetapan dasar dan prinsip pemerintahan..?



Hari ini Najib sudah mendapat gelaran DEMOKRAT PALSU...saya berpendapat gelaran ini lahir dari sistem politik negara yang sudah berlangsung 50 tahun lebih sesudah merdeka yang telah  menggunapakai fahaman Totalitarianisme/Autoritarianisme tetapi pemerintah  mendakwa Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen.Jika pemerintah BN tetap mendakwa Malaysia negara demokrasi,saya yakin Malaysia sebuah negara demokrasi....iaitu DEMOKRASI TOTALITARINISME/AUTORITARIANISME berdasarkan hujah-hujah diatas.











Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009