Wednesday, November 18, 2009

AWAS!!!..Wujud seorang "Rasul" didalam Facebook


Negara kita gempar dengan kewujudan "Rasul Melayu" yang kini sudah bertaubat setelah beberapa kali ditangkap..
Dan kini penyakit mengaku "Rasul" sudah menjalar ke Indonesia dimana kini sudah ada individu yang mengaku dirinya "Rasul"..
Apa yang menariknya..individu tersebut mempromosikan dirinya didalam internet dan mengguna pakai blog dan facebook untuk mendedahkan bahawa beliau kini seorang "Rasul"..
Disini terdapat laporan dari media Indonesia yang mendedahkan wujudnya seorang "Rasul" baru.!!

Jakarta - Aktivitas Sakti A.S., yang menyebut dirinya utusan Tuhan, ternyata membuat gerah sebagian kalangan pengguna internet. Pria itu pun telah dilaporkan ke Majelis Ulama Indonesia (MUI). Laporan itu disampaikan oleh seorang pengguna internet bernama Cahaya Ghifari. Melalui email, Ghifari mengatakan cemas dengan adanya pengakuan Sakti sebagai Rasul Allah.


“Akhir-akhir ini kami komunitas pengguna internet / facebook di indonesia dicemaskan akan adanya pengakuan dari seorang yang bernama Sakti A. Sihite. Di mana yang bersangkutan mengklaim dirinya adalah seorang Rasul Allah,” tulis Ghifari dalam surat itu, seperti dikutip detikINET, Senin (16/11/2009).

Disebutkan bahwa kegiatan Sakti telah menghadirkan polemik yang berkepanjangan dan dikhawatirkan menyebarkan keresahan di masyarakat. “Untuk itu kami mohon kepada yang terhormat majelis ulama Indonesia (MUI), bisa memberikan pembinaan kepada yang bersangkutan,” lanjutnya. Selain itu, Ghifari pun mengkhawatirkan keselamatan Sakti setelah ia mendeklarasikan kerasulannya. Oleh karenanya MUI diharapkan bisa memberikan klarifikasi mengenai hal ini. ( wsh / wsh )


Jakarta – Pengakuan seorang Faceboker bernama Sakti A. Sihite membuat Majelis Ulama Indonesia (MUI) geram dan akan mengambil langkah hukum untuk menindaklanjuti masalah tersebut. Menurut Ketua MUI Amidhan, Facebooker yang mengaku rasul itu sudah melakukan penipuan publik dan harus segera diseret ke jalur hukum.

“Dengan pengakuannya sebagai rasul, ia sudah melakukan penipuan publik, dan kasus ini harus segera ditindak lanjuti,” ujarnya ketika dihubungi detikINET, Senin, (16/11/2009). Lalu bagaimana dengan pengikut ajaran tersebut? MUI mengangap para pengikut ajaran sesat tersebut hanyalah korban penipuan dan hanya diperlukan bimbingan yang tepat untuk kembali ke jalan yang benar.

Lelaki bernama Sakti A. Sihite tersebut memang mengakui dirinya adalah utusan Tuhan. Hal ini diyakininya sejak mendapatkan ‘induksi energi’ pada tahun 2005. “Kami akan mengusut kasus tersebut lebih lanjut, dan kami akan segera meminta pihak yang berwenang untuk segera menutup blog atau akun Facebook orang tersebut” tegas Amidhan. ( eno / ash )

Tuesday, November 17, 2009

Anuar Shaari dan Dialog Budak Sekolah Tadika...



Bukti pemilikan saham dan wang Azmin-isteri : Bekas Setiausaha Sulit Anwar “pecah lubang”
sumber; Agendadaily

Jika dibaca keseluruhan artikel dari web pro-UBN nombor wahid ini..memang berkesan sekali penyampaianya..
Gua akui..membacanya dengan penuh minat utk mengetahui apakah yang ingin disampaikan oleh pihak UBN terhadap kes ini..
Setelah membacanya dan hampir sudah ke barisan terakhir..hati ini terdetik..mengapa baru kini ianya perlu didedahkan..bukan apa..Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan 1996-1998 iaitu Anuar Shaari datang dengan megahnya bersertakan dokumen salinan asal pemilikan saham dan penyata akaun bank Azmin Ali dan Isterinya..
Namun apabila ditanya oleh wartawan..kenapa baru kini hendak didedahkan...beliau menjawab..
seperti didalam artikel Agendadaily;-

"Ditanya kenapa setelah sekian lama baru pendedahan ini hendak dibuat, Anuar berkata, beliau hanya akan membuat penjelasan itu kepada pihak polis. "

Hhahahah..gua ketawa besar sambil menepuk-nepuk dahi..keluar air mata gembira dan lucu..kenyataan paling melucukan datang dari seorang yang pernah menjawat jawatan Setiausaha Sulit..

Sepatunya apa yang sebetulnya beliau bagitau kat wartawan..begini..;-

"Penjelasan itu sedang ditulis oleh pihak polis..saya cuma tukang baca saja.."

Nak tipu pun bagi la nampak real sikit..buat macam filem 2012 tue..haaa..biar org ternga-nga..
Tapi sedikit pujian kepada Annuar Shaari..starting mmg dah best..suspen..dtg dengan dokumen2 suma..mmg nampak "kantoi" dah Azmin dan Anwar kali ini..

Tapi ending tue nampak macam cerita budak sekolah tadika..terus "kantoi" lu punya wayang daa..pi balik belajar kat Najib n Mahathir..macam mana nak buat bagi nampak real..ok..

"CUTTT"!!!..


Sinopsis Filem 2012...



Penceritaan filem ini bermula dengan babak seorang ahli geologi, Dr Satnam Tsurutani (Jimi Mistry), di India menemukan fakta bahawa kerak dari perut bumi akan mengalami kenaikan suhu kerana kesan yang diakibatkan oleh ledakan besar di permukaan matahari (sun flare).

Menurut perhitungan, ledakan itu menghasilkan gerakan pada tengah bumi. Akibatnya, bumi akan hancur kerana gerakan itu akan mengakibatkan gempa bumi yang sangat dahsyat.

Yakin dengan perhitungan itu, Satnam memanggil sahabatnya, Dr Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor), untuk melaporkan ke Rumah Putih (White House) bahawa kiamat akan tiba. Adrian bertemu ketua staf di Rumah Putih, Carl Anheuser (Oliver Platt).

Carl yang selama ini meremehkan pertemuan bumi yang memanas itu terkejut dan terus membawa usul itu ke pertemuan negara-negara G8 di tahun 2010.

Dalam kesempatan itu, Presiden Amerika Syarikat Thomas Wilson (Danny Glover) menyampaikan maklumat terkini itu kepada para pemimpin tertinggi dunia bahawa manusia akan dilanda musibah besar kerana kerak bumi sedang memanas.

Sejak perkhabaran itu, sebuah rencana besar dirancang. Negara China dipilih sebagai tempat untuk membuat sejumlah bahtera besar... mirip bahtera Nabi Noh, yang akan digunakan saat bencana besar tiba.

Sementara itu, turut dipaparkan kisah lain tentang kehidupan Jackson Curtis (John Cusack) penulis buku berjudul 'Farewell Atlantis'. Curtis telah datang ke rumah bekas isterinya, Kate Curtis (Amanda Peet), untuk menjemput anak mereka, Noah (Liam James) dan Lily (Lily Morgan), berkemah.

Mereka tiba di lokasi perkemahan Yellowstone dengan menaiki limosin. Namun, setibanya di sana ada tanda larangan masuk menuju danau Yellowstone tapi Curtis dan kedua-dua anaknya nekad menceroboh larangan itu.

Curtis terperanjat kerana danau yang pernah dikunjunginya satu masa dulu kini telah lenyap kerana pemanasan bumi.

Ketika sedang berkemah, Curtis bertemu penyiar radio bernama Charlie Frost (Woody Harrelson), yang mempunyai penampilan seperti orang gila. Charlie memberitahu bahawa bumi akan segera dilanda bencana dahsyat. Charlie juga mendakwa dia mempunyai peta lokasi pesawat yang boleh menyelamatkan manusia dari bencana itu.

Curtis terpaksa pulang lebih cepat kerana Kate sedang trauma kerana baru saja mengalami gempa yang hampir meragut nyawanya.

Dalam masa yang sama, Curtis terpaksa pula menghantar kembar bosnya, Yuri Karpov (Zlatko Buric), yang menjengkelkan itu.

Curtis mulai mempercayai ramalan Charlie tentang kiamat apabila dia menyaksikan jalan di bandar terbelah dua kerana gempa.

Curtis mengambil jalan pintas menyewa pesawat dan seorang juruterbang untuk menyelamatkan keluarganya dengan bayaran jam tangan mahal miliknya.

Babak suspen bermula dari sini bila Kiamat yang diramalkan banyak pihak benar-benar terjadi dan ianya dimulai dengan gempa bumi di mana-mana, di merata dunia.
Tanpa membuang masa, Curtis terus menjemput Kate dan anak-anaknya.

Setelah berhasil menyelamatkan keluarganya dan teman lelaki Kate, Gordon Silberman (Tom McCarthy), Curtis segera memecut limosinnya ke bandar.

Di sini adegan agak mencemaskan, bila penonton terpaksa menahan nafas melihat mobil mewah meliuk-liuk, cuba menghindari gedung-gedung yang ranap, bangunan tersembam ke bumi serta jalanan yang merekah dan ternganga luas kerana gerakan gempa bumi yang diluar jangkauan minda.

Curtis dan keluarganya sempat tiba di bandar tapi juruterbang yang disewa Curtis pula terkorban kerana terkena gempa.

Akhirnya, Gordon yang pernah mengikuti kursus penerbangan mengambilalih dan membawa pesawat itu. Dari dalam pesawat mereka melihat bencana yang luar biasa....semuanya hancur luluh dan binasa.

Di Rumah Putih, Dr Adrian mendapat perkhabaran kenaikan suhu inti bumi terus naik dengan mendadak. Hal ini membuat Adrian terkejut kerana perkiraannya meleset dan Kiamat datang lebih cepat.

Usaha menyelamat digiatkan dan Presiden Thomas menolak cadangan untuk 'dievakuasi' ke China dan memilih tinggal bersama rakyatnya. Akhirnya Thomas juga turut terkorban.

Sebuah tsunami setinggi ribuan meter menghentam Rumah Putih dan isi kandungannya. Gegaran yang dasyat menyebabkan kapal induk John F Kennedy CV-63 terbabas dan menghentam Rumah Putih.

Gempa dan tsunami terjadi di seluruh pelusuk. Belahan dan rekahan di mana-mana di seluruh dunia...bumi hancur, sehancurnya.

Bahkan kutub selatan dan utara turut bergesel dan semua daratan terseret dan tersasar beribu-ribu batu dari lokasi asal.

Dalam bencana tragis itu, hanya sedikit yang terselamat, termasuk rombongan pesawat Air Force One yang bergerak ke China, menuju "Bahtera Nuh" yang telah siap dibuat.

Tanpa disangka Curtis dan keluarganya selamat mendarat di China menggunakan pesawat Antonov yang dibawa Shasha, anak buah Yuri, dengan dibantu oleh Gorgon.

Rombongan Curtis kemudian ditinggalkan oleh Yuri dan anak kembarnya kerana mereka ada paspot antarabangsa hijau, sebagai tiket untuk naik ke bahtera besar tersebut.

Dalam saat berputus harap, Curtis dan keluarga, seorang sami yang sedang menuju ke bahtera raksasa itu sanggup menumpangkan mereka, walaupun mengikut 'pintu belakang'.

Adegan cemas dan debaran dirasakan di saat ini apabila pintu kapal dibuka secara mendadak, dan mengorbankan Gordon. Tapi saat pintu kapal hendak ditutup lagi, sebuah perkakas jatuh dan roda penggerak pintu tersangkut.

Mereka yang di dalam kapal panik kerana mesin tidak boleh dihidupkan jika pintu masih terbuka. Di saat itulah, sebuah tsunami setinggi gunung sudah bergerak pantas menuju ke arah kapal.....

sumber; MstarOnline..

usinkata; Untuk cerita selanjutnya..sila lah menonton filem ini.apa yang diharapkan filem ini dapat memberikan kita kesedaran dan keinsafan...

Gambar : Antara Dua Kutub,AnwarUtara & NajibSelatan


Datuk Seri Najib Tun Razak and Datuk Seri Anwar Ibrahim catching up over a cup of tea at the MP Lodge in Parliament today - Picture by Choo Choy May - MalaysianInsider


Kerabat Najib diundang "Bala"..?



Altantuya : Saya diugut kerabat Najib, kata Bala
sumber;feemalaysiatoday/bahasa

Seorang pegawai kanan polis, dua ahli perniagaan adik beradik dan seorang ahli keluarga Perdana Menteri terbabit mengugut dan menyogok penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya menarik balik perakuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu yang mati dibom.
Dengan menggunakan pelbagai taktik gertakan dan khidmat pasukan perisik tentera, Bala bukan sahaja diugut supaya membuat perakuan bersumpah kedua memansuhkan perakuan bersumpah pertamanya tetapi terpaksa menyembunyikan diri di luar negara.
Pendedahan ini dibuat oleh Bala sendiri di hadapan tiga peguam kanan baru-baru ini kerana tidak mahu terus menjadi “pelarian”. Transkrip pendedahan berkenaan diperolehi Suara Keadilan.
Bala yang diambil berkhidmat oleh rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda dijanjikan imbuhan hingga RM5 juta untuk menarik balik perakuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008 yang mendedahkan hubungan Najib dengan wanita Mongolia yang dibunuh pada Oktober 2006 itu.
Beliau diarahkan supaya jangan pulang ke Malaysia sehingga selepas Najib ditabalkan menjadi Perdana Menteri pada April tahun ini, menurut edisi terbaru Suara Keadilan.
Bagaimanapun setelah 15 bulan menjadi pelarian, Bala memutuskan untuk “mendapatkan kehidupan normalnya kembali” dengan mendedahkan apa yang sebenarnya terjadi pada diri beliau dan keluarga selama ini.
Adalah difahamkan bahawa selepas sidang media untuk mengumumkan kandungan perakuan bersumpah pertamanya di pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, pada 3 Julai 2008 Bala bersama seorang pegawai polis berpangkat ASP bernama Suresh Kumar pergi ke Cheras.
Dalam perjalanan mereka mendapat panggilan daripada Dinesh Jaikishan seorang ahli perniagaan yang karib dengan mereka memberitahu bahawa abangnya, Deepak, mahu berjumpa.
Pertemuan diatur di sebuah kedai Bah Kut Teh di Rawang. Dinesh dan Deepak hadir, menurut laporan Suara Keadilan.
Sebelum tiba ke kedai berkenaan, isteri Bala menelefonnya memberitahu ada sebuah kereta merah di hadapan rumah mereka. Bala menasihatkan isterinya mengunci pintu pagar dan jangan berbuat apa-apa sehingga beliau menelefonnya kembali.
Deepak, pemilik syarikat Carpet Raya di Kuala Lumpur menawarkan RM4 juta dan kemudian RM5 juta supaya Bala menarik balik perakuan bersumpahnya.
Menurut Bala, Deepak telah memperkenalkan dirinya sebagai seorang yang rapat dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, malah menawar untuk mengaturkan sarapan pagi antara Bala dan Rosmah,
Deepak juga memberitahu Bala bahawa orang dalam kereta merah di hadapan rumahnya itu adalah anggota perisik tentera.
Beliau kemudian mengarahkan Dinesh dan ASP Suresh membawa Bala ke pusat membeli belah Curve di Damansara untuk bertemu seorang “Datuk.”
Menurut Bala beliau mengenali Datuk berkenaan sebagai ahli keluarga Najib, bakal perdana menteri Malaysia ketika itu, lapor Suara Keadilan.
Dalam transkrip wawancara itu Bala menegaskan bahawa saudara Najib itu mengugut jika beliau (Bala) sayangkan keluarganya, beliau patut ikut arahan Deepak.
Bala bertegas tidak akan meninggalkan Malaysia tanpa keluarganya bersama. Persetujuan dicapai supaya Bala membawa keluarganya meninggalkan Malaysia.
Pada 4 Julai 2008, Bala ditemani seorang peguam bernama Arunambalan yang belum pernah dikenalinya sebelum itu menemui pihak media di Prince Hotel untuk membentangkan perakuan bersumpah keduanya yang memansuhkan perakuan pertama.
Sementara itu seorang pembantu Deepak mengiringi keluarga Bala untuk mendapatkan pasport mereka di pejabat Imigresen, menurut Suara Keadilan.
Bala dan keluarganya kemudian dibawa dengan van ke Singapura sebelum terbang ke Bangkok. Dari situ mereka ke Katmandu sebelum berlindung di India.

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009