Saturday, January 9, 2010

"ALL MALAYSIAN REJECT"

"Kerajaan mengumumkan bahawa ia tidak akan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kehilangan RM100 bilion duit kerajaan dan apa yang terjadi dengan RM270 bilion diterima oleh kerajaan (ketika kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi) daripada Petronas," kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.

"Sekarang saya tidak boleh membersihkan nama saya ataupun Abdullah boleh membersihkan nama beliau.







"Barry Wain mesti sangat gembira. Dia boleh memfitnah sesiapa saja dia suka dan tiada apa-apa yang akan berlaku ke atas dia,"






"Ada baiknya untuk mengetahui apa yang dia (Wain) fikir tentang Malaysia, orang Melayu, Umno dan sudah tentu diktator agung macam saya.

"Tiada negara yang lebih busuk, lebih rasis, tiada pihak lebih korup berbanding Malaysia, orang Melayu dan Umno.

"Sudah tentu tiada Perdana Menteri yang menyalahgunakan kuasa berbanding perdana menteri Malaysia yang memimpin selama 22 tahun,"

"Malaysia seharusnya kembali sebagai negara jajahan British."


Mahathir ‘kecewa’ tiada suruhanjaya, desak KDN lepaskan buku Wain
Oleh G. Manimaran- MalaysianInsider

PETALING JAYA, Jan 9 — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan “kecewa” dengan keputusan kerajaan tidak mahu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat tuduhan penulis Barry Wain bahawa beliau telah membazirkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun kepimpinannya.

Malah beliau mahu Kementerian Dalam Negeri melepaskan buku tulisan Wain untuk pasaran bagi orang ramai mengetahui dakwaan penulis itu bahawa Malaysia, orang Melayu dan pemimpinnya diktator, korup dan rasis.

Sehubungan itu Dr Mahathir yang melepaskan jawatan perdana menteri pada Oktober 2003 mendakwa sudah tentu Wain gembira dengan keputusan tersebut yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.

usinkata; Dia kecewa bukan kerana tidak ditubuhkan suruhanjaya..tetapi kecewa rakyat dh pandai menilai yg mana fitnah dan dimana kebenaran..

Utk Dr M..."ALL MALAYSIAN REJECT" you..

dan airmata pelesu you tue sudah tidak ada nilai lagi..dulu bole la...

Berita; Harga Padi "Jatuh"..?

PENGUMUMAN PENTING: HARGA PADI JATUH?
Written by Admin - SabahKini
Saturday, 09 January 2010 01:15

HARGA padi akan diturunkan semula ke RM 750 per metrik tan (75 sen sekilo) pada 11 Januari 2010 iaitu pada hari Isnin 75 sen sekilo adalah harga minima yang ditetapkan oleh pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negara.

Pihak Pengilang Sabah (PADIKOM) terpaksa berbuat demikian kerana subsidi beras (April hingga September – selama 6 bulan) yang diberikan sebanyak RM600 per metrik tan (60 sen) telah berakhir pada 30 September 2009 tetapi di Semenanjung Subsidi Beras ini diteruskan sebanyak RM750 per metrik tan.

Ekoran dari ini, kami pengilang telah bertahan selama 3 bulan (Oktober hingga Disember) tidak menurunkan harga padi demi kepentingan petani, tetapi kami tidak lagi boleh bertahan kerana pengilang menanggung kerugian.

Semasa subsidi beras diberikan, BERNAS membeli beras Super Tempatan (ST25) dengan harga RM2.30 sekilo dengan tambahan kos pengangkutan RM45 per metrik tan.

Kini setelah subsidi beras dihentikan, Sazarice menawarkan harga ST25 sebanyak RM2.00 perkilo, ini bererti pengilang kena menanggung kerugian sebanyak RM300 per metrik tan.

Ke mana hala tuju PADIKOM dan ini bukan konsep 1Malaysia, kata En. Jaujip Pangalin, Pengerusi PADIKOM.

Perkara ini menjadi lebih kritikal bila harga beras tempatan kena bersaing dengan Beras Nasional yang hanya berharga RM1.80 sekilo di pasaran. Siapa yang akan membeli beras tempatan yang berharga RM2.30 sekilo harga pemborong. Ini adalah tamparan hebat kepada ahli PADIKOM.

Perkara ini telah diadukan kepada wakil rakyat MP Dato Rahman Dahlan, sehingga kini masih lagi mengharapakan kajian semula perkara ini tetapi hanyalah hampa dan kecewa sehingga kami terpaksa menjatuhkan harga padi.

Harapan kami, periuk nasi pengilang dan petani perlu dijaga.

Ditulis Oleh:

CATHERINE CHU

Setiausaha of PADIKOM

Perdana Menteri Impianku lebih "gah" dari Najib



KUALA LUMPUR : Google.com meletakkan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin sebagai antara insan yang paling banyak mencetuskan berita atau diberitakan di Malaysia sepanjang tahun 2009.

Tokoh PAS itu turut mengatasi populariti Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Pengangkutan, Ong Tea Keat yang masing-masing berada di tangga ke 8 dan ke 9.

Google turut meletakan Nizar sebagai lelaki paling popular dalam carian mereka sepanjang tahun 2009.

Turut tersenarai dalam 10 tangga teratas itu ialah Fasha Sandha, Zakiah Anas, Sufiah Yusof, Kartika, Elizabeth Wong, Manohara Odelia Pinot dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

sumber; EraPakatan.com

Friday, January 8, 2010

Andaian Apadianie..

Kemuncak isu "Perpaduan Islam" memperlihatkan berlaku insiden khianat ke atas tempat ibadat agama bukan islam iaitu gereja..
Dihati ini sudah merasakan akan berlakunya insiden serangan ke atas gereja akibat dari isu "ALLAH"..
Sekarang sudah jelas dan nyata apakah agenda disebalik isu "ALLAH" dimainkan..
Matlamat pihakyg mahukan terjadinya"Perpaduan Islam" kononya itu mencapai objektifnya..
Dan pelbagai andaian utk mengheret pihak yg bertanggungjawab atas serangan gereja-gereja itu semakin bertiup kencang..
Andaian itu juga mencetuskan kemarahan Najib..
Apa yang pasti selepas insiden ini sudah melondehkan apa yg ingin diperjuangkan oleh segelintir pihak didalam isu "ALLAH" ini..
Siapa yg sedang menaguk di air keruh sudah jernih kelihatan..
Terdapa juga sinar kepada beberapa pihak disebalik asap hitam yg menyelubungi beberapa gereja..pihak itu kini sedang mendapat penilaian yg terbaik dari masyarakat bukan islam/melayu..
Kini..sudah jelas dan jernih..siapa hitam siapa putih..
Nantikan sambungan isu "Andaian" ini...siapa makan nangka dialah yg kena getahnya..
siapa makan cili..dialah rasa pedasnya..

Thursday, January 7, 2010

Volkswagen Launches $600 Single Seater Car








usinkata; gak-agak pernah tak Proton terpikir nk buat keta macam ini utk kesenangan rakyat Malaysia..jual murah2 sudahla..janji lepas pegi balik dari tempat keja..xkena ujan..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009