Saturday, January 16, 2010

Apa Ada Dengan Klinik Dang Najib


Sori la ..doktor tarak...misi pun tarak..tapi xpa..saya juga boleh jadi doktor..you sakit apa..demam..ok senang saja..saya kasi ubat sakit perut ok..musti baik itu demam..pecayala..

Jika sesiapa yg mengikuti siaran berita TV3suku yg memaparkan berita tentang pelancaran Klinik 1Malaysia oleh Dang Najib sudah tentu dapat melihat satu kenyataan dari Dang Najib sendiri..iaitu ada soalan dari wartawan yg bertanyakan tentang ada satu pihak Pertubuhan Perubatan mempertikaikan Klinik 1Malaysia gagasan Dang Najib...
Maka dari siaran TV3 itu ..Dang Najib berkata beliau akan meminta Pihak Kementerian Kesihatan berjumpa dan memperjelaskan kewujudan Klinik 1Malaysia kepada mereka..

Hati ini ketawa kecil ..nampaknya gagasan dan plan Dang Najib untuk Klinik 1Malaysia langsung tidak dibuat kajian dan penelitian yg serius serta mengambil kira pandangan pihak-pihak yg lebih arif dan tahu..
Akhirnya jelas sudah kepada hati ini pihak mana yg mempertikaikan Kilinik 1Malaysia itu..ternyata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yg mengkritik serta mempertikaikan gagasan Klinik 1Malaysia itu..
Perkara tersebut turut diulas oleh Bekas Menteri Kesihatan yang pernah menjawat jawatan itu selama 9 tahun iaitu "Penderhaka MCA/BN Datuk Chua Jui Meng..

Datuk Chua Jui Meng kata;

"Bayaran perkhidmatan perubatan sebanyak RM1.00 yang dikenakan klinik 1Malaysia tidak berbeza dengan kos rawatan di hospital dan klinik kerajaan sebelum ini yang mengenakan caj pada kadar yang sama."

“Sepatutnya mana ada klinik di Lembah Kelang tanpa perkhidmatan doktor, tanpa perkhidmatan pakar perubatan. Mana ada klinik di bandar besar yang pemeriksaan kesihatannya dilakukan oleh pembantu perubatan dan jururawat. Ini hanya menjadi bahan ketawa saja,”

"Klinik tanpa doktor kebiasaannya hanya wujud di kawasan luar bandar dan kawasan pendalaman kerana ia tidak boleh dielak akibat kekurangan doktor terlatih di kawasan terbabit."

"Sepatutnya kerajaan memperbaiki mutu perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan sedia ada, dan bukan dengan membazirkan RM10 juta wang rakyat untuk mewujudkan klinik seumpama itu."

“Ini adalah satu tindakan yang tidak tepat, sepatutnya lebih baik kerajaan perbaiki mutu perkhidmatan perubatan di hospital dan klinik kerajaan yang mempunyai doktor dengan dibantu jururawat dan pembantu perubatan. Saya tak nampak logik kewujudan klinik 1Malaysia ini”

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengkritik keputusan kerajaan melaksanakan klinik tersebut yang dikatakan sebagai membazir dan menjatuhkan standard dalam amalan perubatan.

Kata Presidennya, Dr David K L Quek, ia bertentangan dengan Akta Perubatan 1971 yang menggariskan tugas antara pembantu perubatan dan seorang doktor terlatih.

“MMA percaya klinik-klinik sedemikian dalam kawasan bandar bakal menjadi terlalu banyak dan membazirkan wang rakyat.

"Tambahan pula, pegawai perubatan yang tidak berdaftar sebagai doktor yang menyeliakan klinik ini juga menjadi satu kesalahan, melemah dan merendahkan standard perkhidmatan kesihatan,”

Wednesday, January 13, 2010

Gambar Keajaiban; Al-Quran Terpelihara Di Dalam Kebakaran

Keajaiban yang berlaku apabila senaskah Al-Quran tidak musnah dijilat api..ALLAHUAKBAR !!!

Tuesday, January 12, 2010

Bom Gereja; Suspek Terkini Mat Pit dan Mat Rempit


Jari tangan dan kaki tak cukup la..i'm sorry!!!

Rentetan kejadian-kejadian khianat ke atas tempat ibadat bukan islam khususnya masyarakat Malaysia yg beragama Kristian dipaparkan didalam media-media yg terdapat didalam negara..
Ianya semakin berlarutan...hari demi hari ada sahaja berlaku kejadian yg mencemarkan semangat 1Malaysia..
Satu ketika apabila keadaan perbuatan khianat ini menjadi isu besar..kenyataan Ketua Polis Negara seakan-akan cuba menyaksikan kepada Malaysia..Polis pimpinanya bersikap acuh tak acuh didalam isu keselamatan di dalam negeri dengan mengeluarkan kenyataan Polis tidak cukup anggota untuk menjaga semua gereja didalam Malaysia..

Churches must step up security themselves, says IGP
By Adib Zalkapli - MalaysianInsider

KUALA LUMPUR, Jan 9 — Inspector General of Police Tan Sri Musa Hassan today urged all churches to beef up security on their own because with its limited manpower the police cannot ensure security at all houses of worship.

“I would like to advise the churches to have their own security because I don’t have enough policemen.

“In PJ alone there are 62 churches. In KL and Selangor altogether we have about 200,” Musa told reporters outside the Metro Tabernacle Church here.

He said that the police are also monitoring the situation at mosques nationwide.

“We also monitor other places of worship,” said Musa.

Kini apabila keadaan semakin melarat...peminat No1 Anuar Zain ..memainkan peranan baru sebagai jurucakap Polis..almaklumlah..beliau juga Menteri DiDalam Negeri yg memegang Kementerian Dalam Negeri..

KDN tolak dakwaan gagal bertindak
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

Dalam pada itu beliau mengesahkan, polis sedang menyiasat identiti individu yang bertanggungjawab melemparkan bom petrol di tiga buah gereja di sekitar Lembah Klang pada awal pagi Jumaat lalu.

Namun, beliau enggan mendedahkan perincian mengenai individu itu.

*Diatas adalah petikan dr Utusan Meloya 11Jan..kenyataan Hishamuddin Tun Hussein

Peminat No1 Anuar Zain berkata polis sudah mengenalpasti suspek yg terlibat didalam insiden melempar bom petrol ..namun begitu hati ini sangsi sekali ..benarkah polis sudah ada suspek..?..dan sedang menyiasat..? sedang buat analsis terperinci..? atau sedang mereka-reka suspek dan menyiapkan skrip serta menetapkan hakim dan peguambela serta peguamcara..?
Hati ini amat risau sekali jika berlakunya tangkapan tangkap muat dan tangkap-selesai untuk menutup fail kes ini ...
Perkara tangkapmuat dan tangkap selesai sudah acap kali berlaku..dan yang paling diingati oleh hati ini ialah insiden rogol-bunuh gadis sunti di Sungai Petani beberapa tahun yang lalu sehinggakan Adibah Noor mengabdikan gadis sunti ini didalam lagunya iaitu "Terlalu Istimewa"..betapa lagu ini juga turut menempatkan antara lagu yang menjadi Juara Lagu didalam Anugerah Juara Lagu Ke 21 pada tahun 2007..

Apa yang masih terpahat diingatan..kes rogol-bunuh ini menyaksikan pols berjaya menangkap suspek seorang warganegara Indonesia..begitu pantas sekali polis bertindak dan hampir sahaja menyelesaikan kes ini..

Warga Indon mengaku rogol, bunuh Syazwani
Utusan Malaysia
24 Disember 2004 Oleh: ZAID MOHD. NOOR

SUNGAI PETANI 23 Dis.- Polis berjaya menyelesaikan kes rogol dan bunuh Siti Syazwani Ahmad Dasuki, 9, dalam tempoh 24 jam apabila seorang daripada 14 warga Indonesia yang ditahan semalam, mengaku melakukan jenayah itu di ladang kelapa sawit Tikam Batu, bersebelahan Taman Rhu di sini kelmarin.

Suspek yang berusia 25 tahun dan bekerja di ladang kelapa sawit itu mengaku mencekik mangsa hingga mati, selepas merogolnya, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Law Hong Soon hari ini.

Dia kemudian mengaku mencampakkan mangsa ke dalam parit di ladang kelapa sawit itu.

Namun begitu selepas 2 tahun selepas tangkapan itu dibuat..negara sekali lagi diberitakan bahawa kesemua suspek termasuk suspek utama dibebaskan selepas tiada bukti kukuh..

Suspek kes bunuh dan rogol Siti Syazwani diusir balik
Julai 05, 2006 - mstarOnline

KUALA LUMPUR: Seorang warga negara asing suspek utama kes bunuh dan rogol seorang kanak-kanak, Siti Syazwani Ahmad Dusukin di Sungai Petani, Kedah pada 2004 telah diusir ke negara asalnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata polis telah menahan suspek berkenaan di bawah undang-undang pencegahan (Ordinan Darurat) sebelum diusir ke negara asalnya.

"Polis telah menahan 18 orang suspek untuk siasatan kes itu dan daripada siasatan itu polis telah mengenali suspek utama yang merupakan seorang warga negara asing,"

Abdullah berkata polis masih meneruskan siasatan berhubung kes itu dengan teliti dan menyeluruh.

Beliau berkata polis telah membuat tangkapan ke atas 17 lelaki tetapi setelah siasatan dan ujian dijalankan, kesemua mereka telah dibebaskan kerana tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkan mereka dengan kes itu.

"Polis sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat dan membawa mereka ke muka pengadilan.

"Pihak Ibu Pejabat Polis Kuala Muda sentiasa memaklumkan perkembangan kes kepada keluarga mangsa dari masa ke masa," katanya. BERNAMA

Selepas pembebasan suspek warganegara Indonesia itu..sekali lagi berita memaparkan seorang pesakit mental pula dituduh membunuh Siti Syazwani..

Pesakit mental dituduh bunuh Siti Syazwani
Oktober 02, 2006 - MstarOnline

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang didakwa kurang siuman hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun pada Disember 2004.

Mohd Bashrah Akbar, 37, seorang penganggur, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahannya membawa hukuman mati.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kematian pada seorang kanak-kanak, Siti Syazwani Ahmad Dusukhi, 9, antara pukul 2 petang dan 4 petang pada 21 Dis 2004 di ladang kelapa sawit Estet Tikam Batu.

Mohd Bashrah dari nombor 412, Lorong Rhu 3, Taman Rhu, Tikam Batu, Sungai Petani diberkas polis di rumahnya pada 2.30 pagi 20 Sept lepas.

"Gua nak duit beli "ubat" saja la bro..lagipon apa salahnya..gua pon nak jadi rakyat yg berguna jugak...tolong kerajaan.."

Berdasarkan rentetan kes Siti Syazwani itu..adakah akan berlaku juga tangkapan sebegini untuk kes lempar bom petrol ke atas gereja..?
Tangkap mat pit ka..mat rempit ka..pastu paksa mengaku lempar bom..settle masalah..
Didalam hati ini mendakwa begitu susah dan payah utk mencari siapa pelaku yg melemparkan bom petrol itu..sudah la gelap gelita..mana nak cari..

Namun begitu kenapa Polis dan Menteri Dalam Negeri masih perlu mendakwa sudah ada suspek berdasarkan petunjuk dan maklumat yg diperolehi..
Bersikap jujurlah..tak perlulah nak tunjukan kepada satu Malaysia atau satu dunia bahawa polis Malaysia amat cekap dan pantas bertindak serta "kilat" untuk selesaikan sesuatu kes..
"Sampai bila gua nk pakai kapcai..gua pon nak beli moto besau..so apa salahnya tolong menolong..lagi pon gua support kerajaan apa..kan suci murni niat gua nie.."

Adakah dengan tertangkapnya suspek itu akan meredakan kemarahan masyarakat Kristian atau selesaikah isu khianat atau keselamatan masyarakat minoriti di Malaysia terjamin..?
Begitu juga dengan isu "ALLAH" ..adakah dengan tertangkapnya "pelaku khianat" turut menjanjikan isu yg berbangkit itu selesai..?

Jika Polis dan Menteri dalam Negeri bersikap rasional serta jujur didalam masalah ini dengan mendakwa sukar sekali utk mencari suspek kerana ia bukan pergerakan terancang atau berkumpulan serta mengumumkan peningkatan kawalan 24jam ke lokasi-lokasi yg difikirkan "panas"..dapat menyejukan hati semua pihak..baik dari masyarakat Islam mahupun Kristian..
Tak perlulah untuk menyakinkan bahawa Polis sememangnya sudah hampir dapat menangkap suspek..
Umumkan langkah-langkah terkini yg sedang dijalankan oleh Polis utk memastikan semua lokasi "panas" didalam pemantauan yg lebih ketat sehinggalah isu ini reda..

Apa yang pasti kini 2 mangsa sudah terjerat..Hishamudin dan Musa Hasan..mana mau lari sekarang..wartawan hari-hari dok ligan..untuk dapatkan berita yg dapat meredakan ketegangan yg sedang berlaku dan dan sedang bergerak dalam gerakan kecil....
Bertindaklah mengikut rasional dan bersikap jujur tanpa double standard...jangan biarkan tangkapan demi tangkap tangkap-muat dan tangkap-selesai berlaku lagi sepertimana yang berlaku di Sungai Petani..memalukan..mula-mula mat indon..pastu orang gila..Sangsi-sangsi...boleh percaya ka..?

Monday, January 11, 2010

Juara Lagu Bodek 1Malaysia


Situasi dan Revolusi bunyinya macam sama dengan REFORMASI..sebab tue la lu orang kalah beb..simpati aku..huhuhu

Sedikit kecewa apabila lagu yg menjadi sms tone handset pekak ini kecundang di AJL24..
Kenapa aku meminati lagu 'situasi" ini sebab liriknya yg begitu dekat dengan hati ini kerana ianya melaung-laungkan sebuah pengharapan..mengharapan sesuatu yang baru buat Malaysia..

Bertepatan dengan slogan yg dinyanyikan oleh Anwar Ibrahim iaitu "HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA"..sudah pasti rangkap lagu ini menjadi inspirasi hati ini..

Ternyata tanpa Anwar Ibrahim..otak melayu masih tersimpan dan tidak diguna-gunakan lagi..dan kerana Anwar...barulah kini kelihatan otak melayu sedang memulakan rentak menuju ke arah "Malaysia Baru"..

"Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…"

Bukan niat untuk mendewakan Anwar..tetapi berilah peluang untuk membuka minda seminit dua..Jika Anwar tidak dipecat oleh Dr M..sudah tentu selama-lamanya masyarakat Malaysia masih belum sedar mereka ini diperdaya dengan tomahan,janji palsu,tipu daya,provokasi perkauman yang diciptakan oleh UMNO/BN sejak sebelum Merdeka lagi..

Tahniah Aizat..aku download lagu "Hanya Kau Yang Mampu" utk ringtone secara sah tau..

Bercerita tentang kemenagan lagu "Pergi" ciptaan Pete Teoh dan liriknya ditulis oleh Amran Omar serta dimerdukan oleh Aizat..terasa semacam kemenangan itu tidaklah mendebarkan sangat..
Apabila dinyatakan oleh pengacara majlis bahawa lagu ini sudah dijulang di Hong Kong sebagai diantara lagu terbaik melalui lagu asalnya iaitu "I Go" didalam bahasa inggeris..ternyata kemenangan sudah berada disebelah kaki buat pencipta dan penulis lirik yg menterjemahkan lagu ini didalam bahasa Melayu..
Apabila lagu "I Go" ini dimelayukan dan dipentaskan dengan semangat 1Malaysia..sebelah kaki lagi menapak ke petak juara..
Masakan tidak..bukankah Malaysia kini dialun dengan dendangan semangat 1Malaysia gagasan Najib..Apatahlagi dengan kehadiran Rais Yatim sebagai penyampai anugerah/trofi kemenagan kepada pihak yg menang..
Sudah tentu jika lagu bersemangat 1Malaysia tidak menjadi juara seakan merosakan semangat 1Malaysia..sudahlah dengan pengkhianatan ke atas Gereja sudah menjejaskan gagasan Najib itu sendiri..nak tambah pula kecundangan lagu bersemangat 1Malaysia pula..makin bernanahlah..
Umun sudah mengetahui siapa itu TV3..untuk itu inilah sumbangan terbesar TV3 utk menjayakan dan mempromosi 1Malaysia segah-gahnya dengan kemenagan lagu "Pergi" yg tersarat dengan semangat 1Malaysia sewaktu dipentaskan..
Kurang pasti apakah juri-juri yg mengadili Juara Lagu turut terkena tempas 1Malaysia..? Dengan kehadiran Datuk Farid sebagai salah seorang Juri..apakah ia turut mendatangkan kesan yang amat mendalam utk juri-juri mengangkat lagu "Pergi" sebagai juara lagu 1Malaysia..
Hati ini amat pasti..tiada seorang pun yg dapat menghayati keindahan dan kelunakan lagu "Pergi" yg dikatakan sarat dengan mesej..ini kerana yg hadir dan menonton dirumah lebih teruja utk menyaksikan kemeriahan serta menikmati hiburan yg dipertontonkan oleh para peserta yg ingin merebut kejuaraan..
Apapun..keputusan sudah diumumkan dan Aizat berjaya membawakan lagu "Pergi" dengan sebaik-baiknya..setelah lagu yg dihasilkannya sendiri tidak mengapai trofi..namun kekecewaan itu terubat apabila beliau berjaya mendapat kemenagan diatas persembahan terbaik pada malam itu melalui lagu ciptaannya sendiri "Kau Aku"..

Sesudah berakhir AJL pada malam itu..hati ini berbisik...
"Juara Lagu Bodek 1Malaysia"..

Band inilah yg paling aku nantikan.perghh.dasat la lu beb..FEEEWIIITTT...cantik rambut palsu..mcm muda-muda dulu la..huhuhu

Sunday, January 10, 2010

Hey Hey Hey aku tak percaya UMNO..


Ini penyanyi yg nyanyi lagu "aku tak percaya cinta"..dia xlayan politik2 nie beb huhuhu

Hey hey hey hey
Aku tak percaya najib
Aku tak percaya rosmah
Aku tak percaya U M N O

usinkata; Baca rangkap pantun sumpah diatas seperti gaya nyanyian Liyana Jasmin."Aku Tak Percaya Cinta"..huhuhu

Kenapa aku nyanyikan dipagi hari minggu nie (Ahad)..sebab nie la..(bawah):-

Jangan tuduh sesiapa
Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan orang ramai supaya tidak menuduh mana-mana pihak termasuk kerajaan terlibat dalam insiden tiga buah gereja dilempar bom petrol di Lembah Klang, semalam.

Menurut beliau, tindakan menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN), UMNO dan Perdana Menteri terlibat dalam insiden itu adalah tidak berasas.

So..mestikah harus mempercayainya bahawa UMNO/BN/Najib tidak terlibat..

Hey hey UMNO tak telibatla..
huhuhu..betoi ka..ada sapa-sapa percaya cakap peminat No1 Anuar Zain ini..huhuhu..

Hey hey hey aku xpercaya Umno...



Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009