Wednesday, January 20, 2010

New WorldCup in Malaysia is.......AnwarCup


AnwarCup lebih berniai dari WorldCup buat politicker Malaysia..

Hakikat Berhakikat
Anwar Sebuah Piala Rebutan - MSO

TANPA sedar atau tidak realiti menunjuk dan membuktikan Anwar Ibrahim banyak membantu dan menjadi modal kepada orang untuk berjaya dalam hidup masing-masing. Jika kita mendasari suasana dan keadaan yang pernah disinggahi atau dialaminya, beliau telah memberi kebaikan dan keuntungan kepada berbagai manusia dengan keadaan dirinya itu.

Tidak melampau kalau dikatakan Anwar bertindak sebagai pemberi cahaya kepada sesiapa juga yang ingin mengambil dari sumbu kehebatan dan keistimewaanya sebagai seorang pemimpin. Beliau adalah sumbu harapan kepada mereka yang tidak mempunyai sumbu sendiri.


Kebaikan atau ‘sumbangan’ itu baik bantuan itu semasa beliau berkuasa sebagai TPM, memiliki kuasa dalam kerajaan ataupun selepas beliau dihina dan dimalui secara terancang oleh Mahathir Mohamad selepas dipecat dari Umno apabila beliau cuba bangun menegakkan keadilan dan kebenaran sekaligus memerangi kejelekan bikinan bekas PM ke 5 itu dan Umno.

Ternyata dari dua kondisi itu Anwar telah banyak membantu orang dan banyak individu (orang) orang memperolehi manfaat daripadanya. Di sini boleh disifatkan Anwar sebagai ‘superman’ yang membantu orang mencapai agenda peribadi yang dilanggang atas nama jihad – perjuangan tanpa pernah pamrih dan meminta ianya dibalas. Sedihnya kadang-kadang Anwar ‘berkorban’ dan sanggup terkorban demi memberi nilai dan kredit kepada seseorang.

Semasa beliau jadi menteri kewangan ramai kawan-kawannya yang ditolong. Asalnya kekawan itu hidup merempak atau berniaga tepi longkang saja akhir setelah mendapat ‘pertolongannya’ atau menumpang auranya, kekawan itu akhirnya menjadi jutawan. Setengahnya sampai ada pejabat perdagangan di luar negara.

Sementara semasa beliau di dalam penjara pula tidak kurang jumlahnya mereka yang tiba-tiba mendapat political mileage besar kerana memperjuangkannya. Apa yang tampak di luar, perjuangan itu seakan untuk membela nasib Anwar, tetapi dalam masa sama mereka mendapat manfaat mencipta nama dalam masyarakat. Sebelum Anwar di penjara tidak siapa pun mengenali nama mereka. Tetapi tiba-tiba mereka menjadi pahlawan yang dinobatkan apabila membela Anwar.

Tidak hairan kalau kumpulan yang mencari kesempatan hidup semasa ketua pembangkan itu berkuasa atau diseksa di penjara atas nama perjuangan yang bermuka-muka. Munasabahlah kalau dalam keadaan itu mereka mendapat keuntungan daripada aura kehebatan Anwar.

Tetapi yang anihnya, hari ini dalam keadaan Anwar terlepas dari tirani kezaliman, tidak jadi menteri dan sedang berusaha untuk bangkit kembali, masih ada jenis manusia oportunis yang mengambil kesempatan atas nyawa Anwar. Mereka terus mempergunakan Anwar untuk mendapat laba dunia dengan mudah. Mereka terus menggunakan Anwar untuk mencipta nama. Mereka telah mengadaikan nama Anwar demi mendapat sesuap nasi basi.

Berbeza dengan dua keadaan lampau, mereka yang mengambil kesempatan di era Anwar bebas kini dengan menggunakan nama Anwar ialah dengan menghina Anwar. Mereka mendedah keburukan Anwar yang mereka cipta sendiri. Mereka bongkar dan menceritakan keadaan Anwar yang huduh dan busuk. Mereka mengutip apa saja bahan untuk dijadikan bukti bagi memburukkan Anwar.

Tujuan mereka lalukan ialah untuk menampakkan mereka adalah kumpulan manusia yang benar. Manusia yang tidak hipokrit. Manusia yang sanggup meninggalkan hero yang mereka julang lalu kononya kerana ingin menegakkan kebenaran baru?

Manusia seperti ini adalah manusia yang tidak ada moral sama sekali, tidak ada kekuatan dalaman dan luaran. Mereka yang berjuang bagaikan lalang yang mengikut angin. Tidak ada apa-apa yang boleh diambil guna daripada mereka hatta najis mereka untuk dijadikan baja.

Mereka mengharap dengan melakukan pembantai moral dan maruah Anwar mereka akan menjadi hero. Mereka akan disanjung oleh masyarakt konon merekalah pemberani yang sebenarnya. Serentak dengan tindakan mereka itu mereka disanjung oleh media massa yang sudah lama membenci Anwar.

Gelagat dan realiti ini semua menjelaskan, Anwar dalam keadaan bagaimana sekalipun ia tetap menjadi modal dan diambil kesempatan oleh orang-orang baik yang datang kemudian atau yang dulunya adalah kawannya sendiri. Meskipun mereka mencemuh dan membenci Anwar tetapi mereka masih bergantung hidup kepada Anwar dan sejarah yang dilaluinya.
Di sinilah saya melihat Anwar benar-benar seorang pemimpin yang menempati falsafah pemimpin itu perubahan manusia, pemimpin pencipta sejarah dan pemimpin itu pembangun budaya.

Selamanya Anwar di mana saja beliau berada dan dalam keadaan apa jua, baik direndam atau digantung, di simpan dalam tembok besi ataupun dilepas atas padang luas beliau akan terus di manfaatkan baik oleh malaikat ataupun oleh iblis untuk kepentingan diri dan agenda puak masing-masing. Anwar adalah piala rebutan kepada semua orang yang menyimpan satu cita-cita yang sama, untuk berkuasa. [wm.kl. 5:50 pm 20/01/10]

Posted by mso.im at 5:54:00 PM 0 comments
Labels: Piala rebutan - Anwar

usinkata; minta maaf bapak MSO..saya ingin abadikan artikel dari bapak didalam blog saya yg "pekak" ini...minta dihalalkan...dunia dan akhirat..

Tuesday, January 19, 2010

Mak Andam Dang Najib APCO ka APO..?


APO nie dah lama wujud kat Malaysia..ingat tak ketua lanun tue..har har har harun salim bachik !!!..ada kena mengena ngan APCO ka...??? dak kot !!!



Sekali lagi "Penasihat 25%" Dang Najib dipertontonkan kepada umum..

Dan kali ini dilondehkan pula oleh The Times Of India..

Siapa APCO Worldwide yg ditugaskan khas utk menunjuk arah perjalanan yg bakal Dang Najib tempuhi..

Barangkali wartawan India sedang siap menunggu kedatangan Dang Najib hari ini dengan pelbagai soalan cepu emas untuknya..

Atau sudah ada garis panduan yg diberikan oleh pengiring-pengiring Dang Najib kepada wartawan yg ingin menemuramah beliau..

Dan apa yg penting sudah tentu tiada soalan yg menyenuh Altantunya,Bala dan yg terbaru APCO..sekarang apa yg penting nanikan laporan dari akhbar disana..jangan percaya sangat berita dari Malaysia..apatahlagi dari 3 beradik 3 suku..Utusan Rasist,BeritaHairan dan TV3suku..

Dengan apa yg dilondehkan oleh The Times Of India..Maknanya..apa jua langkah yg pelik-pelik dan gagasan yg diluar jangkaun rakyat Malaysia yg "pekak" ini semuanya dirancang dengan penglibatan "mahkluk asing APCO" ini..

Antara yg terbaru ialah projek Klinik 1Malaysia yg dikritik oleh MAA sendiri..rasanya APCO langsung tak menyedari peranan MMA..lupa studi kot..??

Kunjungan Dang Najib ke Saudi Arabia serta dianugerahkan pingat kebesaran pula semacam ada yg tidak kena..Takan bagi kat tempat macam tue jaa..mcm kat opis tok arab kat sana laaa..rasanya kalau nk bagi pon buat la satu majlis khas ka..baru nmpk mcm real..ini mcm mau tak mau nak bagi jaa..

Kunujungan di Saudi Arabia pon bukan nk diherankan sangat..bukan ka keluarga Saud itu dilindungi sepenuhnya oleh Amerika yg bertuankan Yahudi Zionis..dan APCO pon mai dari suku sakat depa juga..

Tidak mustahil jika ada satu arahan dari White House ka atau dr mana-mana utk mempromosikan Dang Najib ke mata dunia Arab yg dikuasai oleh negara islam..begitu juga ke UAE..huh !!..dh majoriti pelabur yg melabur kat UAE tue datang dari poket Yahudi jugak..so xda masalah laa nk bagi tabik hormat kat Dang Najib..

Sedikit masa lalu da satu lagi benda pelik tetapi lawak...anugerah Tokoh Maal Hijrah kat Syeikh Yusuf Al-Qardhawi..rasanya satu jenis langkah promosi utk make-up rupa Dang Najib..sekali make-up itu jadi "over" dan sekali pandang macam badut sarkas kepala dongga saja..

Telah disapu arang ke muka Dang Najib apabila Syeikh Yusuf Al-Qardhawi memberikan harapan dan sokongan tak berbelah bagi untuk Anwar seteru utama Dang Najib dan bukanya sokongan utk 1Malaysia..

Syeikh Yusuf pun rasanya terima anugerah tue utk menghormati Malaysia..bukanya Dang Najib

Tidak dilupakan juga mengapa perlu Dang Najib ke India...huh!!! silap mata oleh APCO la jugak tue..kan dah dekat nk pilihanraya DUN Perak..banyak jugak undi kaum India kat sana tue..kalau dpt tarik undi kaum India + Melayu UMNO..dah cukup utk menge-SAH-kan kerajaan BN kat sana setelah terHARAM akibat ketelanjuran APCO merencanakan senyuman kepada Dang Najib ketika itu..

Jangan lupa pula "black magik" harga gula sedikit masa lagi...APCO memang punya plan jangka masa panjang buat kerajaan Dang Najib ni..kali ini bakal ditonjolkan Hero Felda dari Pahang ini menyelamatkan gula Malaysia dari terus ditelan untungnya oleh Kouk bersaudara..maka terciptalah UMNO juara rakyat..dan hulubalangnya yg paling berjasa sudah tentu Dang Najib..

Lepas ini apa pula rencana yg dibawakan oleh ACPO..dan apa yg diketahui...Saiful itu pon mangsa percubaan utk memalukan atau menjatuhkan Anwar..diMalaysia ini hanya seornag sahaja yg berani utk memalukan Anwar..iaitu bekas bosnya..Mahathir...org lain mg kecut teloq kalau diajak utk join sekali menjatuhkan Anwar..

Untuk itu projek liwat 2 ini hanya dilakukan oleh "something" yg tiada perasaan "kecut teloq"..dan diMalaysia ini mmg susah nak jumpa..maka dicarila "pemain import" yg bertanda nama APCO..

APCO tue singkatan ABSOLUTELY PIRATE ORGANIZATION ke.???

Huhuhu silap laa..itu A.P.O bukan APCO..tapi idea sama macam lanun yg gila-gila jaaa..kira aci la..adik beradik ......huhuhu

Kata Hikamat;
Perunding Imej Najib adalah Israel
Jan 19th, 2010 | By Admin | Category: utama
PerakExpress

APCO Worlwide, sebuah syarikat yang di bayar oleh Perdana Menteri untuk meningkatkan imej beliau yang semakin luntur, didakwa menawarkan perkhidmatan yang serupa kepada diktator dan pemimpin-pemimpin korup diseluruh dunia, demikian menurut The Times Of India.
Akhbar terkemuka tersebut baru-baru ini melaporkan, selain daripada Najib, syarikat yang berpengkalan di Washington itu juga memberikan perkhidmatan kepada Diktator Nigeria, Sani Abacha dan Presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.

kemaskini; sekali silap tulih daa..bukan ACPO..tapi APCO daaa..huhuhu




Monday, January 18, 2010

1Parlimen 1Pengedar "Dadah"..?


"Jangan pula nanti Polis tangkap Pengedar Gula atas kesalahan mengedar dadah sudahla.."

Yang kita tahu harga gula naik sebab kerajaan tidak dapat lagi menambah subsidi gula..

Bila ramai yg bising..Dang Najib kata kerajaan lebih prihatin kesihatan rakyat dari prihatin poket rakyat yg semakin kering.

Tapi kini ramai sudah yg "bau" hangit teloq busuk pasal harga gula naik..

Naik sebab nk cover investment yg dilakukan oleh FELDA GLOBAL VENTURES..

Felda dh beli 100% aset Robert Kouk dlm bisnes gula..so sure dh belanja berkoyan-koyan RM..

Hati busuk ini kata bila Felda dh dpt balik modal investment sure harga gula diturunkan balik..pastu baru la dalam Utusan Rasist,Berita Hairan dan TV3suku akan cerita Felda yg membela rakyat utk menjadikan bisnes gula ini kembali ke tangan org Melayu..(kan segala mak nenek kat dlm Felda tue semua melayu..)

Maka berkembangla lubang idung Dang Najib..dan berkembangla pinggul Hang Rosmoh..kan Felda itu sinonim dengan nama Tun Abdul Razak..

Manakala Felda itu pula bukankah anak emas Kerajaan..oleh itu amat wajarlah mereka berdua "berkembang"..

Kalau harga gula diturunkan selepas Felda balik modal..Felda tetap akan untung..sebab rakyat Malaysia ini suka makan gula..apatahlagi kat Kelantan..Ala..bisnes gula ni mmg keuntunganya dijamin..

Keluar pula cerita 1 Parlimen 1 Pengedar Gula..huhu MSK kata sah projek nie dh ditempah siap oleh semua Ketua Bahagian Umno..betoi ka..mmg ada asasnya..

Takan MCA,Gerakan,MIC nk tengok saja..duit gula nie..sure tumpang sekaki..ala..nk tunjukan "Pengedar Gula 1Malaysia"..

Kalau projek ini jalan sebulan dua lagi..sure UMNO,MCA.MIC dah ada dana utk pilihanraya umum 13 nanti..senangla sikit nk berangan genggam Malaysia 5 tahun lagi..

Sedar tak sedar inilah projek talian hayat untuk UMNO/BN utk terus berkuasa..dan rakyat terus diperkuda..

Jangan ada bunyi "1 PARLIMEN 1PENGEDAR DADAH" sudahla...

KataHikamat;-

"Kuok Brothers pernah memberi jaminan tidak akan naikkan harga gula dan mereka menepati jaminan itu bertahun-tahun lamanya tetapi FELDA sebuah agensi Persekutuan selang beberapa hari saja sudah naikkan harga barang keperluan itu" - Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun.

Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo "berdarah" Raja Melayu..?


Mujurlah masih terdapat sukukaum di Filipina yang kurang menerima kesan penjajahan Sepanyol yang kejam ini seperti orang-orang Sulu (selalu digelar oleh penjajah sebagai Moro atau Moor-gelaran untuk bangsa Arab di Andalus atau Sepanyol ketika pemerintahan Islam di sana).Orang-orang Sulu inilah yang masih mempertahankan jatidiri mereka dengan keris-keris panjang mereka yang menggerunkan penjajah Sepanyol.

Siapakah Jose Rizal?Beliau ialah tokoh pejuang Filipina dan adalah memalukan seorang yang mengaku orang Filipina jika tidak mengenal Jose Rizal.Dan apakah yang dikatakan oleh Jose Rizal dalam salah satu pidatonya?
Beliau mengaku sebagai anak Melayu!

Kita mengenal beliau dalam sejarah kontemporari sebagai José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda atau Jose Rizal,seorang berbangsa 'Filipino',namun kita tidak tahu apakah nama 'Melayu'nya yang tersembunyi.Ini samalah dengan saudara-saudara kita di Selatan Thai yang dipaksa memakai nama Thai dan terpaksa menyembunyikan identiti sebagai orang yang berbangsa Melayu Pattani.Perkataan Filipina itu sendiri berasal dari nama seorang raja Sepanyol iaitu Phillip Kedua yang memerintah Sepanyol pada 1556 hingga 1598.Jadi kita boleh tahu bahawa bangsa 'Filipino' itu hanyalah khayalan penjajah sahaja dan ini boleh dilakukan dalam keadaan penduduk Kepulauan Filipina itu dipaksa menjadi orang Sepanyol,berbahasa Sepanyol,menganut agama Kristian,membunuh sultan dan raja mereka yang memegang khazanah warisan bangsa,membumihanguskan kediaman mereka berserta kitab-kitab dan khazanah-khazanah diraja.Namun kita akan tahu nama asal Kepulauan Melayu ini dari penemuan arkeologi di Filipina.Salah satunya yang paling terkenal ialah Laguna Copperplate.

Kita boleh faham mengapa bahagian Selatan Filipina masih kuat pengaruh 'kemelayuannya' terutama orang-orang Tausug yang masih diluar pengaruh 'kristianisasi dan pensepanyolan'.Sebab itu mereka masih berkuasa melancarkan pemberontakan.Dari Luzon hinggalah ke Visayan,penjajah Sepanyol telah menjarah budaya ketimuran sehingga mereka menjadi amat lemah dan pasrah dengan 'takdir' yang menimpa diri mereka,tetapi ini cuba ditentang oleh penduduk di selatan atau lebih tepat di pulau Mindanao.Puak-puak pemisah cuba untuk menentang 'saudara' mereka yang telah hilang identiti dan menjadi 'makhluk' lain.

Siapakah Gloria Macapagal Arroyo?Apakah kaitan beliau dengan penduduk Sulu?Moyang kepada moyang beliau mungkin kenal siapakah sultan-sultan Manila dan Visayan juga raja-raja Mindoro dan Samar.Sultan-sultan Sulu?Jika moyang kepada moyangnya tidak kenal Kesultanan Sulu maka sudah tentu nama 'Macapagal' itu tidak ada.Bolehlah digantikan dengan 'Fernando' sebagai contoh menjadi Gloria Fernando Arroyo sahaja.Mungkin Presiden Filipina itu berasal dari Lisbon atau conquistador yang menjajah Filipina.Tetapi perkataan 'Macapagal' itu sendiri menimbulkan misteri yang tidak berkesudahan tentang asal-usul orang-orang di Filipina.
Beliau ialah cucu-cicit Raja Lakandula yang memerintah Manila sebelum penjajah Sepanyol merampas wilayah itu darinya.Tanyakan dia siapa Raja Sulaiman yang membantu moyangnya menentang Sepanyol.Moyang beliau beragama Islam dan kota Manila itu sendiri berasal dari kata "Amanillah" bermaksud "di bawah keamanan Allah".Lakandula adalah gelaran raja-raja Melayu di Kepulauan Filipina pada zaman dahulu.

Mempelajari sejarah keturunan presiden Filipina itu sendiri mampu memberi pengajaran yang tidak sedikit kepada kita.Bahasa dan gelaran bangsawan Melayu di kepulauan Luzon,Mindanao dan Visayan memberikan kita gambaran sejarah Melayu yang digelapkan di pulau-pulau utara Sabah itu.

Kita boleh lihat pengaruh Melayu dan Polinesian yang bercampur aduk dalam bahasa Tagalog.
*Pahlawan Tausug/Sulu yang gagah berani


Mengapa penduduk ke selatan 'tidak makan saman' dengan kekejaman conquistador Sepanyol?Cuba perhatikan budaya dan semangat orang-orang Tausug/Sulu.Perhatikan betapa penduduk Luzon telah berjaya ditukar menjadi makhluk lain,kita mungkin tidak boleh menyalahkan kelemahan mereka kerana armada penjajah Sepanyol mungkin bertumpu di Luzon dan tidak mampu mencengkam pengaruhnya di Mindanao yang jauh ke selatan.Tetapi keris-keris panjang pahlawan Sulu mampu menceritakan perit getir mereka melawan Sepanyol.Gloria Macapagal Arroyo mungkin sudah melupakan keris Sulu ini (yang mungkin pernah dikucup moyangnya ketika menentang conquistador Sepanyol) namun bukan orang-orang di Jolo.
*Keris panjang atau Keris Sundang Sulu

UMNO; Antara Nyanyok dan Penyegan


"Aku dah tua..dah nyanyok pon...dah tak kuat macam dulu..badan pon makin kurus..mg la selalu jadi penyegan,pemalas..kalau hampa tak suka kat aku..letak la aku kat rumah org-org tua..tak pun letak aku kat muzium..ramai sikit org datang melawat.." -wasiat terakhir UMNO

UMNO BARU SEDAR PEMIMPIN UMNO MALAS
Written by Admin
Sunday, 17 January 2010 22:37
Dari Kacamata: HALIK ZAMAN - SabahKini.Net

KETUA Penerangan UMNO hari ini memperakui bahawa sebahagian pemimpin UMNO yang ada pada hari ini baik di peringkat atasan, bahagian dan cawangan mengalami sindrom penyakit ‘MALAS’. Kasihan mereka ini, baru mereka sedar hari ini. Sebilangan besar rakyat Malaysia telah lama maklum akan hal ini sehingga terjadinya gelombang tsunami politik pada PRU-12 pada 2008 ketika UMNO/BN berhempas pulas memulihkan imejnya yang hampir tercampak ke longkang busuk.

Disebabkan kemalasan para pemimpin UMNO, tambah sikit nak 'cari makan sendiri', maka rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan UMNO. Rakyat kini tidak rela dipergunakan dengan sewenang-wenangnya oleh para pemimpin UMNO.

Tersenyum kita sendirian apabila membaca kenyataan Datuk Ahmad Maslan hari ini. Rupa-rupanya dia baru tersedar akan sikap ‘PEMALAS’ yang begitu menular di kalangan YB-YB dan para pemimpin UMNO hari ini.

Mungkin akan datang PRU13 nanti oleh kerana itu jugalah, rakyat sudah malas untuk meng'hadiahkan' undi mereka pada calon-calon UMNO/BN. Buktinya, pada pilihanraya-pilihanraya kecil juga rakyat telah mengekalkan mandat mereka kepada barisan calon Pakatan Rakyat.

Malah, kerusi UMNO di Kuala Terengganu juga berjaya di pindahkan 'hak-milik' kepada Pakatan Rakyat. Tidakkah mereka pandai sedar-sedar? Mereka masih sibuk merayakan 'bulan madu' kemenangan mereka pada 8 Mac 2008.

Sikap tidak kisah para pemimpin UMNO ini sebenarnya telah lama kita maklumi. Cuma, sebelum ini, rakyat masih cuba untuk bertahan. Tapi akhirnya, kesabaran rakyat Malaysia telah sampai ke kemuncaknya. PRU12 menjadi saksi, beberapa negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Pencapaian terbaik ialah, pertukaran pentadbiran Kerajaan di negeri Selangor, yakni KEY STATE kepada UMNO.

Ketua Penerangan UMNO bagaikan tersentak dari tidur lena panjang, cuba meraih kembali semangat rakyat Malaysia dengan ‘Hikayat 1001 Malam’nya. Beliau cuba sedaya upaya 'membangunkan' para pemimpin UMNO yang masih lena diulit mimpi kerana bimbangkan segala kemungkinan yang bakal terjadi pada PRU13 kelak.

Namun agak malang, usahanya belum tentu menampakkan hasil kerana perkembangan terkini, Mahkahmah Tinggi telah memutuskan perlunya diadakan satu lagi pilihanraya kecil di Kota Siputeh ekoran wakil rakyatnya tidak hadir ke Persidangan Dewan Undangan Negeri selama dua penggal berturut-turut. Sebab apakah itu? Jawabnya cukup senang….MALAS!

YB-YB lain pula bukan sibuk memperjuangkan nasib rakyat yang di wakili, tetapi sibuk dalam pertandingan, 'siapa cepat, dia banyak.’ Berlumba-lumba menghimpunkan kekayaan kerana mereka cukup sedar, PRU13 kelak nasib mereka belum tentu SELAMAT.

Ada pula YB-YB sibuk menyenarai-pendekkan nama-nama artis tempatan untuk mencukupkan kuota. Ya lah, duit banyak, mahu juga bersedekah. Jalan terbaik, bersedekah pada bini-bini muda yang berpangkat ARTIS. Walau bagaimana pun kita ucapkan tahniah kerana berjaya mendirikan satu lagi masjid selain ikut sunnah Nabi.

Satu lagi perlu kita tegur sikap golojoh Datuk Seri Nazri Aziz yang memegang undang- undang di tangannya sendiri. Pernah Datuk Seri Nazri bercakap dalam Parlimen menegur para pemimpin Pakatan Rakyat supaya menghormati keputusan mahkamah pasal kes Perak. Pagi tadi di dada akhbar Utusan Malaysia Datuk Seri Nazri berkata Sabah dan Sarawak boleh menyebut kalimah Allah tapi tidak di Semenanjung.

Pada hemat kita, perkara itu sudah ke peringkat Mahkamah Rayuan, tunggulah keputusan rayuan Kementerian Dalam Negeri ke Mahkamah Rayuan selepas itu baru lah keluarkan kenyataan rasmi. Ini seolah-olah menunjukkan Kerajaan UMNO/BN tidak percaya dengan kewibawaan mahkamah bagaimana pula mahu menasihati pembangkang menghormati mahkamah?

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009