Sunday, January 24, 2010

Insuran Moto Punya Pasal



Hari ni ahad (24/1/2010), awal2 pagi aku dah pergi ke pejabat pos kat pekan kulim coz nak renew road tax motosikal aku yg dah mati 2 minggu lepas. Tak sempat nak renew coz kerja normal shift, kebetulan hujung minggu lepas ada hal sikit.
Hari ni machine print no. ada masalah so kena beratur panjang ler jawabnya.
Alamak! gaji belum masuk, beli insurans 3rd party dululah jawabnya.
Hampir sejam beratur, tiba giliran aku. Kerani di kaunter beritahu bahawa insurance aku tak dapat di perbaharui coz sebelum ni aku guna 3rd party (Kurnia insurance). Kalau nak beli 1st party bolehlah.
Aku jadi confuse...apasai tak boleh beli 3rd party.
Kerani tu kata untuk 3rd party insurance, ada kuota ( tak di nyatakan pula berapa) dalam sehari untuk seluruh m'sia. Mungkin dia pun dak berapa tahu dgn policy baru ni. Yang pasti aku tak boleh beli insurance 3rd kat pejabat pos pada hari ni.
Aku jadi semakin confuse. Dia suggest supaya aku pergi beli di kedai ansurance agent kat pekan Kulim. Beratur punya panjang tapi tak boleh beli insurance...nak buat macam mana. Aku pun bergegas ke agent yg di nyatakan. Tiba di sana, sama saja tak boleh nak beli insurance 3rd party.
Penjelasan lebih panjang lebar di berikan oleh agent kat sana. Start 1st january 2010 ada policy baru untuk beli insurance motorsikal. Motor berusia 10 tahun ke bawah tak boleh beli 3rd party. 11 tahun hingga 30 tahun saja boleh pilih untuk beli 3rd party. Usia selepas 30 tahun pula tak di benarkan juga beli 3rd party.
So..kepada warga tua + miskin kalau tak mampu beli motor baru kena bayar insurance yg lebih tinggi. Kalau nak beli motor baru tapi tak mampu boleh buat Eon kredit.
Fikir sendiri..siapa untung...siapa rugi!!!.
Berbalik kepada masalah aku, untuk beli insurance kurnia still tak boleh walaupun aku terpaksa beli 1st party coz sebelum ni aku beli insurance kurnia 3rd party. Kalau nak beli insurance kurnia juga ( 1st party ) aku kena hantar motor kepada pihak insurance untuk di ambil photo dan check (apantah)..macam puspakom kot rasanya. Menyusahkan aku saja. So, suggestion dari agent tadi tukar saja ke insurance company yg lain.
Aku pilih tukar kepada MAA assurance company. Aku beli 1st party (cover RM 2000.00) dgn hrga RM 133.19. Tak cukup beb...kena tambah lagi RM 36.00 coz kena beli PA (personal assurance) pula. Total semua RM 169.00 ( after diskaun 19cent).
Patut la sebelum ni aku dengar ramai org tua kat tmn aku dok bising pasai insurance mahal. Biasa dok beli 3rd party tapi tahun ni kena beli 1st party mana tak mahal....kesian pakcik2 kat tmn aku.
Selepas settle beli insurance bergegas pula ke JPJ kulim nak buat road tax. Malas nak pi pejabat pos (walaupun dekat jer) coz nak kena beratur panjang. Kat JPJ, walaupun org ramai tapi kaunter dia buka banyak (chargas sikit)..aku tunggu sat saja...tahniah JPJ kulim atas perkhidmatan anda kepada org ramai. Biasa la buat road tax..tambah dua ringgit saja.....nampak memang murah tapi dia dah cover ngan insurance beb.
Terfikir sejenak...kalaulah apa yg aku alami hari ni terpaksa di lalui oleh org tua @ kurang upaya @ org susah....kesian mereka.....terpaksa terkejar kesana kemari.
Alhamdulillah..Allah s.w.t. masih memberi aku kekuatan hingga hari ini untuk membuat pelbagai urusan dunia.
Sekadar renungan untuk kita semua.
Terima Kasih tak terhingga kepada Pemimpin 1 Malaysia di atas policy baru insurance untuk tahun ini...tahun depan mungkin tukar pula kot.
Rakyat Di Dahulukan, Pencapai Di Utamakan.
Confirm.....aku tak pilih kerajaan 1 malaysia untuk PRU ke-13.

usinkata; Luahan dari sahabat aku..hhuhu..marah bebenor dia..inilah realitinya yg sedang berlaku..beb..aku pun dah kena ari tue..huhuhuhu..lupa nak habag kat ang..

Isu ALLAH; Sampai Bila Umat Kristian ingin ditipu "hidup-hidup"..?



Jika kita meneliti sejarah Bible dan pertentangan golongan-golongan Kristian pada zaman-zaman awal,kita akan dapati betapa banyaknya 'bible' yang ditulis oleh manusia dan betapa rumitnya pertelingkahan mereka dalam menetapkan akidah umat Kristian,sesuatu yang amat pelik seolah-olah tiada satu pun penjelasan yang diberikan oleh Jesus atas persoalan, siapakah yang beliau sembah dan ajaran apa yang beliau bawa.Seolah-olah kata-kata Jesus amat sukar hendak difahami atau Jesus berkata dalam nada berpuisi dan bersajak sehingga berkias-kias sampaikan para muridnya pun sukar hendak mengerti siapakah 'Tuhan' yang patut disembah.Akhirnya Jesus sendiri yang disembah oleh orang Kristian selepas bertahun-tahun mencari Tuhan kepada Jesus itu sendiri.Mereka gagal mencari Tuhan itu lantas Jesus diangkat sebagai Tuhan.

Persoalannya adakah Jesus sendiri mengajarkan ajaran menyembah dirinya dan meminta para muridnya mengaku dia sebagai Tuhan??SEkiranya mereka mengatakan bahawa memang terdapat Tuhan Bapa di mana baru-baru ini mereka menuntut Tuhan Bapa ini dinamakan Allah,mengapa orang-orang Kristian ini tidak menjadikan Tuhan Bapa ini sembahan mereka sahaja?Sudah tentu Tuhan Bapa lebih kuat dan berkuasa dari Tuhan Anak (Jesus).Mengapa perlu ada Tuhan Anak?Tidak bergaduhkah anak dan bapa dalam urusan mentadbir alam semesta ini??Jika ini berlaku maka derhakalah si anak itu mengaku dirinya Tuhan di samping Bapanya itu.

Sebenarnya Jesus tidak pernah mengajarkan dirinya Tuhan atau salah satu oknum dalam Triniti.Tuhan yang disembah oleh Jesus adalah Allah s.w.t Tuhan yang menjadikan sekalian alam,Tuhan yang mengutuskan Adam,Idris (Enoch),Nuh (Noah),Ibrahim (Abraham),Musa (Moses),Daud (David),Sulaiman (Solomon),Zulkifli (Ezekiel),Yahya (John The Baptist) dan Muhammad sendiri.SEkiranya di dalam Bible tidak ada pernyataan Jesus berdialog dengan Tuhan seperti di bawah:


For I have given unto them the words which thou gavest me; and they have received them, and have known surely that I came out from thee, and they have believed that thou didst send me.

(John 17:8)

terjemahan:

"Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepadaku telah kusampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahwa aku datang dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus aku"

Maka sudah tentu para rahib dan paderi yang menyelewengkan ayat-ayat Injil ini menetapkan Nabi Isa a.s adalah Tuhan yang esa dan tiada tuhan yang disembah melainkan Jesus Christ.Tetapi disebabkan terdapat oknum lain yang disembah oleh Jesus di dalam Bible maka terpaksa mereka mengarang cerita tentang Triniti.Cerita tentang Tuhan Bapa dan Tuhan Anak serta Roh Kudus.INILAH DIA KUNCI YANG SALAH YANG DIBERIKAN OLEH THE ANTICHRIST KEPADA GOLONGAN NASRANI (KRISTIAN).

Ayat di atas juga jelas menunjukkan Jesus telah menyampaikan firman Tuhan (the words which thou gavest me),Jesus datang atas suruhan Tuhan (I came out from thee) dan Tuhanlah yang mengutuskan Jesus (they have believed that thou didst send me),tetapi yang peliknya mengapa Kristian mengatakan Jesus itu Tuhan bersama Bapa (Allah)?



Adakah ayat di bawah ini menunjukkan Jesus itu Tuhan yang hebat berkuasa??Mengapa dia merintih sendiri??Mengapa Tuhan meninggalkan dia??Mengapa 'Tuhan' menangis bersungguh-sungguh di tiang salib??


And about the ninth hour Jesus cried with a loud voice, saying, Eli, Eli, lama sabachthani? that is to say, My God, my God, why hast thou forsaken me? (Matthews 27:46)

"Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?" Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?"


Sukar hendak dimengerti konsep Triniti '3 in 1' dalam ayat Bible ini sendiri.Begitu keliru.Mengapa 'Tuhan' menyeru Tuhan yang lain??JIka yang disalib itu Tuhan yang menyerupai manusia,mengapa dia menangis dan menyeru Tuhan lain dalam dirinya.Semacam terdapat 'split personality' di dalam dirinya.Terdapat masalah psikologi atau 'jiwa kacau' ketika 'Tuhan' dalam kesakitan dipaku di tiang kayu.Ketika dalam keadaan amat sakit dan tersiksa,barulah 'Tuhan' itu mengaku ada Tuhan yang lebih hebat dari dia,yang tidak membantu dia,membiarkan dia terpaku menderita.


"...My God, my God, why hast thou forsaken me?..."

Terdapat misteri di sini jika pembaca Bible mahu berfikir sejenak apakah maksud sebenar ayat ini.Jika ada Tuhan lain yang diseru oleh Jesus,mengapa tidak mencari Tuhan tersebut.Hebatkah Tuhan itu,sampaikan Jesus menyeru memanggil Dia?JIka dikatakan Tuhan Bapa bersebati dengan Tuhan Anak,mengapa Tuhan Anak menyeru Tuhan Bapa,seolah-olah Tuhan Bapa berada jauh darinya??

Inilah misteri dalam akidah Kristian.Dalam masalah siapakah Tuhan juga mereka telah tersilap memilih Tuhan.Ini menunjukkan orang-orang Kristian sebahagian besar memang tidak membaca malah tidak pun mengkaji seluruh Bible.Persoalan siapakah Tuhan diserahkan kepada para paderi mereka sendiri yang korup dan pembohong.Paderi mereka yang menentukan dan memberitahu mereka siapa Tuhan walaupun di dalam kitab mereka sendiri sudah tertulis BAHAWA TUHAN ITU SATU!!


"Hear, O Israel: The LORD our God is one LORD.."

(Deuteronomy 6:4)


ISI KANDUNGAN BIBLE PENUH DENGAN AYAT-AYAT YANG BERTENTANGAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN.Menunjukkan TERDAPAT TANGAN-TANGAN MANUSIA yang mengubah,mengedit dan mencampuradukkan fahaman mereka sesuka hati.Katakanlah para penginjil (Evangelist) seperti Luke,Mark,John dan Matthews jujur menulis mengikut kitab-kitab asal atau yang lebih tua,atau pun mereka menulis apa yang Hawariy (apostles) sampaikan,mengapa terdapat ayat-ayat bertentangan dalam Bible??Mengapa di dalam Bible menyebut TUHAN HANYA SATU tetapi para paderi degil mahu mempertuhankan Jesus??Apa relevannya Triniti '3 in 1' dalam akidah umat Kristian??

Semua misteri ini terjawab jika kita mengkaji sejarah gereja.Sejarah pertentangan antara Arianus dan Anthanasius.Pertentangan antara Barnabas,Paulus (Paul) dan Peter.Persidangan Nicea dan persidangan-persidangan yang lain.Mazhab Pauline dan kewujudan Triniti.Unitarian dan Trinitarian.
Sejarah akan menjawab sendiri mengapa umat Kristian tersilap,telah mengambil kunci yang salah di tangan THE ANTICHRIST menyebabkan mereka tersesat beratus-ratus tahun!!


"Tunjukilah kami jalan yang lurus,

(iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"

(AlFatihah ayat 6-7)

sumber; mistisfiles

usinkata; berdasarkan artikel ini..mengapa ada ulama yg membenarkan bukan islam yg menganut agama samawi menjadikan "God" itu sebagai Allah..semuanya utk menarik minat umat Kristian agar Bible itu dikaji semula dari segi sejarah agar hidayah Allah akan melimpahi sesiapa yg mengkajinya..

Siapa Hero Tamil Pujaan Rosmoh..?

Inilah ciri-ciri baru yang mesti ada kepada hero Tamil yang baru..berkulit cerah dan berbibir merah..

Lawatan Najib bantu tepis tohmahan
Oleh Dzulkefly Zanudin di Chennai-BeritaHairan


Kerajaan iktiraf sumbangan rakyat keturunan India terhadap pembangunan Malaysia

CHENNAI: Lawatan empat hari Datuk Seri Najib Razak ke India, terutama Chennai di negeri Tamil Nadu, berjaya menepis segala tohmahan kononnya masyarakat keturunan India di Malaysia ditindas atau menjadi rakyat kelas kedua.

usinkata;Mari-mari..dengar-dengar..baca-baca... cerita murahan seperti ini jarang ada....50 tahun sekali sahaja..mari-mari....pakat-pakat kena tipu..
Kalau memang ada masyarakat india yg menelan berita ini tanpa ragu-ragu dan was-was..sah anda masih menjadi rakyat Malaysia kelas kedua..dan kalau ada pengundi masyarakat India yg memangkah BN pada pilihanraya DUN Negeri Perak yg semakin hampir detiknya..sah !!!..anda masyarakat Malaysia kelas KETIGA..
Oleh itu sudah-sudah la nk diperbodohkan dengan BN..

Ini dia Hero Tamil yang baru..pujaan hatiku..jangan silap tau..dia pakai baju belang macam Tamil Tiger oooo..- Rosmoh

Friday, January 22, 2010

Gempa Bumi di Haiti Angkara Senjata Terbaru Amerika HAARP



Hugo Chavez: Senjata AS Penyebab Gempa Bumi di Haiti
eramuslim.com

Presiden Venezuela Hugo Chavez kembali melontarkan tudingan serius pada AS. Ia menengarai gempa bumi yang menimpa Haiti bukan gempa bumi biasa tetapi disebabkan oleh persenjataan milik AS. Menurut Chavez, gempa yang mengguncang Haiti tanggal 12 Januari kemarin adalah dampak dari uji coba "senjata tektonik" yang dilakukan AS.

Surat kabar Spanyol mengutip pernyataan Chavez yang mengatakan bahwa AS sedang "bermain-main menjadi Tuhan" dengan membuat senjata yang mampu menimbulkan dampak seperti yang ditimbulkan bencana alam seperti gempa bumi. Uji coba senjata "gempa bumi" itu, lanjut Chavez, dilakukan di lepas pantai Haiti sehingga menimbulkan gempa yang menewaskan 100.000 lebih penduduk Haiti.

Spekulasi bahwa gempa berkekuatan 7 skala Richter yang menimpa Haiti bukan gempa biasa, juga dilansir oleh banyak media massa di Venezuela yang menduga gempa itu kemungkinan ada hubungannya dengan proyek HAARP yang sedang digarap AS.

HAARP atau High Frequency Active Auroral Research Program adalah sebuah sistem yang bisa menimbulkan perubahan iklim yang drastis dan ganas. Pusat penelitian HAARP berada di Alaska yang diarahkan pada rekonfigurasi lapisan yang menyelubungi bumi, ionosfer untuk meningkatkan komunikasi satelit.

Kecurigaan bahwa AS sedang mengembangkan senjata "perusak lingkungan" bukan tanpa alasan karena mantan Menteri Pertahanan AS William Cohen pada tahun 1997 pernah mengungkapkan kekhawatirannya terhadap negara-negara yang mengembangkan senjata "teroris" yang bisa mengubah kondisi iklim, menimbulkan gempa bumi, gunung meletus dan sejenisnya dengan menggunakan gelombang eleltromagnetik. (ln/prtv)

GAZA The Biggest Health Center


Seorang wartawan yang baru beberapa bulan bekerja di salah satu majalah terkenal di negera Arab menjelaskan bahwa Gaza adalah pusat kesehatan terbesar (The Biggest Health Center) di dunia.Wartawan bernama Sa’id..

Ikuti catatanya..

Gaza adalah The Biggest Health Center and NO.1 di dunia. Penduduknya menghabiskan hari-hari mereka dengan sangat bahagia setelah memutuskan untuk mengikuti nasehat para ahli kesehatan moderen agar tidak mengkonsumsi makanan yang menyebabkan kolesterol tinggi, tekanan darah naik, dan kegemukan. Demikian pula, mereka berhasil menghindari faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya pencemaran lingkungan yang disebabkan bahan bakar minyak dan zat kimia lainnya. Untuk itu, mereka menerapkan olah raga berjalan kaki yang sangat bermanfaat bagi kesehatan tubuh dan akal, khususnya bagi para manula, orang cacat, orang sakit dan para wanita hamil.

Adapun rumah sakit dan tempat-tempat pelayanan kesehatan sudah ditutup, karena sudah terbukti dan tidak perlu diragukan bahwa obat-obat tradisional alias moderen adalah penyebab munculnya berbagai penyakit dan membunuh daya imunitas tubuh. Sebab itu, para penduduk Gaza kembali mengkonsumsi obat-obatan yang terbuat dari daun kayu dan rumput-rumputan atau apa yang disebut dengan alami atau herbal karena mengikuti petuah atau metode pengobatan kuno, atau konsep, back to nature.

Sebab itu, penduduk Gaza menjadi orang-orang yang kuat dan sehat sehingga mampu menggali terowonngan sepanjang belasan kilometer, pemberani, dan seakan tidak mempan senjata canggih, kendati dihujani dengan white phosphor lebih dari 1.5 juta kg. Karena itu pulalah semua penduduk Gaza, laki-laki, wanita dan anak-anak banyak mengucapkan terima kasih pada pemerintah yang ikut memblokade mereka. Boikot dan blokade itu telah menyebabkan mereka menemukan jalan hidup (life style) yang sehat wal afiat dan jauh dari godaan peradaban yang merusak kesehatan, baik fisik maupun akal.

Yang lebih utama, mereka meminta pada Allah agar Allah memberikan kesempatan pada para pemimpin negera yang ikut memblokade Gaza, isteri-isteri dan anak-anak mereka agar dapat kesempatan menerapkan pola hidup sehat seperti yang mereka lakukan sejak beberapa tahun belakangan.

Demikian juga, penduduk Gaza berterima kasih pada pemerintahan Israel yang dengan terpaksa menugaskan ribuan pasukannya untuk mengontrol dan meyakini tidak sampainya bantuan dan bahan-bahan yang berbahaya - seperti yang dijelaskan sebelumnya- ke Gaza. Semoga blokade itu mejadi faktor kebaikan yang banyak bagi Gaza dalam segala hal dan turunnya pertolongan dari Allah.

Amin yaa Robb.… (fj/zadalebad.com)

sumber; eramuslim.com

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009