Sunday, March 21, 2010

Tinggalkan politik primitif..Tinggalkan UMNO dan Utusan Malaysia


Tinggalkan gerombolan yg primitif itu..Jika tidak gelap masa depan generasi akan datang..

Pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan Hasbullah berkata..

"Untuk membawa perubahan dalam negara ini, orang muda mestilah melangkah setapak lagi memasuki media baru dan meninggalkan politik lama.

“Keluarlah daripada politik primitif dan majulah ke depan.."

Zaid Ibrahim pula kata..

"Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pimpinan Datuk Ibrahim Ali sengaja mencetuskan ketakutan di kalangan orang Melayu sambil menyifatkan bentuk politk yang di bawa pertubuhan itu sebagai 'primitif'."

Dan usinkata...

"Kita perlu mengenalpasti atau berterusan membuat kawad cam untuk memastikan siapakah lagi atau pertubuhan manakah yg membawa satu bentuk politik "primitif"..."

"Dan ranking no 1 sudah tentu disandang oleh UMNO sebagai pengamal politik "primitif" sejak dulu,kini dan selamanya...

"Adakah dengan kehilangan penguasaan UMNO ke atas Parlimen Malaysia dan seterusnya menjadi Parti Pembangkang mungkin akan dapat memastikan parti ini meninggalkan tabiat dan amalan "primitif" yg sekian lama dianuti oleh ahli-ahli gerombolanya..."

"Tidak dilupakan juga GAPENA dan GPMS yg sudah membuat wacana "menakut-bodohkan" serta penuh sarat dengan amalan gaya hidup politik "primitif" pada 15 Mac lalu dengan "bencana" bertajuk "Wacana 153"..di sebuah Universiti Bumiputera Popular.."


"Akhirkata..jika anda tidak mahu berterusan "ditakut-bodohkan" oleh pendokong politik "primitif"..

"JAUHI DIRI ANDA DARI UTUSAN MALAYSIA"...


"KATAKAN TAK NAK UTUSAN MALAYSIA"


"SETIAP BELIAN UTUSAN MALAYSIA MEMBAWA PADAH"

Melayu Champa : Bahasa Jiwa Bangsa..



Kamus Cham pelindung bahasa kami - Mufti Kemboja
Sunday, 21 March 2010 5:11 PM
Oleh Mohd Ali Bakri EraPakatan.com

KUALA LUMPUR: Kamus Cam-Melayu yang julung-julung kali diterbitkan ini, diharapkan akan menjadi pelindung bahasa Cam yang kini sedang berdepan dengan cabaran semasa, kata Mufti Kerajaan Kemboja Sohibus Samahah Okhna Haji Kamarudin Yusof.

"Dengan kemunculan kamus bahasa ini, maka peristiwa ini boleh dirakamkan sebagai hari bersejarah di mana bahasa-bahasa kita selama ini boleh kita ingatkan selalu selepas kita lupa sejak zaman berzaman," kata beliau dalam majlis pelancaran kamus itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PDDP) di sini, hari ini.

Menyentuh sejarah perkembangan jatuh bangun negara Champa, beliau berkata, proses Islamisasi bangsa Cam bermula sejak abad ke-10 Masehi lagi, dan hal ini secara tidak langsung telah menjadikan bahasa Cam sebagai salah satu bahasa Islam di dunia.

Pada ketika ini tambahnya, perubahan bentuk tulisan bahasa Cam berlaku daripada bentuk tulisan Sanskrit kepada tulisan Jawi dan ia berlaku sejajar dengan perkembangan Islam dalam kalangan masyarakat Cam.

"Kalau kita nak cakap mengenai bahasa Cam, kita kena ingat semula negara Champa sebab bahasa terlibat secara langsung dengan negara. Dalam sejarah, negara Champa ini sudah lama ditulis.

"Ketika itu, sudah ada orang Champa, tapi masa itu belum ada negara Champa. Sumber dari tamadun China menamakan kita sebagai Lingyi," kata Haji Kamaruddin lagi.

Tambah beliau, menurut sumber yang sama, China menyebutkan bahawa kaum ini sudah pun wujud pada abad sebelum Masehi

"Akhirnya, barulah negara itu ditadbir secara tersusun pada 179 Masehi. Pada masa yang sama, bahasa ini berubah-ubah dari masa ke suatu masa.

"Pada abad ke-5 sampai ke-11, ini tempoh masa yang menyaksikan Champa sedang maju dan bertamadun. Selepas itu, negara Champa mula jatuh satu demi satu. Kita pun diserang oleh orang Yuan atau orang Annang," tambah beliau lagi.

Mengulas sejarah lama, Haji Kamaruddin berkata, kejatuhan itu bermula pada 1069, yang menyaksikan kejatuhan salah sebuah negeri yang berada di bawah naungan kerajaan Champa dan akhirnya pada 1832, negara agung itu telah jatuh secara keseluruhannya.

"Ia jatuh sampai habis. Jadi, ia mengambil masa selama 800 tahun. Tulisan Champa sebelum kedatangan Islam, ia hadir dalam tulisan Sanskrit yang dikenali sebagai thak khak.

"Roh Islam masuk ke Champa pada 878 Masehi oleh sebab peperangan di China. Orang-orang Islam di China tak kuat menahan serangan itu, lalu orang-orang Islam di China ini turun ke Champa," jelas beliau lagi.

Keadaan itu, tambah beliau, telah menyebabkan raja Champa mula memeluk agama Islam dan hal itu belum menunjukkan bahawa agama itu adalah agama rasmi Champa

"Namun, ketika itu pun, agama Islam belum lagi menjadi agama rasmi di sana. Lama-kelamaan, muncul Jawi Cham dan berlaku perubahan sedikit dengan jalan bahasa kita.

"Kini, tulisan Thak Khak (Sanskrit) lain sedikit dan kita bimbang kebudayaan Champa semakin hilang. Kebudayaan Champa itu ada di Acheh, di Pulau Jawa, tapi pusatnya masih di Vietnam dan Kemboja," tambahnya yang menyifatkan bahasa itu boleh hilang dengan sebab derasnya arus kemodenan

Oleh itu, tambah beliau, bahasa yang kita gunakan hari ini bukan seratus peratus sama dengan zaman dahulu.

"Maka, antara arah tujuan penyusunan bahasa Cam melalui penyusunan kamus ini adalah bertujuan memelihara semula bahasa kita.

"Inilah kamus pertama kita. Dan, kalau kami di Kemboja nak buat kamus ini, rasanya tak akan selesai. Jadi, ini adalah usaha untuk menjadikan bahasa Cam ini lebih rapat dengan kita," tambah beliau lagi.

Dalam ucapan alu-aluan itu, beliau turut menyentuh persamaan sebutan antara Cam dan Melayu.

"Le'a adalah liar, teblek itu terbalik, pega itu pagar, jadi kalau tiada kamus Cam - Melayu, tentu sukar untuk kita saling mengenal sesama kita," tambah Haji Yusof.

Saturday, March 20, 2010

FOTO ; Manusia Piranha..?








GRO Kerajaan UBN dan Penasihat 20% Mah-Jib

Penasihat 20% ini masih relevan rupanya..tak percaya tanya Mah-JIb..

“Kita boleh melihat dari sumber melalui pengkaji mengenai hakikat kebenaran ini. Walaupun APCO ada membuat penafian demi kepentingannya tetapi penafian seseorang itu tidak semestinya menggambarkan hakikat.

“Banyak orang menafikan sesuatu tetapi mengelak untuk memberikan keselesaan kepada diri dia dan orang lain,”

- Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Asia Tenggara, Abdul Ghani Samsuddin turut kesal kerana kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak mengkaji latar belakang APCO Worldwide sebelum melantiknya sebagai penasihat kerajaan.

usinkata ;..Kasihan benar kepada ulama-ulama yg ada sekarang ini..Umarak yg menerajui negara 1Malaysia ini bagaikan sudah jauh panggang dari api..

Sudah ulama bertaraf dunia seperti Syeikh Yusuf Al-Qardhawi pon mereka buat "derk" saja..inikan pula ulama bertaraf asia tenggara..huh !!..rasa macam tengok bola la pulak..daripada layan Piala Asia..baik layan Piala Dunia..apa kelas taraf Asia jika nak dibandingkan dengan taraf Dunia..

Untuk itu..bagaikan sudah diduga umarak 1Malaysia akan "boo" layan dengan pandangan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Asia Tenggara.. (xcaya tengokla nanti)

Umarak 1Malaysia yg ada sekarang ini semuanya sudah buta tuli..ini semua kerja Cik Ros Rambut Keras la...agaknya dia la yg mencadangkan APCO ini buat Najib..Najib ini pulak spesis remote control...tetttt..terus dibawanya ke Kabinet utk dimesyuaratkan...

Para Menteri Kabinet ni plak lebih kurang 2X5 dengan remote control...baik booss !!! baguih sungguh idea dari kepala hotak boss tue !!..bukan nak dikaji kesan baik dan buruknya APCO tue...terus dipersetujinya akan cadangan asal Cik Ros Rambut Keras..dan digazetkan utk dibayar Rm2o Juta sebagai GRO Kerajaan Malaysia sekaligus merangkap Penasihat 20% Najib...

Friday, March 19, 2010

Pakatan Rahsia "2Z " didalam Parlimen..?


"OOoopss !!! ....ini "Z" juga tapi dia adalah Zorro.."Pejuang Keadilan"..bukan "Pengkhianat Keadilan"..jangan silap.."

Ini dah masuk kali kedua hati ini "paksa-rela" utk mengulas tentang "mahluk bebas" yg bercap Ahli Parlimen dan juga ADUN..

Yg pertama hati ini tertarik-paksa utk mengucapkan tahniah kepada Mat Radzhi yg teringin sangat dan berdua-duaan dengan UMNO..Dan kali ini hati ini tertarik-paksa utk memperkatakan sesuatu perihal Datuk Seri "Z"...setelah mecelah dalam masa kurang 5 minit utk melampiaskan nafsu dendam terhadap Permatang Pauh dan Bagan di dalam Parlimen..


Pakatan Rahsia ZulNordin,DatukZ dan Barisan Nyamuk

Adakah ini yg di "hint" kan oleh ZulNordin rakan "sekodi-bebas" DatukZ iaitu sesuatu yg boleh membuatkan kita terpaksa memakai pampers..

"Tapi saya percaya peringkat awal sidang kali ini akan berlaku satu perkara yang bakal meletupkan suasana politik negara. Apa dia? Tunggu dan lihat! Jangan kemana-mana, dan jangan betulkan antenna telinga anda..apa yang bakal terjadi pasti akan menyebabkan anda semua memerlukan pampers..hehehe !!!"- ZulNordin

Adakah tindakan DatukZ didalam sidang Parlimen itu sudah dirancang terlebih dahulu oleh MP-MP bebas yg lain..adakah esok atau lusa atau sepanjang sidang Parlimen berlangsung akan ada lagi bahan-bahan yg boleh mendatangkan perasaan ingin mencari pampers oleh sesiapa sahaja yg mengikuti keseluruhan atau sedutan lintas langsung dari Parlimen...?

Dan apa yg dinyataka oleh ZulNordin didalam blognya bagaikan sudah membayangkan bahawa terdapat satu strategi utk menyerang Pakatan Rakyat yg sudah siap skripnya ..?

Ini dapat dilihat ketika DatukZ menyerang kehadiran luarbiasa MP Barisan Nyamuk yg hadir utk turut menjadi "nasi tambah" utk bergandingan dengan "blok bebas" menyerang PR..

Adakah ZulNordin ini mahu membuat bidalan "baling batu sembunyi tangan" dengan menjadikan DatukZ sebagai "batu"..?..

Adakah beliau bimbang sekiranya beliau lantang seperti DatukZ akan menyebabkan "wajah manis islamik" yg dipertontonkanya bakal berubah menjadi "wajah masam islamik"..


Nafsu Ghairah DatukZ

Keghairahan DatukZ mencarut menyebabkan beliau menyertai komponen "Melayu Mudah Lupa"..apabila tersasul menyenaraikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebagai calon-calon yg merealisasikan impian beliau bersama Permatang Pauh utk menawan Putrajaya sekaligus bakal menjadikan impianya utk menjadi Menteri Penuh didalam Kabinet Pakatan Rakyat seandainya 16 Sept menjadi kenyataan..

Namun Allah Maha Kaya..niat busuk DatukZ terhalang apabila realiti 16 Sept bertukar menjadi mimpi ngeri kepada beliau sehingga rejectkan diri dari PKR..kerana tidak tahan utk menjadi Yb yang tak kaya-kaya ...(rasanya punca kegagalan 16 Sept adalah disebabkan ada makhluk-mahkluk seperti ini..sebab itulah Allah belum memperkenankan doa PR menawan Putrajaya)

Dan keghairahan itu bakal meruntuhkan moral beliau apabila cabaran demi cabaran dari MP PR bakal menanti beliau sedikit masa lagi utk merungkai apa yg beliau tersasul itu....yg pastinya..beliau akan "hilang" ketika sidang Palimen memberi peluang cabaran yg akan dilontarkan kepadanya kelak nanti..

Ingat dia berani sangat ke nak berdepan dengan MP PR...Badan saja besar..tapi "teloq kecut"...

Dari jauh tunjuk "Hero" konon..mai dekat jangan kata batang hidung pun xnampak...bayang pun tukaq kaler..dari hitam jadi clear..transparent...

Nak buat macam mana...bila dah jadi blok bebas mesra 1Malaysia memang macam tue..xpercaya tanya Berahim..


Yang Lain Bila Lagi

So..giliran DatukZ dah lepas..bila pula ZulNordin nak test power..Mohsin xmau join ka..ajak la sekali Nibong Tebal tue..mana tau lepas nie dapat "Datuk" pulak..

Boleh la nak bayar hutang along ka....buka firma guaman sendiri ka.. atau pebaik kandang lembu dan kambing...untuk masa depan..selepas tak lagi bergelar YB...


Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009