Wednesday, April 7, 2010

Kalau berani fikirlah kata-kata ini..

"Realiti di Malaysia haruslah realiti di mana kuasa diberi kepada rakyat.  Realitinya bukan seperti sekarang, di mana kuasa dihadkan kepada kabinet, bukan kepada parlimen pun, tetapi pada kabinet hakikatnya.  Dan lebih sedih lagi, kuasa dihadkan, dipusatkan dalam konteks Perdana Menteri sahaja," ---- Sulaiman Abdulah




Monday, April 5, 2010

Tolak GST !!!.Tunjukan Kuasa Rakyat di Hulu Selangor

"Najib belum pernah "kena" power of the people..nak kena dia nie..nak rasa jadi macam MahaFiraun kaa.!!"


Sokong GST untuk naik gaji?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terdesak apabila mengakui asas perolehan negara pada masa ini tidak kukuh dan tidak mampu membayar gaji penjawat awam.

Sedangkan pada akhir tahun lepas kerajaan bangga mengumumkan bahawa ekonomi berkembang dengan baik iaitu 4.5 peratus dan tahun ini dijangka melebihi 5.5 peratus.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Najib membuat pengakuan itu demi untuk menarik perhatian kakitangan awam supaya menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang kini ditolak oleh majoriti rakyat.

"Kenyataan Najib itu membuka pekung pemerintahannya yang kini sedang sibuk menabur duit di Hulu Selangor sempena pilihanraya kecil.

"Tindakan Najib memaksa kakitangan awam menyokong dasar ini secara membuta tuli adalah tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara ini dimana setiap warganegara berhak untuk membuat pilihan sama ada mahu menyokong atau tidak," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, tidak guna gaji kakitangan kerajaan dinaikan sedangkan dalam masa yang sama cukai GST diperkenalkan.

Jika GST dilaksanakan katanya, keadaan ekonomi kakitangan awam mungkin lebih teruk kerana kenaikan gaji hanya sekitar RM200-RM500 sahaja sedangkan pertambahan kos sara hidup berkemungkinan meningkat lebih dari kadar itu.

"Najib zalim kerana menjadikan kakitangan kerajaan sebagai 'hamba' yang kena terima apa sahaja yang kerajaan ingin lakukan", tambahnya lagi.

Oleh itu katanya, kakitangan kerajaan harus bijak dan menolak dasar ini. Kerajaan boleh tangguhkan kenaikkan gaji sehingga ekonomi pulih sepenuhnya tanpa perlu perkenalkan cukai baru.

Jika GST dilaksanakan, bukan sahaja 1.2 juta kakitangan awam akan jadi mangsa, lebih 25 juta rakyat Malaysia akan terima kesannya. Pekerja swasta yang tidak mendapat kenaikan gaji akan menerima kesan yang lebih teruk, kerana kos hidup mereka secara purata bertambah 4 peratus.


usinkata; cukup-cukup lah Malaysia sudah ada MahaFiraun yg tumbang kerana rakyat..jangan cuba pula nk lawan rakyat dengan senjata bernama GST...kalau nak rasa bagaimana peritnya hilang kuasa..cuba lah..
Kenyataan kamu ini mmg "berani mati" Najib...jangan fikirkan rakyat seperti kamu..membisu utk tidak menjawab persoalan..kami akan bising..kami akan buktikan..di Hulu Selangor kami akan tunjukan..Lawan tetap Lawan..GST akan tetap ditentang..


!!!Ayuh semua..!!! 
!!!Tolak GST..Tolak BN!!!

Langkah Pertama "deletekan" APCO

"tak payah teruk-teruk pikir..copy-paste je dari Israel..macam tak biasa.."


APCO: PAS serah memo, mahu Majlis Raja-raja campur tangan


KUALA LUMPUR, 5 April — Ahli-ahli Parlimen PAS akan menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu bagi meminta agar campur tangan memastikan kerajaan tidak lagi bergantung pada khidmat APCO Worldwide, yang didakwa memberi nasihat kepada Perdana Menteri berhubung 1 Malaysia.

Syarikat itu juga didakwa turut memberikan nasihat kepada kerajaan Israel pimpinan Ehud Barak pada 1999 berhubung slogan One Israel.

Memorandum akan diserahkan di Istana Negara kira-kira 12.30 tengah hari ini.(5/4/10) - MalaysianInsider

usinkata;..Hati ini amat memuji sekali tidakan Ahli Parlimen PAS ini..Walaupun Najib masih membisu utk menjelaskan siapa ACPO ?...
Dan Najib hanya melepaskan batuk ditangga dengan sekali lagi menegaskan bahawa konsep 1Malaysia itu bukan dari APCO tetapi dari beliau dan kumpulan pemikir beliau...
Agaknya siapa kumpulan pemikir yg beliau ada..siapa?..Rosmah?..Sialfool..?..Datuk Jraba-Jubur..?
Muhyidin pon dah malas nk berfikir bersama Najib..ini suma sebab siapa..?..Rosmah..? Altantunya..?.Kapal Selam..?..Razak Baginda..?..Ziana Zain..?
Jika memo ini tidak berjaya utk memaksa Najib jelaskan siapa APCO..maka bersiap sedialah "Bersih" untuk gerakan kerja membersihkan "sampah sarap" yg bertebaran dijalanraya..

GST: "Cekik" leher rakyat utk lebarkan tembolok penjawat awam



K'tangan k'jaan perlu sokong GST jika mahu gaji lebih baik


Najib, yang juga menteri kewangan, turut menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan.

"Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," katanya. - Petikan Malaysiakini

usinkata; Ketika di era Pak Lah..Kakitangan Kerajaan mendapat pelbagai laba..kenaikan gaji dan bonus yg diimpikan mereka..
Namun begitu akibat dari belaian kasih Paklah kepada kakitangan kerajaan..kami ini dipihak swasta..kilang-kilang..operator-operator kilang diteka dengan kenaikan harga barang dan juga harga minyak..
Sudahlah ketika itu ekonomi gawat...ramai yg kena VSS...tiada O.T..kalau ada pon O.T dibayar melalui cuti..sudahlah tiada O.T tiada..waktu masa bekerja pun terpaksa dikurangkan..dari5 hari menjadi 3 hari..maknanya..2 hari gaji dipaksa potong...
Dikala itu..siapa yg mahu menolong kami ini..????..siapa..??
Kami bergelut sendirian..tiada pihak yg prihatin..
Pakej ransangan?..huh !!!..ini bukan utk akar umbi..kami dipihak swasta..kilang-kilang hanya menerima tempiasnya saja..
Kroni makan isi..kami hanya hirup kuahnya saja..


Kini diera Najib..GST cuba dipaksa utk masuk kedalam mulut rakyat ...dengan alasan utk memastikan kakitangan kerajaan mendapat gaji yg lebih baik dimasa depan..
Oleh itu apa yg akan berlaku kepada kakitangan swasta..pekerja kilang...
Untuk memastikan kakitangan kerajaan "kenyang"..kami dipihak swasta dijerut leher dan perut sekali lagi..
Ini tidak adil utk kami pekerja kilang..
Penjawat awam disenangkan..Kami disengsarakan..


Laksanakan dahulu skim gaji minima RM900 utk kakitangan swasta ..barulah kami dapat menelan GST...
Selagi gaji minma RM900 tidak dilaksanakan...
Kami tetap menolak GST ........


fikirkan..sekali lagi kerajaan hanya tahu nk cekau duit tabung rakyat(swasta) utk memastikan penjawat awam mendapat gaji yg lebih bak di masa hadapan....adilkah.????

Sunday, April 4, 2010

Melayu Tak Sedar-Sedar Diri..."Pagar" dah lama menjahanamkan Padi


Meleret senyuman ini bila membaca kenyataan Awang yg membalas kembali kenyataan Zaib Ibrahim yg bertunjangkan isu Melayu..setelah Awang menyokong Perkasa

Zaid dengan "Pagar Makan Padi" dan yg terbaru balasan dari Awang ialah "Melayu Tak Sedar Diri"
Hati ini teruja utk mencoretkan sesuatu yg menarik perhatian hati ini dengan pertembungan Zaid Ibrahim-Awang Selamat..

Mulanya Awang Selamat agak tidak berpuas hati apabila ada orang Melayu tidak mahu menyokong Perkasa..apatahlagi dengan Sultan Selangor membatalkan kehadiran baginda utk merasmikan perhimpunan Perkasa...dan makin melalutlah Awang dengan melaung-laungkan skrip lama.."Melayu Terancam"..Kuasa Melayu sedang dikikis"..."Melayu kini tidak lagi terbela"..

Kemudian Zaid menyindir Awang dengan menyuruhnya kembali rujuk kepada sejarah..siapa yg menghakis kedudukan Melayu..dan Zaid memintanya cuba tanyakan kepada "Big Boss"nya..mengapa Melayu masih ketinggalan..?..Mengapa tanah rezab Melayu makin berkurangan..?..Mengapa jurang Melayu Kaya dengan Melayu Miskin makin melebar..Salah siapa..?

Dan hari ini..apabila MerdekaCenter membuat kenyataan bahawa 70% Melayu sokong Perkasa..maka Awang dengan bangganya membuat serangan balas kepada Zaid Ibrahim

Entahlah..mungkin Awang itu hanya membuat kenyataan didalam ilusinya sendiri..dia lupa bahawa 70% Melayu yg sokong Perkasa itu majoritinya ahli UMNO..mungkin ketika menulis itu Awang mmg tengah "hangin" kat Zaid sehingga terlupa nk membaca perenggan ini..

"Ketua Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, hasil tinjauan pihaknya juga mendapati sebahagian besar yang menyokong tuntutan Perkasa itu terdiri daripada ahli-ahli UMNO.


Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dipetik daripada The Malaysian Insider." - Umotsan rasis

Dan apa yg mengelikan hati ini..kenyataan Awang terhadap ahli-ahli PKR yg blah dari PKR..

"Jika Zaid bijaksana, mengapa tidak memperbetulkan banyak kepincangan dalam pembangkang terutama PKR. Mengapa beliau boleh menerima pemimpin bermasalah besar seperti Anwar sedangkan puluhan pemimpin PKR sudah meninggalkannya atas prinsip kebenaran?"

Huhuhu..siapa yg blah dari PKR atas prinsip kebenaran..?..hahhahha..nyatakan dan sebutkan nama..

Sah.!!!..memang Awang menulis dalam keadaan mengigau..tengah mimpi bertumbuk dengan Zaid Ibrahim..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009