Sunday, November 7, 2010

Sayang...Kenapa tutup...bukalah..tak puas lagi niiii

"kelambu ini hanya dijumpai di Mongolia ..itu pun kena naik kapal selam baru bole jumpa hhuhuhu "

usinkata;..huhuhu awat yg tutup awai sangat..huhuhu kata nk jana pendapatan dari Hiburan Malam.huhuhu..ini elok dh pukul 9mlm..dh nak tutup..macam mana org ramai nk bergumbira..berpoya-poya..

Atau ..sebab nak tutup awai ni..takutkan sesuatu kot...

atau takut rahsia terbongkar..

sekali terbuka suma mata memandang..semua penin kepala...

yang mana satu Altantunya yang mana satu Ziana Zain.huhuhu

sekali terbuka suma tak percaya..suma garu kepala..

yang mana anak Razak Baginda atau cucu Razak...huhuhu

sekali terbuka juga..suma mati terkejut...

Ini orang ka atau anak badak..huhuhu

sekali terbuka nanti..suma muntah darah..

ini First Lady ka...atau Mak Janda..huhuhu

usinkatalagi;..ini suma sebab TT..dia la punca aku "mencarut" ni huhuhuhu

"hoiii !!!..ini bukan First Lady..ini bukan Mak Janda...ini anak gajah sedang mandi..huhuuhu"


Bala akui tandatangan akuan bersumpah palsu



Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyelar kerajaan kerana menutup kes berhubung dua akuan bersumpah yang dibuatnya sebelum ini.

Dalam surat terbukanya kepada Peguam Negara Abdul Gani Patail yang salinannya dihantar kepada Malaysiakini, Balasubramaniam berkata, beliau "terkejut" walaupun mengakui menandatangan akuan bersumpah (SD) yang palsu, polis masih tidak menjumpai sebarang bukti perlakuan salah.

"Pihak polis, saya percaya, menyiasat keadaan seputar pembikinan dua SD bawah Seksyen 199 Kanun Acara Jenayah, untuk kesalahan yang boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara atau denda.

"Ini bukan kesalahan remeh."

Sehubungan itu, katanya, beliau amat terkejut apabila pihak polis gagal menemui sebarang salah laku daripada bukti-bukti yang dikumpulkan mereka.

Mengakui akuan dalam SD keduanya tidak benar, Balasubramaniam mendesak kerajaan membuka kembali kesnya. -Malaysiakini

Saturday, November 6, 2010

Hampa; Jangan Lupa!!! dan Depa; Jangan dok buat-buat Lupa !!!


Gerakan mansuh Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan memulakankan usaha mendesak kerajaan mengotakan janji untuk melaksanakan pemansuhan secara berperingkat-peringkat mulai tahun depan.

Timbalan Presidennya, Profesor Shahril Md Zain berkata pihaknya amat kesal dengan tindakan berdiam diri pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran yang masih membisu dalam memberikan reaksi berhubung isu terbabit.


"Dalam bajet baru-baru ini tidak ada disebutkan usaha pemansuhan tersebut tetapi Menteri Pelajaran ada memberi reaksi berhubung subjek Sejarah yang akan diperkenalkan semula.

"Mengenai PPSMI, menteri masih membisu," jelas beliau. Menurut Prof Shahril pihaknya akan menunggu sehingga tahun depan untuk melihat perkembangan pelaksanaan pemansuhan secara berperingkat-peringkat yang dijanjikan sebelum ini.

"Pihak kita terpaksa menunggu untuk melihat apa perkembangan yang dilakukan terhadap subjek-subjek Sains dan Matematik tahun depan. Tapi pihak kita desak pemansuhan PPSMI dapat dilaksanakan serta merta.



"Keranda ini perlu diusung dijalanraya tahun depan jika Kerajaan UBN masih buat-buat dono..buat-buat pekak ..ramai-ramai usung keranda ini dan hempuk atas kepala pemimpin UBN yg masih lagi buat-buat pekak.."


"Pihak kita tidak teragak-agak untuk menggerakkan semula Gerakan Mansuh PPSMI ini termasuk menghantar memorandum demi memorandum kepada Yang di Pertuan Agong sebagai mana dulu. !!!!!!!


sumber; http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=9862

Cendikiawan "Cendawan Beracun " bersama Skrip Lawak Bodoh AUKU

"Cendawan" ini jika dihinggapi "virus merah"(UMNO)..sudah tentu ia akan beracun...

usinkata; marilah kita sama-sama berfikir sejenak utk melihat dengan lebih terang siapa Cendikiawan "Cendawan" yg sedang melata tumbuh selepas hujan dibumi Malaysia ini..
Cendawan ialah sejenis tumbuhan yg langsung xakan dapat menggapai awan dilangit tinggi..begiti jugalah yg sedang berlaku dinegara kita dimana sebahagian besar para Intelektual/Cendikiawan/Akademikus tak ubah seperti cendawan yg tak mampu mencapai awan..

Ketika membaca tulisan Aqil Fithri yg bertajuk " INTELEKTUAL KOMUNIKATIF didalam ahkbar SIASAH bertarikh 17-23 Oktober 2010 yg bertajuk ; INTELEKTUAL KOMUNIKATIF hati ini bagaikan tercari-cari makna yg tersembunyi didalam tulisanya..apatahlagi artikelnya punyalah panjang..berkali-kali membacanya dan akhirnya ditemui jua maknya yg tersirat..itupun setelah membaca membaca apa yg dilontarkan oleh Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh didalam MerdekaReview ; UKM dan Lawak Bodoh Seksyen 15 AUKU

Utk itu hati ini memaparkan dua petikan penulisan yang amat menuntut pelbagai persoalan yg hanya dapat dijawab oleh hati dan fikiran yg waras mengenai nasib warganegara Malaysia sekianya "CENDAWAN-CENDAWAN" ini dibiarkan melata sejauh Perlis hingga ke Sabah...

Ayuh.!!..biarkan kita didalam persoalan yg tidak pernah mati utk difikirkan...

Antara salah sebuah "Kubu Zon Selesa" yg turut menempatkan "Cendawan" yg kekenyangan@mabuk kepayang..

petikan dari penulisan Aqil Fithri..

INTELEKTUAL KOMUNIKATIF

Apa,dan siapa itu Intelektual(atau cendikiawan)? Apakah tugas-tugas intelektual?Apakah intelektual itu hanyalah akademikus yang berkubu dikampus-kampus?..
Sebetulnya melihat dunia intelektualisme di Malaysia,pertanyaan-pertanyaan ini amat mendesak untuk dirungkaikan.

Dewas ini,kampus di Malaysia memang sudah menjadi zon selesa,dimana intelektual kita kekenyangan meneruskan apa yang ada (das Sein),bukanya mengangkat apa yang seharusnya (das Sollen).Yang ada adalah akademikus yang ggigih memperbodohkan generasinya.Manakala,yang seharusnya,mencerdaskan generasi,makin dilupakan.

Persoalanya,bagaimana semua ini dibenarkan berbudaya? Bagaimana akademikus kita yang sepatutnya bertindak sebagai intelektual tapi akhirnya gagal memenuhi amanah dari makna intelektual itu sendiri.

Intelektual kita bukan sahaja gagal memahami erti intelektual moden yang subjektif ,juga gagal untuk bertindak secara komunikatif.

Bayangnya saja ,dalam kemelut dengan sistem(ekonomi dan politik),intelektual kita sering kehilangan diri(tak-subjektif) dan hanya selesa mengikut arus rasio-instrumental,serta tak tajam-pengamatan(tak-kritis).Juga,tiada sesuatu yang baru dari mereka,selain bertakuk pada apa yang ada saja.

Ada akademikus kita yang kemaruk mengira markah KPI-mya tanpa menghiraukan kesan emanipulasi ilmu mereka dalam membangun ruang awam yang mandiri.Dan,usah airan lagi ,semua kasus ini memang terdapat di Malaysia.

Sebab itu ,menerusi generasi akademikus seperti ini, lahir pula bakal akademikus yang bodoh,dan terus memperbodohkan lagi generasi berikutnya...


usinkatalagi; ..Aqil Fithri turut menulis beberapa cara dan gaya utk membersihkan budaya "cendikiawan yg menjadi cendawan"..tetapi sengaja tidak dipaparkan disini..utk mengetahui apakah cara dan gaya itu..hendaklah dibuang sifat malas dan kedekut..carilah sumber ini..milikinya..

Mari membaca pula petikan yg ditulis oleh Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh yakni penulis bebas yg menulis didalam MerdekaReview ;

UKM dan Lawak Bodoh Seksyen 15 AUKU

Kesatuan Mahasiswa-Mahasiswa Sedar (KEMAS) telah mendedahkan penglibatan mahasiswa dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Perhimpunan Agong United Malays National Organisation yang berlangsung baru-baru ini. 


 Pendedahan tersebut telah mengejutkan ramai pihak dan ada juga yang berasa amat hairan, mengapa Universiti boleh membenarkan kakitangan dan mahasiswanya terlibat dalam Perhimpunan Agong United Malays National Organisation, sedangkan mahasiswa yang ke PRK Hulu Selangor untuk sekadar memerhati, ditangkap polis, didakwa dalam Mahkamah Universiti, dan dilucutkan anugerah dekan.


Antara yang "tidak cukup matang berpolitik dan yang dibimbangi mudah terpengaruh


Sudah jelas di sini, Universiti bukannya berniat untuk menghalang mahasiswa berpolitik supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada pelajaran, ini sememangnya alasan lapok United Malays National Organisation untuk menipu rakyat.  Nampaknya Universiti hanya berniat untuk menjahanamkan masa depan pelajar-pelajarnya yang cenderung menyokong parti pembangkang, supaya menjadi "pengajaran" kepada mana-mana pelajarnya yang berani bercakap benar mengkritik kezaliman pihak pemerintah.


 Mungkin jika mahu menyokong United Malays National Organisation, Prof Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin tanpa segan silu sanggup membenarkan mahasiswanya "yang tidak cukup matang untuk berpolitik", "yang dibimbangi mudah terpengaruh", untuk menyertai Perhimpunan Agong United Malays National Organisation.


Mangsa kezaliman AUKU dan ketidakadilan "Cendawan Beracun"


Kami tertanya-tanya, tidakkah Prof.Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM berasa malu dengan apa yang dilakukannya?  Tidak mampukah seorang akademik seperti beliau memikirkan kesan tindakannya membenarkan pendakwaan terhadap masa depan pelajar-pelajarnya itu?  Mengapa beliau tanpa sebarang rasa malu, setelah begitu tegas menghalang penglibatan mahasiswa dalam politik, membenarkan pihak Universiti sendiri terlibat dalam Perhimpunan Agong United Malays National Organisation?




Jelas pelajar-pelajar yang terlibat dalam Perhimpunan Agong United Malays National Organisation itu tidak akan diambil apa-apa tindakan.  Sudah tidak perlu berlagak neutral lagi, orang ramai sudah tahu betapa jijiknya pihak pentadbir Universiti Kebangsaan Malaysia.  Sekalipun mahu mengampu parti pemerintah janganlah dengan mengorbankan masa depan orang muda yang berani dan sayangkan negara.


Sekiranya Universiti Wawasan milik Parti erakan Rakyat Malaysia, UKM dengan terang-terangnya tali barut United Malays National Organisation, dan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti hanya lawak bodoh untuk memperbodohkan pelajar-pelajar kita.


usintutupkata;..Bandingkan dan cari hubungkait 2 penulisan bisu ini..cari dimana persoalan itu bersembunyi..

Friday, November 5, 2010

Tolong "Bersih" bersihkan "Jamban" ini..


usinkata; ....Pilhanraya dinegara kita xubah macam jamban ini..meh kita ramai2 datang "bersihkan" jamban ini supaya selesa dan senang utk kita "membuang undi"..bersihkan pilihanraya kita dari najis dan kotoran yg dihasilkan oleh UBN 50 tahun lebih sudaaa!!!!

TT kata;...kita telah saksikan
penipuan dan beerat sebelah spr
di dua pilihanraya kecil - batu sapi
dan galas

kita telah marah - jangan marah sahaja
tapi tidak melakukan apa apa

datang ke majlis ini buktikan
kemarahan anda sebelum kita
semua turun ke jalan raya sekali
lagi kah kah kah

usinkata lagi;...ini Jemputan Rasmi Dari "Bersih" utk membersihkan jamban..huhuhu

JEMPUTAN PELANCARAN BERSIH 2.0
BERSATU DAN MELANJUTKAN REFORMASI PILIHAN RAYA

Kami, jawatankuasa induk BERSIH 2.0 ingin menjemput anda/organisasi anda untuk bersatu bersama-sama kami dalam melanjutkan usaha ke arah pilihanraya bersih dan adil. Banyak lagi yang perlu dilaksanakan dan BERSIH 2.0 memerlukan sokongan dan bantuan anda dalam memastikan misi Malaysia yang demokratik menjadi realiti.

BERSIH 2.0 percaya hanya menerusi pilihanraya yang bersih dan adil sahaja seseorang warganegara mampu mengenalpasti hala tuju mereka dan berharap pihak yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan sesebuah pemilihan itu bertindak dengan telus dan berkesan. Perjalanan untuk reformasi pilihanraya adalah ranjau dalam proses demokrasi, termasuk kedaulatan undang-undang dipulihara, hak asasi manusia dilindungi, urustadbir baik dan pengelastarian di dalam pembangunan Negara.

Sebagai waraganegara kita boleh menjadikan impian ini satu kenyataan. Isu-isu utama dalam reformasi pilihanraya termasuk:

1. Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti.

2. Penggunaan dakwat kekal (seperti yang dijalankan di Indonesia dan India) bagi menghalang pengundian berganda.

3. Reformasi dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih yang berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem yang lebih fleksibel bagi semua pengundi – di dalam mahu pun di luar Negara , dengan alasan munasabah untuk memilih untuk menjadi pengundi pos.

4. Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti yang bertanding, termasuk: (a) akses bebas terhadap media milik kerajaan terutamanya televisyen dan radio; (b) akses pembayaran (iklan politik) adil di dalam media swasta; dan (c) peruntukan di dalam hak untuk menyerang balas terhadap kesemua parti yang bertanding dan wakil-wakil yang bertanding yang sebelumnya mendapat liputan negatif di dalam laporan-laporan berita.

5. Tempoh kempen minima 21 hari

6. Amalan-amalan adil dan professional dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian yang tidak adil (malaportionment, gerrymandering) yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang.

7. Pendaftaran otomatik untuk semua pengundi yang layak.

8. Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.

9. Reformasi dalam urusan kewangan pilihanraya bagi memastikan ketelusan dan menghadkan kecenderungan terhadap politik wang.

10. Pentadbiran yang tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya umum atau kecil, untuk badan perundangan di peringkat persekutuan dan negeri.

11. Memperjuangkan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam politik di dalam dan di luar kampus.

BERSIH 2.0 menghargai sumbangan yang dicurahkan oleh kumpulan awal BERSIH dengan agenda reformasi mereka. BERSIH 2.0 kini dilancarkan sebagai gabungan kumpulan masyarakat yang tidak berpartian. Ia merupakan sebuah gerakan rakyat biasa yang ingin memastikan hak kepada pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dijamin oleh undang-undang. Undian dan suara kita mestilah diutamakan.

Butir-butir pelancaran seperti berikut:

Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 mlm. – 10.30 mlm.
Tempat : Dewan Sivik PJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.

Sila panjangkan jemputan kepada ahli-ahli dan rakan anda ke pelancaran Bersih 2.0. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Nurul di 03-77844977.

Yang benar,
Dato’ Ambiga Sreenevasan
Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk

Friday, October 29, 2010

Dulu Doktor check pungkoq Saifool Sekarang Karpal "Korek" Pungkong Doktor pulak

"hampa tunggula wahai doktor2..berkawan la dengan Jin-Jin UBN ..jangan terberak dlm mahkamah sudah...hampa sedang berdepan dengan bomoh-bomoh Anwar Ibrahim tau..huhuhu"


usinkata;....apala kartunis Ronasina nie...otak saifool xkosong la..tapi ada taik yg xdiberakan selama 3 hari tue..huhuhu..
Dan yg paling kesian..huhuhu OKU2 yg percayakan Pungkoq Saifool xberak 3hari dan xsolat jumaat kerana darurat..huhuhu..
Kalau TT kata saifool berak naik ke kepala keluar ke telinga..huhuhu sudah tentu OKU pun berak naik ke kepala keluar ke lubang hidung..huhuhu.

makin lama berjalan makin sarkis la mahkamah kita..si pendakwaraya berbelit2 si doktor terkulat2 terbelit2..

apa yang aku paling nk gelak sampai terkencin...
dulu saifool jumpa doktor suruh doktor check lubang pungkoq dia...
skrg si doktor pulak Karpal nk korek lubang pungkong dia..huhuhu...
Saifool kata dia xberak 3 hari..janganpula doktor 3 org ni terberak2 dlm mahkamah nanti tekanan akibat disoalbalas Karpal..huhuhu..
Nasib hampala..sapa suruh bersahabat dgn Jin-Jin suruhan UBN..sekali terserempak dengan bomoh DAP daaa..huhuhu..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009