Saturday, November 20, 2010

Mai pakat mai..tengok aksi ghairah terlampau.."BOGEL dan "DI-BOGELKAN"


usinkata; berita "BOGEL"ini diceduk dari "bilik bogel " TukarTiub..huhuhu..mai kita pakat tengok..'org yg sudah dibogelkan" membogelkan ISA ini..

FORUM MENENTANG ISA DI PULAU PINANG

Forum bertajuk - ISA: ALAT POLITIK UNTUK PENINDASAN - pada AHAD 21hb November 2010. Forum ini bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 1 petang bertempat di KOMTAR WALK, Pulau Pinang.

Kami menjemput bekas tahanan untuk berkongsi situasi politik ketika mereka ditahan bawah ISA.

Kami menjemput bekas tahanan 60an daripada Barisan Sosialis LIM CHOO LEONG

Kami menjemput ABANG MAT SABU bekas tahanan operasi lalang pada tahun 1987

Kami menjempuit V.GANABATIRU anggota HINDRAF pada 2008.

Kami menjemput Tukar Tiub untuk berkongsi penglibatan diri sendiri dalam era-reformasi pada 1998 hingga ditahan dibawah ISA.

nota:
pertama kali tukar tiub
bersama mat sabu - ini very rare !!


SEBELAH MALAM:

JAM: 7.30 - 10.00

TEMPAT : KOMTAR WALK

ADA APA: Musik band DANNY THE RAPPER - WADUH WADUH dan nyanyian

LAGI ? : Tukar Tiub akan membuat Lawak Berdiri/ Stand Up tentang ISA

Semu warga utarak dijemput mai datang. Program ini diusahakan oleh Suaram Pulau Pinang

nota:
lepas pertunjukkan kita semua pi carik nasi kandaq
line clear atauline beratuk sebelah masjid kapitan keling
keling? tak marah pulak hindraf guna keling kah kah kah

Friday, November 12, 2010

Selendang Merdeka Sang Saka Yang Hilang



Mengenang sejarah negara 1945-1957
Subky Latif

PADA 26 Oktober lalu saya menjadi penal forum bertajuk Sejarah (Negara) Tahun 1945-1957 pada seminar mengenai tajuk yang sama di USM Pulau Pinang.

Tempoh tersebut adalah perkembangan paling penting dalam sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan bagi Semenanjung Tanah Melayu dari penjajahan British.

Sekurang-kurangnya terdapat empat kejadian penting mempengaruhi penduduk bergerak menuntut kemerdekaan Tanah Melayu termasuk Singapura dalam tahun 1945. Sekalipun Singapura sebuah wilayah dibeli milik British tetapi rakyat mengira ia sebahagian dari Semenanjung Tanah Melayu.

Pertama tahun itulah pemerintahan Jepun meninggalkan Tanah Melayu. Kedua Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya pada 17 Ogos, 1945 yang amat menyentuh hati rakyat hingga setiap rumah orang Melayu menggantung gambar Presiden Sukarno.

Ketiga para pejuang kemerdekaan bertemu di Ipoh membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), parti politik pertama bagi wilayah itu bagi memperjuangkan kemerdekaan seperti yang dicapai umat Indonesia. Dalam perjumpaan itu buat pertama kali seruan MERDEKA bergema dipekikkan oleh Ahmad Boestamam.

PKMM dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Hilmy bersama Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam dan lain-lain adalah melanjutkan perjuangan yang sudah dirintis oleh Kesatuan Melayu Muda pimpinan Ibrahim Yaakub yang pada saat kemerdekaan Indonesia dimasyhurkan berlepas ke Jakarta dengan pandangan yang terbuka jika dirasakan wajar Tanah Melayu boleh menjadi sebahagian dari wilayah Indonesia atau ia merdeka sendiri.

Keempat pada tahun itu piagam Atlantik menyarankan agar semua kuasa penjajah memerdekakan setiap tanah jajahan dan saranan itu menjadi piagam pula bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terbentuk sekitar masa itu juga.

Ia menjadi momentum bagi rakyat memperjuangkan kemerdekaan hingga ia tercapai pada 31 Ogos 1957.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan tidak ada di mana-mana di dunia adanya kemerdekaan melalui perundingan. Kemerdekaan yang diketahui hanya melalui peperangan dan menumpahkan darah. Itulah pilihan yang ada bagi Tanah Melayu pada pejuang dan penyokong PKMM.

Kedatangan semula British membaharui penjajahannya di Tanah Melayu setelah Jepun berundur, memperkenal konsep Malayan Union atau Kesatuan Malaya untuk Tanah Melayu.

Malayan Union menggagaskan Malaya untuk semua penduduknya termasuk bukan Melayu yang ada pada masa itu, penyatuan semua negeri ke dalam satu pentadbiran, dan kedudukan raja-raja dihapuskan.

PKMM tertarik pada konsepnya yang memberi peluang penyatuan nasional bagi watan setiap negeri di bawah satu identiti, bersikap terbuka kepada penduduk bukan Melayu yang ada sebelum kedatangan Jepun tetapi tiada sikap jelas tentang kedudukan raja-raja.

Tetapi Dr. Burhanuddin memberitahu rakan-rakan terdekatnya semasa memimpin PAS bahawa kewujudan raja-raja itu bukti Semenanjung menjadi negeri orang Melayu.

Dato Onn bin Jaafar bersama golongan bangsawan Melayu menggembeling semangat orang Melayu menentang Malayan Union kerana ia mahu
menghapuskan raja-raja. Tindakan Dato Onn itu mendapat sokongan orang Melayu.

Kerana orang Melayu mahukan rajanya, maka British membatalkan apa yang dipanggil Malayan Union. Ia memberi semula raja-raja kepada orang Melayu
kerana itu saja caranya bagi mendiamkan orang Melayu tetapi tidak melucutkan lain-lain isu dalam Malayan Union itu.

Atas keruntuhan Malayan Union itu Dato Onn dan bangsawan Melayu menubuhkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik yang baru bagi
mempertahankan bangsa Melayu dan raja-rajanya dengan cogan hidup Melayu dalam tahun 1946.

Dato Onn dan UMNOnya tidak pernah bercakap tentang kemerdekaan, malah menyindir dan mempengaruhi beberapa raja-raja dengan nada bagaimana Melayu hendak merdeka kerana membuat jarum pun tak tahu. Bahkan ada sindiran kononnya orang Melayu lapar kalau tidak ada Inggeris.

Sekalipun slogan UMNO itu menyuarakan Hidup Melayu tetapi ia tidak membawa maksud memerdekakan bangsa dan mendaulat negara. Ternyata selama 400 tahun Melayu dijajah ia tetap hidup dan kekal sebagai orang Islam tetapi ia menjadi bangsa yang tidak berdaulat dan tidak dapat menentukan nasib sendiri.

Sekalipun UMNO menjadi saingan PKMM tetapi ia tidak mampu menyaingi pengaruh PKMM yang mahukan kemerdekaan. Walaupun British terikat dengan piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mesti melepaskan tanah jajahannya, tetapi membenarkan yang dituntut oleh PKMM bererti melepaskan semua kepentingan barat dan melenyapkan baki idea tersembunyi Malayan Union.

Berikutan keengganan British menghalalkan Parti Komunis Malaya dan komunis melancarkan gerakan bersenjata, British menggantikan Malayan Union
dengan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu tanpa Singapura dan diikuti pengiytiharan darurat, parti-parti politik diharamkan kecuali UMNO.

Pemimpin dan aktivis PKMM dan sayap Islamnya iaitu Hizbul Muslimin ditahan dan diburu kecuali Dr. Burhanuddin yang menetap di Singapura. Perjuangan kemerdekaan lumpuh dan yang dibenarkan bergerak ialah UMNO, apa lagi Dato Onn menerima perlantikan British untuk menjadi pegawai anak negeri paling kanan selepas British dalam kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Dato Onn menjadi Menteri Dalam Negara dan berperanan menahan aktivis pejuang kemerdekaan. PKMM mati bukan kerana ia tidak mendapat sokongan rakyat tetapi justeru ia diharamkan penjajah dan pemimpinnya ditahan.

UMNO terlepas dari tindakan bukan kerana pengaruhnya kuat di kalangan rakyat tetapi ia tidak diharamkan dan pemimpinnya seperti Dato Onn menjadi orang kanan kerajaan Inggeris di peringkat persekutuan dan yang lain-lain menjadi menteri besar di setiap negeri.

SELEPAS parti-parti politik diharamkan kecuali Umno, pemimpin-pemimpin dan aktivis pejuang kemerdekaan ditahan, suara menuntut kemerdekaan tidak kedengaran. Pemimpin Umno yang juga Menteri Besar Johor, Dato Oon Jaafar sudah menjadi pegawai anak negeri paling kanan dalam pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu bertaraf menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal dalam negeri.

Antara tanggungjawabnya menahan dan menjaga tahanan politik serta memantau suasana komunis. Dato Onn mula rapat dengan Sir Cheng Lock, Tan, pemimpin MCA yang ditubuhkan selepas pembentukan Umno. Tan Cheng Lock atau Sir Cheng Lock, Tan sebelumnya pernah bermuafakat dengan Dr. Burhanuddin al-Hilmy mengenai status masyarakat Cina dalam kemerdekaan. Cheng Lock dengan gagasan Dr. Burhanuddin tentang satu rupa bangsa iaitu Melayu. Cina dan India akan menjadi bangsa Melayu keturunan Cina dan bangsa Melayu keturunan India.

Semuanya tidak menjadi kenyataan apabila parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan. Sebagai menteri kerajaan penjajah Dato Onn mempunyai hubungan yang rapat dengan Inggeris. Ketika dia sudah rapat dengan Cheng Lock, Dato Onn mengusulkan Umno membuka keahlian kepada bukan Melayu dan tentunya jika disetujui Umno akan dipinda dari United Malay National Organization kepada United Malayan Nasional Organzation.

Perhimpunan Agung Umno menolak usul itu. Dato Onn mengundur diri dan keluar dari Umno. Dia digantikan oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Tunku tidak ada pengalaman politik. Peranan dalam Umno tidak ketara semasa pimpinan Dato Onn kerana dia keciwa Dato Onn tidak mempertahankan nasib Natrah.

Tindakan pertama Tunku sebagai pemimpin Umno ialah menyambung perjuangan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang diharamkan. Dia menukar perjuangan HIDUP Melayu Umno kepada MERDEKA. Dia membuka pintu Umno kepada pemimpin dan ahli PKMM untuk bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan.

Beliau pergi ke London bertanya Setiausaha Tanah Jajahan British cara mana Malaya boleh mencapai kemerdekaan. Jawapan British ialah tiada cara Malaya boleh merdeka jika ia dituntut oleh orang Melayu saja. Ia mesti dituntut oleh semua kaum yang ada di Tanah Melayu.

Piagam Atlantik dan piagam PBB yang ikut ditanda tangani oleh British sudah menetapkan semua kuasa penjajah memerdekakan tanah jajahan masing-masing tetapi British memberi syarat demikian kepada Umno. Apa motifnya?

Lord Cromer, gabnor terakhir British di Mesir dalam bukunya menyebut, empayar British tidak akan bertolak ansur bagi melepaskan tanah jajahan barang seinci jua hinggalah wujud satu generasi yang berfikir seperti British.

Tanah Melayu boleh merdeka tetapi mesti mengikut acuan British. Kemerdekaan tidak diberi kepada Melayu yang seratus peratus Islam. 400 tahun Tanah Melayu dijajah orang Melayu tidak bertukar agama. Ia satu kegagalan bagi penjajahan Kristian Eropah apabila orang Melayu tidak berpecah dalam banyak agama.

Bekas pimpinan PKMM dan Hizbul Muslimin tidak yakin kemerdekaan yang Tunku dan Umno mulai gerakkan kerana pemimpin-pemimpin Umno ada peranan mengharamkan PKMM dan menahan mereka. Mereka tidak respons kepada pelawaan Tunku kerana masih ramai tahanan politik yang Umno restui merengok di khemah tahanan.

Tetapi pengikut mereka seperti Ghafar Baba dan Ibrahim Fikri tidak menunggu restu dari bekas pemimpin mereka lalu menyertai Umno yang mula mengaku memperjuangkan kemerdekaan.

Tunku membentuk satu jawatan bagi membebaskan tahanan politik dengan Aziz Ishak, seorang wartawan dan penyokong kuat Ibrahim Yaakub yang mengasaskan KMM sebagai Setiausaha. Tunku dikatakan mahu sangat Ahmad Boestamam dibebaskan supaya dapat memimpin Pemuda Umno.

Aziz Ishak bukan ahli Umno semasa menjadi setiausaha bagi membebaskan saki baki tahanan politik. Dia adalah orang Ibrahim Yaakub dan dekat dengan Dr. Burhanuddin. Tunku kemudian berjaya menariknya menjadi ahli Umno. Aziz menjadi ketua Umno Selangor ketika Majlis Perbandaran Kuala Lumpur hendak mengadakan pilihan raya awal tahun 1950an.

Aziz mengadakan muafakat dengan ketua MCA Selangor, Ong Yoke Lin mengadakan persefahaman Perikatan bagi menghadapi Dato Onn yang memimpin Parti Negara dalam pilihan raya itu.

Tiada tanya ia idea Tunku tetapi Tunku merestui tindakan Aziz. Muafakat itu berjaya memenangi pilihan raya itu dan bermulalah muafakat Perikatan untuk menuntut kemerdekaan.

Pembentukan Perikatan itu adalah bagi memenuhi syarat British untuk Malaya merdeka. Syarat British itu adalah helah bagi menjadikan masyarakat Malaya merdeka nanti menjadi masyarakat majmuk, berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya. Begitulah British bila ia memerdekakan tanah jajahannya, ia meninggalkan masalah perkauman yang sukar diselesaikan.

Bagi Tanah Melayu ia adalah helah bagi mengelakkan ia menjadi sebuah negara berperintahan Islam seperti yang perjuangan oleh Hizbul Muslimin. Dr. Burhanuddin dan Dato Onn menggesa supaya Umno jangan menerima syarat British itu kerana lambat laun Tanah Melayu akan merdeka juga kerana piagam PBB sudah memaktubkan hal itu. Tetapi kerana Tunku dan Umno mahu cepat-cepat merdeka maka ia menerima formula meninggalkan api perkauman itu.

Lau Pak Kuan pemimpin saudagar Cina Ipoh pergi ke England menuntut British tidak memberi kemerdekaan kerana dipercayai tidak menjamin masa depan Cina. Tetapi syarat British itu adalah peluang yang baik bagi penduduk Cina dan India yang ramai itu untuk diterima menjadi rakyat. Persetujuan Cina dan India menyokong tuntutan kemerdekaan yang menjadi syarat British itu ialah dijamin hak menjadi rakyat.

Perikatan dalam memonya kepada Suruhanjaya Reid yang bertanggungjawab menggubal perlembagaan Tanah Melayu merdeka bersetuju dengan formula jos suli iaitu memberi kerakyatan mudah kepada pendatang yang menetap di Malaya bagi tempoh tertentu.
Peluang itu bukan sekadar mereka yang telah lama bermastautin tetapi termasuk pelarian berikutan pembentukan negara komunis China tahun 1948.

Tunku menjadi orang pertama mencapai kemerdekaan melalui perundingan tahun 1957 tetapi formula itu sudah disarankan oleh piagam PBB. Tidak minta merdeka pun boleh merdeka seperti yang terjadi di Brunei Darussalam.

Wednesday, November 10, 2010

"JAMBAN" yg di-idamkan seluruh rakyat Malaysia

"Inilah rupanya "JAMBAN" yg sudah dibersihkan dengan menggunakan sabun cap "DAKWAT KEKAL"..


usinkata;...Kat bawah sinun ialah sabun..klorox..berus dan segala macam benda untuk "BERSIH" nk bersihkan "JAMBAN" kita agar senang dan selesa serta yakin utk membuang undi nanti..

Harap dapat dirakam dikepala masing-masing segala mcm benda yg disenaraikan oleh "BERSIH" ini..supaya apabila menjelang "hari utk kita beramai-ramai membuang undi nanti..kita dapat check samada SPR sudah "diMERDEKA" oleh UBN setelah hampir 5 dekad menjadi "hamba sahya-gurkha@lembu" UBN..

Didalam laporan MalaysianInsider...geng-geng "Pencuci' ini telah dijemput oleh SPR utk berbincang mengenai langkah dan cara utk mencuci "Jamban"..ada beberapa tatacara dan kaedah mencuci yg akan dipertimbangkan oleh SPR dan ada juga beberapa sabun dan klorox utk mencuci dinyah-sampahkan oleh SPR..

Untuk itu..hati ini kuat sekali berdetak..berdetaknya lebih kencang sepereti genderang mahu perang..berkecamuk mengatakan bahawa sudah pasti sabun pencuci cap "DAKWAT KEKAL" dipandang enteng oleh SPR..

Kenapa hati ini berdetak apabila terdengar dan terlihat sabun cap "DAKWAT KEKAL"...ianya tidak lain tidak bukan..

"HANTU YG AKAN TURUT SAMA MEMBUANG..MANA BOLEH LEKAT KALAU DICALITKAN DENGAN DAKWAT KEKAL"

Jika situasi ini berlaku mcm mana UBN nk menang ..hantu-hantu yg membuang ini cukup diperlukan oleh UBN...jika benar dan yakin tiada 'hantu yg turut membuang"..bagilah "JAMBAN" dibasuh-cuci dgn menggunakan sabun cap "DAKWAT KEKAL"..confirm lepas tue semua yg membuang akan merasa cukup lega..cukup puas membuang..bukan setakat perut..kepala..badan seluruh anggota turut lega selepas membuang..apatah lagi semasa membuang dapat mencium bau wangian dari " DAKWAT KEKAL"..

So marilah kita berdoa agar SPR dikembalikan KEMERDEKAANYA setelah terjajah secara terang-terangan tanpa melawan oleh UBN..

Dan jika SPR masih lagi memakai "cincin besar di hidung" yang xubah seperti "LEMBU"...marilah kita berganding bahu..mengajak rakan dan taulan..sahabat hadai yg jauh dan yg dekat..agar sama-sama memeriahkan jalanraya-lebuhraya di Malaysia utk bersama-sama "BERSIH" utk membersihkan "JAMBAN" mengikut S.O.P rakyat marhaen..

usinkatalagi;.akibat melalut terlebih panjang ..kat bawah ini list atau senarai bahan-bahan yg akan digunakan oleh "BERSIH" utk membersikan "JAMBAN" kita yg tercinta..huhuhu..hampa jangan lupa noohh!!!


• Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti


• Penggunaan dakwat kekal bagi menghalang pengundian berganda


• Reformasi dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem lebih fleksibel bagi semua pengundi


• Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti bertanding


• Tempoh kempen minimum 21 hari


• Amalan-amalan adil dan profesional dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian tidak adil (“malaportionment, gerrymandering”) yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang


• Pendaftaran automatik untuk semua pengundi layak


• Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun


• Reformasi dalam urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan dan mengehadkan kecenderungan terhadap politik wang


• Pentadbiran tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya umum atau kecil, untuk badan perundangan di peringkat persekutuan dan negeri


• Memperjuangkan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam politik dalam dan di luar kampus.

Monday, November 8, 2010

Adakah SPR dan Badan Kehakiman adalah "LEMBU UBN" ?

"Biarlah org nak kata apa pon..sejak dizaman Tunku Abdul Rahman lagi..mcm2 gelaran yg aku dapat..pak turut la..barua la..hamba abdi la..pencacai la..tapi yg paling aku geram..depa panggil aku LEMBU UBN..aku kan memang lembu..bodoh betul la depa ni.".- SPR@LEMBU UBN

usinkata;....sebelum membaca apa yg tertulis dibawah..sekali lagi hati ini ingin mengingati...marilah kita berkerjasama dengan "BERSIH" utk membersihkan "Jamban" agar senang kita membuang undi..huhuhuhu


STANDARD KITA MASIH DI BELAKANG
- ABDUL AZIZ BARI

SEBAGAIMANA yang diduga Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi kedua-dua pilihan raya kecil di kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah dan DUN Galas di Kelantan yang diadakan Khamis lalu.

Bagaimanapun saya fikir dengan standard atau pun prestasi biasa BN sendiri, khususnya sebelum PRU Mac 2008, tidak ada apa yang terlalu hebat dengan kemenangan itu. Ini kerana kedua-dua kerusi itu adalah kawasan pedalaman: di Batu Sapi contohnya penduduk di sebuah kampung yang begitu miskin menganggap mengundi BN satu tugas mulia. Ini tidak berbeza dengan di Terengganu apabila orang-orang di situ menganggap stadium atau bangunan runtuh sebagai perkara biasa. Dengan kata lain orang-orang seperti ini memang layak untuk terus miskin dan mundur kerana mereka sendiri tidak mahu mencari jalan untuk berubah. Lebih teruk lagi kumpulan manusia ini menentang perubahan. Perubahan yang dimaksudkan ialah keadilan, ketelusan dan pertanggungjawaban. Kerajaan yang memerintah perlu dipertanggungjawabkan bila stadium runtuh. Di sisi perlembagaan ini bermaksud diturunkan dari kerusi kuasa. 

Walaupun menang di dua kerusi itu BN masih tewas dengan Pakatan Rakyat. Ini kerana ia hanya menang di lima kerusi dari sejumlah 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008. Selain itu DUN Galas tidak berbeza dengan Batu Sapi. Walaupun Galas dimenangi Pas dalam PRU yang lalu ia adalah sebahagian daripada kawasan Parlimen Gua Musang, yang merupakan kubu UMNO sebagaimana juga Parlimen Hulu Selangor yang dimenangi BN pada April lalu. Apa pun BN pernah kalah di kawasan yang boleh dianggap kubu sebagaimana di Sibu pada Mei lalu. Dengan sumber yang BN ada serta kelebihan yang SPR berikan BN sepatutnya menang di semua 13 pilihan raya kecil yang diadakan selama ini.

Sebab itu tidak jelas apakah kemenangan di kedua-dua kerusi itu boleh dianggap kebangkitan semula BN yang hampir tersungkur pada Mac 2008. Apa pun pilihan raya negeri Sarawak mesti diadakan pada 2011. Ramai yang mengatakan bahawa BN akan mengadakan PRU ke-13 lebih awal berikutan daripada perkembangan di Sarawak. Negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah boleh terus kekal kerana di sisi undang-undang mereka tidak perlu membubarkan DUN masing-masing. Pembubaran Parlimen tidak ada kaitan dengan pembubaran DUN. Saya ingin mencadangkan supaya Pakatan Rakyat tidak memohon pembubaran kepada ketua negeri masing-masing; biarkan DUN mereka bubar secara automatik sebaik sahaja ia genap lima tahun. Pakatan Rakyat perlu bekerja mengotakan manifesto mereka dalam tempoh lima tahun itu. Mereka perlu mengajar BN bagaimana mengadakan pilihan raya yang adil dan tidak mengejut.

SPR memang cuba mencari jalan untuk menghujah mengapa semua DUN perlu dibubarkan dan PRU diadakan serentak. Hujah SPR ini adalah hujah politik dan bukan hujah undang-undang. Sebab itu di atas tadi saya katakan BN menikmati kelebihan yang SPR berikan dan sepatutnya menang di semua 13 pilihan raya kecil yang diadakan. Dalam pilihan raya kecil di Batu Sapi dan Galas itu pun kita lihat tanda-tanda yang sama. Dari tarikh pengundian hinggalah kepada cara menangani dakwaan rasuah pilihan raya BN sentiasa mendapat kelebihan.

Pilihan raya yang bebas dan adil adalah sesuatu yang cuba hendak diwujudkan oleh perlembagaan. Selain pelantikan SPR dan perlindungan yang disediakan untuk ahlinya perlembagaan menyediakan peruntukan untuk menjamin pelbagai hak dan kebebasan untuk rakyat; baik sebagai individu mahupun sebagai kumpulan. Malangnya ini semua masih tinggal ideal yang belum kita dapat nikmati. Kita perlu ingat bahawa hanya kerana BN kalah di lapan pilihan raya kecil dan hampir tersungkur dalam PRU 2008 tidak bermakna sistem kita ini adil dan tidak ada cacat celanya. 

Selagi wujud perkara yang berat sebelah tadi kalau Pakatan Rakyat menang semua pilihan raya pun tidak bermakna bahawa sistem kita, termasuk SPR, adil dan tidak perlu direformasikan.

Tetapi itu semua tidak mudah untuk berlaku kerana sepertimana yang berlaku di Perak, Wilayah Persekutuan dan Kedah ia turut membabitkan badan kehakiman. Saya tidak mahu menyebut Jabatan Peguam Negara atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana kedua-dua agensi ini adalah sebahagian daripada eksekutif atau kerajaan yang memerintah. Ini diperuntukkan oleh perlembagaan. Bagaimanapun badan kehakiman dan SPR perlu bebas dan ini diperuntukkan oleh perlembagaan.

Saya tidak nampak kebebasan itu akan menjadi kenyataan selagi BN memegang kuasa. Ini kerana mereka, sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi, sentiasa mencari jalan untuk menyekatnya. Kedua-dua agensi yang sepatutnya bebas itu setakat ini lebih rela untuk menjadi pak turut seperti orang kampung di pedalaman di dua buah negeri yang saya katakan tadi. Di negara-negara lain, termasuk India, hakim dan anggota SPR mereka melihat bahawa mewujudkan sebuah sistem yang adil dan telus sebagai tanggungjawab. 


- Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang selama lebih 21 tahun.

sumber; Sinar harian

"Santa Banjir" dan "Katak-Katak"selepas hujan

"Ini "Santa" xpakai payung,baju hujan dan kasut booth getah..yela..hujan dh berenti..banjir dah surut dah 7 hari dh.."

Jika di Amerika.."Santa" selalunya datang memberi "hadiah" waktu salji turun..di Malaysia pon ada "Santa".. yg datang selepas "hujan" turun..dan banjir surut.

Santa ini membawa hadiah "BANTUAN KHAS PASCA BANJIR"

Tanpa berpaling kiri dan kanan..hati ini meragui 200% niat baik yg disuarakan Santa Banjir utk mangsa bencana banjir di Kedah khasnya..

Merujuk laporan Bernama TPM Muhyidin berkata Kerajaan UBN akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi menguruskan dan membantu mangsa-mangsa banjir untuk memulihkan semula kehidupan selepas banjir...

Ya..mmg benar langkah dan tindakan ini wajar dan bertepatan sekali dengan slogan "Rakyat Didahulukan" tetapi..Jawatankuasa ini dan bantuan yg akan disalurkan sarat sekali dgn permainan politik UBN..lihat sahaja siapakah yg berada dipuncak Jawatankuasa ini...

Muhyidin berkata; Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh

TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH DATUK BASHAH MD HANIPAH....

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN, DATUK CHOR CHEE
HEUNG..

TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI DATUK JOHARI BAHAROM..

Orang tua-tua kata...selepas hujan katak-katak masih lagi berbunyi utk menyeru hujan agar turun kembali lagi..tetapi di Kedah Ketua-Ketua Bahagian UMNO kini sedang galak menyeru agar peruntukan khas pasca banjir agar diperturunkan cepat oleh Santa Banjir..

Lihat sahaja bagaimana Kerajaan UBN berpolitik..disebalik kesengsaraan dan kepayahan rakyat di Kedah..bantuan yg diharapkan "dipolitikan" utk kelangsungan survival UMNO KEDAH..sudah tentu bantuan khas pasca banjir akan berada ditangan Ketua-Ketua Bahagian UMNO terlebih dahulu..dan apabila ditangan mereka..sudah tentu toyol dan hantu raya pakat-pakat berkerumun mengelilingi Ketua-Ketua Bahagian ini..dan dibimbangi bantuan khas pasca banjir bocor sana sini dan disilapmatakan oleh pihak yg tidakbertanggungjawab..

sudahlah..hati ini masih belum mampu utk bersangka baik terhadap Ketau-Ketua Bahagian UMNO di Kedah..sudahlah partinya kini menjadi pembangkang di Kedah..sudah tentu byk dana tersekat disana sini..dan bantuan khas pasca banjir adalah sesuatu yg ditunggu-tunggu..utk kembali mengisi tabung masig2..

Jika Kerajaan UBN betul-betul ikhlas mahu membantu rakyat khasnya pasca banjir..jemputlah sekali Kerajaan Negeri..duduk semeja berbincang bagaimana bantuan khas pasca banjir dapat disalurkan tanpa ketirisan dan kebocoron...

Terang lagi bersuluh..tanpa kehadiran wakil dari Kerajaan Negeri didalam Jawatankuasa Khas Pasca Banjir..selama itulah hati ini tetap meragui dan terus mempertikaikan tindakan Santa Banjir yg mewakili Kerajaan UBN

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009