Tuesday, November 17, 2009

Mat Sabu; Hang Tuah Hero Pondan !!! dan TQ.. Chin Peng.!!!!"

Mat Sabu; Terima Kasih Chin Peng
sumber; Merdeka Review

Sekali lagi, bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu membuat kenyataan yang "menghebohkan", apabila mendakwa bahawa "orang Melayu perlu berterima kasih kepada Chin Peng" (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya), dan mengakui bahawa "agama sebagai candu masyarakat (pada kurun ke-19)".

Kenyataan sedemikian sebenarnya tidak "janggal" dalam forum yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Tetapi, apabila kenyataan ini terkeluar dari mulut seorang pemimpin PAS, maka ia agak "membeliakkan mata" semua orang. Lebih-lebih lagi, apabila dihujahkan oleh penceramah yang popular dengan humornya, maka ia memberi kesan yang
"menghiburkan".

"Agama sebagai candu"

Mat Sabu (gambar kiri) yang diundang sebagai ahli panel untuk perbincangan "Kuasa Ketiga?", dalam forum "Sistem Dua Parti di Malaysia: Suatu Analisa Kritikal" anjuran PSM pada 14 November itu, terpaksa memberi penjelasan apabila S.Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM mendakwa bahawa Mat Sabu pernah menyetujui bahawa "agama itu candu masyarakat".

"Agama sebagai candu masyarakat. Persetujuan saya pada masa itu bersyarat, bukan secara umum. Memang kalau kita lihat, pada akhir tahun 1800 dan awal tahun 1900, kebangkitan industri di Eropah melahirkan jutawan-jutawan, kekayaan-kekayaan yang dimiliki beberapa orang, terutama sekali pemerintah Eropah, raja-raja dan sebagainya," jelas Mat Sabu.

"Untuk mempertahankan kuasa mereka, maka mereka menggunakan paderi-paderi untuk membawa orang miskin ke gereja, menyanyi lagu ketuhanan pada hari minggu. Kemudian, pada masa yang sama paderi-paderi ini menyokong pemerintah yang zalim, melintah darat..."
"Oleh itu, untuk membuat satu perubahan, maka kuasa paderi yang mencandukan rakyat itu perlu dibanteras dahulu. Itu persetujuan yang saya kata. Pandangan Karl Marx dengan keadaan pada waktu itu, kalau saya hidup, saya pun bersetuju dengan beliau!" Penjelasannya menggelakkan satu dewan.

Penyalahgunaan agama

Mat Sabu menyambung, "penyalahgunaan agama ini sentiasa berlaku. Saya sebagai orang Islam, saya tetap berpegang kepada ajaran Islam. Saya tetap mengatakan ajaran al-Quran itu begitu indah."

Beliau seterusnya memetik ayat daripada al-Quran sebagai contoh, "Apakah kamu tidak melihat orang yang mendustakan agama, membohongi ugama..."

"Di hujung ayat itu menyebut, celakalah orang yang sembahyang, orang yang tidak memberi makan kepada orang miskin, orang yang mengherdik anak yatim!"

Mat Sabu menjelaskan, "Ini al-Quran, iaitu satu pengajaran, bahawa walaupun kamu pergi ke masjid, bersembahyang dan sebagainya, tetapi tak peduli orang miskin, tak membantu anak yatim. Allah menyebut, celaka kamu!"

Jurang kaya-miskin paling ketara di negara Islam

Mat Sabu bukan sahaja terkenal sebagai penceramah, tetapi sering terlibat dalam demonstrasi, terutamanya ketika kenaikan harga minyak beberapa tahun yang lalu.
Beliau bersambung, "tetapi kamu lihat sekarang di dunia, di negara Islamlah kaya-miskin paling ketara. Kenapa jadi begitu?"

Mat Sabu kemudian mengambil contoh Pakistan, Indonesia, Bangladesh, malah di Mesir yang memperlihatkan betapa dahsyatnya perbezaan kaya-miskin di negara-negara tersebut, walaupun penuh dengan ustaz dan imam.

"Di Mesir....ribuan ustaz. (tapi) orang duduk di atas kubur, (sebanyak) tiga juta orang. Dia tunggu hari nak masuk kubur!"

"Agama itu indah, tetapi penyalahgunaan agama itu berlaku dari semasa ke semasa," simpulnya.

Angka itu untuk syok-sendiri

Mat Sabu juga mempertikaikan angka "kadar pertumbuhan" sebagai kayu ukur taraf hidup masyarakat. Beliau mendakwa bahawa kadar pertumbuhan yang tinggi di negara dunia ketiga tidak semestinya mencerminkan keadaan sebenar, kerana mereka yang berpendapatan 10 rupee sehari, mungkin hanya dapat 12 rupee biarpun angka pertumbuhan melonjak.

"Angka-angka yang dipamerkan kepada kita selalunya untuk kita syok sendiri, padahal jauh daripada keadilan sosial," seterusnya berkata bagaimana situasi masyarakat dunia ketiga seperti yang digambarkan dalam filem Slumdog Millionaire.

"Sebab itu, keadilan sosial ini mesti menjadi agenda semua pihak pada masa yang akan datang," tegasnya. Beliau berkongsi pandangannya bahawa perubahan pemikiran pada 8 Mac 2008, yang diibaratkan sebagai "tsunami politik", mungkin boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, tetapi belum cukup untuk melakukan reformasi sosial.

"Perubahan pemerintahan boleh, tetapi perubahan reformasi sosial jauh daripada boleh. Sebab kita lihat beberapa negeri Pakatan Rakyat ambil alih, tak berlaku reformasi sosial, hanya mengambil alih tempat. Tukar MB, tukar Exco, tukar wakil rakyat... (tapi) cara projek, cara kehidupan Menteri Besar, cara penguasaan harta...serupa!"

Beliau menambah, "bahkan kadang-kala menguatkan lagi status quo terutama sekali kuasa raja berperlembagaan, taat setia tak tentu hala sekarang ini!"

Setuju untuk menjatuhkan BN

"Sebab kita mahu berlaku perubahan, dan pada masa yang sama berlaku perubahan sosial. Ini yang paling penting!"

Walau bagaimanapun, Mat Sabu mengaku, "... saya setuju BN (di-)jatuhkan. Saya setuju. Sebab bila rakyat jatuhkan sebuah kerajaan yang menyeleweng, bila kerajaan baru naik, menyeleweng, mudah rakyat jatuhkan! Itu yang kita harapkan."

"Oleh itu, kalau Pakatan Rakyat naik memerintah, jangan berangan nak memerintah 50 tahun. Barangkali satu penggal pun payah, kerana rakyat sudah mula criticize..." Mat Sabu menyusuli dengan penghargaan kepada mereka yang mengkritik Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz, yang diheret ke dalam pertikaian tajaan ke Mekah. Sambil berseloroh Mat Sabu berkata, "bila ada tajaan, ada udang di sebalik mee..."

Perubahan pemikiran masyarakat Melayu

Ketika mengulas perubahan pemikiran dalam masyarakat Melayu, Mat Sabu berkata, "bila rakyat sudah buang satu kepercayaan karut, yang misalnya satu parti itu tidak boleh jatuh sampai bila-bila, ini perubahan yang kita alu-alukan."

"Memang nak ubah pemikiran rakyat cukup susah, tambahan pula di masyarakat orang Melayu. (Di masyarakat Melayu) Hang Tuah ditabalkan sebagai hero, Hang Tuah yang mengorbankan kekasihnya sendiri, diberikan kepada Raja, kemudian diberi sirih supaya lupa pada dirinya...ini hero."

Beliau sambung, "Ini bukan hero, ini binatang pondan. Sepatutnya kalau kita hero, tahi mata harimau lagi ku buang, itu pula kekasih... Inilah hero yang ditabalkan dalam masyarakat Melayu."

Untuk mengubah pemikiran masyarakat Melayu, Mat Sabu berpendapat bahawa sejarah perlu diperbetulkan, sama ada sejarah Hang Tuah mahupun sejarah kemerdekaaan.

Berterima kasih kepada Chin Peng

Beliau menceritakan pengalamannya ketika berceramah di sebuah masjid yang dihadiri pegawai tentera. "Di antaranya saya menyebut, kita berterima kasih kepada Chin Peng (gambar kiri) kerana membunuh Henry Gurney. Habis masjid tu saya nampak terkejut. Mat Sabu berterima kasih kepada Chin Peng?"

"Mereka tidak tahu Henry Gurney tu ialah polis British yang menyeksa rakyat Palestine, yang mula-mula membuat kampung baru di Palestine untuk menghimpunkan orang Arab, dan membawa Jews ke Palestine. Dengan itu, sebab jasanya di Palestine, dia dibawa ke Malaya," jelasnya.

"Dan Chin Peng bunuh orang seperti ini. Orang Melayu tidak tahu yang Henry Gurney ini pernah bertugas di Palestine!"

Beliau menyimpul, "sebab itulah hal sejarah, perjuangan rakyat penting diperbaharui. Sebab itu mereka amat amat takut Chin Peng kembali... bukan soal keganasan dan sebagainya, sebab kalau Chin Peng kembali, ceramah pertamanya, kalau boleh kita nak buat di Setiawan...Saya yakin lebih daripada setengah juta rakyat akan hadir!"

"Kita dalam perjuangan ini, kadang-kala tidak tercapai dalam masa hidup, akan disambung oleh generasi yang lain. Memanglah saudara nak idealis sosialis, saya nak Islam yang tulen. Tapi kita boleh berbincang, kita boleh bertemu, yang utama sekali mestilah ia berfungsi untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan elit."

Beliau sempat menyatakan ketidakpuasan beliau terhadap prestasi Pakatan Rakyat di beberapa negeri, dengan terus terang beliau berkata, "Di sudut struktur buang kepentingan elit tak banyak berubah. Hanya bertukar menteri besar, bertukar exco, tapistyle kepimpinan tidak berubah!"

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.

Najib Menteri Kewangan Paling Lembab dan Lambat..?



NEAC: Daya tindak Najib tidak setanding Mahathir

sumber; MerdekaReview

Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan (NEAC) yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak kekal "senyap" sehingga kini. Situasi ini mencungkil keresahan, malah keraguan sama ada NEAC sempat merangka satu model ekonomi baru yang konkrit dalam tempoh dua bulan, sebelum tahun 2010?

Demikianlah persoalan yang dibangkitkan, ketikaBusiness Times dari Singapura mengulas NEAC yang bertanggungjawab merangka model ekonomi baru untuk menjayakan peralihan Malaysia kepada sebuah negara berpendapatan tinggi.

Tulisan tersebut mengingatkan bahawa lima bulan sudah berlalu, selepas Najib melantik bekas CEO Maybank merangkap bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi), Amirsham A.Aziz sebagai Pengerusi NEAC pada Mei 2009. Ini ditambah pula dengan lantikan sembilan orang "pakar" ke dalam NEAC, dua bulan selepas itu.

Sepanjang lima bulan ini, tidak banyak yang diketahui berkenaan NEAC, malah NEAC sendiri juga tidak menunjukkan prestasinya. Keadaan sedemikian mengungkit keresahan sama ada NEAC benar-benar beroperasi, atau sekadar salah satu badan yang ditubuhkan dengan seribu satu alasan, tetapi terbeku dalam peringkat "tergendala".

Langkah Najib nyata lambat

Malah, Business Times telah membandingkan NEAC yang ditubuhkan oleh Najib, dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang ditubuhkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad pada Januari 1998, untuk menonjolkan bagaimana Najib dianggap lebih lambat dalam langkahnya.

MTEN yang dipengerusikan oleh Daim Zainuddin ini telah menubuhkan Danaharta pada Jun 1998, menjadi pembeli bad loan dan pengurus hartanah daripada bank yang terjerumus dalam krisis.

Kini, Danaharta diisytihar antarabangsa sebagai antara langkah terbaik untuk menyelesaikan krisis bank, malah digunakan secara meluas oleh negara Barat seperti Amerika Syarikat dalam krisis ekonomi global masa kini.

Menurut maklumat yang didapati, dalam tempoh setahun selepas Julai 1997, lebih 2000 syarikat di Malaysia mengalami penggulungan. Dalam keadaan di mana bank berdepan dengan bad loan yang besar, penubuhan Danaharta telah berjaya menyerap hutang yang berada dalam sistem bank.

Dalam tempoh tujuh tahun dan enam bulan, bad loan sebanyak RM50 bilion telah dikendalikan, malah RM30 bilion antaranya, telah dibayar, dengan kadar recovery on bad loan setinggi 58%. Prestasi ini lebih baik berbanding institusi lain dengan fungsi yang sama di Asia, yang rata-ratanya hanya mencatat 20-50%.

Pada Julai 1998, iaitu enam bulan selepas ditubuhkan, MTEN telah merangka satu pelan yang terperinci, iaitu Pelan Pemulihan Ekonomi National (PPEN). PPEN menggariskan enam langkah untuk menghadapi krisis ekonomi ketika itu.

Selain itu, MTEN juga bertanggungjawab untuk mengemukakan pakej rangsangan ekonomi, malah memperbaharui maklumat ekonomi terkini untuk penentu dasar yang utama setiap dua bulan, malah setiap dua minggu kemudiannya.

Lawatan sambil belajar di Korea?

Selain itu, MTEN juga mengkaji enam bidang yang harus diberi perhatian oleh kerajaan, dari pelancongan hinggalah pendidikan, dari perkhidmatan hinggalah pengangkutan. Pada masa yang sama, MTEN ini tidak mengasingkan diri dari umum ketika membuat keputusan, malah berunding dengan badan korporat yang berlainan dalam bidang masing-masing. Lebih-lebih lagi, wartawan agensi berita antarabangsa turut dibenarkan untuk turut serta dalam proses perundingan tersebut.

Bagaimana pula dengan NEAC yang ditubuhkan oleh Najib ? Tidak banyak yang diketahui secara umum. Setakat ini, kita hanya tahu bahawa Amirsham A.Aziz pernah mengutarakan pandangan dalam satu seminar, berkenaan bagaimana Malaysia cuba membebaskan diri dari Middle Income Trap dan menuju ke matlamat negara berpendapatan tinggi; bagaimana untuk menyelesaikan masalah struktur dari segi pendidikan, ekonomi, daya saing, sumber manusia, pelaburan swasta dan sebagainya.

Selain itu, NEAC diketahui melalui media yang melaporkan bagaimana NEAC mengadakan "lawatan sambil belajar" ke Korea, melihat bagaimana negara tersebut berjaya beralih kepada negara berpendapatan tinggi. NEAC kelihatan tidak "berdaya" lebih daripada yang tersebut di atas.

Anggota NEAC termasuklah Dzulkifli Abdul Razak (Naib Canselor Universiti Sains Malaysia), Andrew Sheng (bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Negara), Zainal Aznam Mohd. Yusof (ahli Majlis Ekonomi), Hamzah Kassim (ahli penasihat Badan Bertindak Pelaksanaan Negara), Nicholas S. Zefferys (penasihat korporat), Mahani Zainal Abidin (Ketua Pengarah ISIS), Yukon Huang (Penasihat Kanan Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia), Homi J. Kharas (Fello Kanan Pusat Pembangunan Wollfensohn, Brookings Institution dan Ketua Pakar Ekonomi Wilayah Asia Timur di Bank Dunia) dan Danny Quah (Ketua Jabatan Ekonomi di London School of Economics).

Business Times mempertikaikan, apakah lawatan sambil belajar ini adalah sesuatu yang terbaik yang boleh dilakukan oleh pasukan ini?

Yang lebih penting, Najib telah berjanji di APEC bahawa model ekonomi baru bakal dikemukakan pada akhir tahun ini. Apakah NEAC mampu melakukannya, dalam jangka masa yang tinggal ini? Ini persoalan yang cukup membimbangkan.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Sunday, November 15, 2009

Kota Siputeh; Tak Dapat Tukaq Speaker..Depa Tukaq Hakim..

Pemuda Pas persoal tukar hakim kes Adun

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat mempersoalkan tindakan menukarkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin yang mengendalikan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif.

Ketuanya, Nasrudin Hassan, berkata perkembangan itu yang diketahui melalui e-mel diedarkan Majlis Peguam dan peguam Pas, turut membabitkan pelantikan hakim baru menggantikan Alizatul Khair, iaitu Datuk Apandi Ali.

"Kenapa tiba-tiba hakim ini (Alizatul Khair) ditukarkan, seolah-olah ada tekanan," katanya selepas majlis pelancaran Kempen Cintai Rasulullah-Kami Mencintai Mu Ya Rasulullah peringkat Pusat anjuran Dewan Pemuda Pas Pusat di Ibu Pejabat Pas, di sini semalam.

Semalam, akhbar melaporkan Alizatul Khair menetapkan esok untuk memutuskan sama ada pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi DUN Kota Siputeh selepas Abu Hassan tidak menghadiri dua persidangan DUN negeri itu tahun ini.

sumber;Berita Hairan

Saturday, November 14, 2009

Rasuah Hutan; Dari Kedah ke Sabah Pula..

EKORAN daripada tindakan Ketua Penerangan AMK Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Zainuddin Hassan menghantar Surat Terbuka Kepada Pengarah Perhutanan Sabah yang disiarkan Sabahkini.net pada 21 Oktober 2009, seorang lelaki bernama George dipercayai telah menghubungi Zainuddin untuk ‘misi damai.’

Namun Zainuddin enggan menemui utusan yang mengakui Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan yang tidak mampu untuk menjawab surat berkenaan setelah surat pertama Zainuddin dijawab dengan penuh pembelitan dan mencipta alibi palsu.
“Perlu ditegaskan, Sam Mannan harus menjawab surat terbuka saya dan bukannya menghantar utusan untuk ‘berunding’ agar saya berdiam diri dan bersubahat dengan perbuatan jenayah mereka. Saya gesa hentikan usaha sia-sia mereka kerana saya tetap dengan prinsip bahawa kawasan konsesi YS 3/07 (5), YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B) YS 3/07 (5), YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B) adalah kawasan DIHARAMKAN sebarang kegiatan pembalakan,” ujar Zainuddin yang mendesak Sam Mannan meletakkan jawatan kerana gagal menjaga khazanah hutan Sabah daripada dimusnahkan Kroni Musa Aman.

Ekoran daripada itu, Zainuddin telah menulis sepucuk surat peringatan PKR/AMK/JH/SKN/02 bertarikh 12 November 2009 mendesak Sam Mannan menjawab dan memberikan penjelasan berhubung semua dakwaannya di dalam surat terbuka tersebut.

Zainuddin menegaskan pihaknya telah mengenalpasti kawasan larangan yang telah dikeluarkan lesen pembalakan berdasarkan peta pembalakan yang dipalsukan sedang dibalak tanpa sebarang halangan daripada Jabatan Perhutanan dan pihak berkuasa.

“Kita hairan bagaimana balak bersaiz besar dibawa ke Kalabakan dengan lori tanpa sebarang pemeriksaan dikumpulkan di pangkalan Lalangut sebelum di seludup keluar melalui Tawau,” ujar Zainuddin yang mendesak Agensi Pengawal Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin menjalankan rondaan di perairan Tawau bagi menghalang kayu balak tersebut di seludup keluar.

Zainuddin menyatakan pihaknya telah meminta Green Peace Indonesia memantau, mengesan dan menahan balak Malaysia yang cuba diseludup keluar melalui ‘Timber Laundering’ sebagaimana persefahaman bersama yang telah dicapai baru-baru ini.
Oleh: HAFIZ JAMAIL (sabahkini)

sumber;sabahdaily.com

Isu Video Lingam ; Pelacuran Sistem Perundangan/Kehakiman..



Nasib institusi perundagan Malaysia dan Indonesia mengalami nasib yang hampir sama iaitu menjurus ke lembah penghinaan baik dari kaca mata rakyat sendiri mahu pun dari luar negara..

Indonesia memulakan langkah pertama untuk menyelamatkan institusi perundangan mereka dengan cadangan Penubuhan Suruhanjaya bagi penyusunan semula institusi tersebut.

Malaysia juga yang dikejutkan oleh isu video Lingam dimana kesnya menjadi semakin jijik utk dipertontonkan dengan percubaan penutupan kes tersebut apabila menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendedahkan tiada 'tindakan lanjut' akan diambil dalam kes tersebut.Beliau menegaskan bahawa tindakan Lingam itu walaupun salah di segi moral, tetapi tidak melanggar sebarang undang-undang.

Umum sudah mengetahui apakah impaknya kepada institusi perundangan negara jika "watak-watak gelap" ini dibiarkan bermaharajalela.Walaupun kes ini mendapat perhatian oleh kerajaan Malaysia yang diketuai oleh bekas PM iaitu Tun Abdullah dengan tertubuhnya satu Suruhanjaya utk menyiasat kes ini..tetapi apabila tampuk pemerintahan negara diambil alih oleh Najib...ianya bagaikan cuba disapu ke bawah tikar mengkuang...ini dapat dilihat dengan tindakan Datuk Seri Mohd Nazri Aziz didalam parlimen baru-baru ini...amat ketara sekali percubaan ini dikatakan ingin menyelamatkan beberapa VVIP tersohor negara..

Jelaslah kini ..walaupun pada awalnya dilihat kerajaan cuba untuk menyakinkan rakyat bahawa kerajaan serius utk mempertahankan kedaulatan undang-undang perundangan/kehakiman namun apabila rakyat disogokan dengan pelbagai gula-gula... langkah sebaliknya pula dilakukan utk melacurkan sistem itu dibelakang pengetahuan rakyat..nasib baik kini ada pembangkang yang kuat dan pedulikan apa yang dialami oleh rakyat dan juga negara..jika tidak mati hidup semula pun tak tahu apa yang telah berlaku..bagaimana rakyat boleh "ditembak mati"...

Kestabilan sistem perundangan dan kehakiman adalah satu elemen penting utk menarik pelabur asing..ianya turut dipersetujui oleh Indonesia seperti mana yang dilaporkan dibawah..

Kata Adnan Buyung Nasution Pakar Hak Asasi dan Perundangan Indonesia..
"Pelabur sering mengaitkan rasuah dan ketidaktentuan undang-undang sebagai penghalang"..

Oleh itu hasrat PM Najib utk menaikan kadar pertumbuhan ekonomi negara pada 5.0 pada tahun hadapan seperti "cakap-cakap kosong" dan "gula-gula hacks" seandainya perkara sebegini penting diabaikan iaitu ketelusan badan perundangan dan kehakiman yang menjadi fokus utama pelabur asing ke Malaysia..

Kini PPO sudah menatakan hasrat utk membuka semula kes video Lingam tersebut..kita tunggu dan lihat apa pula "pencak silat" yang akan dipertontonkan oleh dua Melayu yang menjadi petualang ini..Datuk Nazri Aziz dan Peguam Negara Gani Pak Tong ko.."eh silap"!!!..Gani Patail

Isu terkait dari sumber ; Berita Hairan.

Indonesia perlu suruhanjaya baru sistem kehakiman

JAKARTA: Indonesia memerlukan sebuah suruhanjaya baru bagi memantau langkah penyusunan semula sistem kehakimannya, satu proses yang mungkin mengambil masa 10 hingga 20 tahun untuk disiapkan, kata seorang pakar perundangan.

Adnan Buyung Nasution, yang mengetuai pasukan pakar hak asasi dan perundangan dilantik untuk menyiasat skandal membabitkan agensi penguat kuasaan Indonesia, dijangka mengemukakan laporannya minggu depan.

Dakwaan yang menyatakan kononnya pihak polis, pejabat Peguam Negara dan dua ahli perniagaan cuba mencemarkan nama baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK), semakin membimbangkan orang ramai.

"Saya ingin melihat keseluruhan kes berkenaan sebagai satu permulaan bagi menyusun semula institusi perundangan di Indonesia.

"Kami akan mencadangkan penubuhan suruhanjaya bagi penyusunan semula institusi perundangan agar kedaulatan undang-undang dapat dipertahankan di Indonesia.

"Ini adalah antara perkara yang perlu ditentukan sekarang. Bagaimana agaknya boleh pelabur datang ke Indonesia jika undang-undang tidak ditetapkan?," katanya.

Ekonomi Indonesia kini berada di belakang China dan India, pelabur sering mengaitkan rasuah dan ketidaktentuan undang-undang sebagai penghalang. – Reuters

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009