Monday, August 3, 2009

Teksi,Meter,Pengguna dan Rakyat "Pekak".....


Jangan Kenakan Tambang Baru Teksi Sehingga Meter Dibetulkan

MELAKA, 3 Ogos (Bernama) -- Pemandu teksi diberi amaran supaya tidak mengenakan kadar tambang baru yang berkuatkuasa Sabtu lepas sehingga mereka selesai membetulkan skala meter baru.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pemandu teksi diberi tempoh sehingga 31 Dis ini untuk membetulkan meter mereka.
Mohamed Nazri berkata daripada 29,457 pemandu teksi, 973 pemandu membetulkan skala meter baru di Pusat Sistem Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) manakala 2,890 melakukannya di pihak pembekal.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Khairudin Yusoff berkata pihaknya berupaya melakukan 1,200 pemeriksaan meter sehari di seluruh negara.
Akhbar Isnin melaporkan pemandu mula mengenakan bayaran tambahan 30 peratus walaupun meter teksi mereka belum dibetulkan.Kadar tambang baru yang diumumkan 16 Julai lepas antara lain mengenakan tambang RM3 bagi kilometer pertama atau sebahagian daripadanya dan 10 sen bagi setiap tambahan 115 meter atau sebahagian daripadanya.
usinkata; Inilah akibatnya 'bertindak melulu tanpa berfikir panjang....langkah ini bukan sahaja mahu menyelesaikan satu masalah tetapi menimbulkan pelbagai lagi masalah..
Dalam pada masa yg sama "peluang" berlakunya amalan rasuah terbuka luas..pihak pemandu teksi sudah tentu ingin menikmati "peluang menambah pendapatan" dengan kadar tambang baru..maka utk mempercepatkan "kenikmatan" sudah tentu akan berlakunya "duit bawah meja" di meja-meja Puspakom...cuba lihat kenyataan Puspakom sendiri..mereka hanya mampu melakukan 1,200 pemeriksaan sehari diseluruh negara....
Perkara ini turut juga akan berlaku di pihak pembekal...mana-mana pengusaha teksi yg xsabar-sabar sudah tentu memilih jalan mudah.."bawah meja juga"...
Kepada mana-mana pengusaha teksi yg xmampu nk "bermain di bawah meja"..mungkin sanggup utk melanggar arahan Menteri...siapa nak adu..adulah..aku peduli hapa..bukan aku saja yg buat macam nie...belambak lagi ..depa pon sama macam aku juga..
Pi mai pi mai..siapa yg tersiksa...pengguna juga..yg menanggung derita siapa..pengguna juga..pengguna tue sapa.rakyat "pekak" saja laa.

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009