Sunday, April 15, 2012

Sembang Ahad Di Kedai Kopi Abu Nawas ; Apa Yang Pelik Pendidikan Percuma?

Gambar Atas; Tokey Kedai Kopi

  • Aku tak pelik kalau kerajaan tak mau kasi pendidikan percuma kepada rakyat tapi aku amat pelik bila ada rakyat tak mau pendidikan percuma dari kerajaan.

    Usin Wafer huhuhu rakyat yg xmau pendidikan percuma tue bukan pa bro...apa yg bermain dikepala lutut depa..pendidikan percuma memaksa depa baca buku tebal2..dh la xda gambaq..apakata diberi pendidikan seks secara percuma..huhuhu..org mati pucuk pon berebut2 nk amik balik SPM..huhuhu..paper julai pon paper julai la..janji stim huhuhu
    22 minutes ago · · 3


    Nazra Kasazra Kasazra hahahaha..@Usin Wafer ....p.seks rakyat laju..hahahaha..p.islam..diorg memikir...otak d lutut
    18 minutes ago · · 1
    Usin Wafer huhuhu..la xpercaya ka..xcaya beli Harian Metro..hari2 cerita sexs..Kosmo pon dh terikut2..tggu Sinar Harian ja belum lagi sbb xmakan viagra lagi..yg akuheran ...The Star xpulak nk follow..gamaknya Ginseng xpower kot huhuhu...
    15 minutes ago · · 1


    Syed Yem nk wt cmner, dari aku kcik2 dulu smua mmng kna bayar, jd nya bila nk d bg free mcm mnipu plak org yg ckp tuu.. hehe
    · 1

Friday, April 13, 2012

Duduk Dan Bantah Sampai Bila..???




PakSamadkata ;Saya menyokong untuk mereformasikan sistem pilihan raya memandangkan umur saya yang menjangkau 70-an dan saya "tidak mahu mati sia-sia".

Dalam ceramahnya di Program Pelancaran Bersih 3.0 Peringkat Negeri Kedah

Ke jalan raya untuk menuntut pilihan raya bersih, bebas dan adil adalah satu jalan.

Tertangkap sewaktu berdemonstrasi adalah perkara biasa. Tidak boleh lagi dianggap sebagai pengorbanan.

Sanggupkah rakyat Malaysia ke jalan raya sehingga tuntutan mereka tercapai? Satu minggu, dua minggu, tiga minggu?

Jika belum sampai ke tahap sanggup mengorbankan nyawa, tidak akan berlaku perubahan dan demokrasi yang diinginkan. Harga untuk sebuah perubahan dan demokrasi itu memang mahal.

Pilihan di tangan anda

Tepuk dada tanya selera. Anda boleh memilih untuk membiarkan saja penipuan pilihan raya berlaku tanpa berbuat apa-apa. Apabila keputusan pilihan raya diumum, anda kecewa kerana undi anda dicuri.

Pemimpin yang anda pilih kalah. Parti yang anda sokong hilang negeri yang dikuasai. Semuanya kerana khayalkan dadah Putrajaya. Berangan untuk memimpin Malaysia tetapi jahil dan dangkal tentang realiti politik... - Amin Iskandar

usinkata ; Lagu Semangat Sebelum Ke Dataran Merdeka ..SELENDANG MERDEKA...!!!!


: SELENDANG MERDEKA ::

KU TAK RISAU ATAU SASAU
TAKUT KALAU UNTUK MENJANGKAU
KU TAK JERAN ATAU SEGAN
BIAR LAWAN GAGAH BAK SYAITAN

TUJUH GUNUNG TUJUH LAUT
TUJUH RIMBA KU SEBERANGI
ALAM KOSONG ALAM MISAL
ALAM KHAYAL DAH KU TINGGAL KAN

PAHIT MAUNG SIRIH PINANG
KAPUR GAMBIR HABIS KU KUNYAH
ULAR SAWAH CICAK KUBING
NAGA SAKTI AKU TAK GENTAR

LEPAS MATI AKU HIDUP
HIDUP MERDEKA

SINI SANA SAMA SAJA
AKU SAMA SAMA SAJA
MERDEKA

Monday, April 9, 2012

Bagaimana nak cari duit RM45Billion?..Tak taw..? Pi bawak lembu NFC makan rumput..


Anwarkata : "Hei Najib, RM43 bilion hang tak gheti cari? Hang tak gheti cari tak apa. Hang berhenti...Kalau tak berghenti, kami tolak hang jadi ketua pembangkang parlimen Malaysia selepas ini...Sampai tak taw nak cari duit,"

Rafizikata: "soal PTPTN, kami akan terangkan secara angka dan mekanisme. Bukan macam Najib Razak sebut angka nak takutkan rakyat." "Semua bankrap ikut dia,"
"Saya akan bentangkan pandangan mengenai PTPTN dan beberapa model pembiayaan baru untuk dibahas dan dibincang dengan pimpinan muda, siswa dan peserta,"

Matsabukata ; Jika RM45 bilion setahun dapat dijimatkan, tidak ada masalah lagi hendak membelanjakan RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan...jika dapat dijimatkan wang dari subsidi RM17 billion setahun menangung Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan RM28 bilion setahun yang rugi akibat kelemahan pengurusan kerajaan seperti yang ditegur oleh laporan Ketua Audit Negara,
Itu belum lagi diambil kira jika dapat diselamatkan RM10 bilion setahun kerugian yang ditanggung oleh negara akibat rasuah seperti yang didedahkan oleh agensi kerajaan sendiri, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah).
Itu adalah angka rasmi yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan sendiri kalau angka tidak rasmi, tak tahu berapa banyak yang dapat dijimatkan.

Usinkata ; "Najib mana taw nak cari duit RM43billion..huhuhu
huhuhu..dari kecik sampai besor..mana dia reti cari apa-apa...apatahlagi duit...buka mata Razak dah kaya...bila Razak mati..dia dah jadi menteri..huhuhu..bini sekarang pon bukan dia cari..bini cari laki huhuhu..Altantutttt..pon bukan dia cari..member yg rekemen..huhuhu..jawatan Perdana Menteri sekarang pon bukan dia cari..tapi Madey yang bagi..huhuhu .."

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009