Tuesday, February 21, 2012

Mengenang Nasibmu Hamza Kashgari...

Logo Mukhabarrat - polis rahsia Saudi.

usinkata;...Dibawah ini satu komen dari pembaca blog picisan ini berkenaan posting yang lalu iaitu menceritakan al-kisah Hamza Kashgari..dan dibawah komen itu..al-kisah terbaru mengenai perjalanan Hamza Kashgari sehinggalah ia diusir keluar dari Malaysia..
Sekali lagi saya mengajak pembaca blog piciasan ini..berfikir dan melakukan sesuatu berdasarkan kehendak dan kepercayaan serta kebijaksanaan pembaca menilai isu ini dan Hamza Kashgari..

Anonymous Anonymous said...

Bukan soal bertaubat atau pengampunan, puisi tersebut dgn jelas menghina baginda. Jika nk bercakap mengenai pengampunan, jenayah2 yg ada adakah patut diberi pengampunan jika mereka sudah 'bertaubat'? Jika kesalahan begini tidak dibendung, maka ramailah lagi yg naik tocang. Yg patut bertaubat dan beristighfar adalah Farhana kerana pandangan beliau adalah bukan jenayah cuma barangkali berat sebelah (tidak mengaplikasikan kesalahan2 lain dgn hukum bertaubat yang dicanangkan olehnya) manakala mat arab tersebut patut dihukum!


Sekian,
Pemerhati


Hamza Kashgari, kamu dimana sekarang?

Sesiapa yang tahu mendalam tentang budaya Arab akan tahu bagaimana syair, sajak dan gurindam amat-amat dekat di hati bangsa Arab. Bukan sesuatu yang ganjil apabila kita bertemu seorang Beduin di padang pasir yang mungkin buta huruf tetapi boleh menghafal syair dan sajak yang berumur ratusan tahun. Puncak keindahan bahasa Arab ini boleh dihayati dalam al-Quran.

'I love the rebel of yours dear prophet..." aku berahikan pemberontakan yang kau bawa wahai Nabiku..' Mengikut Fadiah Nadwa Fikri, inilah intipati syair yang ditulis oleh Hamza Kashgari.

Hamza telah menyebarkan syair untuk menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhamad tahun lalu melalui Twitternya. Tahun ini 'kicauan' ini telah menjadi isu politik yang menggemparkan Arab Saudi.

Setahun dahulu tidak ramai yang ambil peduli tentang isi twitter dari Hamza ini. Tetapi pada tahun ini semuanya berubah. Perubahan ini berlaku kerana suasana budaya politik di negara-negara Arab bergolak dan berubah.

Politik di Mesir, Libya, Tunisia telah berubah. Di Yemen, Syria dan Bahrain pergolakan politik sedang berlaku. Anak-anak muda Arab telah turun ke jalan-jalan raya menuntut perubahan. Anak-anak muda Arab telah bosan dengan rejim lama yang menindas mereka.

Arab Saudi tidak dapat terus menjadi pulau yang bebas dari ombak perubahan. Apa yang sedang berlaku di dunia Arab telah mula meresap untuk mempengaruhi anak-anak muda Arab Saudi. Inilah latar belakang budaya yang menjadikan 'kicauan' Hamza Kashgari menggegarkan Arab Saudi.

Hamza Kashgari yang berumur 23 tahun adalah contoh anak muda Arab yang bijak IT dan pengamal media baru yang cekap. Anak kelahiran Riyadh ini juga seorang kolumnis untuk akhbar harian al-Bilad — akhbar tertua di Saudi yang bermula pada tahun 1932.
Hamzah lahir dari keluarga inteligensia Muslim. Ibunya saorang guru agama. Hamza sendiri graduan dari jurusan Islam. Dia juga seorang hafiz yang boleh membaca al-Quran tanpa melihat kitab ini.
Hamza Kashgari terbang ke Kualam Lumpur bukan dari Arab Saudi. Dia terbang dari Jordan. Sebenarnya Hamza Kashgari telah melarikan diri dari Arab Saudi ke Jordan. Dia merasa dirinya tidak selamat di Arab Saudi. Jordan hanya untuk sementara kerana negara ini juga tidak berkeupayaan untuk menjamin keselamatannya.
Nyawa Hamza Kashgari sedang terancam di tanah kelahiranya. Ini timbul kerana ada tuntutan agar anak muda ini di tangkap. Kumpulan kanan dan konservatif dari puak salafi 'telah naik minyak' dan mahu kerajaan Saudi menangkap anak muda ini.
Isi Twitter Hamza telah ditafsir sebagai menghina Nabi Muhammad. Malah nombor telefon Hamzah telah disebar kepada orang ramai. Maka tidak ada jalan lain — Hamzah terpaksa melarikan diri ke Jordan.
"Sebenarnya twit ini keluar tahun lalu. Tahun lalu tidak ada sesiapa yang peduli. Tetapi sebelum ini, Hamzah telah berbulan-bulan diawasi dan di ekori oleh mukhabarrat - polis rahsia Saudi. Bukan kerana twit tetapi kerana dia menyusun gerakan anak muda yang mahukan demokrasi.
Hamza cukup aktif... dia ramai kawan...dia baru sahaja berjaya membuat forum membincangkan apa yang berlaku di Syria," penerangan yang jelas dari Fadiah Nadwa peguam Lawyers for Liberty tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Menurut Fadiah, Hamza Kashgari telah sampai di Kuala Lumpur pada 7 Februari. Kuala Lumpur dipilih kerana warga Saudi tidak perlu meminta visa di kedutaan Malaysia di Riyadh. Visa lawatan boleh diambil ketika sampai ke mana-mana pelabuhan di Malaysia.

"Malaysia bukan negara yang dituju oleh Hamza. Dia mahu mencari suaka politik di Kanada atau di Eropah," tambah peguam yang membela Hamza ketika dalam tahanan di Bukit Aman.
"Sesampai di Kuala Lumpur, Hamza telah menginap di hotel. Esoknya dia telah menemui 'kenalan siber' seorang warga Malaysia yang pernah bertahun-tahun tinggal di Saudi. Esoknya pada 8 haribulan, bersama kenalan siber ini Hamza telah pergi ke kedutaan New Zealand untuk melamar visa.
"Visa telah diberi. Malah pegawai dari kedutaan New Zealand telah memberi nasihat untuk Hamza meninggalkan Malaysia secepat mungkin."
Sesudah mendapatkan visa, pada hari yang sama Hamza telah membeli tiket penerbangan ke Auckland New Zealand. Nasib Hamza pada ketika itu cukup baik kerana pada keesokan harinya ada pesawat yang akan terbang ke New Zealand.
Ketika Hamza merancang semua ini - 'mukhabarat' atau polis rahsia Saudi telah bekerja keras untuk mencium pergerakan Hamza dari Jordan hingga ke Kuala Lumpur. Pihak polis Saudi akhirnya telah bekerjasama dengan polis Malaysia untuk menangkap Hamza Kashgari.
Esoknya, pada 9 haribulan Hamza telah menuju ke KLIA untuk mengambil pesawat ke New Zealand. Mengikut peguam Fadiah, Hamza Kashgari telah ditangkap di lapangan terbang KLIA ini. Polis rahsia Saudi bersama dengan polis Malaysia sedang menunggu ketibaan Hamza di lapangan terbang.
Apabila disedari yang Hamza telah tertangkap, si kawan siber telah menghubungi Lawyers For Liberty. Dengan pantas kumpulan NGO yang berjuang untuk hak asasi manusia ini telah memulakan tugas. Keluarga Hamza di Saudi telah dihubungi.

"Saya bercakap dengan ibu dan ayah Hamza. Mereka dalam kerisauan... mereka takut apa yang akan terjadi pada anak mereka ... mereka melantik kami untuk membantu Hamza..." Fadiah mengingatkan kembali bagaimana perbualan dengan keluarga Arab ini wajib menggunakan penterjemah.
Perlembagaan Malaysia dengan jelas telah memberikan hak kepada peguam untuk bertemu anak guaman. Ini asas hak asasi manusia. Berpandukan dengan hak ini Lawyers for Liberty telah menghubungi Bukit Aman.
Para peguam merasakan bahawa Hamza Kashgari pasti sedang di tahan di Bukit Aman. Semua usaha untuk bertemu anak guaman telah gagal.
"Kami tidak dapat bertemu dengan Hamza Kashgari.. beberapa kali kami hubungi pihak berkuasa di Bukit Aman. Tidak ada jawapan yang tepat," kata Fadiah yang pada ketika itu masih belum putus asa.
Pada Ahad 12 haribulan Februari, Lawyers for Liberty telah berjaya mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan Hamza Kashgari dari meninggalkan Malaysia atau dihantar keluar Malaysia.
"Kami telah pergi ke rumah Hakim Datuk Rohana Yusoff di Subang Jaya untuk mendapatkan perintah mahkamah,"
Perintah mahkamah telah membuat arahan yang Hamza Kashgari tidak boleh di hantar keluar negara kerana telah ada permintaan harbeas corpus yang akan diajukan pada 13 haribulan dan akan didengar di mahkamah terbuka pada 14 haribulan.

Dengan perintah mahkamah ini para peguam telah bergegas ke Lapangan Terbang Subang untuk mencari Hamza. Subang dituju kerana besar kemungkinan polis rahsia Saudi telah datang dengan pesawat khas dan berlabuh di Subang.
Apabila mencari Hamza Kashgari di Subang gagal dengan cepat para peguam telah pergi ke KLIA dengan membawa perintah mahkamah. Sayangnya tidak ada nama Hamza Kashgari dalam data imigresen. Tidak ada nama masuk dan nama keluar.
"He is such a liar... dia telah menipu kerana tidak memberi maklumat tepat kepada peguam dan dia berniat untuk menipu mahkamah..." Inilah kata-kata keras dari Fadiah Nadwa untuk menjawab kenyatan awal Menteri Dalam Negeri Hishamudin Hussein yang menyatakan bahawa Hamza Kashgari tidak berada di Malaysia.
Berita Hamza Kashgari dihantar pulang ke Saudi tersebar di seluruh dunia. Media barat dan badan hak asasi antarabangsa telah menyelar Malaysia.
Kerana telah terbukti bahawa Hamza Kashgari memang telah pernah sampai ke Malaysia, maka Menteri Dalam Negeri telah berkata bahawa 'Malaysia tidak melindungi pengganas'.
Bagaimana tidak ada rekod kemasukan Hamza Kashgari ke Malaysia masih menjadi tanda tanya. Apa yang sahih ialah telah ada kerjasama antara Malaysia dengan 'mukhabarat' Saudi yang telah menerbangkan Hamza dengan pesawat terbang khas pada petang Ahad 12 Februari yang lalu.
Latheefa Koya, juga seorang peguam telah menerangkan 'di Saudi tidak ada hukum perundangan yang bertulis. Ini menjadikan nasib Hamza Kashgari dalam bahaya.
Abdel Rahman al-Lahim, peguam Hamza di Saudi Arabia hingga ke hari ini masih belum dapat menemui anak guamnya. Keluarga Hamza hanya mendoakan keselamatan 'Hamza'.
Akhbar Guardian terbitan London pada 17 Februari ini telah melaporkan bahawa kempen untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap Hamza Kashgari sedang berjalan di Saudi.
Media baru — Twitter dan Facebook — kelihatan berkempen sama agar Hamza yang dituduh menghina Nabi Muhammad ini dibunuh. Suara-suara dalam blog dan alam siber yang cuba membantu Hamza telah diancam sama.
Kes Hamza Kashgari ini masih belum selesai. Ianya membawa implikasi politik terhadap dasar hak asasi manusia negara ini. Suhakam telah bersuara membantah tindakan menghantar Hamza pulang.
Pada 27 Febuari yang akan datang mahkamah akan mendengar permintaan harbes corpus yang telah diajukan oleh Lawyers For Liberty. Kes ini bukan hanya mengenai hak asasi warga asing seperti anak muda Hamza Kashgari yang kita tidak tahu dimana dia ditahan sekarang.
Kes Hamza Kashgari ini juga adalah cermin tentang hak asasi warga Malaysia sendiri.

By Hishamuddin Rais | Yahoo! Malaysia Newsroom – Mon, Feb 20, 2012

Bangsa Mala

"Takan Melayu Hilang Di Dunia" - Laksamana Hang Tuah Empayar Melayu Melaka

usinkata;..sengaja saya mengabdikan artikel ini didalam blog apadianie kerana blog lokasi asal artikel ini ditutup buat sementara waktu..oleh kerana ingin membacanya berulang-ulang utk menaikan semangat..maka dipaparkan disini untuk saya dan anda yang membaca..terima kasih kepada rakan Facebook kak Dahlea Al-Saadi yg telah menyimpan dan memaparkan semula didalam FBnya..

Siapa itu bangsa Melayu?

[“Sebenarnya bangsa Melayu telah hidup di The Land of The East begitu lama. Mahukah Orang Asli berpisah dengan adik beradik mereka yang menjaga mereka sejak beribu tahun ini? Orang Melayu dan Orang Asli adalah dari rumpun yang sama, istilahnya Malayo-Polynesian.Malah kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik, Hawaii atau kaum Maori sekalipun mengaku nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar.

Bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian.Mengapa orang-orang asing yang buta sejarah dan antropologi ini masih berdegil mahu memisahkan adik-beradik di Bumi Mala ini??MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG BESAR.Di dalamnya terdapat beratus-ratus etnik dan bahasa.

Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes,merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada New Guinea,pulau kedua terbesar di dunia; pulau-pulau Filipina;Kepulauan Sunda,yang mana termasuk Sumatera, Jawa, Sulawesi, Borneo, Bali, dan Timor; the Moluccas (Maluku);dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.New Guinea, Borneo, and Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan Jawa adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia.

Kawasan yang dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi (kira-kira 1.1 juta batu persegi)!!!

Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat.Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu.

Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,kapal-kapal, perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di dinding-dinding gua? Juga,mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular? THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang Barat. Mengapa?

Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba,pencapaian Melayu dalam perdagangan,kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya?Tetapi bab nama kepulauan dan semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'. Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago?Mengapa?

INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA,KERAJAAN JUDEA (YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,ARAB,PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA PENGEMBARA EROPAH,sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun 612 sebelum Masihi,juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis, Sweden, Belanda, Inggeris, Vatikan dan juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada tahun 1767.

Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya,dikatakan terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan.Padahal segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip,tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda.Soalannya, Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala khazanah Melayu itu?

Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu,yang digunakan oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama sebelum tulisan Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya.DAN YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA SEORANG MELAYU PUN YANG FAHAM TULISAN INI!Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu adalah dari kalangan orang Inggeris,Belanda dan Rusia.Mengapa terjadi perkara yang aneh dan menyedihkan ini?”]

Monday, February 20, 2012

Israel - Anwar ; Pendapat Dr Abu Hassan Hasbullah

Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya berpendapat, kenyataan Anwar berhubung sokongan terhadap usaha menjaga keselamatan Israel merupakan pandangan peribadi dan tiada kaitan dengan pakatan itu.

"Setiap parti ada sikap dan pandangan masing-masing. Dari kenyataan Anwar, beliau menyokong pembebasan Palestin, tetapi pada masa sama kemusnahan dan ancaman terhadap Israel perlu dijaga. Ucapannya lebih kepada bersifat menjaga hak-hak kemanusiaan,"

"Jika benar kita serius nak tangani Palestin, sudah pasti kita hantar tentera untuk berjuang di Palestin. Tetapi sehingga hari ini, negara tidak menghantar tentera untuk membantu negara itu.

"Maka, walaupun Malaysia sokong pembebasan Palestin, tetapi dengan tidak hantar tentera untuk berperang dan membinasakan Israel, maka ia sama sahaja dengan kenyataan Anwar itu,"

Sunday, February 19, 2012

Bagaimana Nasibmu Hamzah Kashgari..

HAMZAH KASHGARI

Sebelum membaca keseluruhan artikel dibawah..saya terlebih dahulu ditanya kawan-kawan tentang isu ini..sebelum menjawab pertanyaan mereka..saya sudah mengetahi serba sedikit isu ini..apa lagi dengan pendirian Malaysia mengusirnya keluar dari Malaysia dengan alasan.."Dia Murtad"..

Hukum Murtad bagi orang Islam..hukumanya "bunuh"..namun dari apa yang saya tahu..jika seseorang muslim telah murtad dan didapati bersalah..dia diberi 3 peluang untuk bertaubat ...sekiranya dia ingkar dan tidak mahu bertaubat setelah 3 kali diberi peluang..maka wajib lah ia di bunuh..

Oleh itu saya tinggalkan artikel ini untuk dibaca dan difikirkan...


UMAT VAMPIRE?


Darah! Kami mahukan darahnya. Bawak dia pulang supaya kita boleh ambil darah si Murtad itu.. Orang Murtad darahnya halal! Kami mahu darahnya!!!"…..

Ini bukan satu babak di dalam filem box-office yang menjadi kegilaan jutaan remaja perempuan di seluruh dunia, ia juga bukan juga sebaris skrip yang dialih bahasa dari "The Twillight Saga", akan tetapi ini adalah realiti, satu mimpi buruk bagi remaja Saudi berusia 23 tahun, Hamza Kashgari . Satu mimpi yang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Pada 5 Februari 2012, hari ulangtahun keputeraan Nabi Muhammad (S.A.W), Hamza telah menerbitkan puisi sepanjang tiga rangkap di laman Twitter beliau. Bait-bait puisinya menerangkan bagaimana Rasulullah menjadi sumber inspirasinya namun beliau menganggap baginda seperti kawannya. Puisinya membawa satu maksud yang mendalam dan bukan bertujuan untuk menghina Rasulullah. Malangnya, ramai di kalangan Muslim telah tersalah tafsir atau sengaja menyalahtafsirkan maksud tersirat puisi Hamza, beliau dituduh menghina Muhamad dan Islam, sekaligus dikatakan telah murtad dan tergelincir akidahnya.

Terkejut dengan reaksi masyarakat Saudi, Hamza memadamkan puisinya dan dengan seikhlas hati memohon maaf di laman Twitternya dan telah mengucap shahadah untuk memastikan akidahnya tidak tergelincir akibat puisi tersebut. Namun kemaafan yang dipinta tidak diendahkan.

Kerana takut akan keselamatannya, Hamza melarikan diri dari Saudi dan telah datang ke Malaysia dengan harapan agar kita dapat membantunya. Namun hampa, kerana seperti di Saudi, "Vampire" juga wujud di Malaysia, tapi malangnya bukan "Vampire" sekacak dan sebaik seperti Edward Cullen yang menjadi igauan para remaja perempuan, tetapi "Vampire" sejahat dan serakus kumpulan "The Newborn Army" yang sentiasa dahagakan darah. Mereka enggan memaafkannya dan merasakan kematian Hamza adalah wajar dan tepat.

Pada 12 Februari 2012, Hamza telah diusir pulang oleh Kerajaan Malaysia, bekas Kerajaan Islam Hadhari. Dituduh pengganas oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia ("The Volturi") Hamza diterbangkan ke Saudi secara rahsia, dan beliau bakal berdepan hukuman bunuh. Walaupun perintah telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghalang deportasi Hamza, Hishamuddin Hussein Onn (gambar kanan) dengan angkuh menafikan kewujudan perintah itu. Tanpa rasa bersalah, Kerajaan 1Malaysia di bawah pimpinan Najib, telah berbangga dengan keputusan menghantar Hamza ke medan untuk dibunuh.

Di Malaysia ramai orang Islam bertukar menjadi "Vampire" ala "Newborn Army", tatkala terbaca headlineakhbar tempatan yang tidak beretika dan "misleading" (seperti biasa,) "Wartawan Arab menghina Nabi". Golongan Muslim Vampire di Malaysia, menjerit mahukan Hamza dihantar pulang dan dibunuh kerana puisinya tanpa mengetahui isi kandungan puisi itu sendiri, apatah lagi untuk mengetahui cerita di sebalik perintah penangkapan Hamza.

Hanya mereka yang ingin mencari kebenaran mengetahui bahawa penangkapan Hamza adalah sesuatu yang bermotifkan politik dan bukanlah agama. Pergerakan Hamza dan rakan-rakanya telah lama dipantau oleh kerajaan Saudi. Puisinya dijadikan alasan untuk menangkap dan menghukumnya kerana penglibatannya dalam pergerakan kebangkitan kaum muda di Saudi. Hanya segelintir sahaja yang tahu bahawa Hamza telah menerbitkan puisi yang membawa maksud yang sama setahun yang lalu, tiada sebarang reaksi negatif diterima dan tiada tindakan yang diambil.

Tanpa mengetahui atau mencari kebenaran, masyarakat Islam khususnya di Saudi dan di Malaysia telah menjatuhkan hukuman tanpa soal selidik ke atas Hamza. Marah, benci dan ingin melihat Hamza diseksa sehingga mati, inginkan darahnya. Hamza dilabel sebagai penjenayah. Sedih sekali! Penganut dan pengamal agama yang cintakan keamanan menjadi golongan yang paling ganas. Islam bermaksud "peace or purity" tetapi umat Islam jauh dari sifat tersebut. Mereka seolah-olah lupa wujudnya prinsip-prinsip sistem keadilan Islam dalam menghukum seseorang manusia.

Masyarakat Islam telah lupa ajaran Islam sebenarnya. Agama Islam dijadikan agama hukuman, segala kesalahan akan dihukumi dengan seberat-berat hukuman, tiada ruang untuk kemaafan. Islam dijadikan alat untuk menindas kaum yang lemah oleh mereka yang berkepentingan. Pemimpin-pemimpin agama obses mencari kesalahan dan dosa orang lain. Agama Islam dicemari umat Islam sendiri yang terlalu taksub dengan agama dan dosa dan di atas alasan ingin menjaga kesucian agama penindasan berleluasa.

Kita lupa bahawa Allah bersifat penyayang dan pemaaf. Jika benarlah Hamza telah menghina Nabi adakah mustahil dan salah untuk kita memaafkannya? Nabi telah memaafkan perbuatan penduduk Kota Taif yang bukan sahaja menghina Baginda malahan telah melemparinya dengan najis. Setiap manusia selagi belum berpisah roh dan jasadnya Tuhan pasti akan menerima taubatnya. Jadi siapa kita untuk tidak mengendahkan taubat Hamza? Boleh jadi para Sheikh di Saudi merasakan mereka lebih hebat dari Tuhan? Di dalam Surah An-Nur ayat 21, Yang Maha Pengampun dan Penyantun mengingatkan kita:

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?".

Terniang-niang sebaris lirik dari lagu "Maafkan Kami" dari filem Pendekar Bujang Lapok yang berbunyi, "Sedangkan Nabi ampunkan Umat!". Jadi adakah masyarakat Islam masih mahukan darah Hamza? Ya atau tidak jawapannya, ia tidak membawa apa-apa perbezaan sekarang kerana Hamza sudah pun dihantar pulang untuk berdepan hukuman bunuh. Makanya vampire "the newborn Army" di Malaysia boleh bersorak riang, darah Hamza boleh dinikmati. Umat akhir zaman adalah umat Vampire!

*Farhana Abdul Halim ialah peguam dari Lawyers For Liberty.


Sunday, February 12, 2012

MANTOYA 2 : Bab 9: RUMAH DIROBOH SEHARI SEBELUM PERBICARAAN

Gambar sekadar hiasan - usinwafer

Penduduk Simpang Kuala yang turut menerima tempias pembangunan,terpaksa 'mengalah' apabila kerajaan Kedah memilih jentolak dan mengarahkan kakitangan penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) menyelesaikan masalah mereka.
Penduduk yang menuntut keadilan berharap Mahkhamah Tinggi Alor Setar dapat membuat keputusan; mereka akan puas hati dan akur dengan kehendak mahkhamah walaupun sekiranya keputusan yang akan dibuat pada 28 Mac itu tidak memihak kepada mereka.

Semasa Ustaz Fadzil Mohd Noor melawat kawasan itu pada 25 Mac,rata-rata penduduk yang ditemui tidak sabar lagi menunggu tarikh 28 Mac;yang mungkin merupakan tarikh keramat bagi mereka .Samada mereka menang atau kalah dalam perbicaraan itu;bukanlah soal pokok;namun setakat itu mereka berjaya menggunakan saluran mahkhamah bagi menuntut hak mereka.
Malangnya,sehari sebelummahkhamah tinggi membicarakan tuntutan awal pagi lagi telah datang jentolak,lori dan berpuluh -puluh kakitangan bahagian penguatkuasa MPKS merempuh kediaman mereka.
Dengan dikawalketat oleh anggota polis,berpuluh-puluh rmah yang hanya beberapa jam sahaja lagi akan didengar tuntutan di mahkhamah;tersembam menyembah bumi .Kegagalan dan sikap pilih kasih pemimpin MCA menyelesaikan masalah penduduk Simpang Kuala,mendorong mereka menjemput Presiden PAS Ustaz Fadzil Mohd Noor menyuarakan masalah mereka kepada kerajaan.
Penduduk keturunan Cina Simpang Kuala termasuk satu keluarga India yang hampir setengah abad tinggal disitu akur dengan kehendak kerajaan suapay mereka pindah ke tempat lain.Cuma mereka menuntut pampasan yang adil dan berpatutan.Sikap pilih kasih MCA menyelesaikan masalah menyebabkan mereka tidak puashati.
eorang guru,Chen Hua Lim yang menjadi ahli jawatankuasa yang diwujudkan oleh MCA bai menangani masalah disitu disingkir dari jawatannya kerana terlalu banyak membela penduduk.Penduduk di situ yang menyokong MCA akan mendapat pampasan yang adil.itambah dengan kekecewaan terhadap sikap MCA dan wakil rakyat kawasan itu;mendorong mereka menjemput wakil PAS untuk menyelami rintihan mereka.
"Inilah kali pertama wakil rakyat datang ke sini," kata A Jayagopal seorang penduduk yang terlibat ketika menerima kunjungan YB.Ustaz Fadzil.
YB ustaz Fadzil lah satu-satunya wakil rakyat dinegeri Kedah yang boleh menjadi tempat merujk masalah bagi rakyat yang tertindas,tidak kira bangsa dan agama.Memang menjadi prinsip PAS untuk membela sesiapa sahaja yang dizalimi.
Tapi UMNO yang hidup atas isu perkauman menjaja cerita,"Tengok Wakil Rakyat PAS pi dok bela orang Cina.."Apakah kerana mereka cina kafir maka mereka tidak berhak dibela?Inikah Islam fahaman UMNO?
Soal pokok dalam isu di Simpoang Kuala ini ialah ,mengapa terdapat dua taksiran harga yang berbeza terhadap pampasan tanah .Untuk penyokong kerajaan mahal.untuk bukan penyokong kerajaan atau golongan tidak berpolitik murah.
Ini adalah isu ketidakadilan dan penindasan,PAS membela orang yang terindas.Sedangkan para pemimpin UMNO membela tauke-tauke Cina,memberi berbagai projek kepada ahli-ahli korporat Cina serta 'merampas' anah kepunyaan orang Melayu untuk diberi kepada Cina.Kenapa hal ini tidak dijaja oleh pemimpin-pemimpin UMNO bawahan kepada rakyat.

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009