Friday, December 16, 2011

Misteri Senapag Steyr/M-16 , Bom C4 , dan Enjin Jet F-5E

Bank yang menyaksikan perompak 'Steyr' ditembak mati dikepala dalam jarak 50 meter oleh Pak Gad Bank tersebut...wajar Pak Gad itu diberi penghargaan..

Salut untuk Pak Gad yg telah berjaya menembak mati seorang perompak a.k.a penyamun yg cuba merompak sebuah bank di Taman Muda ,Pandan Indah Ampang yang menggunakan senjata jenis 'Steyr'.
Pada hemat hati ini berlegar-legar bagaimana perompak tersebut yg mati setelah ditembak dibahagian muka oleh Pak Gad yg bersenjatakan 'Pum Gun' yang selalu digunakan dibank-bank dan juga kedai emas, boleh memiliki senjata 'terkini@canggih' seperti ' Steyr..
Dulu ada juga geng perompak yg sering menggunakan 'Steyr' didalam siri rompakan mereka..tetapi geng di sudah dilumpuhkan oleh pihak polis negara..ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang mengesahkan perompak berkenaan bukan saki baki geng tersebut..
Beliau juga berkata senjata jenis ini hanya digunakan oleh agensi penguatkuasa kerajaan sahaja..


Hari ini..apa yg berlegar dikepala sudah dirungkai oleh kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bahawa senjata jenis “Steyr” yang digunakan dalam cubaan melarikan wang tunai RM253,000 di sebuah bank di Taman Muda, Ampang, Selasa lepas, dipercayai milik seorang anggota tentera berpangkat pegawai.


Ohhh tidak..sekali lagi 'suasana seram' menyelubungi hati ini..masakan tidak..sudah beberapa kali kita dengar dan lihat betapa pasukan tentera kita senang-senang dilolosi atau cuai..jom kita mengimbau kembali apa yang telah berlaku dan ianya melibatkan pihak dibarisan hadapan yg melindungi negara dan rakyat Malaysia..

1) Tragedi Sauk..tahun 2000
- betapa mudahnya 2 pos tentera di Kuala Rui dan Kem Batalion 304 Infantri Askar Wataniah ,Gerik dicerobohi dan seterusnya merompa senjata pada awal pagi 2 Julai 2000 dengan melarikan lebih 100 raifel M-16 dan Steyr serta beribu-ribu peluru.

2) Bom C4 digunakan untuk membunuh seorang wanita - Altantuya
- Wanita cantik dari Mongolia ini dipercayai diletupkan dengan C4 di Shah Alam, Selangor. Bahan letupan C4 ini sukar diperolehi di Malaysia kecuali oleh pihak tentera dan polis Malaysia sahaja. Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda , Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa.

3) Misteri Kehilangan Enjin Jet F-5E
- Enjin dengan nilai pasaran sekitar RM30 juta hingga RM50 juta itu masih dalam keadaan baik, didapati hilang ketika dalam simpanan di Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Sungai Besi.
Ketika kejadian, enjin milik sebuah pesawat F-5E milik 12 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth disimpan sementara di gudang berkenaan sementara menunggu dihantar untuk kerja penyelenggaraan kepada kontraktor.
Bagaimanapun, anggota TUDM yang ditugaskan membuat pemeriksaan terhadap enjin yang disimpan dalam kontena itu terkejut mendapati muatan bernilai puluhan
juta ringgit itu lesap, sekali gus berjaya melepasi kawalan keselamatan ketat di pangkalan udara berkenaan.

Hati ini bertanya...kenapa-apakah kecuaian dan ke'bolosan' sebesar ini boleh berlaku didalam negara kita..apatahlagi melibatkan pertahanan negara..barisan hadapan yg disandarkan untuk mempertahankan negara dan rakyat Malaysia seandainya diserang musuh durjana...

Hati ini tidak mampu menjawab persoalan ini...dibukakan soalan ini kepada umum..semoga pandangan kalian mampu membawa kebaikan buat pasukan pertahanan negara kita...



Thursday, December 15, 2011

Utusan UMNO/Fitnah/Nombor Ekor..bila nak bertaubat?


Guan Eng kata;...."Saya berpendapat jika Utusan adalah media yang bertanggungjawab, ia mesti bertaubat, tetapi saya tidak yakin mereka akan berbuat demikian,Saya fikir mereka akan membanyar pampasan itu dan terus memfitnah saya dan DAP.”


Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kata :... akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.

Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.

Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’ dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat bulan lalu berdasarkan ucapanya yang bertema 'A People's Government for the Real Malaysians' pada 19 Disember lalu.

Lim Guan Eng kata : ... Utusan memang mahu memfitnah saya dan DAP..akhbar milik Umno itu mempersalahkan saya dan kerajaan negeri yang diterajui DAP kerana mengusir penduduk kampung dan merobohkan rumah mereka di Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Genting di Balik Pulau, sedangkan pertikaian sebenar adalah antara pemaju dan penduduk.

usinkata;...huhuhu..Utusan maybe akan bertaubat selepas tidak lagi meletakan keputusan nombor ekor di dada akhabarnya...huhuhu..dan apa yg paling penting..Utusan akan bertaubat jika UMNO tidak menjadikanya lidah rasmi parti UMNO-BN buat selama-lamanya...

Thursday, November 10, 2011

FeedLord; Shahrizat,..Noh Omar.. dan.. Udin


usinkata; Alkisah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) atau "FeedLord" yg dipermainkan oleh ahli-ahli PR dan para penyokongnya nampaknya sudah sampai membelit leher kedua tokoh didalam UMNO seorang bertaraf Menteri dan seorang lagi Menteri separuh penuh(tak menang pilihanraya@bukan pilihan rakyat)...dan yang terkini terkait jua nama Timbalan Perdana Menteri..si Udin..

Cerita bermula dari tukang canang yg bertauliah iaitu dari mulut Ketua Audit Negara...kemudian meleret cerita keluarga Shahrizat yg dpt projek..mudian..Noh Omar dengan bangganya berkata di perkarangan Lobi Parlimen..mmg projek nie diberi kepada Keluarga Shahrizat..dan kalau xsalah penjelasan tentang Feedlot ini juga diperkatakan oleh Najib seketika sebelum dia ke Mekah mengerjakan Haji...mungkin Najib cuba redakan isu ini sebelum dia ke Mekah..

Namun begitu..semasa Najib di Mekah..FeedLord makin hangat ..lebih hangat dari biasa..kalah Hot FM..panas sentiasa sehinggalah Najib menjejakan kaki ke bmi bertuah Malaysia setelah habis mengerjakan Haji sepantas mungkin..
Cerita FeedLord ni mcm-mcm...anda lembu..tapi xcukup..ada duit tapi xda lembu...last sekali dibongkarkan dengan dakwaan PKR mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil telah menggunakan dana melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

Wahhh....makin panas..makin hangat..lebih hangat dari biasa...

Najib mungkin boleh ketih isu ini..dan biarkan Udin yg menawab kerana Udin berada dikerusi Menteri Pertanian yg meluluskan projek itu..

Yang makin terbelit sudah tentu Shahrizat...dengan tanpa selindung dia kata keluarganya layak utk dapat projek itu...

Dok nampak pas nie Wanita Umno bakal dapat ketua baru...dan juga kalau BN menang..Menteri Pembangunan Wanita pon Menteri Baru..

Manakala Noh Omar..terpaksa lupakan cita-cita nak jadi Menteri lagi pas ni...malah lebih parah..angan-angan utk jd MB Selangor pon tinggal angan-angan sebelum tidur..malah nak jadi mimpi pon xmasak dahhh...

Terasa jugak yg tersenyum lebar sekarang sudah tentu Khir Toyo...rasanya kalau aku jd Khir Toyo..aku nak sesangat kata..."Padan Muka Hang Noh Omar"...

Insan yg tersenyum seoran lagi..sapa lagi kalau MB Selangor in waiting...dia dah lama mengharap tue...ezam dari detik ini..saat ini..anda bole berkira-kira nk jd MB Selangor yg baru..pasang angan melangit sampai ke syilng bilik tidur..mimpi pon bole masuk selalu sebb ianya hampir masak...bye-bye Noh Omar..

Sebelum terlupaa..Najib tersenyum sekejap memikirkan kemelut FeedLord yg melanda 3 org Menteri...Shahrizat..Noh Omar dan Udin...
Malah seteru utamanya kini sedang diungkit utk masu ke dalam kemelut FeedLord...
Biarkan Udin menjawab...setidak-tidaknya peluang Najib membersihkan diri dihadapan ahli umno makin cerah..apatahlagi setelah baru sahaja pulang mengerjakan Haji..


Friday, September 23, 2011

Thursday, August 18, 2011

Huhuhu..ini Transformer dan jadi TransROSMAH..huhu



Bank Negara: Pertumbuhan ekonomi Malaysia susut ke paras 4%
MalaysianInsider
KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Pertumbuhan ekonomi Malaysia menurun ke paras empat peratus – tahap paling rendah sejak kelembapan 2009 ekoran kesan penurunan permintaan luaran dan pendekatan sederhana dalam perbelanjaan kerajaan, kata Bank Negara hari ini.

Ia merupakan penurunan suku tahunan kelima berturut-turut dan merosot daripada 4.6 peratus dicatatkan pada suku pertama tahun ini.

----------------------------------------------------------------------------------------->

usincopypastekan petikan kenyataan media 10 Ogos 2011;-

"Prestasi ekonomi mutakhir menjadi petanda kegagalan dasar ekonomi Najib"

oleh Rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR


Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diwar-warkan. Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya. Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, bayangkan keadaannya 2-3 tahun akan datang.

Prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Pakar ekonomi dunia sependapat bahawa krisis hutang di Eropah akan mengheret tiga ekonomi terbesarnya iaitu Itali, Perancis dan Jerman ke kancah kekalutan ekonomi seperti yang dialami oleh negara-negara Eropah lain. Jika ini berlaku, prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkesan dan memburukkan lagi angka pertumbuhan ekonomi tahun-tahun akan datang.

Najib Razak (gambar kiri) juga perlu menerima hakikat bahawa pentadbiran beliau telah gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetapkannya sendiri dan diumumkan sebagai strategi utama beliau menghidupkan kembali pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebelum ini, PEMANDU dengan gah mengumumkan bahawa 92% daripada dana untuk melaksanakan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi bernilai ratusan bilion ringgit akan dibiayai swasta.

Namun, sumber dana untuk membiayai projek-projek utama yang diumumkan masih diselubungi rahsia. Setakat ini, 77% daripada 10 projek terbesar yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi akan dilaksanakan dan dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Analisis 10 projek terbesar seperti berikut akan membuktikan bahawa pentadbiran sekarang masih menggunakan kaedah pergantungan kepada wang rakyat untuk mewujudkan peluang ekonomi, tetapi kini ia disalurkan melalui GLC:

Setakat ini, 10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi menelan pelaburan RM142 bilion, iaitu 82% daripada keseluruhan pelaburan projek-projek yang telah diumumkan berjumlah RM173 bilion. Hakikatnya, 77% daripada 10 projek terbesar di bawah pelan ekonomi Najib Razak sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai.

Malangnya, prospek ekonomi murung yang menyelubungi Malaysia adalah berlainan sama sekali dengan prestasi ekonomi Indonesia. Pertumbuhan ekonomi Indonesia terus meningkat pada kadar 6.5% suku yang lepas dan dijangka mencecah 7% tahun depan. Pada masa rakyat Malaysia bergelumang dengan kadar inflasi tertinggi dalam tempoh dua tahun, Indonesia pula mencatatkan kadar inflasi terendah dalam tempoh 14 bulan yang lalu. Sementara kadar kenaikan gaji hanya menokok pada angka 2.6% sahaja bagi pekerja Malaysia sepanjang sedekad yang lalu, pekerja di Indonesia menikmati kadar kenaikan gaji tahunan 10% sejak tahun 2006.

Sudah tentu ada perbezaan yang nyata dari segi pendekatan ekonomi sehingga mengakibatkan prestasi yang berlainan seperti ini. Pemerintah Indonesia mengalu-alukan reformasi dan keterbukaan sejak tahun 1998 lagi, berbeza dengan Barisan Nasional yang mencari seribu satu alasan untuk memadamkan api reformasi yang dituntut rakyat sehingga mengorbankan prestasi ekonomi negara.


Sunday, July 10, 2011

Wajah Sebenar "Peludah Warna"


BERSIH 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak PERKASA, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.

Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri .Justeru, Najib mendakwa BERSIH tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium. BERSIH 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja.

Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini.

Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.

Walaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya.

Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.

Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?
Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau.

Episod BERSIH telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara.

Namun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan.

* sumber * -petikan dari artikel Malaysiakini -"BERSIH 2.0: Kebenaran sentiasa atasi kekejaman"
oleh: -Wira Arjuna- beliau adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Friday, July 8, 2011

PELUDAH WARNA


Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

Monday, June 20, 2011

Mari Kita 'Pesta-Berpesta' utk 'Selamatkan Malaysia'


usinkata; ..Jom kita rame-rame berpesta pd 9 Julai 2011 ini...


Mari pesta demokrasi

Ketika saya menulis rencana ini,Pergerakan Pemuda UMNO telah mengumumkan bahawa mereka bercadang utk membuat perarakan pada 9 Julai 2011 utk 'memperkukuhkan sistem demokrasi.
Sebelum ini Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ( Bersih 2.0 ) telah menyatakan hasrat mereka membuat perarakan di ibu kota pada tarikh yg sama.
Tidak ketinggalan juga Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa ) yg ingin membuat perhimpunan yg hanya boleh dikatakan sebagai 'anti Bersih' juga pada tarikh yg sama.
Maknyanya, akan berlangsung PESTA DEMOKRASI yg tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Disini pihak Polis harus memainkan peranan mereka.Pendekatan mereka terhadap pesta demokrasi ini harus berbeza dgn cara mereka sebelum ini.
Tidak perlu membazir masa dan wang utk menghalang perhimpunan yg berlaku.
Tidak ada gunanya mengenakan sekatan jalan raya,menahan orang yg berbaju warna itu dan ini dan membuat tangkapan sewenang-wenangnya.
Pesta demokrasi ini tidak wajar dihalang.
Peranan polis seharusnya utk memudahkan demonstrasi yg akan diadakan.
Tidak perlu menembak cecair ataupun ataupun gas pemedih mata.
Tidak perlu menghuraikan perhimpunan.
Tunggu dan lihat,pastikan semuanya aman.Hanya masuk campur sekiranya berlaku kekacauan.

Saya amat teruja menantikan pesta demokrasi ini di ibu kota.Tarikh 9 Julai 2011 mungkin tarikh keramat.Tarikh dimana rakyat Malaysia berpesta meraikan demokrasi dan merayakan hak mereka di bawah Perlembagaan.
Tiba masanya kita sedar bahawa demokrasi itu bukan sentiasa tersusun dan rapi,bukan sentiasa rutin dan berjadual,bukan sentiasa mudah dan senang.Tetapi demokrasi itulah yg menjadi paksi negara kita dan menjadi darah daging kita.Dengan kesedaran ini,mari kita berpesta.

* petikan dari Sinar Harian N17 tulisan "Cermin Sanubari " Syahredzan Johan seorang peguam muda. "Mari Pesta Demokrasi"

Wednesday, June 15, 2011

"BERSIH" lagi halal dan suci di sisi undang-undang..




Ada suara-suara mempertikaikan rancangan Bersih utk adakan demonstrasi jalanan iti tidak berpermit.Kalau bercakap tentang permit,bila sebenarnya permit untuk berarak dalam skala besar pernah diberikan oleh polis?

Penguin March yg disertai ribuan peguam di Putrajaya pada 200
7,juga tidak berpermit.Tetapi badan peguam dan ahli-ahlinya tetap berarak secara aman dari Istana Keadilan sehingga ke pejabat Perdana Menteri utk membantah klip video seorang peguam yg dituduh campur tangan dalam sistem kehakiman negara.
Tiada peristiwa buruk berlaku semasa peguam-peguam itu berarak,suara mereka lantang,tapi tetap berkumpul secara aman.

Jika kita faham hak asasi,tidak timbul soal berkumpul lebih dari tiga orang akan dikira perhimpunan haram dibawah Akta Polis.

Paling dangkal apabila saya terbaca kenyataan sesetengah politikus yg khuatir macam-macam boleh "terjadi" bila kita berkumpul dlm bilangan besar.Mereka juga mengutuk rancangan Bersih utk berdemonstrasi kerana ia menyusahkan,menghalang kelancaran urus niaga harian di jalan-jalan utama kota raya,menyusahkan pemandu teksi dan macam-macam lagi.

Maaf saya celupar,tetapi kita tidak boleh menafikan hak asasi hanya utk memastikan kelancaran aktviti ekonomi sesetengah kumpulan sahaja.

Demokrasi itu mahal definasi,tidak boleh diperkotak-katikkan utk kepentingan peribadi.Tidak mengapa ,saya menghormati hak ahli politik itu utk membantah dan membuat laporan polis.

Benar,saya tidak menafikan kemungkinan timbul kesesakan yg akan jejaskan perniagaan dan urusan seharian di Jalan TAR apabila tiba 9 Julai.
Tetapi harga kebebasan bersuara dan hak rakyat utk berkumpul lebih penting dari rasa tidak selesa beberapa jam.

Pesan saya utk ahli ahli politik bijaksana: berhenti mengharamkan apa yg halal di sisi undang-undang.Fitrah manusia memang suka buat apa terlarang.Jangan jadikan demokrasi suatau kenyataan paradoksikal semata .

* petikan dari sebahagian dari ; "Kanvas Kata" ELVIZA MICHELE KAMAL - Sinar Harian N14 Rabu 15 Jun 2011 Cetusan : Gadai hak asasi demi ekonomi ?

Tuesday, May 24, 2011

P. Ramlee, kreativiti dan alif mim nun wau

Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bin Teuku Nyak Karim  binti Che Mah binti Husin. @ P Ramlee
22 Mac 1929 - 29 Mei 1973


oleh Muhammad Zir-24 May 2011-Roketkini

Satu-satunya manusia yang masih terus diingati, dipuja dan diperkatakan melebihi susuk mana-mana ahli politik sebesar Tunku Abdul Rahman, Tun Razak atau Tun Mahathir sekali pun, hanyalah P.Ramlee. Kisah tentangnya atau karyanya akan senantiasa diputar di kaca TV dan Radio. Kita percaya, pengaruh ini akan kekal berpanjangan, melebihi ingatan rakyat kepada Tunku, Tun Razak atau pun Mahathir sendiri.

Kita semakin menyedari bahawa bakat dan karya beliau lahir dalam lingkungan persekitaran sebuah zaman perantaraan pra-kemerdekaan 40-an, merdeka 50-an dan pasca kemerdekaan 60-70-an. Bingkai masa ini sangat signifikan dengan perkembangan budaya, sosio ekonomi dan politik tanahair. Ini mungkin dapat memberi gambaran dengan lebih jelas tentang realiti budaya dan bangsa kita sendiri.

Era 40-an

Singapura pada sekitar tahun 40an merupakan kota besar. Kota yang menjadi tumpuan umum seperti mana Kuala Lumpur pada masa ini. Tetapi pada zaman itu, Kuala Lumpur bukanlah kota yang setanding Singapura, malah ia antara wilayah asing yang tidak menarik. Secara tidak rasmi, British menjadikan Singapura sebagai ibu kota Tanah Melayu. Kota ini juga menjadi idaman tentera Jepun sewaktu menakluk Semenanjung Tanah Melayu.

Pada zaman itu, kota ini bukan kota bangsa Melayu atau Cina, India, Arab atau Mat Salleh, tetapi ia adalah Kota Budaya. Kota ini menjanjikan kepelbagaian budaya yang merancakkan kegiatan hiburan, pembangunan dan perniagaan. Tidak hairanlah bila ia menjadi tumpuan artis, pengarah, penerbit dan peniaga dari seluruh dunia untuk bekerja dan menjadikan kota ini sebagai pusat industri seni dan hiburan yang besar. Pada masa itu, difahamkan industri filem Melayu di Singapura mempunyai kepakaran, teknologi dan budaya kerja yang standing, kalau pun tak lebih maju berbanding industri filem di Hong Kong dan Bollywood. Puncanya, bukan kerana insan seperti P.Ramlee, B.S. Rajan, L. Krishnan atau kilang filem Shaw Brothers, tetapi kerana pakej yang ada pada kota itu sendiri.

Kota Singapura

Bagaimana British membina kota ini? Secara ringkasnya, hasil dari politik Stamford Raffles dengan pembesar-pembesar Melayu khususnya bangsawan Johor, maka Singapura dapat ditadbir oleh beliau atau dengan lebih tepat lagi diurus oleh Syarikat Hindia Timur British. Pelabuhan dan perdagangan menemukan semua bangsa dari serata benua. Kota ini membangun dengan objektif menjadikan ianya sebagai pusat perniagaan. Keterbukaan pentadbiran Syarikat Hindia Timur British ini telah menjadikan ekonomi dan sosial wilayah Singapura hidup dengan segala macam persaingan yang aktif. Inilah kerangka bagaimana sebuah pulau menjadi kota budaya milik semua kaum yang bebas untuk berdagang.

Era berkarya

Era 40-50-an inilah kita melihat kelahiran karya-karya P.Ramlee dan juga karya dari seniman lain muncul dengan idea yang segar. Kita tidak akan lupa pada filem Ibu (’53) Panggilan Pulau (’54), Penarek Becha (’55), Anakku Sazali (’56), Sarjan Hassan (‘58), Antara Dua Darjat (’60), Ibu Mertuaku (’62) dan banyak lagi. Zaman kegemilangan itu, industri filem dan muzik bukan bercita-cita untuk mengangkat martabat budaya bangsa (Melayu) atau untuk membuktikan kita ‘Boleh’, sebaliknya karya-karya dihasilkan semata-mata kerana semangat atau `berahi berkarya’ atau dengan maksud lebih jelas, kerana budaya berkarya dalam industri. Itu sahaja.

Walau pun bukan kerana objektif yang `mulia’, karya-karya ini jelas memaparkan budaya bangsa, tidak kira Melayu, Cina atau India. Bahasa pertuturan filem juga lebih bermutu daripada sekarang. Malah, kaum-kaum lain juga tidak menafikan kelebihan P.Ramlee sebagai seorang yang berbangsa Melayu yang amat kreatif, unik dan berbakat besar. Tidak ada salahnya sesuatu kaum itu mempunyai kelebihan dalam satu-satu bidang. Itu realiti bagi yang berusaha gigih. Pada masa itu, kaum Cina mendominasi aspek perniagaan, kaum Melayu mendominasi aspek kretiviti dan inovasi. Kerjasama antara tauke Cina kilang filem dengan karyawan Melayu amat jelas dan mudah – profesional.

Era P.Ramlee

Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia bersama Sabah dan Sarawak atas faktor keadaan politik pada masa itu. Selama tempoh itu, keadaan politik Tanah Melayu dan Singapura terus bergolak dengan mogok pekerja, pengaruh komunis dan isu perkauman, akhirnya pada Ogos 1965 Malaysia memecat Singapura dan ia menjadi sebuah negara republik.

Jika kita perhatikan antara awal tahun 50-an hingga petengahan 60-an, kita dapat melihat karya-karya yang bermutu dari P.Ramlee, tetapi selepas itu di Studio Merdeka Kuala Lumpur, mutu karya-karya P.Ramlee mula merudum, ‘64 Si Tora Harimau Jadian, ‘65 Ragam P. Ramlee, Dajal Suchi, ‘66 Sabarudin Tukang Kasut, ‘67 Sesudah Suboh, Keluarga 69, Anak Bapak, ‘68 Lain Jalan Ka-Shorga, Gerimis, Ahmad Albab , ‘69 Kanchan Tirana, Bukan Salah Ibu Mengandong, Enam Jahanam, ‘70 Dr. Rushdi, Gelora, ‘71 Putus Sudah Kaseh Sayang, Durjana, Jangan Tinggal Daku antaranya. Jika tidak kerana sejarah, karya-karya ini sememangnya tidak begitu tinggi mutu. Malah P.Ramlee sendiri mengakui kekecewaannya pada karya-karya era ini.

Apakah keadaan yang berlaku pada karya P.Ramlee mempunyai signifikannya dengan keadaan politik pada masa itu? Atau, apakah jenaka “..alif mim nun wau, alif tendang wau bunyinya sarkis..” dalam filem Pendekar Bujang Lapok itu hanya ungkapan sinis kosong beliau? Atau filem Antara Dua Darjat hanya sekadar kisah cinta terhalang kerana keturunan? Jenaka dan idea-idea beliau ini telah menjadikannya seniman yang paling berpengaruh kepada masyarakat. Untuk itu, barangkali dia harus membayar harga yang amat mahal pada hujung usianya apabila tersepit dengan arus politik yang dianngap sesetengah pemerhati seni budaya sebagai membunuh kreativitinya.

Era DEB

Di zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, dasar pentadbirannya tidak banyak berbeza dengan dasar penjajah British. Ruang sosial dan kegiatan kebudayaan Melayu tidak begitu dikawal – terbuka dan bebas. Hanya kebebasan politik dan ideologi dikawal ketat. Setelah berlaku rusuhan kaum pada 1969, Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri yang menggantikan Tunku, telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada awal 70-an. Dan ketika itu juga pada 1971, diadakan Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Secara objektifnya, dasar ini adalah untuk membela dan membangunkan taraf hidup kaum Bumiputera Melayu baik di bidang ekonomi mahu pun kebudayaan. Ketika dasar ini diperkenalkan, hampir tiada langsung bantahan dari rakyat malah dasar ini dianggap sebagai penyelamat kepada kaum Melayu.

Namun, dalam proses perlaksanaan dasar-dasar ini, barulah kelihatan sedikit demi sedikit kecacatannya. Walau pun DEB hanya diperkenalkan seawal tahun 1970, usaha tersebut telah digerakkan sejak Tun Razak menjadi Menteri Pelajaran yang pertama bagi Malaya selepas Perikatan menang pilihan raya persekutuan 1955.

Institusi dan dasar

Daripada Penyata Razak, ditubuhkan ‘institusi’ seperti Institut Bahasa Melayu Malaysia ( IBMM 1956) dan Balai Pustara iaitu kini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP 1957). Secara objektifnya, mendirikan institusi bukanlah suatu perkara yang salah, tetapi dasar dan proses pelaksanaannya menjadi satu persoalan paling besar. Penyata Razak dipertanggungjawabkan untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan, menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain. Kesemua ini tidaklah menjadi kesalahan kepada sesiapa pun, tetapi yang menimbulkan persoalan ialah niatnya – untuk mengawal dan bukan membebaskan.

Bagaimana mungkin bahasa yang ditutur diberi ‘peranan’ dan ‘fungsi’ menurut faham ahli politik? Bahasa harus dieja dan ditutur dengan betul, perkataan ‘harus’ ini bukan sekadar niat untuk mendidik tetapi ‘mengawal’ dengan akta-akta dan terma-terma yang akhirnya untuk kita – jangan buat kesalahan. Ini memberi maksud, kreativiti disekat oleh undang-undang. Beginilah gambaran bagimana kita memahami budaya (bahasa dan seni) dan pendidikan. Institusi yang dibina atas niat yang suci, pada akhirnya menjadi duri dalam daging bagi kaum Melayu sendiri. Kefahaman kepada kebebasan berbudaya semakin terhakis.

Selepas era Tun Razak, datang pula Tun Mahathir, beliau menyambung apa yang telah Tun Razak usahakan. Malah di zaman Mahathir, lebih banyak institusi ditubuhkan antaranya Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS). Semua ini akhirnya digunakan untuk orang politik menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh untuk seniman berkarya. Apa yang boleh ditulis, diterbit, dinyanyikan hinggalah apa yang patut karyawan buat. Akhirnya, tanpa sedar karyawan kita kerjanya hanya membuat kerja propaganda politik untuk orang politik.

Kepupusan budaya berkarya

Zaman pasca perang 40-an, sebelum adanya semua institusi ini, karyawan kita seperti P.Ramlee mampu berkreatif dengan senang hati dan hasil karyanya berkualiti baik dari segi idea, konsep dan teknikal. Tidak perlu bergantung pada dana dari kerajaan untuk berkarya, sebaliknya tauke-tauke filem berani melabur. Kekuatan ini tidak dapat dibandingkan selepas semua yang berkaitan seni diinstitusikan, hingga kini kita tidak memiliki apa-apa yang boleh dibanggakan selain daripada pencapaian dahulu. Kini kita terus hidup dalam memori indah Studio Jalan Ampas. Itu sahaja.

Dengan slogan pentadbiran kerajaan yang baru, slogan institusi yang indah-indah, skim untuk karyawan itu dan ini, bersilih ganti. Semua ini kononnya dengan niat untuk mengangkat martabat seni tempatan, filem dan muzik tempatan kepada dunia, hanyalah propaganda politik kepada masyarakat. Kerja tangan orang politiklah yang `membunuh’ bakat seperti P.Ramlee. Hari-hari terakhir Seniman Agung itu penuh duka lara kerana `sekatan’ institusi. Dengan budaya politik seperti ini, janganlah ada antara kita yang bermimpi akan lahir seorang lagi P.Ramlee. Jika P.Ramlee masih hidup sekali pun, mungkin tidak rela hidup membohongi diri sendiri.

“Keunggulan dan ketokohan P Ramlee dalam industri filem tidak dapat disangkal lagi, beliau adalah pengasas pembikin filem Singapura.” Menteri Penerangan Singapura George Yeo di Pesta Filem Antarabangsa Singapura ke-12, 1999

Mungkinkah kebebasan untuk berkreativiti dan berkarya sudah pupus di Malaysia? – Roketkini.com

Monday, May 16, 2011

Munafik,Talam Dua Muka dan Politikus Sempit..

Pendedahan bekas wartawan kanan Utusan Malaysia (Utusan) Hata Wahari bahawa agenda Utusan ditetapkan oleh Biro Politik UMNO yang dipimpin Presiden Najib Razak pasti menakjubkan pelbagai pihak!

Semenjak zaman reformasi, komentari pelbagai pihak sama ada oleh ahli akademik, ahli politik, wartawan, penganalisa politik, aktivis masyarakat atau pihak lain telah membentuk "common sense" dalam kalangan masyarakat yang prihatin terhadap isu kebebasan media dan politik negara, bahawa Utusan bagaikan "lidah rasmi UMNO".  Kini seorang bekas wartawan kanan Utusan telah membuktikan kesahihan "common sense" tersebut.

Kalau kecenderungan komentari selama ini melihat kawalan terhadap Utusan dari segi pemilikan syarikat dan "consumption" atau pemaparan berita saban hari, kini Hata Wahari (gambar kanan) membekalkan perspektif kawalan terhadap Utusan dari segi "production" atau penetapan agenda secara langsung dan tidak langsung oleh Biro Politik UMNO pimpinan Najib.



Pendedahan Hata Wahari sekali gus membuktikan betapa munafik seorang Perdana Menteri yang kononnya berazam membawa gagasan 1Malaysia jitu kepada rakyat jelata malahan berbicara tentang idea 1ASEAN tanpa segan silu semasa berucap pada Forum Kepemimpinan ASEAN kelapan baru-baru ini, seolah-olah retorik 1Malaysia yang penuh dengan bayangan politik fitnah dan unsur-unsur ekstrem dapat dijadikan inspirasi kepada negara-negara rantau ASEAN.

Kalau selama ini Najib cuba membentuk imej diri sebagai "Bapa Transformasi" melalui pengumuman pelbagai pelan transformasi dan penonjolan gagasan 1Malaysia yang kononnya mementingkan "prinsip pertengahan" (moderation) serta perpaduan, dan bertentangan dengan sifat ekstrem sesetengah organisasi seperti PERKASA atau komen pemimpin politik seperti Muhyiddin Yasin, kini pendedahan Hata Wahari menunjukkan bagaimana manusia bernama Najib dan organisasi bergelar Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu memainkan politik talam dua muka.

Politik talam dua muka ini cuba memaparkan Najib sebagai pemimpin yang membawa gagasan pertengahan sementara tindakan dan komen ekstrem PERKASA dan pemimpin politik UMNO yang lain adalah bertentangan dengan prinsip Najib, maka bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh Najib.

Pendedahan Hata Wahari memungkinkan perspektif berlainan dalam memahami politik talam dua muka yang dimainkan oleh Najib dan UMNO.  Berikutan itu, pelbagai soalan timbul.  Antaranya, selain Najib, Muhyidin, Ahmad Zahid Hamidi, Hishamudin Husein, Safie Apdal, Tengku Adnan Mansor dan Ahmad Maslan yang berada dalam mesyuarat penetapan agenda Utusan, siapa lagi yang berkomplot dengan pemimpin UMNO dalam menjayakan agenda politik UMNO-Utusan?

Kalau diteliti pelbagai isu hangat yang dipelopori Utusan termasuk isu agama dan isu fitnah video seks, kemusykilan timbul berhubung peranan aktor tertentu seperti pimpinan PERKASA serta Datuk T dan hubungan mereka dengan UMNO-Utusan.


Antaranya, apakah politik talam dua muka memainkan peranan dalam pemaparan berita palsu Utusan bertajuk "Kristian agama rasmi?" yang dilaporkan pada 7 Mei 2011?  Apakah Presiden PERKASA Ibrahim Ali yang mendakwa bahawa komunis di sebalik tabir agenda tersebut juga memainkan peranan dalam politik talam dua muka?  Bagaimana pula dengan komplotan politik fitnah video seks?



- Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
sumber; http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11846

Sunday, May 15, 2011

Kroni masih "disumbat"...Subsidi Rakyat terus "disekat"

Kerajaan boleh menyelamatkan RM19 bilion setahun melalui pemberhentian subsidi kepada Syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), berbanding RM116 juta pemotongan subsidi gula yang menyusahkan rakyat.
Penjimatan itu berkadaran 163 kali ganda sekiranya kerajaan menamatkan subsidi gas kepada syarikat kroni IPP seperti Malakoff, Genting Sanyen dan YTL.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pada tahun kewangan 2009 sahaja, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi untuk bahan bakar itu mencecah RM10.2 bilion.


“Subsidi terkumpul yang ditanggung oleh Petronas hingga November 2010 sejak harga gas ditetapkan di bawah Sektor Tenaga 1997 dan Sektor Bukan Tenaga 2002 adalah sebanyak RM126.6 bilion.

“BN mendakwa bahawa walaupun berlaku kenaikan harga gula, kerajaan akan terus menyimpan RM111.6 juta bagi tujuan projek- projek pembangunan dan masih perlu membayar RM238.4 juta subsidi gula tahunan. DAP menolak hujah seperti itu yang tidak terbukti memberi manfaat kepada rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

sumber;http://www.keadilandaily.com/harga-gula-bn-selamatkan-163-kali-subsidi-ipp-untuk-kroni/

Saturday, May 14, 2011

Mat Sabu For All..not PAS only..

""Mat Sabu terkenal sebagai pemidato di peringkat akar umbi.  Namun, untuk polis cawangan khas (special branch), keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan mungkin lebih digeruni.  Malah bukan rahsia jikalau dikatakan Mat Sabu lebih cenderung kepada "haluan kiri" dari segi pemikiran politiknya, berbanding dengan pemikiran arus perdana dalam masyarakat Melayu-Islam, malah dalam PAS sendiri. "

- Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.



MatSabukata;-...


"Sebagai seorang muslim, saya mesti percaya bahawa ia sebagai undang-undang tertinggi yang perlu dilaksanakan.  Tetapi, sebelum pelaksanaan Hukum Hudud ini, banyak lagi perkara yang boleh ditonjolkan, kebaikan Islam itu.  Misalnya good governance (urus-tadbir yang baik), akauntibiliti, tidak rasuah, tolak nepotisme.  Dan sekarang ini saya nampak, kalau PAS slow (perlahan) dalam bidang ini, for the future, DAP will take over."

"Saya amat tidak bersetuju, di Malaysia ini, dia letakkan Islam itu seolah-olah agama Melayu.  Melayu itu Islam.  Melayu berugama Islam saya amat bersyukur.  Tapi nilai Islam ini, jauh lebih berada dalam kalangan orang Cina berbanding dengan orang Melayu."

"Sikap seperti kerja kuat, tidak bergantung kepada pertolongan subisidi, berdikari dan sebagainya dalam kalangan Cina ini adalah penjelmaan nilai Islam, cuma masyarakat bukan Islam ini tidak menerima Allah sebagai Tuhan mereka.

 " Warga Jepun adalah contoh "umat Islam sejati", kerana tidak merampas makanan, beratur untuk dapatkan bantuan, menghormati hak orang lain dan sebagainya selepas masyarakat itu dilanda tsunami."

sumber; http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11850

Thursday, April 7, 2011

Mantera Mereka: Antara TT, KASTAM, SPRM, PERKASA, RAKAN SARBANI, MENTERI, DAP,& MSO


Antara TT, KASTAM, SPRM, PERKASA, RAKAN SARBANI, MENTERI, DAP,& MSO

usinkata;....Kali ini tidak banyak yg nak dikatakan..tetapi hanyalah beberapa siri kata-kata yg bukan dari usinkata...mari kita dengar dan melihat lebih kedalam dgn pelbagai siri kata-kata ini..kata-kata ini merujuk kes terbaru kematian mengejut di bangunan SPRM...Dan ini ayat usinakata kat dalam FB sejam dua yang lalu..

"adakah ada antara peawai penyiasat SPRM memiliki kebolehan menguasai minda separuh sedar...pernah sy tgk CSI dlm AXN..ada seseorang yg mampu menguasai minda separuh sedar yg mampu mengarahkah mangsanya membunuh dir??????.."


Mantera Mereka

Didalam buku Hishamuddin Rais a.k.a Tukar Tiub "Keganasan,Penipuan & Internet -hegemoni media daulah pecah ...beliau ada kata...

"Para Blogger sudah tidak tentu arah tujuan .Cerita mana yang hendak diputar.Usik salah tak usik salah.Belum sempat kes bunuh selesai ,rasuah muncul.belum tutup mata sebelah lubang parlimen bocor.Semua bikin kacau.Semua bikin kalut.
Menteri kata blogger bohong.Blogger kata menteri bohong.Polis kata blogger dan menteri bohong.Blogger kata polis bohong .Kalau polis bohong siapa nak tangkap polis? Inilah yang bikin kacau.Bikin susah."

Masa TT tulis buku ini beliau merujuk kes-kes penting yg berlaku didalam negara sekitar 2007..dan kini pada tahun 2011 selepas April Fool...Malaysia cuba difoolkan dgn beberapa aksi pelakon-pelakon sensasi ahli politikus sempit yang lebih keji dari Mat Rempit..
Yaaa...laaa..Mat Rempit hanya cuba membunuh diri dan membunuh orang lain...tetapi Politikus Sempit hanya nk bunuh orang lain(musuh politiknya) tetapi membiarkanya dirinya hidup sehingga mati kekenyangan..

Untuk itu disini...nak edit sikit dari perenggan yang dikatakan oleh TT dahulu kala (2007)..dan di tampal dengan isu terbaru 2011 ini...


"Para Blogger sudah tidak tentu arah tujuan .Cerita mana yang hendak diputar.Usik salah tak usik salah.Belum sempat kes rogol amah selesai ,video seks muncul.Belum tutup mata sebelah ada lai orang mati mengejut terjatuh dari bangunan SPRM.Semua bikin kacau.Semua bikin kalut.
Kesatuan Pegawai Kastam kata SPRM bohong.Rakan Sarbani kata mustahil Sarbani bunuh diri,Perkasa kata tidak mustahil Sarbani bunuh diri .Menteri kata Abu Kasim tak perlu letak jawatan, DAP kata Abu Kasim patut digantung tugas sehingga siasatan selesai..Kalau SPRM rasuah siapa nak siasat SPRM.Inilah yang bikin kacau.Bikin Susah."

rujukan;-

1) Kesatuan Pegawai Kastam kata SPRM bohong ;-

2) Rakan Sarbani kata mustahil Sarbani bunuh diri
Mustahil Sarbani boleh bunuh diri,kata rakan-rakanya

3) Perkasa kata tak mustahil boleh bunuh diri
Kes Sarbani : Tidak Logik SPRM bunuh saksi,kata Perkasa
petikan artikel diatas..lihat ayat yg ditebalkan..
Malah pertubuhan itu juga berpendapat bahawa tiada logik saksi, yang disiasat itu, dibunuh kerana tindakan sedemikian hanya akan merumitkan proses siasatan.
Memang tindakan luar kawalan akibat tekanan boleh berlaku,— kata Yang Dipertua Perkasa Perak Ahmad Zaini Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

4) Menteri kata Abu Kasim tak perlu letak jawatan
Nazri;Abu Kassim tidak perlu letak jawatan


5) DAP kata Abu Kasim patut digantung tugas sehingga siasatan selesai
DAP gesa Putrajaya gantung tugas ketua SPRM sehingga siasatan selesai

Susah-susah...kes Teoh Beng Hock pun makan tahun pun xselesai2 lagi....inikan pula yg terbaru kes Sarbani...
TTkata...Isu Teoh Beng Hock sebabkan undi Cina lari dari UBN..maka kini mungkin undi Melayu akan turut lari 90% kepada Pakatan dan harapan terbaru undi India bakal turut akan melompat kedalam Pakatan akibat dari Interlok..

Terakhir sekali...MSO dengan Tinta Merahnya..mencoretkan kata-kata hikmat yg perlu direnungi bersama...


"Percaya dan yakinlah perancangan jahat oleh sesiapa pun ia tetap dalam pemerhatian Tuhan dan Dia akan mempertimbangkan sebagai mungkin akan natijah dari perancangan itu. Isu video lucah yang diperniagakan hari ini dipintas oleh isu kematian Allahyarham Sarbini itu."

Friday, April 1, 2011

Persamaan : Anwar dengan Hang Tuah dan Mahsuri

Orang Melayu gagal keluar kemelut krisis peradaban
Nazli Ibrahim | March 31, 2011 - http://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/31/orang-melayu-gagal-keluar-kemelut-krisis-peradaban/

"Sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim."

PETALING JAYA: Masyarakat Melayu moden di negara ini dianggap gagal keluar dari kemelut krisis peradaban apabila masih lagi sanggup melakukan perkara sama yang telah dilalui oleh Hang Tuah, anak gadis Sang Rajuna Tapa dan juga Mahsuri pada zaman masing-masing.
Demikian hujah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu wawancara hari ini.
Menuruh Prof Dr Abu Hassan, sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim itu.
“Isu video seks  bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar  sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.
“Isu video seks  bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama,” kata beliau.

Memfitnah zina untuk menjatuhkan musuh?


Menurutnya, isu video sekd yang melibatkan individu-individu terkenal Melayu mempunyai signifikan dengan perangai lama orang Melayu yang beberapa kali  menjatuhkan musuh mereka dengan mengaibkan atau mengenakan fitnah zina sesama mereka.
“Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.
“Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.
“Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.
“Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri,” jelas beliau.
Prof Dr Abu Hassan turut menyatakan, masyarakat hari ini yang mulai rasa bimbang dengan permainan politik fitnah yang akhirnya mampu untuk menjatuhkan  kuasa politik Melayu di negara ini.
“Masyarakat mula bimbang apakah politik yang semacam ini akan berterusan dan akhirnya menyebabkan kejatuhan politik Melayu di masa depan.
“Lalu tentulah masyarakat begitu ingin menghentikan politik yang sebegini,” jelas beliau lagi.
Beliau turut menyatakan amalan politik lucah bukan sahaja bertentangan dengan akhlak politik Islam serta tidak memberi manfaat kepada peradaban bangsa Melayu malah ia turut menggambarkan keadaan bangsa itu yang sedang sakit dan dihina oleh bangsanya sendiri.
“Setiap individu dalam masyarakat mempunyai akal rasa dan akal fikir mereka sendiri, tentulah buat yang beriman dan berpercaya pada Tuhan menyedari bahawa politik lucah tidak pernah memberi apa-apa manfaat bagi peradaban bangsa selain menggambarkan bangsa itu sendiri sedang sakit dan dihina oleh bangsa mereka sendiri.
“Tidak kira siapa yang dituduh dan difitnah, atau dicela, maka seluruh bangsa itu dalam mayatilik bangsa lain juga tertuduh dan tercela sama.
“Sebab itulah secara filsafatnya, politik lucah yang sedang berkembang di saat ini dalam amalan politik tanah air telah bukan sedikit mengheret masyarakat terbanyak untuk bersama dalam suatu cara menguruskan politik yang bertentangan dengan akhlak politik Islam,” ujarnya lagi.
Beliau turut menjelaskan peranan media dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat agar menolak politik lucah dari terus berkembang dalam masyarakat negara ini.
“Tentulah isu Video Lucah yang terkait dengan Anwar sedikit sebanyak memberi kesan kepercayaan politik terhadap beliau dan Parti Pakatan Rakyat (PR).
“Bagaimanapun di waktu yang sama sekira media-media terus-terusan menyebarkan kehodohan-kehodohan politik sebegini akan mencetuskan pemikiran semula di kalangan masyarakat,” tegas beliau.

Anwar dianggap simbol
Beliau turut menyifatkan taktik politik lucah yang digunakan untuk menjatuhkan  Anwar sebagai gagal apabila keadaan ini hanya menyebabkan Anwar diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.
“Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.
“Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan,” kata Prof Dr Abu Hassan.

Politik Kotor; Dari PWTC hingga ke Masjid Daaru As Solihin di Kampung Sambir,Kota Samarahan

Perangai politik Umno dibawa ke Sarawak

KUCHING: Setiausaha Politik kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Abd  Rahman Yusoff mengecam tindakan pihak tertentu yang menggunakan taktik kotor menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim secara fitnah sepanjang beliau berceramah di Sarawak.
Ia dilakukan melalui kenyataan yang dipamer pada kain rentang yang dipasang di sepanjang perjalanan menuju ke Masjid Daaru As Solihin di Kampung Sambir, dekat Kota Samarahan hari ini.
“Nampaknya ada pihak yang tergugat sehingga terpaksa menggunakan taktik kotor dan ‘gutter politics’ dan menyerang peribadi.
“Tindakan ini merupakan cara kempen yang pincang dan cuba membawa cara politik Umno ke Sarawak,” kata Abdul Rahman.
Beberapa kain rentang dilihat terpasang di sepanjang perjalanan termasuk di bulatan berhampiran pintu masuk Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Teknologi Mara cawangan Kota Samarahan.
Kain rentang tersebut tertulis perkataan antaranya ialah “Siapa Lelaki Y” dan “Sarawak bankrap jika ikut Buku Jingga”
Terdahulu sebelum itu, Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Daaru As Solihin di Kampung Sambir.
Beliau kemudiannya  menyampaikan ucapan di perkarangan masjid dan didengari kira-kira 200 penduduk tempatan.
Difahamkan seorang kariah masjid yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata, Anwar tidak dibenarkan menyampaikan sebarang ucapan mahu pun tazkirah di masjid tersebut.
“Ini arahan pihak atasan. Sebarang usaha untuk memberi peluang kepada Anwar berucap akan dihalang,” katanya.
“Tapi, dapat dengar ‘tazkirah’ di luar masjid pun jadilah. Seronok bila dia datang ke kampung kami” ujarnya.

sumber; http://www.keadilandaily.com/perangai-politik-umno-dibawa-ke-sarawak/

Tuesday, March 29, 2011

Bila MakBapak Baca..Anak pun Mengeja

Pencerahan atau Keseronokan

usinkata;...Adakah dibawah ini fahaman yg dianuti oleh kebanyakan media cetak di negara kita...
Anda boleh semak sendiri..Anda boleh baca sendiri..dan anda juga boleh lihat sendiri..kemudian anda buat pilihan sendiri..nak layan yang mana satu..pencerahan minda atau keseronokan melayan perasaan..dan jangan lupa...apa yang anda baca..dan apa yang anda lihat dan apa yang anda faham..akan menghasilkan generasi dimasa akan datang..kerana..bila mak bapak baca..anak-anak turut mengeja..



Mentaliti kapitalis

Ahli politik Malaysia sangat arif dengan citarasa rakyat. 


Lihatlah di akhbar-akhbar popular tanahair.  
Isu yang biasanya melibatkan masalah seks-moral sering menjadi tajuk utama.  
Sensasi bukan?  


Pembentukan awal pemikiran rakyat bermula di sini.  Melalui media.  Melalui pembacaan.  


Soalnya bukan untuk meningkatkan pemahaman rakyat dalam politik yang lebih "mencerahkan", soalnya bukan untuk memberi maklumat penting mengenai kebebasan dan hak rakyat, soalnya bukan itu semua. 

Paling penting soalnya adalah prinsip utama kapitalisma: memenuhi permintaan pasaran.  


Lebih sensasi akan lebih untung.  


Seolah isu persoalan hak, kebebasan, ketelusan, kebocoran itu semua tidak penting. Urusan menteri...




*petikan dari artikel Politik Sundal: Ruang Peribadi vs Kepentingan Publik -Hafiz Zainuddin | Mar 29, 2011 04:19:01 pm 

Monday, March 28, 2011

Lucah-Keji-Shit-Politikus Sempit

Kelucahan Politikus Sempit Terkeji

usinkata;..Sehingga hari ini sesudah Malaysia dilucahkan dengan penayangan video seks oleh "Datuk T"..bahan lucah tersebut masih dilucahkan utk memastikan kesinambungan jangka hayat politik individu tertentu.

Isu lucah ini  merupakan salah satu acara kemuncak politik kotor yang dimainkan oleh politikus sempit..sempit segalanya..dari kepala turun ke kaki..segala ruang yg ada baginya terlalu sempit..lebih sempit dari lubang kubur yg gelap itu..

Wajar tidak wajar politik lucah-keji seperti yg dimainkan dewasa ini ianya sudah menjadi realiti dan ia perlu ditelan pahit buat segenap rakyat Malaysia malah politik Melayu  yg suatu ketika dulu gah dan tersohor dimata dunia sehingga menjadi buat mulut semua bangsa didunia kini makin mencair bak lilin dipanggang api..

Rupanya Politik Lucah-Keji yg dikatakan "Now Showing" dipentaskan dilantai Opera Hidup bernama Malaysia sudah dihidu seawal tahun 1989 oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad didalam salah sebuah hadiah tidak ternilai kepada kita rakyat Malaysia..iaitu karya beliau "Sutan Baginda"..

"Politik bukan lagi amanah yang sewajibnya dijaga dan disanjung tetapi politik sudah menjadi jenis nafsu ammarah yang hanya mengejar kekuasaan untuk mengisi perut.
Persoalan segan-silu dan malu-alah dan hormat-menghormati dan jujur-ikhlas dengan sendirinya terhakis.Masing-masing melonjak wajah dan fiil untuk ampu konco-koncnya.Dan bila jari-jari terpaut pada dahan yang agak kukuh,konco sendiri itupun disepakterajangkan ; malah segala benda yang terjangkau,termasuk maruah sendiri,dieksploitasikan selicik mungkin.Waktu itu tidak kira lagilah tentang amanah,tanggungjawab,keadilan atau keimanan.
Fenomena ini kadang-kadang diluar jangkauan akal dan kelaziman kita disebelah sini tetapi itulah realiti polilitik yang membinatangkan manusia di mana-mana pun sekarang ini." - Shahnon Ahmad

Keyakinan bahawa politik lucah-keji tidak akan berakhir didalam hawa politik Malaysia-Melayu...Ianya telah  memiliki pewaris..dan anak itu sudah pun remaja dan dipengaruhi idealisme bersifat "Firaun Keji"..

Politikus Lucah-Keji ini bagaikan tidak menyedari mati itu akan tetap tiba pada masanya..dan dewasa ini sudah banyak kezahiran bahawa gambaran hukuman Allah sudah berjalan didunia utk dipratontonkan kepada manusia yang lain agar menjadi iktibar dan kesedaran buat mereka yang ingin mencuba-cuba mempraktikan diri sebagai pewaris politik lucah-keji..namun mereka itu "Mudah Lupa".."Sering tak ingat"..

Untuk itu kepada kita yg sering nk ingat tarikh matinya kita..perlu berwaspada.jangan ikut perasaan..elakan menjadi pewaris "Firaun Keji" yg memulakan politik lucah-keji yang sememangnya "SHIT !!!".dan tidak perlu dibiarkan melata di bumi Malaysia tercinta ini...

Marilah kita berganding tangan dan menyahut seruan pihak yang mahu nyahkan budaya politik lucah-keji di Malaysia-Melayu..

usinlastkata;...Mat Rempit pon tak sekeji Politikus Sempit ...kerana Mat Rempit berusaha mematikan diri sendiri dan orang lain...Politikus Sempit pula setiap hari berusaha utk mematikan orang lain dan biarkan dirinya mati kekenyang nafsu dan dunia..


adoiii..nantila aku edit utk boh gambar..berukband ni lece..lembab sembab..huhuhu

Banjir Besar Di Zaman Nabi Nuh a.s

Ilustrasi yg mengambarkan Banjir Besar di zaman Nabi Nuh a.s



Al-Quran adalah wahyu daripada Allah dan satu-satunya kitab yg tidak berubah.  Al-Quran melihat kejadian banjir besar ini dari perspektif yg berbeza daripada Pentateuch dan lagenda-lagenda lain yg diterangkan oleh pelbagai budaya.Pentateuch, adalah nama bagi salah satu dari lima buku yg terdapat didalam Perjanjian Lama,mengatakan bahawa banjir itu berlaku secara global; iaitu meliputi seluruh bumi.

Di Dalam Al-Quran adalah jelas bahawa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh tidak meliputi seluruh muka bumi,tetapi hanya memusnahkan kaum Nabi Nuh a.s . Sama seperti Nabi Hud a.s yg hanya dihantar kepada kaum Ad,  Nabi Salih a.s  untuk kaum Thamud...Nabi Nuh a.s telah dihantar hanya utk kaumnya dan banjir itu telah menyebabkan kaumnya pupus...

 "Dan demi sesungguhnya ! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu ia memberitahu kaumnya dgn berkata  "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi amaran yg nyata kepada kamu.  "Iaitu janganlah kamu menyembah melaikan Allah ; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yg lainnya), kamu akan ditimpa azab yg tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan" ( Surah Hud : 25-26)

Mereka yang pupus adalah golongan yg tidak langsung menerima seruan Nabi Nuh a.s dan berterusan menentang baginda. Ayat-ayat berikut jelas menerangkan;

"Mereka terus mendustakanya ,  Kami selamatkan dia dan org-orgnya yg besertanya di dlm bahtera, dan Kami karamkan org-org yg mendustakan ayat-ayat Kami.Sesunguhnya mereka adalah kaum yg buta (maa hatinya daripada melihat kebenaran) . (Surah Al-A'raf; 64)

Allah SWT juga telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa Dia tidak akan menghancurkan sesuatu kaum sebelum seorang rasul dihantar kepada kaum tersebut.Kehancuran hanya berlaku setelah seorang rasul diturunkan dikalangan sesuatu kaum dan sekiranya rasul itu ditentang. Allah berfirman di dalam Surah Al-Qashash ;

Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota ,sebelum Dia mengutus di ibukota itu seoreang rasul yg membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman. (Surah Al-Qashash;59)

Allah SWT tidak menghancurkan sesuatu kaum sebelum Dia menghantar seorang rasul, Nabi Nuh a.s telah dihantar kepada kaumnya sebagai pemberi ingatan .Oleh yg demikian ,Allah SWT telah menghancurkan hanya umat Nabi Nuh a.s , tidak melibatkan mana-mana kaum yg tidak dihantar seorang rasul.

Daripada kenyataan -kenyataan Al-Quran ini , kita boleh membuat kesimpulan bahawa banjir besar itu hanya berlaku di wilayah terentu, dan bukan secara global.Kerja-kerja penggalian yg dilakukan di kawasan arkeologi ditempat yg dikatakan berlakunya banjir besar itu menunjukan bahawa banjir besar itu bukanlah satu fenomena global, tetapi ia adalah kemusnahan luas yang berlaku di kawasan tertentu Mesopotamia.

Banyak penggalian sejarah telah dibuat di sekitar kawasan dataran Mesopotamia utk mengkaji kejadian banjir tersebut.Penggalian sejarah yg dilaksanakan ke atas empat buah bandar utama; kesan-kesan yg menunjukan satu banjir besar pernah berlaku sekitar 3000 tahun SM telah ditemui.  Keempat-empat bandar ini adalah yg terpenting di Mesopotamia; Ur , Erech , Kish , Shuruppak
R.H.Hall dari Museum British adalah org pertama menjalankan kerja-kerja penggalian disitu.Selepas itu ,Leonard Woolley, menjalankan sendiri kerja-kerja penggalian dan turut menyelia kerja-kerja yg sama di bawah penajaan bersama Museum British dan University of Pennsylvania.Kerja-kerja yg dijalankan oleh Wolley mmeberi kesan yg besar seluruh dunia berlangsung dari tahun 1922 hingga 1934.
Apabila setiap faktor yg menyebabkan berlakunya banjir dianalisis, didapati semuanya menunjukan kejadian itu sebagai fenomena biasa yg snagat lumrah,Apa yg menariknya kejadian ini ialah ; semua faktor itu berlaku dlm masa yg sama dan pada ketika itu Nabi Nuh a.s telah pun mengeluarkan amaran sebelumnya.
Penilaian ke atas bukti yg ditemui hasil daripada kajian lengkap mendedahkan bahawa banjir besar itu meliputi kawasan seluas lebih kurang 160km (lebar) dari timur ke barat, dan 600km (panjang) dari utara ke selatan.Ini bermakna banjir itu meliputi kesemua kawasan dataran Mesopotamia.Apabila analisis dibuat ke atas susunan bandar-bandar yg terlibat ; Ur,Erech,Shuruppak dan Kish, kita dapati ianya terletak dlm satu laluan.Oleh itu, pastinya banjir tersebut meliputi keempat-empat bandar ini dan dataran sekelilingnya.

Seperti diketahui umum , sungai-sungai Tigris dan Eupharets memotong Mesopotamia dari kedua-dua hala.Nampaknya kedua-dua sungai ini bersama -sama dengan sumber -sumber air yg lain; kecil dan besar,telah melimpah dan bersama-sama dengan hujan yg lebat telah mengakibatkan banjir besar berlaku.Kejadian ini dijelaskan oleh Al-Quran  seperti berikut;

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan)air yang tercurah.Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air -mata air bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan (Surah Al-Qamar; 11-12)

Selain itu perlu dinyatakan bahawa struktur geografi dataran Mesopotamia di sekitar 3000SM amat berbeza dengan apa yg ada pada hari ini.Pada hari itu, dasar sungai Euphrates adalah lebih ketimur daripada keadaanya pada hari ini; perubahan itu ada kaitanya dengan garis laluan menerusi Ur, Erech,Shuruppak dan Kish.Dengan terbukanya "cucuran langit dan bumi", Sungai Euphrates telah melimpah dan membanjiri serta memusnahkan keempat-empat bandar tersebut.





usinkata;..ini adalah petikan dari buku "KAUM-KAUM YANG PUPUS Bab 1; Kisah Banjir Besar Nabi Nuh  a.s - karya Harun Yahya @ Adnan Oktar (Ankara Turki)

Sunday, February 27, 2011

"Keris" takan hilang walaupun Umno "hilang"

Inilah sebilah keris purba yg ditemui di sebuah kuil purba “Enkakuji Temple”di dasar lautan Pulau Okinawa Jepun

usinkata;...Sejarah sudah membuktikan bahawa Melayu xpernah hilang-hilang walaupun banyak bangsa sezaman denganya sudah pupus..sebab itulah Hang Tuah tinggalkan kata pusakanya.."Takan Melayu Hilang Di Dunia"..dan hati ini yakin Melayu akan hilang apabila dunia akan kiamat kerana tiada yg kekal selain dari Allah..
Untuk itu tanpa Umno..Melayu akan terus berdiri..akan terus berlari..


PAS ganti Umno..PR ganti BN
"Teras kepimpinan Melayu tidak perlu dicemasi kerana ia tidak akan hilang.Sistem demokrasi yang diamalkan hari ini meletakan kuasa Melayu utuh dan teras kepimpinan Melayu juga tidak akan terhakis.
Daripada 222 kerusi Parlimen hari ini sebanyak 129 kerusi milik orang Melayu beragama Islam,manakala 69 milik bukan Melayu dan 24 kerusi lagi milik Bumiputera bukan islam.Dari sudut mana pun,orang Melayu akan menguasai Parlimen,kerana Parlimen Malaysia hanya memerlukan simple majoriti mana-mana puak atau parti mendapat lebih satu kerusi merekalah yang akan menjadi pemerintah.
Jadi kebimbangan mengenai teras kepimpinan Melayu tidak berasas hatta 50 tahun lagi Melayu tetap menjadi teras kepimpinan negara ini selagi sistem demokrasi digunapakai. " - Mustapa Ali Setiausaha Agung PAS

MSOkata;...Dengan mengambil fakta dan keyakinan dilontarkan Mustapa tadi jelas yang bimbang,yang gerun dan kehilangan kekuasaan hari ini bukan Melayu..teapi UMNO,sedangkan kedudukan orang Melayu di negara ini bukan sahaja terbela di tangan Umno.
Pengakuan kononya Umno saja yang mempu menjaga Melayu dinegara adalah mitos yan dicipta untuk menakut dan menggerunkan mereka yang buta sejarah dan buta pengetahuan.

* sumber; Siasah 25 Feb-03 Mac 2011(m/s 26);. Komentar; " Siapa dilema,Melayu atau Umno? "-Arus Bawah : Mohd Sayuti Omar 

Saturday, February 26, 2011

SUMPAH JAMPI MENTERA - HANTU MESIR & HANTU TUNISIA

"hantu ni gerombolan langsung xtakut.."

tapi "hantu tunisa ni..membuatkan "gerombolan" terjun katil dan terus terberak sambil berlari anak gajah..

dan hantu Mesir ni pulak..pemerintah 53 tahun terus cabut dan terkencing sambil berlari anak gajah..


usinkata;.."Hantu mana hantu..ada hantu ..mana-mana..."..

huhuhu rasanya itulah yg sedang menghantui "gerombolan yg sudah memerintah 53 Malaysia ini...

"Hantu Tunisa..Hantu Mesir..dan kini Hantu Libya..sedang menghantui pemerintah "terlama" 53 tahun..

Ketakutan jelas dituturkan oleh pelbagai pemerintah 53 TAHUN..huhuhu..

Nasib hampa la...masa akan menentukan..apa nak takut..
kalau buat betul xperlu takut..
kalau buat benar xperlu nk berdebar-debar..

Namun begitu.sumpah-jampi mentera hantu tunisia & hantu mesir  ini benar2..menakutkan pemerintah 53 tahun..dan kini sumpah jampi mentera ..dipaparkan kepada umum..marilah kita menghafalnya...
dan jangan lupa lepas membacanya kuat2... 3 kali sehari selepas gosok gigi..huhuhu



TTjampi;-

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

wout… MULA KATA MESIR TUNISIA TAK SAMA DENGAN MALAYSIA…. kah kah kah..

kah kah kah… KEMUDIAN KATA TAK AKAN MEREBAK KE SINI…. kah kah kah..

woit… MARI SINI LIHAT …. SAMA ADA MESIR SAMA DENGAN MALAYSIA ATAU TIDAK…. kah kah kah…

- MESIR DI BAWAH REJIM YANG SAMA SELAMA 30 TAHUN
- MALAYSIA DI BAWAH REJIM YANG SAMA SELAMA 53 TAHUN

- MESIR DI BAWAH UNDANG UNDANG DARURAT – semenjak 1981
- MALAYSIA DIBAWAH UNDANG UNDANG DARURAT – semenjak 1948,1969,1974

- MESIR ADA PENJARA TANPA BICARA
- MALAYSIA ADA PENJARA TANPA BICARA

- MESIR GUNAKAN ISLAM EXTREMIS BODEK AMERIKA
- MALAYSIA GUNAKAN ISLAM EXTREMIS BODEK AMERIKA

MESIR SWASTAKAN HOSPITAL
MALAYSIA SWASTAKAN HOSPITAL

MESIR SWASTAKAN LETERIK
MALAYSIA SWASTAKAN LETERIK

DI MESIR KESATUAN BURUH DI MUSNAH
DI MALAYSIA KESATUAN BURUH DI MUSNAH

DI MESIR PELAJAR DI BAWAH AKTA
DI MALAYSIA PELAJAR DI BAWAH AKTA

tak cukup lagi:

MESIR PENUH DENGAN RASUAH
MALAYSIA LAGI PENUH DENGAN RASUAH

tak cukup lagi:

- PILIHANRAYA DI MESIR TIPU
- PILIHANRAYA DI MALAYSIA TIPU

- tak cukup lagi:

DI MESIR RAKYAT BENCI FIRST LADY
DI MALAYSIA RAKYAT BENCI FAT LADY

Friday, February 25, 2011

Nasi Kandar "Special" sedang diracuni..

"Perkauman" adalah salah satu racun paling popular digunakan oleh para "gerombolan"..

usinkata; ...Para "gerombolan" sedang berusaha meracuni pemikiran rakyat Malaysia terhadap "kerajaan PR" di Pulau Pinang dan Selangor...dan racun paling berbahaya yg sedang dituang ke dalam nasi kandar "special" PR di Pulau Pinang tidak lain tidak bukan "isu pekauman warisan penjajah Inggeris"..
utk mengetahui secara lanjut tentang bagaimana kaedah meracun dan jenis apa lagi racun yg akan diguna pakai oleh "gerombolan" sila klik disini.http://msomelayu.blogspot.com/2011/02/maklumat-malam.html....MSO ada memberitahu kita  informasi terkini gerakan berbahaya "gerombolan"

dan dibawah ini antara kaedah meracun yg sudah dikenal pasti serta jenis racun yg digunakan...




ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad 

Merungkai kekeliruan myBALIKpulau
Hafiz Zainuddin | Feb 21, 2011 12:02:22 pm


Apabila mereka buka mulut, mereka cuba melabel diri sebagai "hero" dan pembela bangsa.  Mereka menjaja nama bangsa mahupun agama demi mengemis sokongan masyarakat.  Mereka menggunakan alasan "Hak Melayu yang dijamin perlembagaan" untuk mewujudkan ketidakharmonian antara kaum.  Walhal hakikat sebenarnya, mereka cuma mahu mempertahankan "periuk nasi" dan keberlangsungan saki-baki kuasa yang ada.  Persoalan "hak Melayu" sememangnya telah terjamin oleh perlembagaan sampai bila-bila.  Persoalannya, siapa yang memperkosa hak Melayu ini selama lebih separuh abad merdeka?

Bayangkan, walaupun bersandarkan dengan fakta-mereka akan terus cuma menegakkan benang yang basah.  Saya melihat ia suatu yang sangat bodoh dan tidak matang apabila golongan ini cuba mempolitikkan segala isu yang timbul dan dilihat cuba menggugah keamanan dengan menjerumuskan hampir apa jua isu ini kepada isu perkauman.

myBALIKpulau oh myBALIKpulau

Kali ini isunya bukan kepala lembu, bukan kandang babi, bukan "Cina" masuk surau.  Kali ini, isunya adalah mengenai risalah myBALIKpulau yang diterbitkan oleh Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (Arts-ED) yang dikatakan "menghina Melayu dan sangat berbahaya".

Ada dua kekeliruan yang telah ditimbulkan mereka yang tidak berpuas hati.  Pertamanya adalah berkaitan sumber-sumber sejarah yang dituduh "menghina Melayu dan berbahaya".  Kedua adalah mengenai "siapa" yang bertanggungjawab menerbitkan risalah tersebut.

Pada 11 Februari baru-baru ini, Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang telah mengeluarkan tiga mukasurat Kenyataan Akhbar yang menjawab semua pertuduhan mengenai sumber-sumber sejarah yang menjadi rujukan.  Jelas, terang lagi bersuluh sebenarnya tiada isu panas yang boleh dimainkan.

Mari kita turuti sepintas lalu kronologi myBALIKpulau.  Isu ini dibawa oleh ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad .  Risalah ini seperti yang kita sedia maklum dituduh sebagai menghina orang Melayu, cuba melupuskan sejarah Melayu di Balik Pulau dan cuba mengelirukan generasi muda.  Muhammad Farid Saad juga menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat telah menerbitkan risalah myBALIKpulau tersebut.

Maka seperti biasa, Utusan Malaysia akan mula "memukul gendang" perkauman.  Pada 2 Februari 2011 terpampang besar tajuk utama berita akbar tersebut "Lupa Sejarah, Hina Melayu" yang dilihat cuba memainkan sentimen perkauman.  Ya.  Mungkin inilah hakikat sebenar 1Malaysia yang dibanggakan Najib Razak.  Jelas, wajah 1Malaysia ini kelihatan sangat capik.

Isu ini tidak terhenti setakat ini.  Sejurus selepas itu, pada 9 Februari 2011 sebuah badan yang menamakan diri mereka Gabungan Bela Hak Islam (Gabungan) yang terdiri dari empat NGO mendesak kuat agar Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan risalah tersebut dengan sebab yang sama.

Kerajaan Negeri meminta agar Utusan dan Muhammad Farid memohon maaf tetapi tidak diendahkan.  Malang sekali buat ADUN Pulau Betong ini.  Pada 15 Februari, kerajaan Pulau Pinang bertindak memutuskan untuk menyaman beliau dan Utusan Malaysia.  Hal ini disebabkan kerana risalah itu sebenarnya ditaja oleh Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Pelancongan Pulau Pinang bawah kepimpinan GERAKAN-BN.  Ini beerti, segala tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah sesuatu yang berniat jahat.

Agenda Jahat UMNO-BN

Masih tidak berpuas hati dengan "sambutan hangat rakyat".  Api perkauman terus-menerus ditiup sebaik mungkin.  Pada 16 Februari 2011, beberapa lagi pertubuhan NGO dan individu membuat laporan polis berhubung risalah ini.  Pertubuhan NGO tersebut terdiri daripada Pertubuhan Seni Silat Gayung Pulau Pinang, PERKASA, Belia 4B Permatang Pauh dan Johari Ahmad.  Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia misalnya dilihat cuba mengheret Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan menyerahkan tiga sampul surat yang mendakwa mengandungi "bukti pembabitan kerajaan negeri" dalam penerbitan dan pengedaran risalah myBALIKpulau ini.

Belumpun isu myBALIKpulau reda, media UMNO memainkan isu perobohan yang melibatkan 1,000 gerai penjaja haram oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai di sekitar Taman Pelangi.  Isu ini telah mendapat liputan yang meluas media cetak maupun elektronik.  Kerajaan Negeri Pulau Pinang digambarkan "tidak perihatin" kepada nasib yang menimpa masyarakat Melayu.  Walhal notis sebanyak empat kali telah dikeluarkan oleh pihak majlis.

Ini semua adalah permainan jahat.  Para pemerhati menyimpulkan isu yang dilihat "membakar sentimen" perkauman ini adalah percubaan menjerumuskan kestabilan negeri ke kancah "ketegangan kaum".  Dalam banyak-banyak isu yang timbul di Pulau Pinang. UMNO dilihat menjadi dalang utama memanipulasi isu.  Bagi pendapat saya, isu ini sepatutnya tidak timbul.  Rakyat Pulau Pinang lebih mengetahui perkara yang sebenar.

Soalan saya, apakah ini sesuatu yang bagus untuk rakyat, negeri mahupun negara?  Tentu sekali tidak.  Soalan saya lagi, sekiranya UMNO-BN berjaya menaikkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu, siapa yang akan untung?  Tentulah UMNO.  Adakah orang Melayu terbela di bawah BN satu ketika dahulu?  Anda sendiri tahu jawapannya!


Skandal RM30 juta Pulau Jerejak??

Jangan jadi bodoh.  Jangan bantut akal.  Mari kita lihat dan fikirkan.  Semasa isu Interlok timbul- isu ini telah dibawa ke peringkat tertinggi Kementerian Pelajaran.  Walaupun pada mulanya mengundang tindakan emosi sesetengah pihak, Interlok dibawa ke meja mesyuarat dan rundingan.  Wacana-wacana bersifat ilmiah terus dibahaskan.

Berbeza dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang; risalah myBALIKpulau tidak diberikan tempat yang adil seperti Interlok.  Tindakan yang diambil dilihat emosi semata-mata.  Mengapa ia jadi begini?  Jawapannya amat mudah - Interlok disuarakan MIC manakala myBALIKpulau cuba diletakkan di bahu DAP!  Bagi saya, apa yang berlaku sangat-sangat memalukan.

Ada beberapa sebab mengapa UMNO menimbulkan isu perkauman sebegini.  Salah satu sebab adalah untuk menutup mata rakyat atas pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah pimpinan Koh Tsu Koon (gambar kanan) di mana beliau telah menyerahkan Pulau Jerejak kepada UDA.  Ini merupakan skandal yang sangat hot. Cuba teka, siapa yang untung?

Rakyat Malaysia semakin matang.  Ini bukan lagi zaman fotostat.  Ini bukan lagi zaman mesin taip.  Segala maklumat cuma dihujung jari rakyat.  UMNO-BN harus sedar dan insaf.  Sekiranya wujud kedaifan di kalangan rakyat Pulau Pinang, apatah lagi dari kalangan masyarakat Melayu; UMNO harus cermin diri mereka sendiri.  Hodohkan?

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

sumber; http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11567

Thursday, February 24, 2011

Cabar Kabinet Bayangan;..Tak Mau la..sat g demam...

seorang "bini" yg selalu impikan "yg slim-slim" sedang cabar mencabar..tgk..dia dh pasang kuda-kuda..


usinkata;..seorang "bini" telah mencabar utk berlawan..alahai..buat apa nk lawan "bini"padahal si "suami" dia yg dok cucuk..kita nk lawan si suami tue haa...eksen sangat..dgn rambutnya tue..huhuhuhu


Najib cabar PR dedahkan Kabinet Bayangan..

Ini jawapanya..

Pakatan Rakyat tidak perlu menyahut cabaran Najib untuk menubuhkan kabinet bayangan kerana PR sudahpun menubukn jawatankuasa parlimen yg dianggotai tokoh-tokoh parlimen dan lain-lain.

“Salah satu perkara yg telah dikemukakan oleh jawatankuasa ini kpd kami ialah cadangan pelan ekonomi yg kini dikenali sebg Buku Jingga

“Saya menganggap ini sebagai kenyataan yang positif kerana langkah kami untuk merampas Putrajaya yang dulunya dianggap tidak realisitik kini dianggap realistik,”

“Secara positif saya melihat, kepimpinan UMNO yg dulu menolak kemungkinan PR mengambilalih, sekarang pertama kalinya mereka akui bahawa ada kemungkinan PR akan ambilalih. Jadi mereka nak tahu siapa barisan pimpinan kita dn menteri-menteri kita,”-Anwar Ibrahim..


usintambah;..potong stim tulla anwar ni..layan la dulu ..bohong pi la kat dia seketoi dua...in tidak terus tembak..tengak kan dh merajuk p Turki..nk ngadu apa pulak kt depa tue...huhuhu...

Najib kalau tanpa skrip..ibarat org buta tanpa tongkat..mereban ke mana hala..teraba2 didalm terang..
Pak Lah dulu nasib baik ada KJ...Najib pulak nasib baik ada Rosmah..kalu tidak..Pak Lah asyik ngantuk..Najib pulak asyik "nk cari yg slim...huhuhu

sumber; http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_54a8cba5-7f000010-12507f40-c94d4c50

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009