Mahathir bazir RM100 biliun
sumber;freemalaysiatoday.com
Segala kelemahan dan keborosan, termasuk kerugian kira-kira RM100 biliun akibat pembaziran dalam satu skandal kewangan semasa 22 tahun pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad(gambar) akan diserlahkan dalam sebuah buku yang akan berada di pasaran di seluruh dunia minggu depan
Buku ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, adalah yang pertama ditulis dengan bebas dan telus mengenai pelbagai tindak tanduk Dr Mahathir, termasuklah mencampuri urusan yang merosakkan kewibawaan pelbagai badan penting dalam kerajaan seperti kehakiman dan polis.
Menurut Barry Wain, pengarang buku berkenaan, kerugian langsung kira-kira RM50 biliun. Jumlah ini menjadi berganda apabila membabitkan kos-kos terlindung. Jumlah RM100 juta itu bersamaan AS$40 biliun mengikut kadar pertukaran asing ketika itu.
Wain, bekas pengarang majalah Asian Wall Street Journal, berkata semua skandal itu termasuk usaha kerajaan memanipulasi harga bijih di peringkat antarabangsa dan percaturan Bank Negara terhadap pasaran mata wang dunia berlaku pada 1980-an.
Buku ‘Malaysian Maverick’ adalah juga sebuah majalah yang pertama yang bebas mengkaji dengan sepenuhnya mengenai Dr Mahathir, yang bersara pada 2003 selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Buku itu akan diedarkan ke seluruh dunia minggu depan oleh Palgrave Macmillan.
Baru-baru ini, Mahathir mengkritik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim , apabila kerajaan Selangor melantiknya sebagai penasihat ekonomi dengan elaun RM1. Mahatahir berkata bahawa bekas timbalannya itu tidak bijak dalam menguruskan ekonomi negara,
Wain menulis di dalam bukunya itu, masa pentadbiran Mahathir , yang mengambil alih kepimpinan negara pada 1981 daripada Allahyarham Tun Hussein Onn, dengan slogan ‘besih, cekap dan amanah’, hampir saja terlibat dengan skandal kewangan pada awal pentadbirannya.
· Buku itu juga mendedahkan Rahsia urusan jual beli senjata yang dibuatnya dengan Amerika. Antaranya:
· Mahathir, di sebalik dengan lantangnya melaungkan slogan nasionalistik, menandatangani secara rahsia, perjanjian keselamatan dengan Amerika Syarikat pada 1984 dengan membenarkan negara itu mendapat akses mengenai latihan peperangan gerila di Johor, dan membenarkan membina kemudahan membaiki kapal kecil di Lumut serta cawangan membaiki Hercules C-130 di Kuala Lumpur.
· Mahathir menggunakan dana rahsia parti Umno untuk menjadikan parti itu sebagai gergasi konglomerat dengan pelaburan yang mempunyai kepentingan dalam hampir keseluruhan ekonomi negara.
· Parti Umno menggunakan sebahagian wang rakyat (pembayar cukai) untuk kos pembinaan ibu pejabatnya di Pusat Dagangan Putra, Kuala Lumpur, dengan memaksa bank-bank tempatan memansuhkan sekurang-kurangnya RM140 juta nilai faedah ke atas pinjaman Umno.
Wain yang kini penulis residen di Institute of Southeast Asian Studies, Singapura, bagaimanapun memuji Mahathir dengan menjadi pemangkin ke arah perubahan ekonomi Malaysia dengan memokus kepada sektor industri dan meluaskan warga golongan pertengahan.
Tapi menurut Wain, Mahathir juga telah banyak merosakkan imej integriti institusi-institusi negara, membiarkan amalan rasuah berleluasa dan gagal menyediakan pemimpin pelapis untuk masa depan Malaysia.