Sunday, December 20, 2009

Enjin F-5E "GHAIB" ; Test Power oleh Puaka Tok Moh Rosmoh..?


Teka-teki; Yang mana satu Tok Moh Rosmoh..?...Kalau pandai boleh dapat rilek dalam Kapal Selam Altantunya..huhuhu

usinkata; Adakah misteri kehilangan enjin pesawat F-5E ini berpunca dari test power Tok Moh Rosmoh..?
Jangan main-main oooo dengan ini Tok Moh..nanti dighaibkan pula Malaysia dari peta Asia Tenggara..silap-silap Malaysia kat dalam peta Mongolia pulak..

Agaknya Tok Moh Rosmoh belajar dari David Copperfield untuk "ghaibkan" enjin pesawat TUDM ni kot..?

Enjin F-5E TUDM Dijual Kepada Syarikat Berpangkalan Di Amerika Selatan

Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

"Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah untuk melarikan enjin itu ke luar negara.

"Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Alam Sekitar di sini hari Sabtu.

Ahmad Zahid mengesahkan semua dokumen mengenai penjualan enjin itu telah diperoleh oleh polis.

"Syarikat antarabangsa itu berminat membeli enjin itu kerana harganya yang murah, kerana ia merupakan alat ganti yang dikategorikan sebagai rosak yang akan diperbaiki," katanya.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan polis menahan empat orang termasuk pegawai TUDM berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu.

sumber; BERNAMA

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009