Kelucahan Politikus Sempit Terkeji
usinkata;..Sehingga hari ini sesudah Malaysia dilucahkan dengan penayangan video seks oleh "Datuk T"..bahan lucah tersebut masih dilucahkan utk memastikan kesinambungan jangka hayat politik individu tertentu.
Isu lucah ini merupakan salah satu acara kemuncak politik kotor yang dimainkan oleh politikus sempit..sempit segalanya..dari kepala turun ke kaki..segala ruang yg ada baginya terlalu sempit..lebih sempit dari lubang kubur yg gelap itu..
Wajar tidak wajar politik lucah-keji seperti yg dimainkan dewasa ini ianya sudah menjadi realiti dan ia perlu ditelan pahit buat segenap rakyat Malaysia malah politik Melayu yg suatu ketika dulu gah dan tersohor dimata dunia sehingga menjadi buat mulut semua bangsa didunia kini makin mencair bak lilin dipanggang api..
Rupanya Politik Lucah-Keji yg dikatakan "Now Showing" dipentaskan dilantai Opera Hidup bernama Malaysia sudah dihidu seawal tahun 1989 oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad didalam salah sebuah hadiah tidak ternilai kepada kita rakyat Malaysia..iaitu karya beliau "Sutan Baginda"..
"Politik bukan lagi amanah yang sewajibnya dijaga dan disanjung tetapi politik sudah menjadi jenis nafsu ammarah yang hanya mengejar kekuasaan untuk mengisi perut.
Persoalan segan-silu dan malu-alah dan hormat-menghormati dan jujur-ikhlas dengan sendirinya terhakis.Masing-masing melonjak wajah dan fiil untuk ampu konco-koncnya.Dan bila jari-jari terpaut pada dahan yang agak kukuh,konco sendiri itupun disepakterajangkan ; malah segala benda yang terjangkau,termasuk maruah sendiri,dieksploitasikan selicik mungkin.Waktu itu tidak kira lagilah tentang amanah,tanggungjawab,keadilan atau keimanan.
Fenomena ini kadang-kadang diluar jangkauan akal dan kelaziman kita disebelah sini tetapi itulah realiti polilitik yang membinatangkan manusia di mana-mana pun sekarang ini." - Shahnon Ahmad
Keyakinan bahawa politik lucah-keji tidak akan berakhir didalam hawa politik Malaysia-Melayu...Ianya telah memiliki pewaris..dan anak itu sudah pun remaja dan dipengaruhi idealisme bersifat "Firaun Keji"..
Politikus Lucah-Keji ini bagaikan tidak menyedari mati itu akan tetap tiba pada masanya..dan dewasa ini sudah banyak kezahiran bahawa gambaran hukuman Allah sudah berjalan didunia utk dipratontonkan kepada manusia yang lain agar menjadi iktibar dan kesedaran buat mereka yang ingin mencuba-cuba mempraktikan diri sebagai pewaris politik lucah-keji..namun mereka itu "Mudah Lupa".."Sering tak ingat"..
Untuk itu kepada kita yg sering nk ingat tarikh matinya kita..perlu berwaspada.jangan ikut perasaan..elakan menjadi pewaris "Firaun Keji" yg memulakan politik lucah-keji yang sememangnya "SHIT !!!".dan tidak perlu dibiarkan melata di bumi Malaysia tercinta ini...
Marilah kita berganding tangan dan menyahut seruan pihak yang mahu nyahkan budaya politik lucah-keji di Malaysia-Melayu..
usinlastkata;...Mat Rempit pon tak sekeji Politikus Sempit ...kerana Mat Rempit berusaha mematikan diri sendiri dan orang lain...Politikus Sempit pula setiap hari berusaha utk mematikan orang lain dan biarkan dirinya mati kekenyang nafsu dan dunia..
adoiii..nantila aku edit utk boh gambar..berukband ni lece..lembab sembab..huhuhu
No comments:
Post a Comment