Thursday, April 7, 2011

Mantera Mereka: Antara TT, KASTAM, SPRM, PERKASA, RAKAN SARBANI, MENTERI, DAP,& MSO


Antara TT, KASTAM, SPRM, PERKASA, RAKAN SARBANI, MENTERI, DAP,& MSO

usinkata;....Kali ini tidak banyak yg nak dikatakan..tetapi hanyalah beberapa siri kata-kata yg bukan dari usinkata...mari kita dengar dan melihat lebih kedalam dgn pelbagai siri kata-kata ini..kata-kata ini merujuk kes terbaru kematian mengejut di bangunan SPRM...Dan ini ayat usinakata kat dalam FB sejam dua yang lalu..

"adakah ada antara peawai penyiasat SPRM memiliki kebolehan menguasai minda separuh sedar...pernah sy tgk CSI dlm AXN..ada seseorang yg mampu menguasai minda separuh sedar yg mampu mengarahkah mangsanya membunuh dir??????.."


Mantera Mereka

Didalam buku Hishamuddin Rais a.k.a Tukar Tiub "Keganasan,Penipuan & Internet -hegemoni media daulah pecah ...beliau ada kata...

"Para Blogger sudah tidak tentu arah tujuan .Cerita mana yang hendak diputar.Usik salah tak usik salah.Belum sempat kes bunuh selesai ,rasuah muncul.belum tutup mata sebelah lubang parlimen bocor.Semua bikin kacau.Semua bikin kalut.
Menteri kata blogger bohong.Blogger kata menteri bohong.Polis kata blogger dan menteri bohong.Blogger kata polis bohong .Kalau polis bohong siapa nak tangkap polis? Inilah yang bikin kacau.Bikin susah."

Masa TT tulis buku ini beliau merujuk kes-kes penting yg berlaku didalam negara sekitar 2007..dan kini pada tahun 2011 selepas April Fool...Malaysia cuba difoolkan dgn beberapa aksi pelakon-pelakon sensasi ahli politikus sempit yang lebih keji dari Mat Rempit..
Yaaa...laaa..Mat Rempit hanya cuba membunuh diri dan membunuh orang lain...tetapi Politikus Sempit hanya nk bunuh orang lain(musuh politiknya) tetapi membiarkanya dirinya hidup sehingga mati kekenyangan..

Untuk itu disini...nak edit sikit dari perenggan yang dikatakan oleh TT dahulu kala (2007)..dan di tampal dengan isu terbaru 2011 ini...


"Para Blogger sudah tidak tentu arah tujuan .Cerita mana yang hendak diputar.Usik salah tak usik salah.Belum sempat kes rogol amah selesai ,video seks muncul.Belum tutup mata sebelah ada lai orang mati mengejut terjatuh dari bangunan SPRM.Semua bikin kacau.Semua bikin kalut.
Kesatuan Pegawai Kastam kata SPRM bohong.Rakan Sarbani kata mustahil Sarbani bunuh diri,Perkasa kata tidak mustahil Sarbani bunuh diri .Menteri kata Abu Kasim tak perlu letak jawatan, DAP kata Abu Kasim patut digantung tugas sehingga siasatan selesai..Kalau SPRM rasuah siapa nak siasat SPRM.Inilah yang bikin kacau.Bikin Susah."

rujukan;-

1) Kesatuan Pegawai Kastam kata SPRM bohong ;-

2) Rakan Sarbani kata mustahil Sarbani bunuh diri
Mustahil Sarbani boleh bunuh diri,kata rakan-rakanya

3) Perkasa kata tak mustahil boleh bunuh diri
Kes Sarbani : Tidak Logik SPRM bunuh saksi,kata Perkasa
petikan artikel diatas..lihat ayat yg ditebalkan..
Malah pertubuhan itu juga berpendapat bahawa tiada logik saksi, yang disiasat itu, dibunuh kerana tindakan sedemikian hanya akan merumitkan proses siasatan.
Memang tindakan luar kawalan akibat tekanan boleh berlaku,— kata Yang Dipertua Perkasa Perak Ahmad Zaini Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

4) Menteri kata Abu Kasim tak perlu letak jawatan
Nazri;Abu Kassim tidak perlu letak jawatan


5) DAP kata Abu Kasim patut digantung tugas sehingga siasatan selesai
DAP gesa Putrajaya gantung tugas ketua SPRM sehingga siasatan selesai

Susah-susah...kes Teoh Beng Hock pun makan tahun pun xselesai2 lagi....inikan pula yg terbaru kes Sarbani...
TTkata...Isu Teoh Beng Hock sebabkan undi Cina lari dari UBN..maka kini mungkin undi Melayu akan turut lari 90% kepada Pakatan dan harapan terbaru undi India bakal turut akan melompat kedalam Pakatan akibat dari Interlok..

Terakhir sekali...MSO dengan Tinta Merahnya..mencoretkan kata-kata hikmat yg perlu direnungi bersama...


"Percaya dan yakinlah perancangan jahat oleh sesiapa pun ia tetap dalam pemerhatian Tuhan dan Dia akan mempertimbangkan sebagai mungkin akan natijah dari perancangan itu. Isu video lucah yang diperniagakan hari ini dipintas oleh isu kematian Allahyarham Sarbini itu."

Friday, April 1, 2011

Persamaan : Anwar dengan Hang Tuah dan Mahsuri

Orang Melayu gagal keluar kemelut krisis peradaban
Nazli Ibrahim | March 31, 2011 - http://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/31/orang-melayu-gagal-keluar-kemelut-krisis-peradaban/

"Sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim."

PETALING JAYA: Masyarakat Melayu moden di negara ini dianggap gagal keluar dari kemelut krisis peradaban apabila masih lagi sanggup melakukan perkara sama yang telah dilalui oleh Hang Tuah, anak gadis Sang Rajuna Tapa dan juga Mahsuri pada zaman masing-masing.
Demikian hujah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu wawancara hari ini.
Menuruh Prof Dr Abu Hassan, sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim itu.
“Isu video seks  bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar  sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.
“Isu video seks  bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama,” kata beliau.

Memfitnah zina untuk menjatuhkan musuh?


Menurutnya, isu video sekd yang melibatkan individu-individu terkenal Melayu mempunyai signifikan dengan perangai lama orang Melayu yang beberapa kali  menjatuhkan musuh mereka dengan mengaibkan atau mengenakan fitnah zina sesama mereka.
“Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.
“Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.
“Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.
“Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri,” jelas beliau.
Prof Dr Abu Hassan turut menyatakan, masyarakat hari ini yang mulai rasa bimbang dengan permainan politik fitnah yang akhirnya mampu untuk menjatuhkan  kuasa politik Melayu di negara ini.
“Masyarakat mula bimbang apakah politik yang semacam ini akan berterusan dan akhirnya menyebabkan kejatuhan politik Melayu di masa depan.
“Lalu tentulah masyarakat begitu ingin menghentikan politik yang sebegini,” jelas beliau lagi.
Beliau turut menyatakan amalan politik lucah bukan sahaja bertentangan dengan akhlak politik Islam serta tidak memberi manfaat kepada peradaban bangsa Melayu malah ia turut menggambarkan keadaan bangsa itu yang sedang sakit dan dihina oleh bangsanya sendiri.
“Setiap individu dalam masyarakat mempunyai akal rasa dan akal fikir mereka sendiri, tentulah buat yang beriman dan berpercaya pada Tuhan menyedari bahawa politik lucah tidak pernah memberi apa-apa manfaat bagi peradaban bangsa selain menggambarkan bangsa itu sendiri sedang sakit dan dihina oleh bangsa mereka sendiri.
“Tidak kira siapa yang dituduh dan difitnah, atau dicela, maka seluruh bangsa itu dalam mayatilik bangsa lain juga tertuduh dan tercela sama.
“Sebab itulah secara filsafatnya, politik lucah yang sedang berkembang di saat ini dalam amalan politik tanah air telah bukan sedikit mengheret masyarakat terbanyak untuk bersama dalam suatu cara menguruskan politik yang bertentangan dengan akhlak politik Islam,” ujarnya lagi.
Beliau turut menjelaskan peranan media dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat agar menolak politik lucah dari terus berkembang dalam masyarakat negara ini.
“Tentulah isu Video Lucah yang terkait dengan Anwar sedikit sebanyak memberi kesan kepercayaan politik terhadap beliau dan Parti Pakatan Rakyat (PR).
“Bagaimanapun di waktu yang sama sekira media-media terus-terusan menyebarkan kehodohan-kehodohan politik sebegini akan mencetuskan pemikiran semula di kalangan masyarakat,” tegas beliau.

Anwar dianggap simbol
Beliau turut menyifatkan taktik politik lucah yang digunakan untuk menjatuhkan  Anwar sebagai gagal apabila keadaan ini hanya menyebabkan Anwar diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.
“Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.
“Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan,” kata Prof Dr Abu Hassan.

Politik Kotor; Dari PWTC hingga ke Masjid Daaru As Solihin di Kampung Sambir,Kota Samarahan

Perangai politik Umno dibawa ke Sarawak

KUCHING: Setiausaha Politik kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Abd  Rahman Yusoff mengecam tindakan pihak tertentu yang menggunakan taktik kotor menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim secara fitnah sepanjang beliau berceramah di Sarawak.
Ia dilakukan melalui kenyataan yang dipamer pada kain rentang yang dipasang di sepanjang perjalanan menuju ke Masjid Daaru As Solihin di Kampung Sambir, dekat Kota Samarahan hari ini.
“Nampaknya ada pihak yang tergugat sehingga terpaksa menggunakan taktik kotor dan ‘gutter politics’ dan menyerang peribadi.
“Tindakan ini merupakan cara kempen yang pincang dan cuba membawa cara politik Umno ke Sarawak,” kata Abdul Rahman.
Beberapa kain rentang dilihat terpasang di sepanjang perjalanan termasuk di bulatan berhampiran pintu masuk Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Teknologi Mara cawangan Kota Samarahan.
Kain rentang tersebut tertulis perkataan antaranya ialah “Siapa Lelaki Y” dan “Sarawak bankrap jika ikut Buku Jingga”
Terdahulu sebelum itu, Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Daaru As Solihin di Kampung Sambir.
Beliau kemudiannya  menyampaikan ucapan di perkarangan masjid dan didengari kira-kira 200 penduduk tempatan.
Difahamkan seorang kariah masjid yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata, Anwar tidak dibenarkan menyampaikan sebarang ucapan mahu pun tazkirah di masjid tersebut.
“Ini arahan pihak atasan. Sebarang usaha untuk memberi peluang kepada Anwar berucap akan dihalang,” katanya.
“Tapi, dapat dengar ‘tazkirah’ di luar masjid pun jadilah. Seronok bila dia datang ke kampung kami” ujarnya.

sumber; http://www.keadilandaily.com/perangai-politik-umno-dibawa-ke-sarawak/

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009