Sunday, June 3, 2012

Himpunan Tunjuk Kuat : POLITIK KEAHLIAN UMNO DAN PAS

Sengaja diletakan pic Himpunan Hijau kerana jelas Hijau paling kuat berbanding Merah..

SEKALUNG TAHNIAH

Tahniah kepada Parti PAS..ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong PAS dan tidak lupa juga kepada peminta-peminat Ustaz Azhar Idurs kerana berjaya menjayakan "Himpunan Hijau Ke Putrajaya" yg bertempat di Stadium Darulaman..
Sebelum itu tahniah juga kepada Parti UMNO..ahli-ahli UMNO dan penyokong-penyokong UMNO kerana berjaya menjayakan "Sambutan Ulang Tahun UMNO ke 66" di Stadium Bukit Jalil.

Disini bukan utk membicarakan tentang jumlah kehadiran ahli dan penyokong atau pengisian yg ada ketika berlangsungnya kedua-dua acara yg melibatkan dua buah parti besar yang telah lama berada diarus arena politik tanahair..

Disini berlegar satu persoalan yg bermain diminda yang mana ianya hanya mampu dijawap oleh setiap jiwa yang mencari alternatif disebalik berlangsungnya acara kedua-dua pihak iaitu UMNO dan PAS..

TUNJUK KUAT

Secara jujurnya ingin diperkatakan pendapat bahawa  melalui kedua-dua acara besar ini..ianya menunjukan satu penanda aras dimana kedua-dua parti masing-masing melalui ego yg normal ingin memperlihatkan kepada umum bahawa mereka masih mampu..masih kuat..masih gagah perkasa didalam menongkah arus utk memperolehi "kuasa politik" didalam arus perdana arena politik negara..

Tidaklah mengejutkan dimana rata-rata ahli kedua parti memperlihatkan..mempamerkan..kehebatan parti masing-masing sepanjang berlangsungnya kedua acara besar parti mereka..baik melalui media tradisional parti atau pun melalui kecanggihan media dalam talian..

UMNO nak tunjuk kuat dimana partinya juga mampu menghimpunkan seramai yang mungkin ahli dan penyokongnya utk dibandingkan dengan himpunan BERSIH 3.0..malah setelah dibisikan bahawa parti UMNO bukan pilihan anak muda..maka terlaksana pula Himpunan Sejuta Belia peringkat kebangsaan di Putrajaya yang mana dimomokan pula ianya menunjukan sokongan anak muda kepada UMNO malah turut juga kepada Barisan Nasional..

Manakala PAS nak tunjuk kuat bahawa setelah melalui 12 kali Pilihanraya Umum..kali ini..PAS benar-benar bersedia utk mengHIJAUkan Putrajaya..dan agak menarik juga lokasi acara besar PAS ini dilakukan di negeri Kedah yang amat rapuh kedudukanya..
Umum mengetahui sudah dua kali berlangsungnya acara besar yang diadakan di negeri Jelapang Padi..
Sejujurnya dihati ini..jelas mengatakan bahawa utk membawa ketenangan..utk menstabilkan suhu yang panas..utk mengubat luka-luka yang terhiris..memang wajar sekali Kedah menjadi pilihan lokasi acara besar PAS sesudah gelora masalah dalaman PAS Kedah..

Keyakinan amat tinggi setelah melihat bahawa PKR dan DAP agak berhati-hati mencorakan POLITIK KEAHLIAN didalam menunjukan kekuatan mereka dengan mempamerkan kekuatan keahlian dan penyokongnya sepertimana yang dilakukan oleh UMNO dan PAS..

Dari pengamatan kecil yang dilakukan..gerakan PKR dan DAP masih bersifat "gelira didalam hutan" dimana utk menunjukan politik keahlian ianya dilaksanakan melalui "isu-isu" yang ditimbulkan..dan dilakukan disatu-satu tempat yang mana mereka yakini kekuatan ahli mereka sedikit bernafas walaupun didalam lumpur..apatahlagi dengan sumber kewangan,fasilitis yang agak terbatas..menyukarkan kedua parti ini PKR dan DAP nak tunjuk kuat melalui politik keahlian yang mereka ada...

Namun begitu..jangan lupa pendekatan yang telah diambil oleh DAP..mereka berjaya melalui POLITIK ISU..dan bukan POLITIK KEAHLIAN..dan apa yg dilihat kini..PKR sedang bergerak bersama dengan POLITIK ISU..dan..rasanya PKR sudah mampu menguasai POLITIK ISU sehingga dapat menambah keanggotaan partinya secara mendadak dengan pantas ..

POLITIK KEAHLIAN

Melalui kedua acara besar parti UMNO dan PAS ini..sememangnya politik keahlian memainkan peranan paling penting utk  menjadi pengukur tanda aras bahawa parti tersebut..bersedia..bersatu..bersama..menghadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku baik dari segi kehilangan kuasa mahupun memperolehi kemenangan..

Namun begitu..wajarkah kita melihat kebergantungan POLITIK KEAHLIAN ini mampu menjamin masa depan sesebuah parti politik di negara ini...apatahlagi kita kini berada didalam POLITIK ALAF BARU..

Jika ada pendapat yang mengatakan bahawa hanya dengan hanya politik keahlian maka sesebuah parti politik dapat menjamin kemenangan..sejujurnya pendapat itu disanggah disini...maaf perbezaan pendapat berlaku sedang berlangsung kini..

Ini kerana kedudukan realiti politik tanahair menunjukan  politik keahlian sesebuah parti masih belum mampu menjamin kemenangan sesebuah parti untuk meraih undi majoriti..semaklah mana-mana kawasan yg dipertandingkan baik bagi Parlimen atau DUN sejak 12 Pilihanaraya yang lalu.

Pada pilihanraya 10 Mei 1969..DAP sebuah parti kecil jika hendak dibandingkan dengan Perikatan malah keahlian parti DAP ketika itu diakui sendiri oleh Lim Kit Siang bahawa parti mereka mempunyai keanggotaan yang terbatas..
Namun proses demokrasi berlaku juga ketika itu dimana pihak pembangkang memenangi sejumlah 37 kerusi Parlimen, iaitu 13 utk DAP,12 utk PMIP, 8 utk Gerakan dan 4 utk PPP...manakala Perikatan memenangi 66 kerusi...

Ini menunjukan bahawa faktor politik keahlian tidaklah boleh dianggap sebagai "kuasa tunggal" utk mencapai satu-satu kemenangan..

POLITIK ISU

Apakah faktor utama kemenangan pembangkang pada tahun 1969 yang menyebabkan Perikatan hanya mampu menang 66 kerusi dari 103 kerusi Parlimen..?
Tidak lain tidak bukan POLITIK ISU yang mejadi peranan besar kemenangan pembangkang ketika itu walaupun keanggotaan sesebuah parti politik pembangkang ketika itu agak terbatas..dan betapa ahli-ahli yang agak terbatas berjaya MENGGARAP SESEBUAH ISU agar menyakini dan memilih untuk mengundi pihak pembangkang.

Kemudian..apabila pihak pemerintah dapat menghidu kelemahan mereka maka dikecilkan ruang POLITIK ISU utk bergerak dengan berlakunya peristiwa gelap 13 Mei..diwujudkan pula undang-undang utk menyekat POLITIK ISU itu terus hidup bersama ruang demokrasi..maka POLITIK ISU..menjadi hambar..dan akhirnya luput dari ingatan massa..

Secara tiba-tiba...kecerahan buat POLITIK ISU kembali menyinar..ruang demokrasi terbuka automatiknya dengan pelanggaran ledakan Internet..ditambah pula dengan lahirnya bapa segala POLITIK ISU ketika itu...iatu apa yang terjadi pada 1999 dimana ketika itu muncul isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri dari jawatanya malah belau dipukul,dibogel,dihina,diaibkan,dijatuhkan maruah beliau dan keluarganya dimata umum..dan POLITIK ISU itu yang menyebabkan pengunduran Perdana Menteri selama 22 tahun bersara-berundur dari jawatan Perdana Menteri Malaysia paling lama..

Kemudian..pihak pemerintah menyedari kelemahan mereka..maka timbul lagi POLITIK ISU yang menyebabkan perpecahan berlaku di pihak pembangkang seterusnya melemahkan momentum menawan Purajaya..pemerintah berjaya melakukan POLITK ISU sebaik mungkin apatahlagi dengan segala macam instrumen yang mereka miliki..

Sesudah itu..muncul kembali bekas Timbalan Perdana Menteri..beliau menyusun dan menggarap POLITIK ISU semaksima mungkin..dan tanpa disedari..betapa hebatnya POLITIK ISU itu dimainkan..maka berlakunya TSUNAMI POLITIK 2008..apatahlagi ianya mendapat sentuhan dari komposer BERSIH..

Kini POLITIK ISU semakin mendapat tempat..apatahlagi dengan kemunculan media sosial baru yg telah memberikan umum/rakyat aksess kepada pendapat yang pelbagai.Rakyat menilai sesuatu isu dan untuk meraih sokongan ( sama ada ahli atau tidak ), sesebuah parti politik mesti mampu menggarap isu dengan baik.

Apa yang difahami..bahawa POLITIK ISU yang terbaik berlaku didalam negara sudah tentu ianya tidak lain tidak bukan..BERSIH ..BERSIH 2.0 dan yang terbaru BERSIH 3.0..

Setakat ini hanya BERSIH benar2 memperPOLITIKan ISU sehingga berjaya menghimpunkan rakyat Bangsa Malaysia yang berbilang kaum menyertainya..

UMNO dan PAS hanya berjaya menghimpunkan majoriti ahli dan penyokongnya yang rata-rata Melayu-Islam..

RAMALAN

Diramalkan "POLITIK ISU" akan lebih menentukan keputusan PRU13 berbanding "POLITIK KEAHLIAN"

Jumlah keahlian sesebuah parti politik tidak menentukan sama ada menang pilihanraya atau sebaliknya.

Sesebuah parti politik atau seseorang calon akan menang pilihanraya jika sekiranya mampu menggarap isu dengan baik,artikulasi isu secara yang dapat diterima oleh rakyat dan menentukan ia sentiasa menang dalam perbahasan apa sahaja.

Menguruskan isu jauh lebih penting daripada menguruskan keahlian parti...



USINKATA;..


RUJUKAN UTAMA;  Buku Tuan NOBISHA ; TUNGGU APA LAGI

















No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009