Friday, July 27, 2012

ISLAM; Antara Budaya ARAB dan Budaya MELAYU


"Upin dan Ipin pon Melayu"


“Islam dan Arab adalah dua perkara berbeza Islam sesuai untuk apa juga bangsa tidak perlu menjadi Arab atau dalam konteks seni Islamik
“Nusrat Fateh Ali Khan menghasilkan karya seni kerohaniaan melalui ‘qawalli’ kerana ia dekat dengan masyarakatnya"
“Begitu juga dengan Sunan Kalijaga yang menyerapkan Islam di dalam seni wayang kulit dan permainan kanak-kanakyang sebati di dalam masyarakat Jawa – Hindu pada ketika itu ” kata kartunis Ronasina atau nama sebenarnya Mohd Affandi Ramli.

 "Bukan setakat konteks seni...semua bidang...kalau Melayu tue jadi la Melayu..jangan jadi Arab Celop...Arab tue pon bukan 100% Islam..Melayu ni boleh dikatakan 100% Islam...yg murtad pon...dr agama lain convert balik pi agama asal..jika ada pon Melayu yang murtad depa nie akan mendapat kesulitan ..celaan dan tekanan yang kuat dari keluarga dan masyarakat...Org Melayu kalau jarang2 solat..kadag-kadang posa akan melenting bila agama itu disentuh..apalagi dikritik..apatahlagi yg xkenal ali ba ta..apabila ditanya dengan tegas menjawab "saya islam"..ditambahkan lagi dengan Perlembagaan Malaysia yang terang2 memastikan org Melayu tidak mudah boleh mengubah agama,mereka tidak dibenar utk ditarik kepada agama lain (Perlembagaan Malaysia,Fasa II(4). " kata usinwafer yang dicedok dari kata-kata Bapak Syed Husin Ali dalam buku Orang Melayu : Masalah & Masa Depan..



Dr Asri a.k.a kata...

"Islam tidak menghapuskan adat dan budaya kaum yang tidak bercanggah prinsip-prinsip yang Allah mahu dalam kehidupan manusia. Adat dan budaya yang tidak membawa kepada kesyirikan, kezaliman, kekejian, bidaah, pendustaan, khurafat dan keruntuhan maruah tidak ditentang oleh Islam.

Tidak penting adat itu berasal dari mana kaum sekalipun. Setiap kaum boleh mengekalkan adat dan budaya baik yang ada pada mereka. Bukan perjuangan Islam memaksa adat Arab ke atas bangsa lain. Begitulah juga sebaliknya.

Maka bukanlah perjuangan Islam itu memaksa bangsa lain berjubah dan berserban Arab. Tidak juga memaksa mereka memakan masakan Arab ataupun menggunakan ubatan Arab seperti yang disangka oleh sesetengah pihak.

Bahkan Arab itu sendiri mempunyai perbezaan budaya dan adat disebabkan perbezaan kabilah dan tempat. Mereka yang hidup Syam umpamanya, tidak sama dalam banyak aspek dengan mereka yang hidup di Hijaz. Begitulah seterusnya.


Sebab itu Ibn Taimiyyah (w 728H) apabila menyebut tentang pakaian dan makanan yang mengikut sunah menyebut: 

"Maka, bererti sunah Rasulullah SAW dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri." (Ibn Taimiyyah, Majmu'ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).

Nabi SAW tidak diutuskan untuk memperkenalkan design atau pun jenis pakaian, kasut, ubat, makanan yang berteras budaya kaum tertentu. Sebaliknya tugasan baginda menegakkan nilai-nilai yang mulia dan baik yang bersifat sejagat dalam kehidupan manusia.

Manusia mungkin mempunyai bahasa yang sama, tetapi maksudnya berbeza. Tuak di negeri-negeri Utara Malaysia memabukkan dan haram. Namun ‘tuak' di Kelantan tidak memabukkan kerana ia merujuk kepada air nira. Maka tidak haram.

Tentu sekali mengajak orang minum tuak di utara satu kesalahan, tetapi tidak di Kelantan. Memakai kain batik di Terengganu dan Jawa tidak dianggap menyerupai perempuan. Namun dianggap menyerupai perempuan di negeri-negeri Utara Malaysia.

Anda tidak wajar memakainya ke masjid dan majlis orang ramai. Di Scotland, lelakinya memakai skirt (kilt) yang dianggap macam pakaian wanita di tempat lain. Lelaki Melayu memakai sampin dan baju Melayu yang berwarna lembut.

Pakaian Melayu itu pada pandangan masyarakat lain bercirikan wanita dan tidak ‘cukup kelakiannya'. Namun tidak pada pandangan orang Melayu. Ia bergaya dan sangat lelaki.

Maka dalam memahami dan berdalilkan hadis Nabi SAW yang melarang lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki itu hendaklah juga difahami budaya dan adat setiap kaum.

Tidak boleh dihukum menyerupai wanita atau lelaki melainkan setelah difahami latar budaya sesuatu kaum. Saya teringat ada ‘ustaz' Arab dari negara tertentu yang mempertikaikan wanita Muslimah Malaysia memakai baju berwarna.

Katanya, wanita hendaklah memakai baju berwarna hitam. Dia mungkin melihat Islam itu menerusi jendela budaya Arab di negaranya lalu dia ingin supaya budaya Arab itu dijadikan kewajipan ke atas bangsa lain.

Saya kata kepadanya, itu budaya kamu, bukan penegasan Islam.

Kata Aishah bint Sa'd:"Aku melihat enam dari isteri-isteri memakai pakaian mu'asfar (berwarna merah)." (Riwayat al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah).

Ertinya isteri-isteri Nabi SAW pun memakai pakaian berwarna. Maka kata al-Imam Ibn ‘Abd al-Barr (w. 463):

"Adapun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna mu'asfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah." (al-Tamhid, 16/123, Muassasah al-Qurtubah).

bro Amin Iskandar pula kata..:

"saya ke sebuah pusat membeli-belah yang lama di Shah Alam Terkejut apabila sebaik sahaja masuk dari pintu hadapan sudah terlihat jualan murah Hari Raya Sudah pasti si penjual ini bijak dan memahami selera pengunjung Baju kurung baju Melayu songkok semuanya ada Itu tidak mengapa kerana itu memang pakaian tradisi

Budaya Arab

Yang turut dijual dalam jualan murah hari raya adalah jubah-jubah untuk lelaki dan perempuan Dari mana datangnya trend ini
Jika anda membuat pemerhatian terhadap masyarakat kita hari ini orang-orang Melayu sudah mula meninggalkan kebudayaan mereka Mereka kini mula mentransformasikan diri mereka untuk menjadi orang Arab Jubah-jubah Arab mula popular di kalangan orang-orang Melayu yang merasakan jubah adalah pakaian Islam. Begitu juga sanak dan saudara saya yang tidak terlepas dari fenomena ini 


Mereka-mereka ini akan terkejut jika ke pusat-pusat hiburan di Dubai apabila melihat di disko dan kelab malam juga jubah digunakan oleh orang-orang Arab sambil meminum minuman keras


 Ini semua berlaku kerana kurangnya kefahaman dan tidak tahu membezakan di antara Islam dan Arab Tidak hairanlah mengapa orang-orang Melayu lebih fokus dengan tajwid apabila membaca Al-Quran daripada memahami isinya Tidak ada bezanya dengan burung kakak tua yang boleh mengulangi percakapan manusia Beza Islam dan Arab 


Walaupun Muhammad S A W itu diturunkan di tanah Arab Islam dan kebudayaan Arab itu merupakan dua hal yang berbeza Ini yang gagal difahami oleh majoriti orang Melayu di Malaysia


 Mereka mengerjakan Haji dan Umrah Pulang ke tanah air membawa budaya Arab dan bukannya nilai-nilai Islam Sebab itu anda boleh melihat hari ini politik Melayu itu sendiri telah bertukar ganas sepertimana yang berlaku di tanah Arab yang sudah diketahui umum keras dan ganas Jangan terkejut melihat ceramah politik diserang kerana di tanah Arab lebih dari itu lagi Jika penyakit menjadi Arab ini tidak dibendung Malaysia akan menuju kepada kehancuran kerana politik akan menjadi lebih ganas lagi dari apa yang berlaku hari ini 


Lihatlah restoran-restoran Arab yang tumbuh bagai cendawan di seluruh Negara mengalahkan masakan-masakan tempatan Tidak lama lagi hilanglah masakan Muar Melaka Negeri Sembilan Selangor Perak Pulau Pinang Kedah Kelantan Terengganu dan Pahang Sabah dan Sarawak terlepas dari bala ini kerana kurangnya Melayu disana 


Melayu akan melupakan budaya mereka sepertimana mereka pernah melupakan sejarah awal di mana Melayu pernah menjadi Buddha dan Hindu Hari ini sejarah negara tidak banyak menceritakan tentang tanah ini ketika di zaman kerajaan Buddha dan Hindu Yang banyak diceritakan adalah Melaka kerana dianggap sebagai kerajaan Islam Semoga Ramadhan kali ini membuka fikiran umat Islam di Malaysia Pisahkan Islam dan Arab kerana keduanya berbeza.


usinkata;..Kalau Melayu tue..jadila Melayu..jangan jadi Arab Celop..Siapa lagi kalau bukan Melayu bangga dengan Melayu...Kalau rasa dah nak jadi Arab..tok sah makan nasi ..makan roti arab hari2..kalau nak jadi Arab..hari-hari tok sah cakap bahasa Melayu..cakap bahasa Arab..sedaq la diri oiiii Melayu oiiii..



4 comments:

1 melayu said...

Kenapa tak dikomen tentang melayu nak jadi orang putih atau ikut budaya mat saleh. Pakai baju dan pakaian mat sale , cakap mat sale walaupun grammar berterabur. Makan pun ikut budaya mat sale. Cara hidup pun ikut cara mat sale. Itu mesti dikomen juga. Saya pun tak setuju melayu ikut budaya arab. melayu kan ada baju melayu tapi kenapa gunakan baju jubah dan karmish pakistan atau pakaian gamis bangla. Melayu ,melayu , tak sedar diri.

Anonymous said...

x salah ikut budaya arab dari budaya barat...
orang arab yg anta tengok di disko dan pusat hiburan kerana mereka sendiri telah lupa dgn budaya mereka. mereka lebih terikut budaya barat.... apa masalahnya dgn budaya arab??? adab n pakaian mereka mmg menakjubkan. perngai mereja juga amat hebat. cuba fikirkan bagaimana pedagang arab zaman dahulu berdakwah sampai ke kepulauan melayu.. hebatkan???
kalau mereka tak kuat semangat dtg sini, entah apa jadi pada kita? mungkin masih di bawah pengaruh cih tu?.

Fooart said...

Assalamualaikum,

banyak kebenaran dari apa yg cuba dihuraikan. Cuma jangan pula terlalu bersangka buruk dengan orang yang suka berjubah. Sesetengahnya bukan kerana ingin meniru Arab, atau meninggalkan budaya Melayu. Saya sendiri suka berjubah bila ke masjid atau surau tiap kali solat berjemaah 5 waktu. Bukan niat utk meniru Arab, tapi ianya lebih mudah utk dipakai. Semuanya terpulang kepada individu. Memang Islam diturunkan utk semua bangsa tetapi jangan pula bersangka buruk terhadap Melayu yang suka berjubah itu kerana meniru Arab semata2. Bersangka buruk itu perbuatan yang tidak baik sama sekali, Wallhualam....

Anonymous said...

berjubah dan berserban itu sunnah nabi, cuma mereka yg kuat imannya mampu mengikuti cara nabi.

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009