Sunday, January 15, 2012

MANTOYA 2 ; Bab 1 ; BERMULA DARI TANAH RAKYAT DI PADANG TERAP


Isu pengambilan tanah sebenarnya bukanlah satu isu yang baru di Kedah.Ia adalah isu lama,seperti pengambilan tanah untk Syarikat Gula Padang Terap Berhad di zaman Dato' Syed Omar menjadi Menteri Besar Kedah.

Y.A.B Dato' Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin
PMN, JP. 28/05/1959 - 07/12/1967

Penduduk dan pemilik tanh dibeberapa buah kampung dalam daerah Padang Terap seperti Kampung Ulu,Kampung Kubang Palas,Kampung Padang Chenderai dan sekitarnya telah dijanjikan bahawa mereka akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa sekiranya mereka bersetuju menyerahkan tanah kepada kerajaan untuk dijadikan ladang tebu.
Kini sudah lebih 20 tahun ,mana tanah yang hendak diganti itu? Benar janji itu,setelah kebuh getah ditolak,dusun dimusnahkan dan sebahagian dari mereka berpindah ke satu perkampungan baru,ramai diantara mereka dapat bekerja diladang ataupun kilang.Tapi apakah jawatan mereka,berapakah kadar gaji yang dibayar kerana mereka bukanlah orang yang berkelulusan.Penduduk dan pemilik tanah tidak bersetuju kerana mereka akan kehilangan tanah yang sudah diusahakan dengan berbagai jenis tanaman seperti getah,dusun buah-buahan dan sawah padi atau sekurang-kurangnya tempat kediaman.Namun mereka terpaksa mengalah dengan janji-janji manis yang dihulurkan.Mungkin lebih manis dari tebu yang akan ditanam diatas tanah mereka.Antaranya penduduk dan pemilik tanah disitu akan berpeluang bekerja di ladang-ladang tebu dengan kadar gaji yang baik.Mereka boleh bekerja sehingga selama mana mereka mahu dan bersaya yakni tidak ada had umur.Selain itu tanah-tanah yang diambil itu juga akan diganti dengan tanah yang lain.
Kalau sebelumnya mereka boleh dapat antara RM 5 hingga RM 10 sehari dengan menoreh getah dikebun sendiri,tapi kerja sebagai buruh ladang atau tukang cucui lantai atau tukang kenbun dikilang,gaji mereka ketka itu (pertengahan 70an) ialah RM 2.75 sahaja.Setimpalkah kadar tersebut dengan pengorbanan mereka menyerahkan tanah yang sudah dapat mengeluarkan hasil? Janji pertama sudah terbukti tersisih dari sasaran.Janji kedua juga sudah diingkari pada awal 90an dimana ramai pekerja yang sudah melebihi umur 55 tahun diarahkan berhenti.Walhal mereka masih mampu menjalankan tugas yang diamanahkan.
Sekarang ini apa kerja mereka?Mencari rotan,menangkap ikan di Empangan Ah Ning dan buruh kasar dengan berbagai jenis kerja kontrak untuk menyara keluarga.Menyesal sudah tidak berguna.tanah sudah jadi milik orang lain.Gula Padang Terap juga sering bertukar tangan muktakhir ini.
Kerja dengan Gula Padang Terap juga tidak boleh kerana umur sudah lebih.GPT pun sudah jadi milik orang lain.Bukan lagi milik kerajaan yang mengemukakan berbagai janji dulu.Sekarang,ada dikalangan mereka yang sudah sedar sedang berjuang untuk mendapatkan semula hak mereka.Mereka menubuhkan jawatankuasa tetapi setakat ini belum ada perkembangan positif yang memihak kepada mereka.
Peluang pekerjaaan dalam syarikat tersebut ,berapa kerat sangat dapat pada anak Padang Terap.Semua jawatan penting milik orang lain.Aduan mereka kepada wakil yang mereka pilih YB Drs.Awang Ahmad Sulaiman juga sia-sia kerana beliau diikat oleh GPT dengan jawatankuasa Ahli lembaga Pengarah.Undi mereka beri.Khidmat darinya masih ternanti-nanti.Kalau begini teruslah mereka gigit jari.
Cerita penduduk Padang Terap tidak erhenti dengan isu pengambilan tanahuntuk dijadikan ladang tebu sahaja.Isu penerokaan tanah Durian Burung juga turut menjadi fokus calon-calon UMNO ketika pilihanraya.Semasa pilihanraya umum 1990 dulu,seorang peneroka yang mendakwa penduduk asal Kampung Durian Burung,yang dikenali sebagai Pak Teh ( bekas pekerja GPT) menceritakan;
"Masa pilihanraya dulu,calon UMNO iaitu Drs.Afifuddin dan Drs.Awang Ahmad banyakkali mai(datang) rumah Pa Teh,depa janjlah kepada Pak Teh sebagai ketua peneroka tanah Durian Burung,kerajaan akan sukat dan bagi geran kepada semua peneroka kalau UMNO menang.
Drs.Afifuddin pun pi sendiri tengok tanah yang kami teroka bai banuan buat surau disitu,dia juga tanam pokok rambutan di tanah Pak Teh.Sehari sebelum pilihanraya,Drs.Afifuddin dan Drs.Awang Ahmad tiga kali mai rumah Pak Teh minta tolong undi depa.
"Kalau depa menang harapan peneroka untuk dapat tanah di Durian Burung cerah.Tapi lepas pilihanraya,lepas depa menang,peneroka-peneroka Dutian Burung dilarang masuk untuk bekerja disana.Kami sudah habis duit banyak.
"Kami tak bimbanglah nak belanja usahakan tanah tu kerana calon wakil rakyat dan janji.Tapi sekarang,Drs.Afifuddin langsung tak mai.Kami jumpa Drs.Awang Ahmad,dia kata tanah Durian Burung telah ditutup,siapapun tak boleh masuk.Kami tanya dia macam mana dengan tanaman kami,durian yang ada disitu(peninggalan nenek moyang) sudah berbuah.Drs Awang Ahmad kata, bulldozer tidak kira pokok durian ke pokok cempedak ke.."
Itulah antara keluhan penduduk Padang Terap yang sudah terikat dengan janji calon UMNO.Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Chenderai yang turut terlibat ,Encik Ahmad Hakim juga berkata ,penduduk dan pemilik tanah yang terlibat amat kecewa dengan sikap kerajaan yang didakwanya mempermain-mainkan rakyat.
"Kerajaan janji nak ganti tanah yang diambil untuk dijadikan ladang tebu.Tapi sekarang sudah lebih 20 tahun .Mana tanah ,mana janji.Amat dikesalkan lagi wakil rakyat yang merayu undi kepada kami dalam pilihanraya umum 1990 lalu menyifatkan kami penduduk Kampung Padang Chenderai sebagai setingan," katanya.Encik Ahmad yang telah mengorbankan tanah miliknya untuk GPT turut menjadi mangsa pihak syarikat,
Kelantangan beliau sebagai Ketua Kesatuan Sekerja di GPT menuntut hak lebih seribu kakitangan syarikat gula menimbulkan rasa ridak senang pihak majikan.
Kenyataan demi kenyataan kepada pihak akhbar termasuk Harakah menyebabkan beliau dipecat dari GPT dengan alasan pekerja tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar.Disini timbul satu soal yang besar? Beliau memberi kenyataan atas sifatnya sebagai Ketua Kesatuan Sekerja.
Sebagai salah seorang orang kuat UMNO dan telah lama berjuang untuk UMNO ,beliau cuba menagih simpati pemimpin-pemimpin pasrti itu termasuk Menteri Besar Kedah,Tan Sri Osman Aroff.Itu adalah antara usaha terakhir mengikut saluranpolitik kerana nak harap ADUN Kuala Nerang membantunya beliau sudah dapat agak jauh semanggang dari api kerana ADUN itu telah diikat oleh GPT sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah.
Encik Ahmad berharap bisa yang ada pada Tan Sri Osman Aroff dapat mempengaruhi pihak syarikat membatalkan pemecatanya.Tapi Man Aroff juga tidak buat apa-apa,kalau buat pun mungkin bisa Man Aroff hanya bisa ular lidi.
Setelah semuanya gagal,kini beliau menggunakan saluran mahkamah dan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah dua kali ditangguhkan...

usinkata;...sila lawat ke link dibawah ini utk update isu diatas..


Tuesday, January 10, 2012

Cerita Malam 901 dan Pagi 901



Pagi yang tenang..

09 Januari 2012,
Jam 0650....;enjin kereta Kancil merah 660cc dihidupkan...cuaca cerah2 tanah pagi ini..angin sejuk menyapa diri..tanda musim kemarau hampir tiba..
Fikiran ku kosong ketika ini..hanya satu yg difikirkan...hendak membeli roti Gardiner 7 kupang buat bekal anak ke sekolah..

Jam 0700...;bertemankan anak yg kembali meneruskan tidur didalam kereta serta bunyi bingit radio Hot FM yang memutarkan lagu dan diselang seli celoteh penyampai-penyampainya..fokus aku hanya pada pemanduan yang selamat dan otak berfikir ligat mencari peluang mencelah-menyelit melepasi kesesakan biasa diawal pagi hari sekolah-kerja...

Jam 0725...;lambaian tangan selamat jalan buat anak yg melangkah masuk ke kawasan sekolah..aku beredar dengan segera untuk tidak mahu tersangkut dengan lebih lama didalam kesesakan kereta-motor ibu bapa menghantar anak ke sekolah...fikiranku ketika itu ligat berputar nk mencari sarapan pagi...nasi lemak..? kuih muih..? roti canai..?...nak beli apa dan kat mana nak beli..?

Jam 0805...; ditangan sudah ada getah paip panjang yg bersama berliter-liter air...aku halakan ke semua pokok yg tersedia didalam pasu bunga...aku mandikan mereka..aku sediakan sarapan pagi yang segar..agar mereka segar menghiasi laman hadapan rumahku..

Jam 0840...;perut aku isi dengan sebungkus nasi lemak 5 kupang...ada la 3 4 ekor ikan bilis kecil dan sepotong ciput telur ayam rebus yg dibungkus bersama daun pisang dan kertas paper lama..dengan sambal ciput yg sedikit cair..emmm..lazat jugak sarapan pagi aku...aku selesaikan nasi lemak dan disudahi dengan hirupan teh'0' panas air tangan isteri tercinta...ketika ini...fikiran ku berputar ligat..nak cari timba...nak cari shampooo..nak cari span...nak basuh kereta Gen2 yang dah 2 minggu beselaput dengan debu dan kotoran taik burung...

Jam 0900..:gembira dan senang hati membelai dan menyental..menyabun dan menjirus tubuh kereta kesayangan hamba..sambil-sambil menyedut sepam dua asap rokok daun nipah yang menjadi teman sepermainan takala ini..fikiran ku ketika itu ligat berputar merangka plan bahagian mana dahulu dan bahagian mana kemudian utk dikenakan air sabun dan dijirus air paip..

Jam 0920...;selesai sudah mandikan kereta Gen2..tiba masa keringkannya dengan tuala kecil..fikiran aku ketika itu ligat berputar...nak kilatkan bahagian depan dashboard..nyahkan habuk-habuk dan debu-debu..nyahkan juga bakteria pemangkin bau yg agak kurang menyenangkan yang keluar dari sofa kereta dengan menggunakan senjata Febreeez...amekau..

Jam1000..:berpuashati dengan hasil pagi ini mencuci kereta...dalam rumah kedengaran suara isteri melanungkan ..ada orang telepon.!!!...aku pekakan telinga...selang 2 saat kemudian..isteri berbunyi lagi....ada orang telepon!!!...hmmm fikiran aku ketika itu...ada saja yang menggangu aku pagi-pagi nie..tengah syok2 basuh kereta ada saja yang nak kacau sambil aku berlari anak mendapatkan Galaxy 5 Android 1.0...

Jam 1005..: Hang dah tengok MalaysianInsider dak pagi nie..? suara diseberang sana yang dilontarkan oleh seorang sahabat namanya Hasdi..huhuhu aku ketawa kecil...aku tak tengok apa pon..aku tengah basuh keretea...
Ada apa...????

14 Jam sebelum...




Malam yang panas...

08 Januari 2012...

Jam 2032...; Fahmi Reza update status kat wall FBnya...

Hanya sebab aku tak turun mahkamah tak bermaksud aku tak menyokong perjuangan menentang ketidakadilan, penindasan dan kezaliman penguasa. Aku support hak individu dan setiap orang untuk berhimpun sebagai tanda sokongan atau protest tanpa sebarang sekatan atau halangan. Aku bukanlah musuh mu dalam perjuangan ini, cuma strategi dan landasan kita berbeza.
· · · Sunday at 20:51 near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan ·



terus saja aku mengomen

Usin Wafer Nk share status bro nie..
Sunday at 20:54 · · 1

4 minit kemudian aku pun copy-paste status bro Fahmi..ini kerana aku sependapat dengan dia..dan setindakan denganya...ia juga aku gunakan utk menjawab soalan kawan-kawan yg bertanyakan..hang turun ka dak..???

Hanya sebab aku tak turun mahkamah tak bermaksud aku tak menyokong perjuangan menentang ketidakadilan, penindasan dan kezaliman penguasa. Aku support hak individu dan setiap orang untuk berhimpun sebagai tanda sokongan atau protest tanpa sebarang sekatan atau halangan. Aku bukanlah musuh mu dalam perjuangan ini, cuma strategi dan landasan kita berbeza. - Fahmi Reza
· · · Sunday at 20:58

Jam 2145...; AnakSungaiDerhaka update status dgn link ke blognya...

Zaid dan Anwar saling bermaafan akhirnya...
· · · Sunday at 21:45 ·
fikiran aku ketika itu.terus saja aku komen ;

Usin Wafer Past is Past...tak kira dimana kita brmula yg penting dimana kita berakhir...
Sunday at 21:49 · · 5

aku mengomen setelah habis membaca blog AnakSungaiDerhaka yg dah lama menjadi Frenz FB..dan komen aku selepas itu mendapat 5 like dari kawan-kawan AnakSungaiDerhaka..

Jam 2218...; satu komen sudah keluar kat posting wall AnakSungaiDerhaka..dari seorang yang bernama Mohd Ramli Bin Omar

Mohd Ramli Bin Omar Datuk Zaid ni loyar tersohor dan berpengalaman luas, dia boleh baca awal-awal lagi DSAI akan dibebas esok - jadi dia bodeklah nak tumpang sekaki bila DSAI jadi PM nanti. Ini ramalan orang bodoh macam saya ni........
Sunday at 22:18 · · 7

terus sahaja aku mengomen lagi..

Usin Wafer Logik juga kata bro ramli ni
Sunday at 22:21 ·


fikiran aku ketika ini..ligat berputar mencari skrip mana yang akan berlaku esok hari...dan hati ini sedikit rasa setuju benar komen dari bro Mohd Ramli nie...

sebelum ini..ketika Bro Anwar tidak lagi dipanggil untuk bela diri kes Fintah2 nie..aku yakin..bro Anwar akan ke dalam rumah pasong ..paling lama utk 20 tahun..bukan kerana dia bersalah..tetapi atas desakan-tekanan politik UMNO/BN ke atas Badan Kehakimanan...

sesudah bro Anwar dipanggil membela diri..aku yakin bro Anwar akan didapati bersalah ( atas desakan politik UBN) dan bro Anwar akan diberi peluang utk jaminan..dan aku sangat yakin bro Anwar akan amik option jaminan..dia akan bayar dengan duit yang disedekahkan oleh rakyat/peyokong2nya...

selepas komen dari bro Mohad Ramli..aku yakin..Anwar akan bebas dan didapati tidak bersalah..

Jam 2216...;Bapak Syed Husin Ali update status FBnya..

What will happen tomoro? If court goes by legal arguments, Anwar will be aquitted. If it bows to political pressure, story will be diffrnt.
· · · · Sunday at 22:16 via Smart Tweets ·

terus saja aku komen

Usin Wafer Patut la Zaid minta maaf kat anwar dengan apa yg dia dh buat kat Anwar seepas dia blah dr PKR..dia dah tau rupa2nya...
Sunday at 22:38 · · 1

ketika ini...keyakinan Anwar akan bebas bertambah mekar dan berbunga dihati aku...fikiran aku terus sahaja teringatkan komen Mohd Ramli..ya brader ni kata yang tepat dan ramalanya tidak bodoh...

Jam 2240...; aku update status yang aku share dari Bapak Syed Husin Ali..

What will happen tomoro? If court goes by legal arguments, Anwar will be aquitted. If it bows to political pressure, story will be diffrnt.- Bapak Syed Husin Ali
· · · Sunday at 22:40

Jam 2245...; aku update lagi apa yang bermain difikiran ...

Zaid KITA tetiba minta maaf kat bro Anwar sblm 901...huhuhu..adakah ini tandanya pertuduhan akan dibubarkan dan keputusan tidak bersalah?..
· · · Sunday at 22:45

walaupun aku letak tanda soal dihujung..tapi didalam hati..ianya satu titik nokhtah..ya aku yakin Anwar BEBAS...

Jam 2320...; aku update status yang mana aku simpan hadis nie sebagai penguat semangat menyokong bro Anwar..

sebelum offline..renungkanlah hadis ini menjelang 901.......... "Dan tiadalah seorang Muslim yg membela seorang Muslim yg sedang direndahkan harga dirinya dan diinjak-injak kehormatanya, kecuali pastilah Allah menolongnya pada saat dia sangat memerlukan pertolonganya" - Sabda Rasullulah SAW yg direkodkan oleh Abu Daud..
· · · Sunday at 23:20

Kembali pada 09 Januari 2012

Jam 1006..; Hasdi kata;..Anwar dibebaskan....
mak aii...awainya keputusan mahkamah keluaq..aku ingat tengahari nie.huhhu..aku dah agak dah..Anwar akan dibebaskan dari Fitnah2 nie.. , jawab aku..
Fikiran aku ketika itu dilanda pencampuran gembira dan sebak...aku tahan jua air mata jantan agar tidak menitis...aku laungkan berita gembira kepada isteri...kami buka Astro Awani...sah...Anwar Bebas..aku capai Galaxy 5...on wifi...tap Mobilekini-Malaysiakini...sah bro Anwar Bebas..

Jam 1020...;aku tap ruangan message kat Galaxy 5..tap kat FBMaxis..terus update status melalui Sms...

Semua sudah selesai..yg mana rasa bersalah elok mohon maaf..dan aku yakin Bro Anwar sedia memaafkan semua yg telah MENFITNAH,MENCACI, DAN MENGAIBKAN MARUAH beliau dan keluarganya selama 14 tahun ini..

Inilah cerita-ceriti Cerita Malam 901 dan Pagi 901..aku yakin episod seterusnya bakal berjalan lagi...dengar-dengar Bro Anwar akan sekali lagi sebok naik turun tangga Mahkhamah utk bertarung pula dengan kes Video Sexs Datuk T...

Kita nantikan pula cerita baru nanti...

Ingin aku jelaskan disini...kenapa aku xturun 901 di Jalan Duta..huhuhu aku realistik..jujur akui modal kureng...dan kalau aku xkesana pun..xmemberi bekas pun..
aku tech pekak ja..tiada cita-cita nak join mana-mana parti..xda cita-cita nk jadi apa pun dalam politik kepartian..sebab itu la.aku berkongsi pendapat dgn update status Fahmi Reza..hampa baca..hampa fahamkan..
Bagi aku...bro Anwar kalau masuk dalam..aku xheran..sebab roh perjuangan menumbangkan UBN dan menegakkan keadilan sudah sebati dlm diri..sudah bersarang didalam hati..aku tetap lawan dan lawan..

sering aku nyanyikan dalam hati...lagu semangat berjuang dan berterusan memberikan sokongan kepada semua pihak yg bersedia menumbangkan UBN..

"Aku bukanlah seorang Pewira..Gagah menghunus senjata..Namun hati rela berjuang..Walau dengan cara sendiri..Demi Cinta ini..." - Allahyarham Sudirman...Warisan..

Monday, January 9, 2012

MANTOYA 2 ; " Catatan Penulis


usinkata;....Penghujung tahun 2011 atau lebih tepat lagi sekitar bulan Disember 2011 saya berkesempatan ke Ipoh Perak,dan sempat pula berkunjung Parkson Ria Ipoh Parade.Tujuan utama saya ke sana utk melihat sendiri "Kedai Buku Terpakai" yg wujud didalam pasaraya tersebut.Di kedai "Novel Hot "saya sempat membeli 3 buah buku terpakai...
Saya memperkenalkan salah sebuah buku yg sememangnya tidak akan diulang cetak lagi..dan saya amat berbangga membeli buku terpakai ini...inilah dia...


"MANTOYA 2" - Skandal,penindasan dan penyelewengan kerajaan BN Kedah" - ditulis oleh YUSOFF ARIFFIN

"Mantoya 2 " ini ditulis oleh Yusoff Arifin..diterbitkan oleh PENERBITAN YAZY, Jalan Haji Hussein,Kualau Lumpur ..dan dicetak oleh T.W Press,Petaling Jaya Selangor.

Penulis mendedikasikan buku ini kepada seluruh rakyat negeri Kedah yang mahu kerajaan BN ditumbangkan dalam pilihanraya kali ini...(saya fikir pada tahun 1995)..

Disini saya akan rakamkan kembali apa yang tertulis didalam "Mantoya 2 " bermula dengan bab: CATATAN PENULIS..

Bai saya buku ini adalah buku sejarah yang wajar dibaca oleh generasi baru masa kini...

Saya juga berharap..semua pihak yang ingin membaca buku ini,agar dapat mempersediakan diri dengan ilmu utk menilai setiap isi kandunganya..bak kata Bapak Subky Latif..

" Orang berotak tidak wajar kekal dalam keadaan tidak tahu.Dia mesti keluar dari alam tidak tahu.Sesudah mengetahuinya,dia tidak lagi boleh berkecuali.Dia mesti dipihak yang benar."

Selamat Membaca... - usinwafer


"Mantoya 2 "

Bab ; CATATAN PENULIS

Ekoran terlalu banyak isu-isu semasa yang menggelisahkan rakyat Kedah,khususnya berhubung dengan sikap rakus keajaan pimpinan Tan Sri Osman Aroff mengambil tanah-tanah rizab Melayu dan menyerahkannya kepada pihak lain; membuatkan saya rasa bertanggungjawab untuk memuatkan perkembangan,pergolakan serta segala bahan dan ramuan mengenainya untuk rujukan dan tatapan rakyat yang semakin tersingkir.
Tindakan rakus kerajaan BN Kedah mengambil tanah di Kerpan,Sik,Tandop,Jerai,Merbok,Kuala Muda,Bandar Baharu dan beberapakawasan lain yang belum diistiharkan perlu dilihat sebagai satu penjajahan baru ke atas umat Melayu / Islam.
Pembangunan yang ditonjolkan oleh BN sebenarnya tidak banyak memberi manfaat kepada orang Melayu; sekaligus kepada Islam.Sebaliknya tanah-tanah orang Melayu yang lebih merupakan harta pusaka akan lenyap satu demi satu jatuh ke tangan orang lain.Setelah ekonomi dikuasai oleh orang lain; keutuhan politik Melayu diambang kehancuran. Tanah yang menjadi tunggak kekuatan Ketuanan Melayu akan turut tergadai angkara kerakusan politik jangka pendek yang diperjuangkan oleh UMNO.
Sebenarnya UMNO sudah tidak boleh berjalan lagi.Kekuatanya hanya bergantung kepada MCA dan MIC yang bertindak sebagai ongkat kanan dan kiri UMNO.Tanpa dipapah oleh kedua-dua kaum kerabatnya itu, UMNO sudah pasti tersungkur.Tetapi agak payah bagi kita untuk mematahkan kedua-dua tongkat keramat UMNO itu.
Namun kemarahan dan kebangkitan rakyat terhadap tindakan kerajaan yang mengguris hati mereka ekoran 'perampasan tanah' dan menjadikan kemakmuran dan kemajuan untuk rakyat sebagai cagaran BN adalah senjata terbaik untuk dimanfaat oleh pencinta keadilan bagi menumbankan BN dan membentuk sebuah kerajaan baru yang lebih prihatin terhadap kehendak rakyat.
Munculnya catatan isu dan perkembangan terkini politik Kedah, diharap dapat membantu petugas-petugas PAS khasnya dan seluruh rakyat dalam usaha membentuk sebuah kerajaan baru.Menteri Besar Kedah Tan Sri Osman Aroff bukanlah objek utama yang perlu dibincangkan walaupun kini beliau menjadi fokus utama; tetapi dasar dan perjuangan UMNO yang membentuk segala-galanya harus dipersalahkan.
Jatuhnya Osman Aroff dari takhtanya,samalah seperti jatuhnya Dato' Syed Nahar Shahabuddin ekoran tercetusnya isu 'Mantoya'; kejatuhan mereka dan bangunya orang lain di kelompok umum tidak akan memberi apa-apa perubahan kepada dasar yan ada.Rakyatakan terus dihimpit dengan beraneka jenis slogan yang menggiurkan; namun rakyat akan terus menderita dan tenggelam dengan janji UMNO.
Oleh itu Osman Aroff perlu diturunkan dari singgahsana politik sekularnya dan UMNO serta sahabat karibnya perlu dihanyutkan bersama api kemarahan rakyat sekarang ini.Saya memilih tajuk 'Mantoya 2' ini bukanlah berniat untuk menyamakan Tan Sri Osman Aroff seperti Mantoya Monalito dalam cerita The High Chapparal tetapi membayangkan bahawa beliau akan dijatuhkan sepertimana Dao' Syed Nahar dijatuhkan. Isu Mantoya begitu popula semasa pilihanraya kecil Padang Terap menyebabkan Dato' Syed Nahar terpaksa mengundurkan diri.Berbagai musibah dan isu menarik yang dihadapi oleh MB sekarang juga adalah rangkaian perancangan isu Mantoya 1984 yang menjatuhkan MB ketika itu.
Kesempatan ini juga saya menfaatkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat,khususnya Zulkifli Razy yang telah banyak membantu saya mengeluarkan buku ini.

Yusoff Ariffin
31 Ogos 1994




Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009