Saya memperkenalkan salah sebuah buku yg sememangnya tidak akan diulang cetak lagi..dan saya amat berbangga membeli buku terpakai ini...inilah dia...
"MANTOYA 2" - Skandal,penindasan dan penyelewengan kerajaan BN Kedah" - ditulis oleh YUSOFF ARIFFIN
"Mantoya 2 " ini ditulis oleh Yusoff Arifin..diterbitkan oleh PENERBITAN YAZY, Jalan Haji Hussein,Kualau Lumpur ..dan dicetak oleh T.W Press,Petaling Jaya Selangor.
Penulis mendedikasikan buku ini kepada seluruh rakyat negeri Kedah yang mahu kerajaan BN ditumbangkan dalam pilihanraya kali ini...(saya fikir pada tahun 1995)..
Disini saya akan rakamkan kembali apa yang tertulis didalam "Mantoya 2 " bermula dengan bab: CATATAN PENULIS..
Bai saya buku ini adalah buku sejarah yang wajar dibaca oleh generasi baru masa kini...
Saya juga berharap..semua pihak yang ingin membaca buku ini,agar dapat mempersediakan diri dengan ilmu utk menilai setiap isi kandunganya..bak kata Bapak Subky Latif..
" Orang berotak tidak wajar kekal dalam keadaan tidak tahu.Dia mesti keluar dari alam tidak tahu.Sesudah mengetahuinya,dia tidak lagi boleh berkecuali.Dia mesti dipihak yang benar."
Selamat Membaca... - usinwafer
"Mantoya 2 "
Bab ; CATATAN PENULIS
Ekoran terlalu banyak isu-isu semasa yang menggelisahkan rakyat Kedah,khususnya berhubung dengan sikap rakus keajaan pimpinan Tan Sri Osman Aroff mengambil tanah-tanah rizab Melayu dan menyerahkannya kepada pihak lain; membuatkan saya rasa bertanggungjawab untuk memuatkan perkembangan,pergolakan serta segala bahan dan ramuan mengenainya untuk rujukan dan tatapan rakyat yang semakin tersingkir.
Tindakan rakus kerajaan BN Kedah mengambil tanah di Kerpan,Sik,Tandop,Jerai,Merbok,Kuala Muda,Bandar Baharu dan beberapakawasan lain yang belum diistiharkan perlu dilihat sebagai satu penjajahan baru ke atas umat Melayu / Islam.
Pembangunan yang ditonjolkan oleh BN sebenarnya tidak banyak memberi manfaat kepada orang Melayu; sekaligus kepada Islam.Sebaliknya tanah-tanah orang Melayu yang lebih merupakan harta pusaka akan lenyap satu demi satu jatuh ke tangan orang lain.Setelah ekonomi dikuasai oleh orang lain; keutuhan politik Melayu diambang kehancuran. Tanah yang menjadi tunggak kekuatan Ketuanan Melayu akan turut tergadai angkara kerakusan politik jangka pendek yang diperjuangkan oleh UMNO.
Sebenarnya UMNO sudah tidak boleh berjalan lagi.Kekuatanya hanya bergantung kepada MCA dan MIC yang bertindak sebagai ongkat kanan dan kiri UMNO.Tanpa dipapah oleh kedua-dua kaum kerabatnya itu, UMNO sudah pasti tersungkur.Tetapi agak payah bagi kita untuk mematahkan kedua-dua tongkat keramat UMNO itu.
Namun kemarahan dan kebangkitan rakyat terhadap tindakan kerajaan yang mengguris hati mereka ekoran 'perampasan tanah' dan menjadikan kemakmuran dan kemajuan untuk rakyat sebagai cagaran BN adalah senjata terbaik untuk dimanfaat oleh pencinta keadilan bagi menumbankan BN dan membentuk sebuah kerajaan baru yang lebih prihatin terhadap kehendak rakyat.
Munculnya catatan isu dan perkembangan terkini politik Kedah, diharap dapat membantu petugas-petugas PAS khasnya dan seluruh rakyat dalam usaha membentuk sebuah kerajaan baru.Menteri Besar Kedah Tan Sri Osman Aroff bukanlah objek utama yang perlu dibincangkan walaupun kini beliau menjadi fokus utama; tetapi dasar dan perjuangan UMNO yang membentuk segala-galanya harus dipersalahkan.
Jatuhnya Osman Aroff dari takhtanya,samalah seperti jatuhnya Dato' Syed Nahar Shahabuddin ekoran tercetusnya isu 'Mantoya'; kejatuhan mereka dan bangunya orang lain di kelompok umum tidak akan memberi apa-apa perubahan kepada dasar yan ada.Rakyatakan terus dihimpit dengan beraneka jenis slogan yang menggiurkan; namun rakyat akan terus menderita dan tenggelam dengan janji UMNO.
Oleh itu Osman Aroff perlu diturunkan dari singgahsana politik sekularnya dan UMNO serta sahabat karibnya perlu dihanyutkan bersama api kemarahan rakyat sekarang ini.Saya memilih tajuk 'Mantoya 2' ini bukanlah berniat untuk menyamakan Tan Sri Osman Aroff seperti Mantoya Monalito dalam cerita The High Chapparal tetapi membayangkan bahawa beliau akan dijatuhkan sepertimana Dao' Syed Nahar dijatuhkan. Isu Mantoya begitu popula semasa pilihanraya kecil Padang Terap menyebabkan Dato' Syed Nahar terpaksa mengundurkan diri.Berbagai musibah dan isu menarik yang dihadapi oleh MB sekarang juga adalah rangkaian perancangan isu Mantoya 1984 yang menjatuhkan MB ketika itu.
Kesempatan ini juga saya menfaatkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat,khususnya Zulkifli Razy yang telah banyak membantu saya mengeluarkan buku ini.
Yusoff Ariffin
31 Ogos 1994
No comments:
Post a Comment