Sunday, January 20, 2013
Sistem Kilang Kapitalis
Sesetengah orang "bekerja untuk hidup"...manakala dalam zaman sekarang ramai yang "hidup untuk bekerja"
Sistem kilang yang dikendalikan oleh KAPITALIS adalah satu sistem yang tidak berperi-kemanusiaan dan merosakan.Ia melayan manusia sebagai keperluan yang boleh digunakan dan dibuang sesuka hati.
Peningkatan automasi bermaksud individu yang mengendalikan mesin tersebut akan menjadi alat kepada mesin tersebut.Mereka perlu mengikut rentak mesin tersebut.Didalam perusahaan kilang yang beroperasi 24jam sehari,pekerja akan dibahagikan mengikut syift supaya mesin tidak perlu berhenti dan pengeluaran tidak terganggu.Satu-satunya cara untuk hidup didalam suasana ini ialah untk BERLAGAK SEPERTI ROBOT ATAU MENJADI ROBOT.
Kejayaan dalam sistem kilang KAPITALIS diukur dengan tahap kawalan ke atas sesuatu, dan dengan darjah kawalan yang tidak dikenakan juga dengan jumlah wang yang diperolehi dari proses tersebut.Lebih banyak barangan yang mampu dihasilkan bermakna lebih banyak barangan yang mampu dihasilkan bermakna lebih berjayalan ia.Semakin banyak anda mengamalkan khayalan yang ideal bagi penghasilan yang sempuna sepertti yang digambarkan di media,semakin besar kemungkinan untuk mendapat pasaran yang meguntungkan dan reputasi anda didalam bidang tersebut semakin tinggi.
Orang ramai dididik untuk bekerja,bukan untuk memahami diri mereka ataupun hakikat kejadian.Pembangunan pendidikan KAPITALIS adalah seperti kilang,cuma hasil akhirnya bukan sekadar hasil,tetapi individu-individu yang akan membantu untuk menghasilkan barangan sama ada secara langsuang dengan bekerja dikilang-kilang atau secara tidak langsung dengan menguruskan kilang atau bekerja disalah atu sub-sistem perhubungan yang memastikan bahawa hasil akhirnya dapat diiklankan, dipasarkan, dijual dan digunakan dengan berkesan.Sama ada individu itu bersedia untuk bekerja di sektor awam,sektor swasta atau sektor perkhidmatan sistem pendidikan KAPITALIS memastikan mereka telah diprogramkan untuk melihat dunia keseluruhanya melalui perkataan KOS SARA HIDUP..KADAR PENGANGGURAN DAN KELUARAN NEGARA KASAR.Sistem media KAPITALIS mengekalkan perspektif ekonomi selari dengan sistem pendidikan KAPITALIS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment