Tuesday, March 31, 2009

MENANG LAGI......................


2 PAHANG VS KEDAH 4
KEDAH MENANG LAGI........
TERUSKAN KEBANGKITAN MU WAHAI PEJUANG-PEJUANG KENARI...AKU BANGGA DENGANMU..U ALWAYS IN MY HEART...............

"HOMESTAY" standard hotel 3 bintang...kat Bedong Kedah..





















Anda inginkan homestay yang lebih ekonomi, selesa dengan dilengkapi pelbagai
kelengkapan dan kemudahan (free internet,dapur, peti ais, rice cooker, TV.
dll) dengan hanya dari RM100 sehari? Dan setiap tambahan bilik hanya
RM30/bilik.
Rumah teres 2 tingkat (Corner lot & 4 bilik).
Bilik 1 : Double bedroom + Air Cond
BILIK TAMBAHAN
Bilik 2: Single bedroom + kipas
Bilik 3. Triple bedroom + kipas
Bilik 4: Single bedroom + kipas
LOKASI: Terletak berdekatan Permaipura Golf & Country Club, Bedong, Kedah.
SYARIKAT/ORGANISASI BERDEKATAN: Modenas (15 min), Naza (20 min), Petronas(25 min), UiTM Merbok(25 min), AIMST University (20min) dan TESCO (20 min).
PELANCONGAN: Gunung Jerai (30 min), Tg. Dawai/Pantai Merdeka (35min)
GOLF: Permaipura (5 min), Harvard (10 min) dan Cinta Sayang (25 min)

maklumat lanjut hubungi ;-HAJAH HASLINA 016-4060356


























SUARA KEADILAN "BERTUKAR" SUARA KEAMANAN


Lebih kurang pukul 10:14:20am satu sms masuk dlm hp aku...info dr keadilan...
"AKHBAR SUARA KEAMANAN akan ganti Suara Keadilan & mula terbit hari ini (Selasa 31 Mac)...dan ini disahkan oleh PKR News sendiri..
KUALA LUMPUR, 31 MAC - KERANA permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, parti KeADILan mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut.
Sebagai ganti, akhbar Suara Keamanan akan menemui pembaca, secara mingguan setiap hari Selasa mulai hari ini.
Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN.
Pembaca boleh mendapatkan akhbar tersebut dari pengedar-pengedar dan penjual yang sama yang mengedar Suara Keadilan sebelum ini.
- Jabatan Editorial Suara Keamanan

Monday, March 30, 2009

"SUNGAI PETANI......berita baik untuk hampa..!!!!!"

utk maklumat lanjut link kat http;//www.jobsmalaysia.gov.my ..harap hampa suma boleh hadir mana tau ada rezeki dr ALLAH utk hampa disini..kalau xdpt keja pon xpa..janji dpt ilmu...ok...untuk yg xtau kat mana lokasi VILLAGE MALL..aku bg peta jalan kt hampa kat bawah nie..




usin kata; "aku pun teringin gak nk p tgk apa yg ada kat sna...jumpa disana....

"ANAKSAPALANIE"?

*artikel ini terpilih utk disiarkan di http://www.tranungkite.net pada Isnin 30/03/09..

Ini info yg aku dpt dr penduduk Taman Ria Sungai Petani yg berada di dlm kwsn DUN Bukit Selambau yg kini menjadi sejarah baru dlm negara kita dimana menjadi pertembungan 15 penjuru/calon yg bertanding untuk merebut jawatan ADUN BUKIT SELAMBAU.


Gambar di atas adalah salah seorang dr calon bebas yg bernama HUSAINI YAACOB yg menggunakan cap "BMW"(Bas Mini Wilayah).Info yg aku dpt pagi td menceritakan bahawa orang2 HUSAINI YAACOB ini menawarkan RM 100 sehari kepada sesiapa yg berminat membantu beliau dalam gerak kerja kempen merebut jawatan ADUN BUKIT SELAMBAU xlama lagi...Dengan syarat serahkan FOTOCOPY IC utk mendapat kerja tersebut serta upah yg dijanjikan..


Apa yg bermain difikiran aku..xkan nk gantung poster n banner nk kena bg fotocopy ic..pelik..adakah ada agenda tersembunyi disebalik serahan fotocopy ic tersebut..adakah ini salah satu cara mewujudkan "PENGUNDI HANTU"...!!!!!


Lagi satu...mana la mamat nie dpt Dana yg begitu besar jika dia sanggup memberikan upah sedemikian rupa..musykill2X...


Dah la dari rupanya nmpk mcm berketurunan AMNO....tgk gaya songkok pon dah bole tau dah...


Skrg nie suma org dh au dah sapa dia sebenarnya calon bebas yg pakai cap"TELEPON"...iaitu Majer(B)Anuar Abd Hamid...berketurunan AMNO sejati..huhuhu..

Utk informasi lebih detail cuba tanya tgk brader2,pak cik2 yg dok meniaga kecil-kecilan kat sekita Taman Ria/Jaya..betoi ka dak cita aku nie..

usin kata; "anaksapaladepanie....."?

Sunday, March 29, 2009

"Kalau 'Najis' tgk nie musti hangin satu badan..huhuhuhu.."



.....jangan maraa haaaa...huhuhu

"Sapa depa nie......"







ini adalah gambar2 calon bebas....sapa depa nie.....?

"Ramainya....lu pikir la sendiri...."






















"Ahli Kelab Penyokong PAS berketurunan India di hari penamaan calon PRK Bukit Selambau"







"Ahli Kelab Penyokong Pas yg mmberi sokongan di hari penamaan calon DUN Bukit Selambau...cuba tengk apa yg dibawanya tue...







"mula beraksi apa sampai di tpt semua penyokong berkumpul..."
Ahli2 Kelab Penyokong PAS ini sanggup berjalan dr jalan masuk menuju tpt penamaan calon bersama2 aku iaitu kira2 1 kilometer..depa nie bwk skali "drum" depa tue..aku lenggang ja..berpeluh gak ketiak nie..tapi mmg puas hati laaa..teruja aku tgk semua bangsa ada..melayu,cina dan india...100% sokong PR....












"First round dh menang.."

Aku dlm perjalanan ke tmpt penamaan calon PRK DUN Bukit Selambau....dlm pada masa yg sama masuk satu sms dr info keadilan...yg mengatakan PENYOKONG PR mengatasi BN d 3 tpt penamaan calon B.Gantang,B.selambau dan Batang Ai.

Kat B.Selambau penyokong PR 10,000 dn BN 500 org jeeee.!!!!!

Laporan Malaysiakini telah mengesahkan calon PRK DUN Bukit Selambau seramai 15 org......

13 org calon bebas dan masing2 1 dr BN dan PKR.

aku sampai disana dan membenarkan apa yg diberitakan oleh SMS info keadilan...mmg ramai beb...cikgu bengkel aku pon ada sama kat sana meramaikan dan meraikan calon PR.

Para penyokong parti bebas di anggarkan x sampai 100 org di setiap khemah yg didirikan..manakala BN hampir 500 org..itu pon punya la jauh tpt depa dr parti bebas dan PR...aku pon malas nk p kat depa..aku dok lepak kat penyokong PR n Parti bebas ja....yg mengejutkan aku ada sorang calon bebas tue nama sama mcm aku..hampeh sungguh..buat malu jaa..Hussaini Yaakob..dr tengok muka dia kat banner yg di pasang oleh para penyokong..nmpak sangat suku sakat UMNO dia nie...sapa2 boleh tolong check x sapa mamat yg sama dengan nama aku nie..ok..


"Sungai Petani"...dibelakang tabir...

*artikel ini terpilih utk disiarkan di http://kedahlanie.blogspot.com pada Ahad 29/03/09


Di tengah keriuhan PRK B.Selambau ini ingin sekali aku mecelah dengan apa yg sedang berlaku di Bandar Sungai Petani..

Dulu SP adalah lubuk rezeki golongan pekerja kilang.banyak2 kilang yg menawarkan pekerjaan.antara kilang2 yg popular kat SP nie..MAEM,LUSTER,SANSHIN,SHARP,BELLCORP,TOYOBO,GREEN POINT...tapi sekarang apa yg terjadi..aku amik contoh paling terdekat dengan aku nie..

aku bekas pekerja kat kilang SANSHIN(M)SDN BHD..sebagai Production Technician..aku berkhidmat disana hampir 6 tahun bermula NOV 2002 hinggalah MAC 2008 setelah aku amik keputusan ambil VSS.

Pd bulan kemasukan aku ke Sanshin,line 1 baru tengah set-up utk product DVDRW.bayangkan satu line operatornya mencecah 40 org.kemuncaknya line DVDRW di Sanshin mencecah 36 line.buatlah kiraan matematik mudah ; 1 line = 40 ..36 line = 40x36...jwpnya = 1440org...

itu baru operator production bg line DVD sahaja..dept lain ada jugak..so hampir 2000 pekerja yg sedang bekerja di Sanshin pd waktu itu..

Dgn peluang pekerjaan yg ada di Sanshin bukan sahaja org sekitar SP yg dpt mencari rezeki tetapi sampai ke daerah2 lain juga seperti Pendang,Baling,Sik,Jeniang,Guar Chempedak,Bedong...peniaga2 kecil juga dapat mencari rezeki dengan menjual kuih2 di luar kawasan kilang sampai sekilas pandang mcm pasar pagi atau pasar malam.

Namun kini...apa yg tinggal hanya sejarah..atas penggabungan company diantara NEC dan SONY..Sanshin sbg SubCon NEC terpaksa menyerahkan semua bisnes ke pada SONY...maka tutuplah satu persatu line production DVDRW...aku yg mula bekerja dengan melihat setup 1st line DVDRW sehinggalah 36 line....aku juga dapat melihat tutupnya semua line tersebut sehingga lah hanya tinggal 3 line sahaja...



ingin aku sampaikan disini..kemana perginya operator2,pekerja2,peniaga2,pengusaha2 van yg satu ketika dulu menikmati rezeki yg dianugerahkan oleh ALLAH melalui kilang Sanshin...



SP dulu adalah kawasan industri kini makin sepi....harap kerajaan PAS kedah dpt lakukan sesuatu kepada penduduk SP khususnya...



jelmakanlah kembali peluang2 pekerjaan di sini...

Bersiap sedia utk berjuang .."esok".

Esok adalah hari pencalonan bg calon2 yg bertanding di PRK B.Selambau..

aku dh ready mental dan fizikal..digital kamera aku pun dh memori empty n bole masuk hampir 200 keping gambar.tapi esk aku ingat nak kena naik moto la..senang nk parking.org musti ramai punya..
aku harap esok cuaca elok....jangan hujan sudah...esok dpt gambaq baik punya aku post dlm blog aku nie buat kenang-kenangan..

"Ayah" di belakang Anwar..

Dr sumber dalaman org 3 Line, DSAI kini dibantu oleh "Ayah" sepanjang kempen PRK B.Selambau.diberitakan juga 100 org ahli2 3Line menjadi pengawal peribadi DSAI sepanjnag kempen PRK ini.


Dr sumber2 ini juga diberitakan Kerajaan PAS Negeri Kedah dipercayai akan menggunakan khidmat risikan dan kawalan dr org2 3Line.Langkah ni diambil atas sebab telah berlakunya serangan ke atas Bangunan MCA di Sungai Petani baru2 nie yg turut dikaitkan dengan penyokong2 dan juga ahli2 PKR.


Mengikut sumber 3 line..permit perasmian bangunanPKR dibatalkan disaat akhir adalah atas arahan dr najib.demikian juga serangan ke atas bangunan MCA dr arahan yg sama.ini disebabkan ahli2 PKR telah melihat beberapa anak muda berketurunan cina merosakan bangunan tersebut.lalu ahli2 PKR berjaya menangkap seorang dr mereka dan di bawa ke balai polis.dr siasatan ke atas pemuda berketurunan cina tersebut maka bocorlah segala rahsia.


DSAI kini berada di Gurun di rumah seorang "Ayah"sepanjang kempen PRK B.Selambau.

usin kata;
Kerajaan Pakatan Rakyat susah nak goyang kerana dibelakang mereka ahli2 3Line yg tulen akan membantu dr semua segi.

Thursday, March 26, 2009

UMNO DAN BRITISH..BAGAIKAN AUR DAN TEBING

Dalam kehangatan Perhimpunan Umno skrg nie dgn bunyi2 Melayu sana melayu sini teringat a aku kat artikel oleh Subky Abdul Latif dlm kolum TERKENANG SEMASA DULU yg bertajuk "Pengsan Hang Tuah dengar Raja Nazrin" di akhbar migguan SIASAH bilangan 0141 yg aku beli mggu lepas...so utk xbuang masa lagi dgr aku dok merepek renungkan lah apa yg telah tercatat dlm sejarah negara kita yg jarang atau xpernah didedahkan kepada setiap warga negara Malaysia... ; usin kata - aku 'cut' sedikit dan sedikit tmbh perasa dr keseluruhan artikel.

Subky Abdul Latif....
Apa yg menjamin spesis Melayu itu bleh kekal?...Sblm kelahiran Hang Tuah tlh trbina sbh kjaan di Temasik oleh Raja Sang Nila Utama.Temasik itu dirajai oleh org Melayu.sejak sblm kedatangan islam hinggalah selepas kedatangan islam Temasik masih milik Melayu.
Tetapi skrg Temasik bertukar Singapura.Melayu seperti tlh pupus disitu dn trus dirajai oleh Lee Kuan Yew.apa pasai jadi lagu tue.apa sbbnya...
ia terjadi atas kedangkalan daya politik sesetengah org melayu khususnya yg berkuasa kerana kegagalan mrk mmbentuk satu masyarakat yg berdaulat d bermaruah.
apa yg berlaku di singapura itu adlh bayangan yg boleh berlaku di Msia.
Setelah hampir lama di jajah oleh bangsa asing di msia tlh muncul gerakan kemerdekaan dgn gagasan mahu mewujudkan satu negara medeka dgn melayu sbg rupa bangsa walaupon warga penduduknya sudah majmuk.
Tan Cheng Lock,pemuka keturunan Cina yg berpengaruh xmmbantah tuntutan kemerdekaan yg dipelopori oleh Dr Burhanuddin Al-Hilmi.Rupa bangsa melayu yg digagaskan itu bknlah menafikan hak yg patut dinikmati oleh suku-suku bkn melayu yg sdh berkurun brada di wilayah itu.
Kedatangan semula British slps Jepun menyerah kalah dlm Perang dunia ke2 dgn cadangan Malayan Union.Cadangan itu ditentang oleh Dato' Onn bin Jaafar.dia mmbentuk Umno demi Hidup Melayu.ketika itu Dr Burhanuddin dgn Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) mmperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu iaitu "MERDEKA".yg si Umno lak "HIDUP MELAYU" serta perjuangan kemerdekaan(MERDEKA) disembunyikan.
British kenselkan Malayan Union dn brjaya mndptkan kerjasama Dato' Onn.semua Menteri Besar yg dipengaruhi British mnjadi org penting dlm Umno.
PKMM diharamkan slps itu.British dipercayai mahu mmberikan 'MERDEKA' melalui umno dn Dato' Onn.ia mestilah bermula dgn mmbentuk kerajaan sendiri tetapi umno mestilah mbuka keahlianya kpd org bkn melayu.
Anak kpd Perdana Menteri Parti Buruh Britain yg pertama Ramsay McDonald iaitu Malcom McDonald menjadi Pesuruhjaya Tinggi British bg Asia Tenggara.banyak masa malcom di Johor Bahru dn dia menjadi rakan rapat Dato' Onn...(usin kata ; sbb tue la Dato' Onn dpt "SIR" dr ratu England/British)
malcom dipercayai menyuntik konsep bekerajaan sendiri kpd Dato' Onn iaitu dia mesti setuju tuntutan Merdeka dibuat sama oleh kaum bkn melayu.bukanya oleh kaum melayu sahaja.
Dato' Onn dipercayai menyukainya.dgn itu Dato' Onn pun menyarankan bahawa umno mesti jadi parti berbagai kaum.kumpulan politik cina,india dan lain2 boleh menyertai umno.
bisikan british ini dikemukakan oleh Dato' Onn kepada umno.tetapi umno menolaknya.maka dgn itu Dato' Onn keluar umno dn tubuh IMP-Parti Kemerdekaan Malaya.
Kemudian Tunku Abdul Rahman ambil alih kepimpinan Umno dn tukar semboyan Hidup Melayu kepada Merdeka( usin kata; Dr Burhanuddin dh lama buat semboyan Merdeka).Tunku pun pi la London tanya kaedah mana yg baik utk capai kemerdekaan.maka british pon kata sama la mcm mana yg di cadangkan kpd Dato' Onn iaitu hanya boleh merdeka dgn dituntut oleh semua kaum.lepas tue baru la Tunku buat "PERIKATAN".lepas tue formula PERIKATAN mendapat sambutan selepas umno n mca menang dlm pilihanraya Perbandaran Kuala lumpur.
Tunku ajak semua parti politik join perikatan kecuali IMP sbb Dato' Onn ada aura n pengaruh besar dn boleh menggugat Tunku.
Dengan itu pelan british berjaya.ia xberjaya di bawah Dato' Onn tapi berjaya dibawah Tunku.
akhir kata kemerdekaan atau MERDEKA bukanlah hasil perjuangan org Melayu tetapi hasil perjuangan bersama.
tetapi dlm masa 50 tahun medeka pemimpin melayu tidak membuktikan keupayaanya mendaulatkan org melayu, sehingga org melayu tidak dilihat sbg rakyat yg berdaulat.
duitlah yg melemaskan org melayu.
yg berpecah itu bukan kerana mereka melayu,tetapi manusia itu dijadikan jenis yg suka berbunuh-bunuhan.
ia bermula dgn ank Nabi Adam,khabil dn Habil.
YANG MENYATUKAN MANUSIA ITU ISLAM DAN IMANYA.AKIDAH ORG MELAYU BOLEH SELAMAT DARI PUPUS.

Tuesday, March 24, 2009

kompom..nizar..tapi apa kata TGNA?

sah..MB Nizar calon Pas kt B.Gantang..tapi apa kata TGNA..hari tue dia xbrp setuju...bagi aku la aku pon xbrp setuju.tapi dah kata putus oleh Pas Pusat atau Pas negeri aku terima ja la..sapa pon xkisah dh la nie..janji PR MENANG...

"FIRST TIME KAT S.P NIE..."

"Dalam aku dok setting k buat blog nie..ada sms masuk ....


"RM0.30 FRU rempuh masuk secara ganas & lepaskan gas pemedih mata secara rambang kearah orang ramai yg sdg dgr ceramah Anwar di Taman Ria Sungai Petani sbntr td.ramai cedera.


sender; 32300(info keadilan)

time;10;53;41pm

23.3.09


Laporan Malaysiakini


Polis tembak gas pemedih mata lerai ceramah Anwar
Mar 23, 09 10:58pm
Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.


usin kata;

dengar kata peniaga pasar mlm pon kena tangkap..alahai..kesian la kat depa nie..depa nie nk car rezeki..bila lagi nk amik kesempatan nk tambah rezeki kalau bukan time ceramah mcm nie..


rugi aku xp td..kalau x bole mandi ngan ayaq mata sbb kena gas pemedih mata..huhuhu..

geng2 Be End nie mgg dok ketaq la nie...dh la calon bebas berbelas nk masuk bertanding kat b.selambau..ini mesti xda keja org lain lagi la..musti geng2 Be End punya muslihat..saja support bg duit kat calon bebas..alaa..duit deposit utk calon ADUN brp sja....so utk para pengundi2 b.selambau..jgn dok "kelabu" lagi..pangkah sj PKR ok.


"SAH KE TALI GANTUNG"

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.
sumber Malaysiakini.com



usin kata;
huhuhu..inilah demokrasi sebenar kat malaysia....lepas nie mcm2 lagi yg gomen BeEnd akan buat.tapi xpa..depa ingat info utk rakyat boleh tersekat dengan begitu mudah..huhuhu depa nie mudah lupa..ledakan informasi terkini semakin membara..tingkatkan info utk rakyat melalui internet..sebarkan maklumat2 dr mulut kemulut hingga dari atas bukit sampaila kat rumah panjang kaum iban disana...pastikan kemenangan PR utk PRK yang dok mai xlama lagi..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009