Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT JALAN ROMEO...bye-bye..tata..titi...titu...Welcome Home..

usinkata; lama bebenor menunggu..dari tahun ke tahun..akhirnya tebanglah tinggi mana wahai sang bangau..ke badan kerbau juga akan kamu singgah dan mendarat..bersama menikmati bau-bauan lumpur tanah di bendang..bersama memanaskan badan dengan terik mentari...dn kalau tak kena gaya .turut kuyup ditimpa hujan..

Selamat bersara dn selamat hari raya buat mantan KPN Bekas Ketua Polis Negara yg suatu ketika juga pernah berkhidmat sbg KPN=Ketua Polis Najib..
Entahlah apa yg merasuk fikiran Menteri Dalam Negeri yg memegangkuasa didalam Kementerian Dalam Negeri kali ini..membuat satu keputusan diluar jangkaan ramai dengan merehatkan terus Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan..
Tidak terduga dan tidak terjangka..rupa-rupa Musa Hassan langsung tak diberitahu tentang penendang yg diterimanya oleh Hishamudin selaku ketua tertinggi kementerian Dalam Negeri..
2 3 bulan sebelum sahih Musa Hasan ditendang sudah ada dengar2 bunyi bunyian yg kontrak Musa Hasan tidak akan disambung...namun ada pihak yg kurang yakin dn mempecayainya..
alih-alih mmg betul arrr..Musa Hasan dapt hadiah istimewaa sempena lebaran yg xbeberapa hari lagi akan menjelang..dan apa yg pasti hadian lebaran in terlalu istimewa sehingga mengguriskan hati dn perasaanya..
agaknya..dlm pikiran beliau sudah berdendang.."aku bagaikan habis madu sepah dibuang".."bila dh dpt gading bertuah ..tanduk dh xlaku lagi"
Lantaran itu tersembulah dari anak halkumnya yg merungkai segala tekanan yg dihadapinya sekian lama semasa berkuasa didlam Balai Besar Polis Malaysia di Bukit Aman..dan dia mendesah KDN banyak campur tangan dan kaki dlm urusan PDRM..
Aku yakin..apa yg didesahkan oleh Musa Hasan sudah tentu ianya sebagai hadiah balas buat Hishamudin sbg hadiah sempena aidilfitri..walaupun tidak tepat mengena batang hidung pihak tertentu..sudah pasti mana-mana rakyat yg celik hati dn terbuka mindanya sera tidak takut hantu dan momok ciptaan UBN akan membuat penilaian ,saringan,kajian dan bermacam-macam makmal akan tertubuh utk mengkaji kenyataan Musa Hassan yg berbaur kekecewaan..
Apa yg ditulis oleh Ketua Penerangan Pas Pusat Ustz Idris Ahmad membuatkan fikiran ini kembali segar pusaka peninggalan yg ditinggalkan oleh Musa Hassan yg pastinya ianya belum lagu tertuntas dn terjawab..masih lagi misteri dn tersembunyi..dan aku dan kamu pasti nk tahu..

Kata Ustz Idris..
"Musa begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan yang telah membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan Umno Bahagian Tampin.

“Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009.

“Beliau juga berjaya melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM3 juta yang didakwa diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram. Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh kontroversi,”

tangan dan kaki Musa terikat dalam banyak kes termasuklah kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang politik.

“Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya campur tangan politik ketika beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnya campurtangan dan penglibatan orang politik dalam kerajaan yang mengganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong penyalahgunaan kuasa dan rasuah,”

Oleh itu..anda nak tahu..aku nak tahu sesangat..

Samada siri Musa Hassan VS Hishamudin akan bersambung lagi atau tidak ianya terletak diatas kebijaksanaan Puan Rosmah Mansur utk memastikan bonekanya agar sentiasa selamat dn turut terselamat..

Kita nantikan bersama-sama..adakah ini episod terakhir atau ianya pemulaan baru episod yg xpernah sudah-sudah..dh naik menyampah aku..huhuhu

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009