Senaor Prof Dr Syed Husin Ali
Apabila mengetahui bahawa Prof Syed Husin Ali tidak akan mempertahankan jawatanya sbg Timbalan Presiden PKR..hati ini rasa terpanggil utk mengabdikan sesuatu buat Prof Syed Husin Ali didalam blog Siulan Apadianie dan Facebook Usinwafer..
Kepada yg telah memiliki karya terakhir Tuan Rustam A.Sani yg berjudul Ketemu di Alur Zaman..sudah pasti mengetahui apa yg ditulis oleh Rustam A.Sani tentang Prof Syed Husin Ali..
Maka ...hati ini..ingin memetik sebahagian petikan dari apa yg ditulis oleh Tuan Rustam A.Sani sebagai pernghargaan buat Prof Syed Husin Ali..
Buat sesiapa yg langsung tidak mengenali siapa Prof Syed Husin..inilah masanya utk kita renungkan bersama..
Buat ahli-ahli PKR yg sedang rancak berkempen yg entah hapa entah..wajar cari calon pemimpin seperti Prof Syed Husin Ali...
Petikan dari Ketemu di Alur Zaman ;
Syed Husin Ali
Di mata media arus utama negara ini,para pemimpin politik pembangkang tidaklah ada bedanya daripada peristiwa yg tidak menyenangkan seperti tunjuk-tunjuk perasaan membantah kenaikan harga minyak yg berlaku dibeberapa tempat baru-baru ini.Peristiwa -peristiwa itu terjadi bagi org lain,tetapi tidak bagi media-dan dengan itu tidaklah perlu dilaporkan secara jujur...
Demikian juga pemimpin pembangkang seperti Syed Husin Ali,Timbalan Presiden PKR.Semua orang tahu beliau seorang tokoh politik yg penting ,gigih dalam perjuanganya,dan telah banyak berkorban.Namun,telah beberapa lama kini namanya pun jarang disebut-sebut dlm media aliran utama.Bagi media ,tokoh ini seolah-olah tidak wujud sama sekali.
Syed Husin tidak pernah menang pilihan raya dan tidak memberi kemewahan hidup kepada keluarganya .Bagi saya ,ini ada hubunganya dengan perubahan dalam persepsi masyarakat terhadap penyertaan politik-dan kesan serta akibatnya.Pada zaman Boestaman,Pak Sako dan Dr Burhanuddin Helmi,misalnya,penyertaan politik mereka sentiasa dilihat sebagai perjuangan untuk rakyat...
Oleh yg demikian ,lebih "merakyat" kehidupan seseorang tokoh itu dan keluarganya,lebih menderita seseorang itu akibat perjuanganya (misalnya dipenjara),lebih gigih seseorang itu,meskipun tidak mendapat ganjaran dlm bentuk kerusi parlimen atau jawatan tinggi,maka akan lebih dikagumilah tokoh tersebut.
Namun Syed Husin hari ini hidup dalam satu zaman lain yg berubah.Hari ini seseorang yg merancang untuk melibatkan dirinya dlm politik maka dia sebenarnya merancang "kerjaya"-bukan"perjuangan"-politiknya.Oleh itu ,arah perkembangan kerjaya itu akan dirancang berdasarkan jalur yg memungkinkan seseorang itu mencapai jawatan dan kemewahan yg diimpikan-dan bukanya komitmen seseorang itu terhadap sebarang keyakinan atau ideologi politik.
Dilihat dalam konteks ini,pada hemat saya, Syed Husin telah merancnag "kerjaya" politiknya berdasarkan pendekatan "perjuangan" beberapa tokoh pemimpin politik rakyat yg lama-malah dia secara terbuka mendedahkan betapa dia amat kuat mengkagumi dan dipengaruhi oleh para tokoh seperti Pak Sako,Boestaman dan Dr Burhanuddin Helmi.Sayangnya,kerana dia hidup dalam zaman yg lain,kejayaanya sentiasa diukur berdasarkan ukuran kerjaya politik orang-orang zaman ini.
Dalam banyak hal Syed Husin mencapai apa yg telah "dicapai' oleh para tokoh politik yg sentiasa dkaguminya itu.Seperti mereka ,Syed Husin terus memperlihatkan kegigihan yg telah diperlihatkan oleh para tokoh yg dikaguminya itu -terus"berjuang" hingga ke tahap umur yg agak lanjut meskipun harapan utk mendapat jawatan dan kedudukan tidaklah terlalu besar.Seperti para tokoh yg dikaguminya itu,Syed Husin telah dipenjarakan kerana keyakinan politiknya.
Malah dalam hal-hal lain pula ,Syed Husin telah mencapai beberapa kejayaan yg tidak pernah dicapai para tokoh yg dikaguminya itu.Dalam bidang akademik, misalnya ,dia telah mencapai tahap yg tertinggi dlm pendidikannya dalam bidang Sosiologi-dia memperoleh ijazah PhD dari London School of Economics and Political Science (Universiti London) .Dalam kerjaya akademiknya dia telah memperoleh jawatan Profesor di Universiti Malaya.
Pendeknya jika Syed Husin merancang kerjayanya menurut lunas perancangan kerjaya orang-orang akademik hari ini maka bukanlah sesuatu yg mustahil bahawa dia boleh menjadi Naib Canselor di Universiti-suatu jawatan yg telah dicapai oleh orang-orang yg jauh lebih rendah pecapaian dan reputasi akademiknya!!!!..Namun dalam melaksanakan kerjaya akademiknya itupun Syed Husin tidak pernah terpisah daripada minat perjuangan politiknya utk membela rakyat termiskin- dituangnya ke dalam wadah perjuanganya untuk rakyat tertindas di Teluk Gong atau di Baling,misalnya.
Memang ,Syed Husin tidak pernah mencapai kejayaan untuk menyediakan mahligai besar utk keluarganya-lebih-lebih lagi tidak ada kondominium mewah di kota London atau ladang lembu(ranch)di Argentina.Namun kejayaan 'sederhana" anak-anaknya dalam bidang pendidikan,rasanya boleh dibanggakan sebagai kejayaanya sebagai ketua keluarga berbanding dengan org-org yg perlu menimba rasuah berjuta-juta ringgit atas nama menyenangkan anak-anak mereka.
Dengan pencapainya dalam bidang akademiknya,rasanyatidaklah ada sebab bahawa Syed Husin boleh mencapai kejayaan peribadi yg sama seperti yg telah dicapai oleh tokoh-tokoh politik lain yg telah merancang pertumbuhan kerjaya politik mereka menurut lunas-lunas kerjaya politik hari ini (banyak juga di antara mereka itu merupakan murid -murid Syed Husin di Universiti).Jika sekiranya dia menyertai UMNO ,misalnya,maka tidak ada sebab dia tidak boleh memenangi kerusi parlimen atau malah mencapai jawatan menteri dan sebagainya.
Nyatalah bahawa dia tidak memilih utk menyertai UMNO bukan kerana sebarang kekurangan yg ada pada dirinya tetapi kerana keyakinan dan ideologi politiknya y tidak mendorongnya ke arah itu.Oleh kerana itu ,saya berpandangan bahawa "your involvement in politics has got you nowhere in terms of politics...and in terms ofpersonal achivements "(menurut wawancara Zainon ahmad) bukanlah petanda kelemahan Syed Husin tetapi petanda kelemahan rakyat negara ini utk keluar daripada pola pemikiran politik yg telah dicanai oleh sistem politik yg korup lagi mengutamakan kepentingan peribadi hari ini.
Salah satu catatan menarik dalam temuramah The Sun ialah hakikat bahawa dengan penggabungan PRM-PKN ialah hakikat bahawa Syed Husin "hanya (only)"0 memperolehi jawatan Timalan Presiden PKR.Saya sendiri merupakan salah seorang yg bertuah dapat bersama-sama Syed Husin dalam usaha menyakinkan teman-teman dalam PRM tentang pentingnya penggabungan dua parti itu dalam usaha memantapkan perjuangan membela rakyat dan keadilan yg tidak bersifat perkauman di negara ini.
Memang sepanjang usaha itu kedudukan peribadi Syed Husin tidak pernah dipentingkan-apalagi sehingga mengatasi kepentingan perjuangan dam ideologi.Dalam kerangka lunas perjuangan politik hari ini,yg mengutamakan kepentingan peribadi,memanglah mengambil jawatan yg hanya nombor dua itu boleh dianggap suatu kekalahan ata kelemahan-memandangkan pengorbanan dan perjuangan politiknya yg begitu lama.Namun begitu ,demikianlah hakikat dan konsepsi perjuangan politik yg setulus hati diyakini Syed Husin.
Sudah tibalah masanya kita mempersoalkan "kejayaan" para ahli politik yg didorong semata-mata oleh hasrat pencapaian peribadi dan kepentingan diri; bahawa yg lebih penting dlm politik kita hari ini bukanlah sekadar pertimbangan kerjaya politik,tetapi sebenarnya pertimbangan perjuangan politik dan natijah perjuangan itu.
Memang tidak mudah bagi Syed Husin menyakinkan seluruh rakyat tentang ketulusan dan hasrat politiknya-malah untuk menyakinkan para anggota partinya sendiri (PKR) sahaja tidaklah mudah.Syed Husin menyatakan bahawa beliau amat sedar tentang kesukaran yg dihadapinya itu.Namun kita bersyukur kerana beliau telah memilih utk mengambil sikap seorang 'optimis" yg tidak mudah menyerah kalah....- Rustam A.Sani ; Ketemu di Alur Zaman
nota-usin; Artikel diatas telah aku cut sana cut sini..kalau nk baca keseluruhan artikel..kena beli la buku Ketemu di Alur Zaman..murah ja..kat Popular RM10..order kat Siasah baru RM8..
1 comment:
Dicadangkan Prof Dr Syed Husin Ali dilantik memegang mana-mana jawatan penting di Unisel...
Post a Comment