Wednesday, October 27, 2010

ETP: Mengapa Industri Nafsu menjadi Sumber Pendapatan Negara

Negara Islam Malaysia dibawah Pentadbiran Najib-Rosmah akan membuat pelaburan RM467Juta untuk Indusri Nafsu...yang dimulai oleh konsert bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.


usinkata;.....Jikalau menonton siaran berita baik dari TV1 mahupun TV3..sebulan sekali atau 2 kali dalam sebulan dan kadangkala 3 bulan sekali ada ada laporan mengenai serbuan pihak berkuasa ke atas rumah-rumah urut atau dalam bahasa moden kini SPA yg menjalankan aktiviti pelacuran 'haram" dengan penglibatan sebahagian besarnya GRO-GRO dari negara asing terutamanya warganegara China yg datang masuk ke Malaysia melaui pelbagai pintu masuk...sepertimana yang kita tahu berpura datang menuntut ilmu di Malaysia dan juga ingin berjoli sakan sebagai pelancong.

Pernah terpikir juga bahawa pengusaha rumah-rumah urut @ Spa ini bagaikan tidak serik2 apabila ada sebahgianya 3 4 kali diserbu dan dibuat tangkapan GRO-GRO asing dan cap Malaysia yg juga terdiri dari pelbagai kaum..
Denda yg dikenakan jika disabit kesalahan dengan senang-senangnya dibayar tanpa rasa kerugian sedikit pun oleh pengusaha-pengusaha rumah ururt yg turut menjalankan oeprasi maksiat dan pelacuran haram...

Kenapa fenomena ini berlaku..? Ya memang tuntutan dan kehendak pelanggan menjadikan ianya macam cendawan tumbuh selepas hujan..apatahlagi dengan kelulusan lesen baru utk pengoperasianya memudahkan ianya terus subur...apatahlagi cendawan yg tumbuh itu ternyata 'haram" dan tidak berlesen..rasanya pusat 'haram" lebih banyak dari yg "halal-berlesen"..

Siapakah disebalik yg menjadi "tok dalang" didalam industri yg pada mulanya "halal-lesen" dan bermaruah kemudian dicemari dengan aktiviti yg terang-terangan "haram-maksiat" dan meruntuhkan moral dan tidak bermaruah..

Cakap-cakap kedai kopi...ketua-ketua pengutakuasa sudah diberi "ubat pelali" oleh pengusaha-pengusaha pusat "halal + haram" ini...cerita-ceriti serbuan dan tangkapan hanyalah salah satu rutin bulanan yg perlu dilalui utk memenuhkan buku "3 Lima" aktiviti dan operasi..

Percayalah dan jika tidak mahu percaya..cuba2lah dengar sebentar sesaat dua...hati ini kuat menyatakan bahawa segalan rumah-rumah urut/refleksologi dan juga SPA sebenarnya 90% dikuasai dan dimiliki oleh geng-geng serta taiko-taiko kongsi gelap..baik kongi gelap Cina,Melayu dan India..geng Kongsi Gelap 1Malaysia..

Sebab itulah apabila selepas hujan penuh cendawan pusat "hala + haram" tumbuh tanpa kawalan..ada mereka ini heran diserbu dan didenda serta "ayam-ayam" ditangkap..tutup 1 pusat "halal + haram"..tumbuh 3 pusat baru...tutup 2 pusat "haram + haram"...tumbuh 5 yg baru...."ayam-ayam" mereka ..xperlu dicari kembali...ianya akan datang sendiri mencari...

Terima Kasih kepada mana2 kerajaan negeri yg sudah membekukan lesen pusat "halal" ini..biarlah yg haram itu tumbuh dengan cepat dan melata..pihak berkuasa kita saban bulan sentiasa melakukan operasi pembersihan dan pemutihan pusat haram + maksiat " ini...biarpun ada 2 3 kepala pengutkuasa menjadi sekutu taiko2 dan tokey geng kongsi gelap sentiasa melindungi mereka..nasib mereka akan tiba juga satu hari nanti..apabila semakin banyak pusat haram yg tumbuh..kepala penguatkuasa ini tentu akan pening kepala kerana laporan buku 3Lima mereka tidak menunjukan " rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan"..dan ini bakal mengundang amarah dari Bukit Aman..

Ini baru cerita Spa..belum lagi cerita kelab malam/disco..cukuplah sekadar Spa..kelab malam anda lebih arif dan tahu..

Apabila ETP yg diwar-warkan ..digah-gahkan oleh media arus perdana menjelaskan bahawa Pentadbiran PM Najib Razak ingin menjadikan Malaysia sebagai hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan dengan penubuhan kelab malam terkemuka,spa dan menganjurkan konsert utama..; (rujukan utama)

mari berfikir lagi...sudahlah bercambah pusat kelab malam dan spa baik yg haram atau hala-lesen semuanya ini terang terangan dimiliki oleh ketua-ketua dan taiko-taiko kongsi gelap..sudah pasti dengan kelonggaran dan galakan kerajaan Malaysia didalam isu ini..bakal merancakan lagi percambahan idea oleh pengusaha/ketua dan taiko kongsi gelap memberanakkan wang mereka..sudah pasti pelancuran haram-dadah-judi dan pelbagai lagi maksiat dan aktiviti tidak bermaruah akan bercambah selepas hujan..

Pernah membaca satu kenyataan dari Ketua Pengusaha Pusat Kasino di Las Vegas..beliau ada memberitahu bahawa di Asia....40 Las Vegas belum cukup utk menampung kehendak dan keperluan kaki judi/kaki maksiat..Adakah kenyataan ini diamil serius oleh perancang ETP?..dan sudah semestinya sebuah kasino di Sabah akan diwujudkan selari dengan kehendak ETP sang Najib ini..

Adakah cerdik pandai yg menganggotai ETP sedang merancang utk menjadikan Malaysia LAS VEGAS ASIA TENGGARA?

Adakah ETP ini sebahagian dari peruntukan besar Budjet 2011 buat JPM (Jabatan Perdana Menteri ) yg melebihi peruntukan Budjet 2011 utk Parlimen..?

Adakah Budjet 2011 turut  melibatkan peruntukan utk Ketua-Ketua/Taiko-Taiko/Pengusaha Kelab Malam dan Spa..?

Atau sudah ada Budjet Pilihanraya dari Ketua-Ketua/Taiko-Taiko/Pengusaha Kelab Malam dan Spa utk UMNO/BARISAN NASIONAL..?

Marilah kita renungkan kata-kata dari Ustaz Zaharuddin yg memberi komen di Facebook yg sempat dicopy-paste-kan ..

"Nabi menyebut : "Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". Lalu mengapa dibuka luas lorong nafsu itu? Dalam hadis lain, nisbah penduduk syurga dgn neraka dari seribu orang adalah 999 ke neraka & hanya seorang ke syurga. Mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?"



No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009