Wednesday, March 28, 2012

Untukmu Rakyat Marhaean...

Siapa Rakyat Marhaean..?..iaitu Rakyat Malaysia semua kaum yg purata pendapatan dibawah RM3000 sebulan..

Anwar Ibrahim kata;...

"Pakatan Rakyat PR akan menyebelahi kumpulan masyarakat kelas bawahan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang."

"Perjuangan ini pilihan raya adalah antara golongan berpendapatan rendah menentang golongan kaya kroni Umno “Setiap hari saya diserang Siapa yang menentang saya Bukan Najib atau Muhyiddin Tapi jutawan yang takut keuntungan mereka disekat ”.

“Adakah saya berbangga Melayu mengawal ekonomi ?..Ya tapi bukan untuk menyusahkan rakyat ”

“Di bawah Syed Mokhtar harga gula empat kali lebih tinggi Kamu penyokong Umno keluarga kamu di sawah padi sedang ditekan oleh pemimpin ”.

“Golongan belia ini berpendapatan kurang RM800 sebulan siapa yang menyokong...Umno...?"

" Bukan Umno yang berjuang untuk gaji minimum tapi kami (PR)"

"Kami akan memansuhkan PTPTN bukan Umno "

“Kami mahu turunkan harga petrol elektrik "

Tapi Umno kata beri air percuma seperti Selangor akan jadikan kerajaan bankrup ”
(rujuk kepada pemberian subsidi Kerajaan Selangor (PR) terhadap 20 meter padu air untuk isi rumah di sekitar Lembah Klang.)

Tolak GST...Politikan GST..kerana politik itu kehidupan kita kini dan masa depan..



Jangan politikan GST, kata Idris Jala

Sinar Harian ;27 Mac 2012
KUALA LUMPUR -- Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak wajar dipolitikkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, hari ini.

Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan pelaksanaan (Pemandu), berkata GST akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif.

Pelaksanaan GST akan mewujudkan ruang untuk negara menurunkan cukai korporat dan individu, katanya kepada pemberita selepas memberi syarahan pada Ulang Tahun ke-53 Institut Akauntan Berkanun Bertauliah di sini.

usinkata;.Mengapa kita perlu membantah GST dilaksanakan dalam masa terdekat ini..

Mari kita lihat beberapa fungsi cukai yg mudah difahami .

1) Salah satu fungsi pencukaian ialah utk meningkatkan hasil bagi membiyai perkhdimatan sosial seperti jalan raya,sekolah,hospital dan keselamatan.

Namun begitu di Malaysia...

Jalanraya - kita masih membayar tol dilebuh-lebuhraya...

Sekolah - sebahagian besar daripada kita terpaksa untuk menghantar anak-anak ke pendidikan swasta dan contoh paling mudah Pra-Sekolah atau TADIKA/TABIKA dan sekurang-kurangnya pelbagai KELAS TUISYEN dan tidak dilupai KELAS AGAMA ...

Hospital - Sebahagian dari kita memaksa diri pergi ke hospital swasta apabila sakit tenat/berat.
Malah ada yang membeli insuran kesihatan/kemalangan kerana utk memastikan ada payung sebelum hujan.

Keselamatan - Sebahagian kita mengupah pengawal keselamatan swasta meronda kawasan kejiranan kerana kadar jenayah yang meningkat.

2) Satu lagi fungsi cukai ialah pengagihan semula,iaitu mengambil daripada yang KAYA bagi membantu yang miskin.Orang yang waras tidak akan membantah hal ini.

Namun begitu berkenaan hal GST...9 juta rakyat Malaysia yang bekerja tidak membayar cukai kerana apa..kerana mereka tidak kaya..apatahlagi bagi rakyat yang tidak bekerja..

Soalan ?

Kemana pergi wang cukai kita jika GST dilaksanakan?..Kita lihat berbilion ringgit dihabiskan atas kebodohan dan beberapa skandal ; sebaliknya terlampau banyak contoh kemiskinan yang ketara diluar bandar dan di dalam bandar.

Contoh terbaru ,Kerajaan memejam mata skandal MAS dengan tidak menuntut RM500 juta daripada Tajuddin Ramli...
Bagaimana pinjaman kepada NFC sebanyak RM250 juta..yang diselewengkan...???

Jadi ke mana prginya semua wang cukai kita?
Kurangnya kebertanggungjawapan ini menyemarakkan rasa ketidakadilan yang dialami oleh pembayar cukai.Kenapa membayar cukai kalau "kerajaan akan membazirkanya"..

Kenapa bayar cukai GST..tetapi rakyat kena tol lagi dlebuhraya..

Kenapa Bayar cukai GST..tetapi rakyat tetap beli insuran kesihatan/kemalangan.

Kenapa bayar cukai GST..tetapi rakyat tetap terpaksa hantar anak ke tadika swasta yg kosnya mencecah RM3000 setahun..

Kenapa bayar cukai GST..tetapi rakyat tetap gunakan pak guard swasta jaga kediamanan dikawasan perumahan.

Kenapa bayar cukai GST..tetapi rakyat tetap kena buat simpanan utk kerosakan kenderaan akibat jalanraya yg kurang memuaskan..

Ketelusan dan kebertanggungjawapan Kerajaan yang lebih baik akan menggalakan rakyat berfikiran positif dan membayar cukai.

Rakyat yang membayar cukai akan lebih gembira melepaskan hasil titik peluh mereka jika mereka tahu ke mana duit cukai mereka pergi dan merasakan bahawa mereka ada suara dan kepentingan dalam perbelanjaanya.




Petronas dan Pertamina ; Sama tapi tak serupa



Ribuan tunjuk perasaan protes Indonesia naikkan harga minyak

SinarHarian ; 28 Mac 2012
JAKARTA - Ribuan orang yang mewakili pelbagai kumpulan masyarakat semalam mengadakan demonstrasi di Jakarta dan beberapa bandar lain di seluruh Indonesia sebagai membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak bersubsidi sebanyak Rp1,500 (55 sen) pada bulan depan.

Kumpulan-kumpulan yang berdemostrasi di hadapan Istana Merdeka termasuklah dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pimpinan bekas Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri dan pertubuhan Hizbut Tahrir Indonesia (HTI), yang sebelumnya telah juga berdemonstrasi di Bulatan Hotel Indonesia.

Jurucakap HTI Muhammad Ismail Yustanto berkata kenaikan harga minyak, pembatasan minyak bersubsidi serta penarikan balik subsidi minyak, akan mengungtungkan syarikat minyak asing dalam jangka masa panjang.

"Jika tidak ada inovasi, kegiatan perniagaan Pertamina (syarikat minyak nasional) akan menjadi tidak kompetitif, sehingga Pertamina akan berpindah kepada syarikat minyak asing itu.

"Hal ini tentu akan merugikan Pertamina," katanya. Pada masa ini Pertamina memonopoli penjualan minyak petrol oktan 88 yang bersubsidi, dengan harga runcit Rp4,500 seliter (kira RM1.60 seliter) dan selepas kenaikan harga yang dicadangkan itu, harga baru akan menjadi Rp6,000 (kira-kira RM2.15).

usinkata;....saya tertarik hujah dari Jurucakap Hizbur Tahrir Indonesia seperti diatas..
Komen saya di Facebook ;..

Usin Wafer Pendekata;...sepatutnya di Malaysia hanya syarikat PETRONAS yg menjual harga minyak yg bersubsidi..kerana ianya syarikat negara..miliknegara..rakyat yang punya..kenapa..syarkat asing turut sama mendapat faedah dengan menjual harga yg sama dengan PETRONAS...Shell negara mana punya...BP syarikat org Malaysiakah..Caltex made in Malaysia ka..EssoMobil 1Malaysiaka..


Kerana itu..hati ini kuat berkata..terdapat perjanjian "isitimewa" antara Malaysia dan syarikat asing yg sudah bertapak di Malaysia sejak Merdeka lagi atau lebih tepat selepas Akta Petroleum dikuatkuasakan dimana Petronas memberi laporan terus kepada Perdana Menteri...

Cuba tanya Ku Li...dia lebih arif dan tahu hal ini..dan tidak hairanlah Anwar sehingga kini masih berirama akan menurunkan harga minyak dipasaran Malaysia sebayak RM 0.30sen sekiranya PR dpt menawan Putrajaya..sudah tentu dia tahu formulanya..

Tuesday, March 27, 2012

usinmeluat ; Menteri-Menterana dok kalut jamban sapa paling besaq..bilik ayaq sapa paling mahai...

ini bukan gambaq "jamban" yg kalut diperkatakan oleh Menteri-Mentarana negeri Pasir Berdegung Darul Ahsan,...huhuhu

Meluat aku...begini ceritanya..

Alkisah maka tersebutlah kisah..apabila menteri-menteri negeri Pasir Berdegung Darul Ahsan..bertikam lidah berkenaan harga membina "jamban" dibilik tidur masing2...gendang gendut ini berlaku apabila menteri Nimza Ila bising2 setelah bekas menteri Nasah Ila mencarut tentang isu peribadi menteri Nimza...

adoiii..itu Dewan Undangan Negeri utk berbahas mengenai kepentingan rakyat..rakyat xmau taw jamban sapa paling besaq..bilik ayaq sapa paling mahai..meluat aku...

MB Pasir Berdegung Darul Ahsan sudah berfatwa bahawa "harga" jamban dibilik ayaq bekas Menteri Nasah Ila ikut prosuder la...

kepada menteri Nimza Ila,menteri Hamilah Ila dan menteri Reivax Ramukayaj..diminta bersabar dengan kerenah bekas menteri Nasah Ila..biasa la...adat politik...paham2 sajala...

Jangan terikut dengan perangai Menteri Nasah Ila yg dilanda ketakutan sindrom Murtad 1Malaysia...huhuhu

Wednesday, March 21, 2012

usinhasut

usinkata; ..Dengaq sini wahai org kampung..aku nak MENGHASUT hampa semua....

"SPR yang wujud hari ini tidak lagi dipercayai. Lembaga ini wujud sebagai pekakas United Malays National Organisation. Percaya dengan SPR samalah seperti kita percaya yang Rahim Tambi Chik boleh menjadi guru tadika. Meminta SPR menjalankan PRU13 dengan adil samalah saperti meminta Raja Bersiong menjaga Bank Darah.

Justeru satu lagi demonstrasi besar-besaran wajib diadakan. Rakyat wajib diajak kembali turun ke jalan raya sebelum pilihan raya. Dengan jelas wajib diterangkan bahawa tujuan kita ke jalan raya ini ialah untuk mewujudkan satu pilihan raya yang adil dan telus.

Masa mendengar, membaca berita dan berlabon tentang penipuan pilihan raya wajib ditamatkan sekarang. Masanya telah sampai untuk bergerak. Kita ke jalan raya dahulu sebelum kita ke pilihan raya. Hanya jalan raya yang akan menggagalkan tipu helah gerombolan United Malays National Organisation untuk terus berkuasa." - (TT)

Saturday, March 3, 2012

Hamza Kashgari ; Tafsiran Untuk Kepentingan Siapa..?



Hamza Kashgari: Anda memilih kami atau darah anda halal bagi kami! - Afiq M Noor

Sewaktu artikel ini ditulis, saya tidak pasti apakah nasib Hamza Kashgari. Sudah lebih dua minggu beliau dihantar pulang (dideportasi) secara tidak sah ke Arab Saudi oleh kerajaan Malaysia. Penghantaran pulang secara tergesa-gesa dan tidak menurut lunas-lunas perundangan ini sudah pasti menimbulkan banyak tanda tanya, tambahan apabila ia melibatkan dua negara yang menjadi anggota kepada Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sungguh memalukan. Namun tidak ada yang mustahil bagi Malaysia dan Arab Saudi yang sememangnya terkenal sebagai negara yang paling tidak menghormati hak asasi manusia. Mereka senang sekali memberi alasan kononnya untuk menjaga hubungan diplomatik antara negara dan isu agama maka Hamza Kashgari harus dikorbankan.

Lewat isu penghantaran pulang Hamza Kashgari (gambar kanan), ramai rakan-rakan Muslim saya (samada di dalam status Facebook dan Twitter) mengucapkan tahniah dan menyokong tindakan Malaysia mendeportasi beliau. Kononnya kerana beliau telah melakukan satu jenayah yang maha besar, iaitu menghina Rasulullah (S.A.W). Hamza Kashgari juga dituduh dan difatwakan sebagai murtad dan hanya hukuman bunuh yang layak untuk beliau meskipun beliau telah bertaubat dan memadamkan tweet tersebut.

Hamza Kashgari bukanlah orang pertama yang dituduh sebagai murtad. Dr.Nasr Hamid Abu Zaid, seorang Profesor Bahasa Arab dari Universiti Kaherah juga pernah dituduh sebagai murtad kerana pandangan dan kecenderungan beliau terhadap falsafah hermeneutika dalam memahami Al Quran. Beliau hidup dalam buangan, dipaksa untuk berpisah dengan isterinya kerana para Islamist menganggap beliau sesat, murtad dan perlu dihukum mati kerana kononnya telah mempersendakan Al Quran.

Abu Hayyan Al Tauhidi, Muhammad Bin Abdulkarim Bin Ahmad, pengarang kitab tafsir Nuzhum Al Dhurur Fi Tanasub Al Ayat Wa Suwar, Ibrahim Bin Umar Bin Hasan Rabath, Shadaqah Bin Al Husin dan Lisanuddin Bin Khattib. Sekadar menyebut beberapa nama yang masyhur dari kalangan ilmuan Islam yang turut dituduh sebagai murtad bahkan ada di antara mereka yang mati dibunuh. Ternyata virus memurtadkan dan menghalalkan darah sesama Muslim bukanlah sesuatu yang aneh dan jarang-jarang berlaku. Tidak keterlaluan untuk saya sifatkan ia sebagai trend para ulama dan Muslim yang ekstrem apabila berhadapan dengan pemikiran yang asing dan janggal bagi mereka.

Ternyata kita senang sekali menggambarkan wajah Islam sebagai agama yang bengis, tidak toleran dan tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah pilihan kita hanya dua; anda memilih kami; atau darah anda halal bagi kami. Dan inilah yang terjadi kepada Hamza Kashgari.

Siapa kita untuk menjatuhkan hukum ke atas Hamza?

Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada satu pertuduhan rasmi atau keputusan dari mana-mana mahkamah di Arab Saudi yang menghukum Hamza Kashgari bersalah kerana menghina Rasulullah (S.A.W) dan telah terkeluar dari agama Islam (murtad). Lalu atas sangkaan jahat apa kita berani menjatuhkan hukum dan memfatwakan beliau sebagai murtad?

Prinsip umum common law bahawa seseorang itu bebas dari kesalahan sehingga dibuktikan sebaliknya ternyata tidak lari dari kaedah Fiqh: Al Asl Baraah Al Zimmah yang bermaksud, asal seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Sekiranya diaplikasikan di dalam kes Hamza Kashgari - beliau tidak bersalah atas apa-apa pertuduhan melainkan dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah.

Justeru, saya hairan dengan sikap ekstrem ulama-ulama di Arab Saudi dan Malaysia yang dengan senang hati dan terburu-buru menghukum murtad anak muda yang berusia 23 tahun ini tanpa bukti. Saya juga yakin mereka tidak pernah berjumpa dengan Hamza Kashgari atau menelefon beliau bagi mendapatkan kepastian dan mendengar sendiri penjelasan beliau. Namun mereka berkata dan bertindak seolah-olah kuasa menentukan nasib kita di akhirat itu di-outsource kepada mereka!

Hukuman murtad dan menghina Rasulullah.

Saya sentiasa percaya kepada kebebasan untuk berpendapat, termasuk di dalam isu-isu agama sebagaimana yang telah dijamin oleh Al Quran. Kita boleh mempunyai pandangan yang berbeza dalam sesuatu isu, tapi hidup dalam suasana harmoni dan Hormat-menghormati. Setiap pendapat yang kita percaya perlulah mempunyai basis atau asas yang benar.

Seringkali kita mendengar rakan-rakan kita yang menyokong hukuman bunuh kerana murtad menyandarkan pendapat mereka kepada hadith: "Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh". Dan mereka berpendapat bahawa ayat 256 Surah Al Baqarah: "Tidak ada paksaan dalam beragama" merupakan ayat umum yang ditujukan kepada orang bukan Islam dan tidak terpakai kepada seorang Muslim. Ada juga di kalangan para ulama yang berpendapat ayat tersebut telah dimansukkan atau dihapuskan (Rujuk; Majmo’ Fatawa Wa Maqalat, Bin Baaz 6/219). Memandangkan ruang yang terhad, saya tidak berniat untuk memanjangkan perbincangan tentang pendapat yang menyokong hukuman bunuh ini.

Secara peribadi saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan tidak ada hukuman hadd bagi mereka yang murtad atau menukar agamanya. Rasulullah (S.A.W) semasa hayat baginda, tidak pernah membunuh orang yang menukar agamanya. Sekiranya benar Rasulullah diperintahkan untuk membunuh orang yang murtad dan itu merupakan satu perintah daripada Allah sudah pasti baginda akan menerapkan hukuman itu berkali-kali.

Di dalam Al Quran, terdapat lebih dari 200 ayat yang memberikan manusia kebebasan untuk memilih dan berpendapat. Maka adalah mustahil, Islam menghukum manusia dengan keras apabila mereka melaksanakan hak mereka untuk memilih dan berpendapat sebagaimana yang telah dijamin di dalam Al Quran.

Apabila membaca komen rakan-rakan di forum-forum internet ternyata ramai dari kalangan mereka (terutamanya yang menggelar diri "Islamis") menyokong tindakan para ulama Saudi menghalalkan darah Hamza Kashgari walaupun beliau telah meminta maaf dan menarik semula tweet tersebut. Mereka berpendapat bahawa sesiapa yang menghina Allah dan Rasulullah (S.A.W) wajib dihukum bunuh walaupun telah bertaubat. Pendapat mereka ini disokong oleh Ibnu Taymiyah di dalam kitabnya Al Sorimul Maslul 'Ala Syatimul Rasul dan Ibnu Hizmin di dalam Al Muhalla Bi Al Atsar.

Dr. Taha Jabir Al Alwani mempunyai pandangan yang menarik dalam masalah ini. Sewaktu mengupas persoalan hukuman bunuh kepada orang Munafiq, Dr.Taha menyinggung kekeliruan dan pendapat aneh Ibnu Hizmin Al Andalus. Menurut beliau Rasulullah tidak pernah membunuh orang-orang Munafiq pada zaman baginda walaupun baginda mengetahui bahawa mereka mempunyai perancangan jahat terhadap baginda. Juga jelas dalam sejarah ketika mana orang-orang yang datang berjumpa Rasulullah mengaku bahawa mereka telah keluar dari agama Islam tidak diperintahkan hukuman bunuh ke atas mereka.

Lihat sahaja Abdullah Bin Ubay Bin Salul. Beliau terkenal dalam sejarah kerana telah mentohmah dan menuduh Aishah dengan tuduhan dusta sehingga Allah (S.W.T) menurunkan ayat untuk membersihkan Aishah dari tuduhan jahat tersebut. Di dalam Sahih Al Bukhari, diriwayatkan bahawa Abdullah Bin Ubay mengatakan: "Sekiranya kita kembali ke Madinah (dari medan perang) , sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat akan mengusir orang-orang yang hina dan lemah". Allah merakamkan perkataan Abdullah Bin Ubay ini di dalam Surah Al Munafiqun ayat 8. Dia bukan sahaja menghina Rasulullah bahkan bercita-cita menghalau Rasulullah (S.A.W) dari Madinah.

Sewaktu mendengar perkataan Abdullah Bin Ubai tersebut, Umar Al Khattab menghampiri Rasulullah dan berkata: "Benarkan aku membunuh orang Munafiq ini". Rasulullah menjawab: "Biarkanlah dia, agar orang-orang tidak mengatakan Muhammad membunuh sahabatnya.."

Sepertimana yang kita sedia maklum, Rasulullah (S.A.W) adalah manusia yang paling taat kepada Allah. Sekiranya terdapat hukuman bunuh terhadap orang yang murtad dan munafiq, maka sudah pasti Rasulullah mengarahkan para sahabat membunuh Abdullah Bin Ubai Bin Salul.

Saya tertanya-tanya, apakah para pembenci Hamza Kashgari merasakan bahawa beliau lebih teruk dari Abdullah Bin Ubai Bin Salul yang Allah (S.W.T) telah rakamkan kisahnya di dalam Al Quran? Ataupun sebenarnya mereka merasakan diri mereka lebih baik dari Rasulullah (S.A.W)?

Memalukan dan Menghina Islam

Apa yang pasti tindakan mengeluarkan fatwa yang menghalalkan darah Hamza Kashgari merupakan satu lagi perkara yang memalukan dan memberikan imej yang negatif terhadap Islam. Tidak cukup dengan pendapat-pendapat pelik seperti wanita diharamkan memandu, umat Islam perlu menjauhi media sosial seperti twitter, mentaati pemerintah zalim dan haram memeranginya, ternyata umat ini senang sekali dikhayalkan dengan candu agama. Mereka menerima tanpa caveat apa sahaja yang keluar dari mulut ulama mereka seolah-olah ianya firman dari Tuhan.

Hamza Kashgari adalah saudara kita. Dia bukan ayam untuk makanan dan sembelihan kalian.


*Afiq M Noor adalah peguam dari Lawyers For Liberty.

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009