Sabtu September 22, 2012
40,000 Siswazah IPT Masih Mencari Pekerjaan
KUALA LUMPUR: Seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi KPT.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Omar Abd Rahman berkata angka itu melibatkan siswazah yang gagal mendapat pekerjaan tetap meskipun selepas enam bulan tamat pengajian.
"Setiap tahun, kita buat kajian ini dan tahun lalu, menunjukkan peratusan graduan yang masih belum bekerja ialah 21 peratus terdiri daripada IPTA dan 27 peratus IPTS.Manakala, 28 peratus daripada Politeknik dan 35 peratus Kolej Komuniti," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (My3L) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.
Bagaimanapun, menurut beliau terdapat segelintir siswazah ditawarkan pekerjaan secara sambilan memandangkan belum terdapat kekosongan jawatan tetap yang sesuai dengan kelulusan mereka. - MStarOnline
Ini hanya angka rasmi dari kerajaan.Pasti masih ada ribuan lagi graduan-graduan yang mengganggur yang mana mereka tidak termasuk dalam senarai angka rasmi.
Menjadi penganggur ini bukanlah satu nikamt.Memang betul bila selesai belajar ramai para mahasiswa yang ingin berehat sementara untuk merasakan betapa lazatnya bebas dari rutin harian zaman belajar.Bangun lewat.Tak perlu gosok gigi atau mandi dan terus makan tanpa mendengar kuliah yang membosankan .Juga bebas dari gangguan anak-anak muda yang ingin menjemput kita menjadi Tok Lebai.Lepak sepanjang hari atau jumpa kawan-kawan untuk bersembang panjang.Atau menonton tv berjam-jam.
Tetapi jika berbulan-bulan duduk dirumah melakukan perkara yang sama tanpa apa-apa tujuan yang jelas maka ini mungkin membawa satu permasalahan.Untuk due tiga bulan pertama,ibu bapa mungkin agak gembira untuk bersama anak-anak dirumah.Tetapi selepas empat lima bulan ibu bapa pun mula naik "menyampah' melihat muka anak yang sama.Yang menganggur juga akan bosan melihat muka emak dan ayah.
Penganggur berijazah atau tidak,jika terlalu lama mengganggur akan mula merasa kehilangan harga diri.Keadaan ini bertambah rumit lagi jika kawan-kawan yang be;ajar bersama dahulu telah mula bekerja .Harga diri ini bersangkutan pula dengan keseluruhan erti penghidupan.si penganggur akan kehilangan arah dan tujuan.
Di Eropah dengan sistem sokongan sosial yang baik,sesiapa yang kreatif pasti akan dapat melakukan sesuatu ketka mengganggur.Semua bergantung kepada keinginan masing-masing.Di waktu mengganggur inilah anak-anak muda di Eropah berkarya.Ada yang melahirkan filem experimental.Ada yang melahirkan lukisan avant garde.Banyak novel dan karya fiksyen ditulis di zaman mengganggur.Dan yang paling jelas ialah keupayaan anak-anak muda pengganggur ini menggemparkan dunia dengan bakat karya muzik mereka.Menggarap karya ialah cara untuk melayan diri di zaman mencari dan menunggu pekerjaan.
Bagaimana seorang pengganggur boleh hidup di Kuala Lumpur tanpa sistem sokongan sosial yang baik seperti yang wujud di negara Eropah.Bayangkan setiap kali beremu kawan pasti akan ditanya sama ada sudah mendapat pekerjaan atau tidak.Pertanyaan seperti ini pasti menusuk setiap hati para pengganggur.Jika puluhan kali ditanya dengan soalan yang sama dan jawapannya masih negatif,besar kemungkinan si pengganggur ini akan melarikan diri berkhalawat ke dalam hutan atau tidak keluar rumah langsung.
Bayangkan kita mengimport hampir 1 Juta tenaga kerja asing tetapi kita tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk tenaga kerja kerja yang telah kita sendiri latih.Bukankan ini suatu yang amat membebalkan.
Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur
Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur
Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur
Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
* usinkata;...segala text diatas selain dari lirik lagu Aku Pengganggur....aku copy paste dan edit dari artikel yang ada dalam buku : Keganasan,Penipuan & Internet - hegemoni media daulah pecah...tulisan Hishamuddin Rais a.k.a TukarTiub...tajuk artikel itu Diploma Dan Pak Turut..yang diterbitkan pada tahun 2008....sengaja aku xtulis keseluruhan artikel TT nie...pandai2 la hampa pi cari...huhuhuhu
2 comments:
Kenapa mereka tidak mencari kerja di luar negara? Di Timur Tengah lebih ramai orang India dan Pakistan jika dibandingkan dengan orang Malaysia (Melayu). Orang Filipina juga ramai di sana. 40,000 siswazah menganggur ini boleh mencari kerja di Singapura, Australia, New Zealand, USA, Kanada, UK dan di mana-mana juga lokasi jika tidak berminat dengan Timur Tengah. Rezeki ada di mana-mana.
Masalah pengangguran berlaku sebab majoriti orang Melayu menganut fahaman "hujan emas di rantau orang, hujan batu di di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri". Kalau asyik dapat hujan batu, bila masa hendak kaya? Dengan emas, kita boleh membeli berlori-lori batu.
Hang sembang senang la, tak paham dgn situasi org menganggur. Keja tak banyak, graduan belambak, mana taknya menganggur. Sembang mcm org mabuk.
Apa kata hang p cari keja kat sana tengok depa nak bagi ka dak kat hang.
Sembang kata kami memilih keja, kalau nak suruh keja cashier supermarket, baik tutup universiti. Lepas spm terus keja, ni bagi org buang masa dan duit dok suruh buat ijazah yang useless. Nak sokong lagi BN Umno? Aku pun heran org dok sokong depa ni. Makan rasuah berbilion ringgit, duit tu bleh buka peluang ekonomi baru, banyakkan peluan pekerjaan. Ni sapu sampai boroi
Post a Comment