'Tidak Hilang Melayu Di Dunia'
Bila saya bercakap pasal 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',saya bercakap pasal sikap optimistik Hang Tuah.Self-confident.Self-esteem.Hang Tuah bercakap berdasarkan pengalamannya sebagai duta dan komander satu empayar maritim yang hanya dikendalikan dari satu 'seaport'.Jika yang bercakap itu Hang Buah atau Hang Rempit,kita boleh abaikan,tetapi tunggu tuan-tuan dan puan-puan...yang bercakap itu adalah seorang negarawan ulung.Namanya disebut dalam dua manuskrip teragung,Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah.Jika Melaka hanya kampung nelayan yang miskin dan Hang Tuah adalah ketua kampungnya,kita boleh abaikan sahaja tetapi tunggu abang-abang,kakak-kakak...yang berkata itu adalah seorang komander tentera dan pakar sains politik teragung,yang menukar Melaka menjadi Venice Timur Jauh.
"Whoever is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice" -Tom Pires
Jika Hang Tuah adalah fiksyen.Melaka juga adalah fiksyen.Tom Pires adalah fiksyen,Venice adalah kota Cinderella.
Hang Tuah tahu,apabila beliau dilantik menjadi ketua angkatan laut Melaka,pada masa yang sama beliau telah menjadi duta dan mendapat tiket untuk mengembara ke seluruh dunia.Dari kerajaan-kerajaan yang dilawatinya,Hang Tuah telah menyedari bahawa kerajaan-kerajaan itu mempunyai sejarah dan rekod perdagangan dengan kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya.
Dahulu orang mencebik tentang kisah Hang Tuah pergi ke Jepun dalam Hikayat Hang Tuah,namun apabila ditemui rekod-rekod hubungan Kerajaan Ryukyu dengan Melaka seperti Maharaja Sho Tako telah mengirimkan utusan dan hadiah kepada Sultan Mansur Shah berupa 2,000 buah mangkuk, 5 buah kipas,20 buah tembikar,5 bilah pedang dan 25 kotak kain sutera,barulah mereka sedar bahawa ada 'something' dalam hikayat Melayu lama itu.Tanyalah para pengkaji Jepun tentang rekod-rekod kerajaan Ryukyu dengan Aceh,Siam dan Jawa.
Sebab itu,bila saya bercakap tentang 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',saya bercakap tentang bisnes maritim orang-orang Melayu yang menjangkau 1100 tahun Sebelum Masehi.
Saya bercakap tentang survival dan dayatahan untuk memperjuangkan kewujudan.Walaupun dijajah beratus tahun,kita akhirnya masih punya tanahair dan masih mengekalkan institusi raja-raja kita,di mana institusi raja-raja kita adalah yang tertua di Asia Tenggara mengatasi Thailand dan Kemboja serta antara tertua di dunia!
Bila bercakap tentang institusi raja-raja yang tertua,saya bercakap tentang dayatahan mengekalkan tradisi kepimpinan dan hegemoni politik.Ketika seluruh dunia diserang demokrasi dan menyerah kalah,kita masih mengekalkan tradisi kepimpinan kita.Apabila tradisi raja kita kekal maka nama 'Srivijaya' juga kekal,sebagaimana yang terpahat dalam prasasti-prasasti,bukan sahaja di tempat kita,malah di India dan China malah sejauh kerajaan Abbasiah dan arkib di Vatican.Jika kerajaan-kerajaan purba di India memahatkan sejarah kita di dalam prasasti mereka,seperti Tanjore dan Nalanda serta dinasti-dinasti imperial China merekodkan nama kita di dalam manuskrip-manuskrip diraja mereka maka bisnes maritim kita adalah 'real'.Pengurusan pelabuhan kita adalah 'real'.Transaksi perdagangan kita adalah 'real'.Perniagaan borong kita adalah 'real'.Urusan tol dan cukai antara Timur dan Barat adalah 'real'.Kawalan trafik perkapalan antara India dan China adalah 'real'.
Bila bisnes maritim kita adalah 'real'.Srivijaya adalah 'real'.Melaka adalah 'real'.
Jika bisnes maritim kita adalah fiksyen,Selat Melaka adalah fiksyen,Singapura adalah fiksyen.Tetapi kita tahu,Singapura hari adalah negara maju hasil bisnes antarabangsa melalui kawalan trafik Selat Melaka.Jika Segenting Kra dijadikan terusan,kita akan lihat siapa yang akan jadi 'cacing di dalam mikrowave'.
Jadi,bila ada orang berkata 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',ini bergantung kepada tahap pemikiran anda dan self-esteem anda.Hang Tuah mengeluarkan kata-kata itu ketika dirinya bersemangat melihat status pengurusan pelabuhan dan perdagangan orang Melayu mencapai tahap sehingga orang luar mahu menaklukinya.Di dalam Sulalatus Salatin ada menyebutkan situasi Melaka ketika itu:
“Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu. Maka segala orang Arab dinamai Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang, kerana banyak jenis dagangan ada di sana…”
Adakah Sulalatus Salatin merepek-repek dan berkhayal?Seperti Hang Tuah berkata 'Tidak Melayu Hilang di Dunia'?Namun apabila Tom Pires yang menulis di dalam bukunya Suma Oriental:
“There is no doubt that the affairs of Malacca are of great impertance, and of much profit and great honour. It is a land that cannot depreciate on account of its position, but must always grow. No trading port as large as Malacca is known, nor any where they deal in such fine and highly-prized merchandise. Goods from all over the East are found here; goods from all over the West are sold here. It is at the end of the monsoons where you find what you want and sometimes more then you are looking for”
Bukankah seperti sama dengan ulasan Sulalatus Salatin?
Sebab itu bila beratus tahun sebelum kewujudan Melaka,apabila tertulis nama kerajaan Langkasuka pada manuskrip Hikayat Merong Mahawangsa maka orang-orang Melayu yang perasan mereka berpelajaran mengetawakan kerajaan fiksyen dan dongengan ini.Namun apabila para sarjana antarabangsa menemui nama "Lang-ya-xiu" dalam rekod Dinasti Liang,sarjana Tamil menemui perkataan ""Ilangasoka" terpahat di dalam kuil purba di Tanjore,disebut jelas 'Langkasuka' dalam rekod era Majapahit,Kakawin Negarakratagama,hari ini Langkasuka bukan lagi mimpi penglipurlara.
“When the king goes forth he rides upon an elephant. He is accompanied by banners, fly-whisks, flags and drums and he is shaded with a white parasol. The soldiers of his guard are well-appointed. The inhabitants of the country say that their state was founded more than four hundred years ago..." -rekod imperial Dinasti Liang 500 Masehi mengenai negara "Lang-ya-xiu".
Apabila seorang sarjana Belanda menemui satu batu bersurat yang mulanya dijadikan mainan oleh para penduduk kampung di Sumatera,beliau merasakan tulisan aneh pada batu itu mempunyai rahsia yang mendalam.Apabila ditemui kata 'Srivijaya,kota yang makmur' pada batu bersurat,ramai orang merasakan ia adalah omong-omongan dan sekadar kata-kata azimat.Namun apabila Goerge Coedes,seorang sarjana yang mengkaji sejarah Asia Tenggara mendedahkan bahawa nama 'Sanfotsi' dalam rekod dinasti Sung,merujuk kepada Srivijaya,sebuah empayar maritim yang hilang,kemudiannya beratus-beratus manuskrip,catatan pengembara dan prasasti muncul dari Parsi,Arab,India,China sehinggalah kepada riwayat-riwayat Mon,Thai,Khmer dan Burma mengungkapkan sebuah hegemoni politik yang memakan masa lebih 1000 tahun.
"Sanfotsi (Srivijaya) is situated between Cambodia and Java. . . . The people are skilled at fighting on land and water. . ." -rekod imperial Dinasti Sung abad ke-10 Masehi
Srivijaya pada hari ini tidak dapat dinafikan oleh sejarahwan adalah legenda politik dan bisnes maritim Asia Tenggara..
Ketika 1300 tahun Sebelum Masehi sebuah tamadun satu bangsa yang tidak pupus sehingga ke hari ini sementelah bangsa-bangsa hebat seperti Mesir Purba,Akkadia,Assyria,Media,Phoenicia dan sebagainya pupus sebagai satu 'state-nation'. Sargon of Akkadia,Nebuchadnezzar II yang menakluk Judah dan Jerusalem,Nimrod of Mesopotamia yang sezaman dengan Nabi Ibrahim dan Ashurbanipal King of Nineveh adalah mereka yang menyaksikan rahsia di sebalik ayat-ayat Hang Tuah..
Saya melihat kata 'תּנּין' yang bermaksud 'dragon' setelah menyemak mengikut kamus moden.Namun rakan saya yang mempunyai darah Yahudi di sebelah ibu menyatakan bahawa ia bermaksud raksasa air,atau 'ular besar yang tinggal di laut' (sea monster).
Manuskrip itu amat susah difahami,kerana menggunakan bahasa Ibrani (Old Hebrew) era Biblical sekitar abad ke-6 Masehi.Manuskrip itu majoriti isinya ialah mengenai tatacara atau ritual satu aliran keagamaan tertentu.Terdapat kata 'ophir' di sana sebagai satu kalimah pemujaan.Saya teringatkan panggilan orang Barat terhadap Gunung Ledang sebagai 'Mount Ophir'.Apabila saya ajukan makna 'ophir',rakan saya menjawab 'ring of fire'!
Hebrew:
Malay=Hebrew=English
Api=ophir=ring of fire.
Adat=dawth=law
Surau=sawraw=house,small mosque/fort
Egyptian:
Malay=Egyptian=English
Mata=maat=eye
Perahu=perehu=boat
Phoenicia:
Malay=Phoenicia=English
Rabun=rabun=blindness(Malay),large eye(Phoenicia)
Bala=Baal=disaster(Malay),fertility(Phoenicia)
Bagaimana perkataan-perkataan dari bangsa-bangsa purba boleh ada dalam kosakata Melayu?Bahasa Melayu berhubung dengan bahasa Sanskrit dan Arab melalui faktor agama,Parsi dan Cina melalui perdagangan dan bahasa-bahasa Eropah melalui penjajahan dan globalisasi,tetapi bagaimana dengan Ibrani,Mesir Purba dan Kanaan (Phoenicia)?Kosakata Phoenicia contohnya mempunyai makna yang berlawanan dengan bahasa Melayu dengan kata yang sama.Adakah ini kebetulan?Ini amat aneh dan membingungkan!
Jika Melayu hilang di dunia,maka dunia ini juga akan hilang.
usinkata;...Tunggulah jika Cik Srikandi updatekan....
"The Origin of The Sea Dragon"
מקורו של תּנּין הים
Chapter IV
1 comment:
Orang Melayu dapat mempertahankan Islam dan budayanya selama ratusan tahun walaupun dijajah oleh penjajah asing. Namun tidak sampai 100 tahun Tanah Melayu diperintah oleh proksi penjajah berbangsa Melayu... semua nilai-nilai ini tumpas dengan mudah.
Di mana Inggeris/British menjajah, sejarah sesuatu bangsa pasti dialih dari suatu bangsa yang megah dengan sejarah bangsa dan agamanya mengikut acuan mereka. Bangsa dijajah menjadi suatu bangsa yang dilihat mundur dan tiada jati diri, malah tanda-tanda keagungan bangsa tersebut pasti sama ada disembunyikan, dialih atau dimusnahkan agar bangsa tersebut hilang identiti dirinya.
Post a Comment