Sunday, July 10, 2011

Wajah Sebenar "Peludah Warna"


BERSIH 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak PERKASA, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.

Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri .Justeru, Najib mendakwa BERSIH tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium. BERSIH 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja.

Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini.

Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.

Walaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya.

Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.

Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?
Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau.

Episod BERSIH telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara.

Namun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan.

* sumber * -petikan dari artikel Malaysiakini -"BERSIH 2.0: Kebenaran sentiasa atasi kekejaman"
oleh: -Wira Arjuna- beliau adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Friday, July 8, 2011

PELUDAH WARNA


Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

Monday, June 20, 2011

Mari Kita 'Pesta-Berpesta' utk 'Selamatkan Malaysia'


usinkata; ..Jom kita rame-rame berpesta pd 9 Julai 2011 ini...


Mari pesta demokrasi

Ketika saya menulis rencana ini,Pergerakan Pemuda UMNO telah mengumumkan bahawa mereka bercadang utk membuat perarakan pada 9 Julai 2011 utk 'memperkukuhkan sistem demokrasi.
Sebelum ini Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ( Bersih 2.0 ) telah menyatakan hasrat mereka membuat perarakan di ibu kota pada tarikh yg sama.
Tidak ketinggalan juga Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa ) yg ingin membuat perhimpunan yg hanya boleh dikatakan sebagai 'anti Bersih' juga pada tarikh yg sama.
Maknyanya, akan berlangsung PESTA DEMOKRASI yg tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Disini pihak Polis harus memainkan peranan mereka.Pendekatan mereka terhadap pesta demokrasi ini harus berbeza dgn cara mereka sebelum ini.
Tidak perlu membazir masa dan wang utk menghalang perhimpunan yg berlaku.
Tidak ada gunanya mengenakan sekatan jalan raya,menahan orang yg berbaju warna itu dan ini dan membuat tangkapan sewenang-wenangnya.
Pesta demokrasi ini tidak wajar dihalang.
Peranan polis seharusnya utk memudahkan demonstrasi yg akan diadakan.
Tidak perlu menembak cecair ataupun ataupun gas pemedih mata.
Tidak perlu menghuraikan perhimpunan.
Tunggu dan lihat,pastikan semuanya aman.Hanya masuk campur sekiranya berlaku kekacauan.

Saya amat teruja menantikan pesta demokrasi ini di ibu kota.Tarikh 9 Julai 2011 mungkin tarikh keramat.Tarikh dimana rakyat Malaysia berpesta meraikan demokrasi dan merayakan hak mereka di bawah Perlembagaan.
Tiba masanya kita sedar bahawa demokrasi itu bukan sentiasa tersusun dan rapi,bukan sentiasa rutin dan berjadual,bukan sentiasa mudah dan senang.Tetapi demokrasi itulah yg menjadi paksi negara kita dan menjadi darah daging kita.Dengan kesedaran ini,mari kita berpesta.

* petikan dari Sinar Harian N17 tulisan "Cermin Sanubari " Syahredzan Johan seorang peguam muda. "Mari Pesta Demokrasi"

Wednesday, June 15, 2011

"BERSIH" lagi halal dan suci di sisi undang-undang..




Ada suara-suara mempertikaikan rancangan Bersih utk adakan demonstrasi jalanan iti tidak berpermit.Kalau bercakap tentang permit,bila sebenarnya permit untuk berarak dalam skala besar pernah diberikan oleh polis?

Penguin March yg disertai ribuan peguam di Putrajaya pada 200
7,juga tidak berpermit.Tetapi badan peguam dan ahli-ahlinya tetap berarak secara aman dari Istana Keadilan sehingga ke pejabat Perdana Menteri utk membantah klip video seorang peguam yg dituduh campur tangan dalam sistem kehakiman negara.
Tiada peristiwa buruk berlaku semasa peguam-peguam itu berarak,suara mereka lantang,tapi tetap berkumpul secara aman.

Jika kita faham hak asasi,tidak timbul soal berkumpul lebih dari tiga orang akan dikira perhimpunan haram dibawah Akta Polis.

Paling dangkal apabila saya terbaca kenyataan sesetengah politikus yg khuatir macam-macam boleh "terjadi" bila kita berkumpul dlm bilangan besar.Mereka juga mengutuk rancangan Bersih utk berdemonstrasi kerana ia menyusahkan,menghalang kelancaran urus niaga harian di jalan-jalan utama kota raya,menyusahkan pemandu teksi dan macam-macam lagi.

Maaf saya celupar,tetapi kita tidak boleh menafikan hak asasi hanya utk memastikan kelancaran aktviti ekonomi sesetengah kumpulan sahaja.

Demokrasi itu mahal definasi,tidak boleh diperkotak-katikkan utk kepentingan peribadi.Tidak mengapa ,saya menghormati hak ahli politik itu utk membantah dan membuat laporan polis.

Benar,saya tidak menafikan kemungkinan timbul kesesakan yg akan jejaskan perniagaan dan urusan seharian di Jalan TAR apabila tiba 9 Julai.
Tetapi harga kebebasan bersuara dan hak rakyat utk berkumpul lebih penting dari rasa tidak selesa beberapa jam.

Pesan saya utk ahli ahli politik bijaksana: berhenti mengharamkan apa yg halal di sisi undang-undang.Fitrah manusia memang suka buat apa terlarang.Jangan jadikan demokrasi suatau kenyataan paradoksikal semata .

* petikan dari sebahagian dari ; "Kanvas Kata" ELVIZA MICHELE KAMAL - Sinar Harian N14 Rabu 15 Jun 2011 Cetusan : Gadai hak asasi demi ekonomi ?

Tuesday, May 24, 2011

P. Ramlee, kreativiti dan alif mim nun wau

Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bin Teuku Nyak Karim  binti Che Mah binti Husin. @ P Ramlee
22 Mac 1929 - 29 Mei 1973


oleh Muhammad Zir-24 May 2011-Roketkini

Satu-satunya manusia yang masih terus diingati, dipuja dan diperkatakan melebihi susuk mana-mana ahli politik sebesar Tunku Abdul Rahman, Tun Razak atau Tun Mahathir sekali pun, hanyalah P.Ramlee. Kisah tentangnya atau karyanya akan senantiasa diputar di kaca TV dan Radio. Kita percaya, pengaruh ini akan kekal berpanjangan, melebihi ingatan rakyat kepada Tunku, Tun Razak atau pun Mahathir sendiri.

Kita semakin menyedari bahawa bakat dan karya beliau lahir dalam lingkungan persekitaran sebuah zaman perantaraan pra-kemerdekaan 40-an, merdeka 50-an dan pasca kemerdekaan 60-70-an. Bingkai masa ini sangat signifikan dengan perkembangan budaya, sosio ekonomi dan politik tanahair. Ini mungkin dapat memberi gambaran dengan lebih jelas tentang realiti budaya dan bangsa kita sendiri.

Era 40-an

Singapura pada sekitar tahun 40an merupakan kota besar. Kota yang menjadi tumpuan umum seperti mana Kuala Lumpur pada masa ini. Tetapi pada zaman itu, Kuala Lumpur bukanlah kota yang setanding Singapura, malah ia antara wilayah asing yang tidak menarik. Secara tidak rasmi, British menjadikan Singapura sebagai ibu kota Tanah Melayu. Kota ini juga menjadi idaman tentera Jepun sewaktu menakluk Semenanjung Tanah Melayu.

Pada zaman itu, kota ini bukan kota bangsa Melayu atau Cina, India, Arab atau Mat Salleh, tetapi ia adalah Kota Budaya. Kota ini menjanjikan kepelbagaian budaya yang merancakkan kegiatan hiburan, pembangunan dan perniagaan. Tidak hairanlah bila ia menjadi tumpuan artis, pengarah, penerbit dan peniaga dari seluruh dunia untuk bekerja dan menjadikan kota ini sebagai pusat industri seni dan hiburan yang besar. Pada masa itu, difahamkan industri filem Melayu di Singapura mempunyai kepakaran, teknologi dan budaya kerja yang standing, kalau pun tak lebih maju berbanding industri filem di Hong Kong dan Bollywood. Puncanya, bukan kerana insan seperti P.Ramlee, B.S. Rajan, L. Krishnan atau kilang filem Shaw Brothers, tetapi kerana pakej yang ada pada kota itu sendiri.

Kota Singapura

Bagaimana British membina kota ini? Secara ringkasnya, hasil dari politik Stamford Raffles dengan pembesar-pembesar Melayu khususnya bangsawan Johor, maka Singapura dapat ditadbir oleh beliau atau dengan lebih tepat lagi diurus oleh Syarikat Hindia Timur British. Pelabuhan dan perdagangan menemukan semua bangsa dari serata benua. Kota ini membangun dengan objektif menjadikan ianya sebagai pusat perniagaan. Keterbukaan pentadbiran Syarikat Hindia Timur British ini telah menjadikan ekonomi dan sosial wilayah Singapura hidup dengan segala macam persaingan yang aktif. Inilah kerangka bagaimana sebuah pulau menjadi kota budaya milik semua kaum yang bebas untuk berdagang.

Era berkarya

Era 40-50-an inilah kita melihat kelahiran karya-karya P.Ramlee dan juga karya dari seniman lain muncul dengan idea yang segar. Kita tidak akan lupa pada filem Ibu (’53) Panggilan Pulau (’54), Penarek Becha (’55), Anakku Sazali (’56), Sarjan Hassan (‘58), Antara Dua Darjat (’60), Ibu Mertuaku (’62) dan banyak lagi. Zaman kegemilangan itu, industri filem dan muzik bukan bercita-cita untuk mengangkat martabat budaya bangsa (Melayu) atau untuk membuktikan kita ‘Boleh’, sebaliknya karya-karya dihasilkan semata-mata kerana semangat atau `berahi berkarya’ atau dengan maksud lebih jelas, kerana budaya berkarya dalam industri. Itu sahaja.

Walau pun bukan kerana objektif yang `mulia’, karya-karya ini jelas memaparkan budaya bangsa, tidak kira Melayu, Cina atau India. Bahasa pertuturan filem juga lebih bermutu daripada sekarang. Malah, kaum-kaum lain juga tidak menafikan kelebihan P.Ramlee sebagai seorang yang berbangsa Melayu yang amat kreatif, unik dan berbakat besar. Tidak ada salahnya sesuatu kaum itu mempunyai kelebihan dalam satu-satu bidang. Itu realiti bagi yang berusaha gigih. Pada masa itu, kaum Cina mendominasi aspek perniagaan, kaum Melayu mendominasi aspek kretiviti dan inovasi. Kerjasama antara tauke Cina kilang filem dengan karyawan Melayu amat jelas dan mudah – profesional.

Era P.Ramlee

Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia bersama Sabah dan Sarawak atas faktor keadaan politik pada masa itu. Selama tempoh itu, keadaan politik Tanah Melayu dan Singapura terus bergolak dengan mogok pekerja, pengaruh komunis dan isu perkauman, akhirnya pada Ogos 1965 Malaysia memecat Singapura dan ia menjadi sebuah negara republik.

Jika kita perhatikan antara awal tahun 50-an hingga petengahan 60-an, kita dapat melihat karya-karya yang bermutu dari P.Ramlee, tetapi selepas itu di Studio Merdeka Kuala Lumpur, mutu karya-karya P.Ramlee mula merudum, ‘64 Si Tora Harimau Jadian, ‘65 Ragam P. Ramlee, Dajal Suchi, ‘66 Sabarudin Tukang Kasut, ‘67 Sesudah Suboh, Keluarga 69, Anak Bapak, ‘68 Lain Jalan Ka-Shorga, Gerimis, Ahmad Albab , ‘69 Kanchan Tirana, Bukan Salah Ibu Mengandong, Enam Jahanam, ‘70 Dr. Rushdi, Gelora, ‘71 Putus Sudah Kaseh Sayang, Durjana, Jangan Tinggal Daku antaranya. Jika tidak kerana sejarah, karya-karya ini sememangnya tidak begitu tinggi mutu. Malah P.Ramlee sendiri mengakui kekecewaannya pada karya-karya era ini.

Apakah keadaan yang berlaku pada karya P.Ramlee mempunyai signifikannya dengan keadaan politik pada masa itu? Atau, apakah jenaka “..alif mim nun wau, alif tendang wau bunyinya sarkis..” dalam filem Pendekar Bujang Lapok itu hanya ungkapan sinis kosong beliau? Atau filem Antara Dua Darjat hanya sekadar kisah cinta terhalang kerana keturunan? Jenaka dan idea-idea beliau ini telah menjadikannya seniman yang paling berpengaruh kepada masyarakat. Untuk itu, barangkali dia harus membayar harga yang amat mahal pada hujung usianya apabila tersepit dengan arus politik yang dianngap sesetengah pemerhati seni budaya sebagai membunuh kreativitinya.

Era DEB

Di zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, dasar pentadbirannya tidak banyak berbeza dengan dasar penjajah British. Ruang sosial dan kegiatan kebudayaan Melayu tidak begitu dikawal – terbuka dan bebas. Hanya kebebasan politik dan ideologi dikawal ketat. Setelah berlaku rusuhan kaum pada 1969, Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri yang menggantikan Tunku, telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada awal 70-an. Dan ketika itu juga pada 1971, diadakan Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Secara objektifnya, dasar ini adalah untuk membela dan membangunkan taraf hidup kaum Bumiputera Melayu baik di bidang ekonomi mahu pun kebudayaan. Ketika dasar ini diperkenalkan, hampir tiada langsung bantahan dari rakyat malah dasar ini dianggap sebagai penyelamat kepada kaum Melayu.

Namun, dalam proses perlaksanaan dasar-dasar ini, barulah kelihatan sedikit demi sedikit kecacatannya. Walau pun DEB hanya diperkenalkan seawal tahun 1970, usaha tersebut telah digerakkan sejak Tun Razak menjadi Menteri Pelajaran yang pertama bagi Malaya selepas Perikatan menang pilihan raya persekutuan 1955.

Institusi dan dasar

Daripada Penyata Razak, ditubuhkan ‘institusi’ seperti Institut Bahasa Melayu Malaysia ( IBMM 1956) dan Balai Pustara iaitu kini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP 1957). Secara objektifnya, mendirikan institusi bukanlah suatu perkara yang salah, tetapi dasar dan proses pelaksanaannya menjadi satu persoalan paling besar. Penyata Razak dipertanggungjawabkan untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan, menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain. Kesemua ini tidaklah menjadi kesalahan kepada sesiapa pun, tetapi yang menimbulkan persoalan ialah niatnya – untuk mengawal dan bukan membebaskan.

Bagaimana mungkin bahasa yang ditutur diberi ‘peranan’ dan ‘fungsi’ menurut faham ahli politik? Bahasa harus dieja dan ditutur dengan betul, perkataan ‘harus’ ini bukan sekadar niat untuk mendidik tetapi ‘mengawal’ dengan akta-akta dan terma-terma yang akhirnya untuk kita – jangan buat kesalahan. Ini memberi maksud, kreativiti disekat oleh undang-undang. Beginilah gambaran bagimana kita memahami budaya (bahasa dan seni) dan pendidikan. Institusi yang dibina atas niat yang suci, pada akhirnya menjadi duri dalam daging bagi kaum Melayu sendiri. Kefahaman kepada kebebasan berbudaya semakin terhakis.

Selepas era Tun Razak, datang pula Tun Mahathir, beliau menyambung apa yang telah Tun Razak usahakan. Malah di zaman Mahathir, lebih banyak institusi ditubuhkan antaranya Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS). Semua ini akhirnya digunakan untuk orang politik menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh untuk seniman berkarya. Apa yang boleh ditulis, diterbit, dinyanyikan hinggalah apa yang patut karyawan buat. Akhirnya, tanpa sedar karyawan kita kerjanya hanya membuat kerja propaganda politik untuk orang politik.

Kepupusan budaya berkarya

Zaman pasca perang 40-an, sebelum adanya semua institusi ini, karyawan kita seperti P.Ramlee mampu berkreatif dengan senang hati dan hasil karyanya berkualiti baik dari segi idea, konsep dan teknikal. Tidak perlu bergantung pada dana dari kerajaan untuk berkarya, sebaliknya tauke-tauke filem berani melabur. Kekuatan ini tidak dapat dibandingkan selepas semua yang berkaitan seni diinstitusikan, hingga kini kita tidak memiliki apa-apa yang boleh dibanggakan selain daripada pencapaian dahulu. Kini kita terus hidup dalam memori indah Studio Jalan Ampas. Itu sahaja.

Dengan slogan pentadbiran kerajaan yang baru, slogan institusi yang indah-indah, skim untuk karyawan itu dan ini, bersilih ganti. Semua ini kononnya dengan niat untuk mengangkat martabat seni tempatan, filem dan muzik tempatan kepada dunia, hanyalah propaganda politik kepada masyarakat. Kerja tangan orang politiklah yang `membunuh’ bakat seperti P.Ramlee. Hari-hari terakhir Seniman Agung itu penuh duka lara kerana `sekatan’ institusi. Dengan budaya politik seperti ini, janganlah ada antara kita yang bermimpi akan lahir seorang lagi P.Ramlee. Jika P.Ramlee masih hidup sekali pun, mungkin tidak rela hidup membohongi diri sendiri.

“Keunggulan dan ketokohan P Ramlee dalam industri filem tidak dapat disangkal lagi, beliau adalah pengasas pembikin filem Singapura.” Menteri Penerangan Singapura George Yeo di Pesta Filem Antarabangsa Singapura ke-12, 1999

Mungkinkah kebebasan untuk berkreativiti dan berkarya sudah pupus di Malaysia? – Roketkini.com

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009