Thursday, May 31, 2012

AMY SEARCH : Antara "Mentari Merah Di Ufuk Timur" Dan "Purnama"


Adalah amat wajar jika betapa ramainya "Jiwa-Jiwa Luka" yang mana rata-ratanya ahlli-ahli dan penyokong PAS khususnya malah juga buat Pakatan Rakyat umumnya melihat satu detik pada tanggal 29 Mei 2012 Selasa telah tercatat sebuah lagi sejarah politik negara apabila Lagenda Rock Malaysia Amy Search a.k.a Suhaimi abd Rahman menyerahkan borang keahlian Parti UMNO dan seterusnya mengumumkan bahawa beliau telah pun menjadi Ahli UMNO..

Kekecewaan ini pada hematnya bagaikan mengulangi skrip yg pernah berlaku ketika Anwar Ibrahim mengumukan menyertai UMNO.
Masakan tidak setelah melihat keterbukaan TGNA mengunjungi Restoran Cheng Ho milik Amy dan Isterinya kemudian bagaikan ziarah balas dari Amy apabila mengunjungi TGNA di negeri Serambi Mekah..malah kelibat Amy bersama TGNA di tanah suci Mekah bagaikan sebuah "Gelora Membara".."Gelora Cintaku".."Cinta Pertama"..
"Fenomena" itu mengembirakan semua ahli-ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat..masing-masing dengan penuh harapaan menunggu "Fantasia Bulan Madu" bersama Amy di atas bintang "Kejora" apabila merasakan dapat "Melastik Ke Bintang" Putrajaya..
Namun apakan daya..setelah "Melayar Bahtera" seketika bersama Amy...datang "Bisa" menusuk dada...
Bagaikan berada "Di Pintu Sepi".."Gemuruh" "Cinta Sepi" itulah yang dirasakan....semua bagaikan "Hilang Dalam Terang"..
Akhirnya Amy tetap jua memilih utk menikmati "Mentari Merah Di Ufuk Timur" dan seterusnya mejalani kehidupan dengan memandu "Kereta Merah"..dengan meninggalkan "Purnama"..



Sebagai meraikan HAK PERBEZAAN PENDAPAT..wajar sekali kita tidak boleh memperkecilkan hasrat dan kepercayaan Amy memilih utk wadah "Satu Bangsa Satu Arah" iaitu 1Malaysia yang digagasakan oleh Presiden UMNO itu sendiri..
Hati ini mengalu-alukan penyertaan golongan artis atau "Mat Rock" dari band-band yang lain menyertai politik dan memilih "Isi atau Kulit" didalam Parti mana yang anda yakini samada berasakan untuk "Mencari Sebuah Nama" sehingga "Menuju Puncak" atau "Mencari" .."Sebantang Tongkat Untuk Berdiri"...
Moga-moga..."Derap Komando" didalam parti politik anda ..ia dapat mengajak "Berbagai Wajah" peminat anda mengikuti dan menghayati apa itu POLITIK..seterusnya memberi kesedaran bahawa POLITIK INI TIDAK KOTOR sepertimana didakwa sesetengah pihak yg ingin melihat warga Malaysia ini ketinggalan zaman dan menjadi robot..

Kepada "Kepala Angin" yang merasakan Amy bagaikan "Mengundur Waktu" dengan "Meniti Titian Usang" didalam parti UMNO..malah ada juga yang mendakwa Amy terperangkap didalam "Panggung Khayalan" yg diciptakan utk beliau dengan niat utk mempergunakan Amy sebagai "Gurindam Cinta Khayalan" menarik sokongan golongan muda mendekati UMNO..jangan bersikap keterlaluan..ketidak-terbukaan..malah sehingga  ke tahap "Melintasi Bantas" sehinggga "Musnah" kan diri yang dilabelkan "Orang Timur" ..
Pernahkah Amy "Memandu Nafsu" sehinggga menjadi "Manusia Reptilia" mencela dan menghina  parti anda sebelum ini..pernahkah Amy membina "Menara Kesesatan" utk melabelkan pemimpin parti dan parti anda sebagai SESAT..

Marilah kita bersama berfikiran positif membina "Cinta Buatan Malaysia" iaitu dengan menerima kemasukan Amy ke dalam UMNO sebagai saingan yang sihat utk menarik golongan muda menyertai politik dan seterusnya memahami betapa pentingnya politik didalam kehidupan..dan bukanya melihat Amy membawa satu "Bencana" didalam "Dunia Milik Kita" ini..

Tahniahh buat bro Amy Search dari peminatmu- usinwafer.

* Perkataan yang senget dan gelap ialah nama tajuk lagu-lagu Kumpulah SEARCH..






Monday, May 28, 2012

Jiwa Kacau Politikus Pencen


Mahathir Mohamad ..Mantan PM Malaysia menulis sesuatu dlm blog beliau tentang kebimbanganya iaitu..jika Pakatan Rakyat kalah didalam Pilihanraya Umum 13 nanti..keganasan dan huru-hara serta ketegangan kononya akan berlaku..

Sebenarnya malas nak mengomen tentang apa yg menjadi kerunsingan dan kebimbangan Mantan PM Malaysia ini..ini kerana betapa kuatnya berpegang pada hujah..

"...Politikus/Politikus Pencen akan menjadi PENTING kerana RAKYAT/KITA yang menjadikanya PENTING....Kalau RAKYAT/KITA berhenti bercakap tentang mereka...Politikus/Politikus Pencen akan sedar bahawa mereka tidaklah sepenting dan sehebat yang mereka sangkakan..."

Atas hujah ini...ia menyakinkan bahawa Dr M membina blog beliau(kalau tak silap di era Pak Lah jadi PM)..semata-mata ingin bersuara bagi menjadikanya relevan didalam arus politik perdana di Malaysia ini...mungkin beliau sedar..dgn sistem yg dibina semasa beliau berkuasa..menyukarkan beliau mendapat ruang dan sudut utk memastikan beliau masih "bertenaga"..walaupun dh pencen/bersara..

Setelah mendapati Tuan Guru Nik Aziz menempelak apa yg tertulis dilaman blog Dr M dan juga dimuat-naik berita ini di Malaysiakini..maka disini terpaksalah disurahkan apa yg berbuku didada..

Ini antara ringkasan dan huraian dari apa yg TGNA kata..

"Saya katakan ini kenyataan terbalik..Pembangkang terbukti telah kalah dan gagal menjadi Kerajaan Baru sebanyak 12 kali pilihanraya..tidak pernah berlaku huru-hara..Yang tidak pernah tewas ialah UMNO/BN..Hari ini selepas BN hilang majoriti 2/3 Parlimen..berlaku "tunjuk perasaan punggung" ..ceramah PR dilontar batu dan telur dan sebagainya..SIAPA YANG BERPOTENSI MENJADI GANAS.????"

Jika dilihat dari segi sejarah Dr M dan kebimbangan beliau ini..rupa-rupanya..ianya hanya sebuah skrip lama yg diolah baru..ditambah dengan kosa kata "BERSIH"..dan "ARAB SPRING"....suatu ketika dulu beliau sudah tayangkan apa yg berlaku hari ini di zaman ini..jom kita layan apa yang berlaku ketika 09 Ogos 1999..

Satu kenyataan media dikeluarkan pada 10 Ogos 1999 oleh Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang ketika itu..

"Mahathir bersalah menghasut dengan menyebut 13 Mei dan rusuhan kaum jika BN tidak dimenangkan dengan majoriti 2/3 dalam pilihanraya akan datang"

(Petaling Jaya,Selasa) : Ugutan yg dibuat tanpa segan silu oleh PM Dr Mahathir di Melaka kelmarin bahawa akan terjadi 13 Mei dan rusuhan kaum jika BN tidak dimenangkan dgn majoriti 2/3 dlm pilihanraya akan datang amat tidak bertanggungjawab dan TERKEJI...INI FAKTA.!!!!!

huhuhu...sekali pada 2008 PRU 12..BN hanya menang majoriti mudah saja..dinafikan majoriti 2/3...alahai kesiannya...Tragedi 13 Mei dan Rusuhan Kaum..tidak pulak jadi..huhuhu..kesiannn..

Sama kan..tapi tak serupa kan..huhuhu..dulu..actornya...13 Mei..sekarang..actressnya..ARAB SPRING..huhuhu..matlamat menghalakan cara..tak kira la apa pun pelakon tambahannya..

Ingin ditekankan sekali lagi....

Janganlah kita memainkan isu perkauaman sempit..ini kerana mengapi-apikan sentimen perkauman sempit ini adalah agenda utama Zionis Tempatan yg terdiri dr Melayu-Cina-India..Mari kita bersama bersangka baik sesama insan..kita dijadikan berbeza-beza..untuk kita saling lengkap melengkapi.. kenal mengenal..hormat menghormati..sayang menyayangi..bantu membantu.tolong menolong..ayuh kita bangunkan Malaysia ini dengan harmoni..makmur dan sejahtera..

Akhiaq kata...biarkan si luncai Dr M ini terjun dengan labu-labunya..kerana apa..kerana hujah ini..

"...Politikus/Politikus Pencen akan menjadi PENTING kerana RAKYAT/KITA yang menjadikanya PENTING....Kalau RAKYAT/KITA berhenti bercakap tentang mereka...Politikus/Politikus Pencen akan sedar bahawa mereka tidaklah sepenting dan sehebat yang mereka sangkakan..."


usinkata ; ..petikan dari sebuah lirik lagu sebagai selingan...


Sayang menyayang
Saling percaya
Punca kasih berpanjangan

Mengapa kita harus bersengketa
Kerana fitnah dan salah sangka
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakannya
Mengapa mesti ada perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

Marilah kasih
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan



sumber rujukan artikel diatas..:


1) http://chedet.cc/blog/?p=765#more-765
2)http://www.malaysiakini.com/news/199000
3)http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10597-banyak-bukti-umno-cetus-suasana-tegang-
4)Foto yg ditag kan ..http://www.facebook.com/photo.php?fbid=3963185680815&set=a.2421100209642.2137888.1315539401&type=1&theater
5) Buku Hak Untuk Berbeza Pendapat : Lim Kit Siang - Sebuah Lakaran    Biografi..http://store.dapmalaysia.org/index.php?route=product/product&product_id=104
6) Buku Tunggu Apa Lagi ; NOBISHA.. http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=525
7)Lirik Lagu http://www.liriklagu.com/liriklagu_nr/OGY_SandarkanPadaK.html










Saturday, May 26, 2012

SISTEM TUA BODOH









Ayat power dr Pak Samad ditujukan kepada Orang Tua yang semakin tua semakin bodoh..bak kata P Ramlee..."Dah Tua Pon Bodoh"..


Jika ada yang bertanya apa kena mengena dengan gambar Karpal Sigh..inilah jawapanya..

Karpal...dh tua pon masih bermain sentimen perkauman sempit....dh taw Utusan tue jadi tua utk bodoh..kenapa dikeluarkan statement yg dia mahu berjuang Bukan Melayu utk jd PM....nasib baik Lim Kit Siang dh sedaq bahawa utusan itu tua bodoh...utusan tue xakan baca sampai abis perlembagaan Malaysia..sbb tue masih bodoh dulu kini dan selamanya..yg dikesalkan..Karpal masih xsedar diri real politik negara kini..bukan dia tidak tahu secebis isu perkauman yg keluar dr mulut DAP akan dikunyah sehabisnya oleh TUA BODOH UMNO dan Utusan..maafla cik Karpal..sepandai mana pon baca perlembagaan..tapi jgn terjerumus kelembah kebodohan utk mencari populariti..
http://merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13098 


Ini satu lagi suatu lagi TUA BODOH..

Segala tindakan segelintir Melayu yg membuat provokasi melampau dan lucah..seperti melempar batu..telur..ke arah ceramah parti lain ..dan tidak lupa juga senaman tonggeng pungkoq kat depan rumah orang..semua menunjukan bahawa terdapat satu sistem TUA BODOH yg merasuk pemikiran segelintir Melayu yang ketinggalana zaman..inilah bahana Orang Tua 66 tahun (UMNO) yg jadi tua utk bodoh..sentimen perkauman sempit masih menjadi modal politik..

Semoga yang TUA menjadi tauladan kepada yang Muda..bukan semakin Tua semakin Bodoh apatahlagi dengan Bodoh kerana memperjuangkan perkauman yang sempit..

Monday, May 21, 2012

Perjuangan Berasaskan Bangsa Akan Ketinggalan





Sesiapa yang berjuang berdasar atau mengutamakan kaum akan kecewa kerana politik sebegitu bukan sahaja tidak praktikal lagi tetapi sudah tidak relevan dengan realiti politik negara ini.

Umno juga lama kelamaan akan hilang dan lenyap kalau mereka tidak memperbetulkan natijah dan matlamat politik mereka. Kalau Umno berterusan obses memperjuangkan kaum dalam lingkungan diri sendiri, budaya sendiri parti itu lama kelamaan akan pupus.

Pada saat dunia melimpahi sempadan 'politik gogak' tidak boleh diamalkan lagi.

Di alaf ini sudah tidak ada kekuatan sesuatu bangsa atau kaum yang akan menjadi tonggak dalam apa juga sistem pemerintah.

Soal bangsa bukan lagi asas kepada perjuangan walaupun bangsa itu adalah identiti kepada sesuatu kelompok atau komuniti.

Manakala makin tinggi ilmu dan kesedaran diri seseorang individu atau bangsa itu terhadap hakikat kejadian mereka, maka makin jauh mereka akan meninggalkan soal-soal kepentingan bangsa sebaliknya akan mengambil agama sebagai pegangan dan ideologi perjuangan kerana agama itulah yang akhirnya dinilai bukannya bangsa. - MSO a.k.a MerahTinta.blogspot
 

Sunday, May 20, 2012

GENERASI BERSIH DAN FENOMENA BERSIH



"selepas perhimpunan BERSIH 2.0, dunia siber diselubungi suasana "tak kenal BERSIH 2.0 maka dikira ketinggalan zaman" - *Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)


Jika sekiranya gerakan Reformasi 1998 dan PRU Ke-10 pada tahun 1999 dianggap sebagai petanda gelombang pertama fenomena media baharu, gerakan massa sekitar tahun 2007 khususnya gerakan BERSIH dan PRU Ke-12 pada tahun 2008 dapat dilihat sebagai permulaan gelombang kedua fenomena media baharu berikutan populariti media sosial seperti blog, Facebook dan YouTube

Empat tahun selepas BERSIH 2007, gerakan BERSIH 2.0 menyaksikan fenomena kemunculan Generasi Facebook ekoran populariti jaringan media sosial dalam kalangan warga siber serta suasana politik yang dinamik dan memberangsangkan pasca 8 Mac 2008. 

Kesan media sosial terhadap politik kebangsaan terserlah apabila Generasi Facebook mengemparkan bumi Malaysia dengan tuntutan
pembaharuan sistem pilihan raya dalam negara. Semasa kemuncak gerakan BERSIH 2.0, sebahagian besar halaman Facebook diselubungi kekuningan apabila ramai pengguna Facebook memasang lencana BERSIH 2.0 pada gambar profil masing-masing. Begitu juga semasa BERSIH 3.0.

15 tahun selepas melangkah masuk ke abad ke-21 ala Malaysia, kita sekali lagi menyaksikan betapa signifikannya peranan teknologi maklumat dan media baharu sebelum, semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 dan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012. Kemuncak gelombang kedua fenomena media baharu begitu terserlah berikutan fenomena BERSIH 2.0 dan 3.0 yang menyaksikan kelahiran generasi baru yang hebat yang diberikan gelaran Generasi BERSIH.

Kehebatan Generasi BERSIH bukan sahaja kelihatan dalam dunia siber di mana sebahagian besar Facebook diselubungi gelombang kuning. Yang paling menguja semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah keberanian yang ditonjolkan oleh para demonstran BERSIH 2.0 dalam dunia nyata biarpun BERSIH diisytiharkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai pertubuhan haram, polis melakukan "penangkapan bersifat penangkalan" (preemptive arrest) ala McCarthyisme, dan suasana tertekan atau "keganasan putih" (white terror) ditonjolkan oleh akhbar arus perdana dan media elektronik menjelang hari perhimpunan BERSIH 2.0.

Apabila menelusuri dialektikal struktur penindasan rejim pemerintah dan kebangkitan sebahagian besar rakyat, keberanian dan keseronokan yang ditonjolkan oleh Generasi BERSIH biarpun terpaksa berdepan dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dilengkapi gas pemedih mata dan meriam air, rejim pemerintah yang memain-
mainkan "politik ketakutan" (politics of fear), serta sekatan jalan yang dilakukan oleh pihak polis, adalah suatu fenomena perubahan sosio-politik yang mempunyai makna mendalam.

Gerakan BERSIH 2.0 dan 3.0 bukan sahaja menyaksikan puluhan ribu dan seterusnya ratusan ribu rakyat jelata khususnya Generasi Facebook dengan latar belakang yang pelbagai membanjiri beberapa lokasi sekitar ibu kota negara, kota-kota lain di Malaysia dan puluhan lokasi kota-kota besar di luar negara, bahkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0, dunia siber diselubungi suasana "tak kenal BERSIH 2.0 maka dikira ketinggalan zaman". Daripada murid sekolah hingga golongan profesional, ikon BERSIH 2.0 seperti Auntie Annie atau makcik Annie Ooi yang berusia 65 tahun dan sasterawan negara A. Samad Said yang berusia 76 tahun menjadi topik perbualan hangat. Banyak halaman Facebook masih diselaputi gelombang kuning beberapa minggu selepas perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0.

*ARTIKEL INI DIPETIK DAN DIEDIT DR MERDEKAREVIEW..TAJUK HAMPA CARI SENDIRI LA..LINK KOREK SENDIRI LA..

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009