Sunday, May 20, 2012

GENERASI BERSIH DAN FENOMENA BERSIH



"selepas perhimpunan BERSIH 2.0, dunia siber diselubungi suasana "tak kenal BERSIH 2.0 maka dikira ketinggalan zaman" - *Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)


Jika sekiranya gerakan Reformasi 1998 dan PRU Ke-10 pada tahun 1999 dianggap sebagai petanda gelombang pertama fenomena media baharu, gerakan massa sekitar tahun 2007 khususnya gerakan BERSIH dan PRU Ke-12 pada tahun 2008 dapat dilihat sebagai permulaan gelombang kedua fenomena media baharu berikutan populariti media sosial seperti blog, Facebook dan YouTube

Empat tahun selepas BERSIH 2007, gerakan BERSIH 2.0 menyaksikan fenomena kemunculan Generasi Facebook ekoran populariti jaringan media sosial dalam kalangan warga siber serta suasana politik yang dinamik dan memberangsangkan pasca 8 Mac 2008. 

Kesan media sosial terhadap politik kebangsaan terserlah apabila Generasi Facebook mengemparkan bumi Malaysia dengan tuntutan
pembaharuan sistem pilihan raya dalam negara. Semasa kemuncak gerakan BERSIH 2.0, sebahagian besar halaman Facebook diselubungi kekuningan apabila ramai pengguna Facebook memasang lencana BERSIH 2.0 pada gambar profil masing-masing. Begitu juga semasa BERSIH 3.0.

15 tahun selepas melangkah masuk ke abad ke-21 ala Malaysia, kita sekali lagi menyaksikan betapa signifikannya peranan teknologi maklumat dan media baharu sebelum, semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 dan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012. Kemuncak gelombang kedua fenomena media baharu begitu terserlah berikutan fenomena BERSIH 2.0 dan 3.0 yang menyaksikan kelahiran generasi baru yang hebat yang diberikan gelaran Generasi BERSIH.

Kehebatan Generasi BERSIH bukan sahaja kelihatan dalam dunia siber di mana sebahagian besar Facebook diselubungi gelombang kuning. Yang paling menguja semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah keberanian yang ditonjolkan oleh para demonstran BERSIH 2.0 dalam dunia nyata biarpun BERSIH diisytiharkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai pertubuhan haram, polis melakukan "penangkapan bersifat penangkalan" (preemptive arrest) ala McCarthyisme, dan suasana tertekan atau "keganasan putih" (white terror) ditonjolkan oleh akhbar arus perdana dan media elektronik menjelang hari perhimpunan BERSIH 2.0.

Apabila menelusuri dialektikal struktur penindasan rejim pemerintah dan kebangkitan sebahagian besar rakyat, keberanian dan keseronokan yang ditonjolkan oleh Generasi BERSIH biarpun terpaksa berdepan dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dilengkapi gas pemedih mata dan meriam air, rejim pemerintah yang memain-
mainkan "politik ketakutan" (politics of fear), serta sekatan jalan yang dilakukan oleh pihak polis, adalah suatu fenomena perubahan sosio-politik yang mempunyai makna mendalam.

Gerakan BERSIH 2.0 dan 3.0 bukan sahaja menyaksikan puluhan ribu dan seterusnya ratusan ribu rakyat jelata khususnya Generasi Facebook dengan latar belakang yang pelbagai membanjiri beberapa lokasi sekitar ibu kota negara, kota-kota lain di Malaysia dan puluhan lokasi kota-kota besar di luar negara, bahkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0, dunia siber diselubungi suasana "tak kenal BERSIH 2.0 maka dikira ketinggalan zaman". Daripada murid sekolah hingga golongan profesional, ikon BERSIH 2.0 seperti Auntie Annie atau makcik Annie Ooi yang berusia 65 tahun dan sasterawan negara A. Samad Said yang berusia 76 tahun menjadi topik perbualan hangat. Banyak halaman Facebook masih diselaputi gelombang kuning beberapa minggu selepas perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0.

*ARTIKEL INI DIPETIK DAN DIEDIT DR MERDEKAREVIEW..TAJUK HAMPA CARI SENDIRI LA..LINK KOREK SENDIRI LA..

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009