KDNK 8.9% Diibarat Suntikan Morfin Untuk Khayalkan Rakyat Ekonomi Sudah Pulih
Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 8.9 peratus dalam suku kedua 2010 dianggap suntikan morfin untuk mengkhayalkan rakyat bahawa kedudukan ekonomi Malaysia sudah pulih dan berada pada landasan kukuh untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata beliau bimbang dengan gambaran tidak tepat yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana kayu ukur kepada sama ada kukuh atau tidaknya ekonomi sesebuah negara bagi tujuan belanjawan tahun berikutnya adalah pertumbuhan ekonomi pada akhir tahun tersebut dan bukannya pertumbuhan pada suku pertama atau kedua.
Maknanya, kita akan dilihat melakukan kesilapan ketika membuat pengumuman dan pelabur akan memerhati serta membuat perbandingan secara tiga bulan sekali. Oleh Sebab itu saya rasa lebih baik kita jangan umumkan pada setiap suku, tetapi berikan satu angka keseluruhan pada akhir tahun itu.
"Kita bimbang keadaan akan berulang seperti yang terjadi pada suku terakhir tahun 2009 di mana ia mencatatkan pertumbuhan negatif. Kalau pun tujuannya adalah untuk menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara tetapi kita harus ingat yang paling penting ialah pertumbuhan pada suku ketiga dan suku keempat yang akan menentukan kedudukan sebenar ekonomi negara,"
petikan SuaraKeadilaOnline
baca lagi kat sini kalau rasa nk sadar diri..http://suara-keadilan.com/news-section?t=3786
No comments:
Post a Comment