"tak banyak bomoh yg dapat mengambil gambar Jin Tanah..so..mmg xda gambar Jin Tanah..sorii "
usinkata;..Perihal Jin ini...alam Melayu mmg ada macam-macam jin..xpercaya try tanya kat Wahid Senario..dia mmg simpan banyak sumber-sumber perihal Jin yg ada di alam melayu..
Cerita pasal Jin Tanah..mmg banyak yang tahu..betapa dasatnya Jin Tanah..calang-calang bomoh yg dpt menewaskan Jin Tanah.
Kat bawah ni hanya nk bercerita bagaimana Jin Tanah telah berkuasa dan bermaharajalela di sebuah negeri-negara..bagaimana Jin Tanah ini sudah membawa kemusnahan dan kehilangan serta menipu dan memukau ramai manusia..mengusir dan menghambat ratusan manusia hinga keluar dari kampung-kampung dan pelbagai lagi perilaku khianat yg dilakukan oleh Jin Tanah ini..
Dan akhir-akhir ini.. ada "bomoh" yg sudah buatkan Jin Tanah ini tidak senang duduk...ke hulu ke hilir..resah gelisah..sekejap sejuk sekejap panas..berdiri tak kena baring lagi tak lena..anak cucu cicit Jin Tanah ini juga sudah kena penyakit angau..bukan angau pada sang bunga tetapi angau pada duit dan kuasa..ini kerana terdapat anak cucu Jin Tanah yg sebelum ini hanya goyang kaki kini terpaksa bekerja padahal langsung tak tahu nak bekerja..
sebelum nak berundur ini..kat bawah ini ada beberapa bayangngan yg diberikan oleh "bomoh" yg sudah membuatkan Jin Tanah dan suku sakatnya gelisah-resah..hanya menunggu detik dan ketika semua spesis Jin Tanah ini akan dimasukan ke dalam botol dan dibuang ke dlm laut cina selatan atau kat selat melaka..
Selangkah ke alam misteri yg sudah tidak berapa misteri..
"macam pernah lihat logo ini..tapi dimana yaaa..adakah logo ini ada kena mengena dengan gambar Jin Tanah sepereti yg digambarkan..???..Hmmmm..warnanya hampir sama.berwarna merah.."
JIN TANAH @ UMNO...
Dimana UMNO kuat disitulah Melayu Merempat dan Merempit...menipu Melayu dulu..kini dan selamnya..
petikan Harakahdaily ;- http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29661:tanah-melayu-terhakis-angkara-umno&catid=85:ketua-penerangan&Itemid=137
ni fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu:
Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.
9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.
Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno.
Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura.
Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO. Tidak nampak muka pemimpin Umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing.
217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat.
Menghalau 290 buah rumah penduduk Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin PAS, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak.
Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.
Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.
usinkatalagi;..tepuk dada tanya mulut nak kata apa..sapa Jin Tanah dan sapa yg men-ketedarah tanah..so utk mengelakan diri dari berterusan menjadi hamba Jin Tanah..Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..ingatlah...Dimana UMNO kuat..disitulah Melayu Merempat dan Merempit..
No comments:
Post a Comment