Thursday, December 2, 2010

Dana Kata Ber"Hantu" yang mem"beku"kan..

"sapa pandai tangkap "momok"..try cari sat..nak tengok cmna rupanya"

usinkata;..Belegar dikepala mencari sebab musabab kenapa Najib dan MTnya menangguhkan pemilihan jawatan UMNO disemua peringkat selama 18 bulan..
Macam-macam ayat-ayat berhantu yg keluar dari halkum baik ahli parti UMNO sendiri mahupun bukan ahli terutamanya penyokong PR khusunya PKR..
Hati ini percaya..ramai sekali penyokong PR khususnya PKR kecewa UMNO "kecut teloq" utk meneruskan pemilihan jawatan disemua peringkat.Ini kerana para penyokong PR-PKR terlepas peluang utk menyerang UMNO sepertimana UMNO menerusi semua media yg menjadi kuda tungganganya melumatkan PKR saban hari sehinggalah setelah selesai Kongres PKR..

UMNO dan ahli-ahlinya bernasib baik..tetapi "jerat takan lupakan pelanduk"

Kata Ber"hantu"

Ini antara kata ber"hantu" yg dipercayai menghalang pemilihan jawatan UMNO disetiap peringkat.
Ayat berhantu ini iaitu Najib dibayangi "momok" sudah diketahui oleh seluruh umat melayu dan rakyat Malaysia..dan susuk"momok" itu sendiri tidak lain tidak bukan Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yassin.
Dan kata ber"hantu" ini diutarakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar..

petikan MalaysianInsider

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Najib mungkin takut hilang sokongan sebagai Presiden Umno sekiranya pemilihan secara langsung dilaksanakan seperti yang dijadualkan awal tahun depan Ini kerana menurut beliau dasar liberalisasi politik dan ekonomi yang diperkenalkan .Najib sejak menjadi Perdana Menteri April tahun lalu seakan menggamit protes senyap daripada akar umbi Umno sendiri

“Najib sebenarnya nak pastikan bahawa selepas pilihan raya umum ke-13 nanti beliau kekal sebagai Perdana Menteri “Mungkin selepas beberapa dasar liberalisasi ekonomi dan politik yang dilaksanakannya sebelum ini dia Najib berasa sedang menerima protes dalaman Umno sendiri Ditambah dengan karisme Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno yang dilihat tegar mempertahan kepentingan Melayu serta pernah mempersoal hala tuju gagasan “1 Malaysia”

Najib sebelum ini Mahfuz yakin bahawa pertimbangan politik Najib kian mencemaskan sekarang

“Najib mungkin bertambah cemas apabila akar umbi Umno melihat Muhyiddin sekarang lebih ‘Umno’ daripada Najib

Mahfuz berkata pendirian Muhyiddin bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia Najib

“Najib menghitung semua ini sekarang kerana jika diadakan juga pemilihan agung Umno juga boleh menyebabkan beliau Najib hilang jawatan dalam parti presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional dan dalam kerajaan perdana menteri ”

Tambah Mahfuz Najib sendiri mungkin yakin bahawa BN kekal mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum depan berdasarkan beberapa perubahan politik yang ditempuhi oleh PAS DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat Disebabkan itu Mahfuz berkata Najib tidak mahu dikhianati oleh Muhyiddin pada ketika rakyat menyokong Umno dan BN

 “Kalau Barisan Nasional kekal memerintah selepas pilihan raya umum nanti mungkin Najib mempunyai kekuatan politik untuk mempertahankan jawatannya presiden Umno dari dikhianati oleh kem Muhyiddin bagaimana kalau Najib kalah jika pemilihan agung Umno 2011 diadakan sekarang Pun begitu sekiranya Umno dan BN ditolak rakyat nanti mungkin Najib sendiri pasrah sekiranya akar umbi parti menolaknya pada pemilihan tersebut

 “Kalau Barisan Nasional kalah pada pilihan raya umum depan mungkin tidak masalah bagi Najib jika hilang kepercayaan sebagai Presiden Umno ”.

Kata-kata ber"hantu" yg diutarakan oleh Mahfuz seakan selari dengan kenyataan Timbalan Presiden UMNO iaitu Muhyidin Yassin dan kenyataan itu dilaporkan didalam Utusan Malaysia yg ramai tahu tidak "sangatlah" memihak kepada Najib didalam isu UMNO..sepertikata Mahfuz..."Muhyidin dilihat lebih UMNO dari Najib"
Dan jangan lupa Utusan Malaysia ini milik UMNO dan bukanya milik bersama BN..

Ahli UMNO diingat tidak buat spekulasi


KUALA LUMPUR 1 Dis. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak terutamanya ahli UMNO supaya tidak membuat sebarang spekulasi di atas penangguhan pemilihan parti di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) yang sepatutnya berlangsung tahun depan.


Timbalan Presiden UMNO berkata, seperti yang dijelaskan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, penangguhan itu sudah biasa dilakukan bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya ke arah pengukuhan parti.


“Penangguhan ini bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan oleh perlembagaan parti, selain pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini.


“Jadi, jangan buat sebarang spekulasi, yang mustahak keputusan telah dibuat dan jangan fikir soal pemilihan kerana dalam politik bila ada pemilihan, masing-masing mahu dapatkan kedudukan dalam parti.


“Apa yang penting kini, parti kita UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu diperkukuhkan. Jangan fikir soal jawatan, kedudukan dan sebagainya. Itu akan kita tetapkan pada masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-66 Majlis Tanah Negara (MTN) di Parlimen di sini hari ini.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Dana UBN

Selain dari ayat-ayat ber"hantu" yg menghalang pemilihan jawatan parti UMNO disetiap peringkat selama 18 bulan itu..antara bahan yg membuatkan pemilihan itu dibekukan sudah tentu ianya terdiri daripada DUIT...
Umum tahu ..takala pemilihan jawatan didalam UMNO..politik wang-rasuah politik sudah menjadi kembar bagi UMNO..
Ini bayangan yg diutarakan oleh seorang OKU Selangor (Orang Kuat Umno Selangor) yg ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman didalam Harakahdaily...http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29629:selagi-dana-politik-umno-belum-terisi&catid=86:editor-harakah&Itemid=126

petikan Harakahdaily

 "Aku yakin, Najib Razak tidak akan mengadakan pilihan raya umum dalam waktu terdekat. Dana atau tabung Umno masih kosong. Belum diisi secukupnya bagi membeli undi rakyat. Mereka perlu masa lebih panjang untuk lancar projek besar dan raih wang panas."


"Mudah saja," katanya, "Umno-BN perlukan duit sehingga ribuan juta ringgit untuk gerakkan jentera kempennya. Duit itu ada dalam projek-projek kerajaan yang kosnya sengaja ditinggikan berkali ganda."


"Bukankah sekarang banyak projek dibuat secara tender terbuka?" pintas saya, nampak sangat macam soalan bodoh.


"Bila pula Najib jadi bodoh macam tu? Semenjak zaman Pak Lah, yang janjikan ketelusan itu pun, banyak projek mega diuruskan secara rundingan terus. Lutfi, bukankah kau juga yang selalu sebut, Umno dan rasuah itu kembar siam yang tak boleh dipisahkan? Hang masih ingat kes Hasbie Satar, bekas Setiausaha Politik Tan Sri Nor Mohamed Yackob? Masa SPRM serbu pangsapuri dia di Butterworth, ada wang tunai lebih RM2 juta," jawabnya lancar.


"Itu kes kecil yang kebetulan terbongkar. Banyak lagi duit politik Umno yang terkumpul secara senyap dan diuruskan dengan begitu sistematik, tetapi tidak pernah dikesan," tambah beliau, sambil berjanji akan menjelaskan modus operandinya kepada saya.


"Kau tahu, kebanyakan dana politik Umno ini diuruskan secara rasmi, bukan lagi
di bawah meja? Malah dalam proses rundingan tender dan penentuan harga, peruntukan untuk dana politik Umno ini disebut secara jelas!" sambungnya.

Dari apa yg dihamburkan oleh OKU Selangor itu..bayangkan utk menghadapi PRU 13 UMNO memerlukan berjuta-juta RM utk menyambung talian hayatnya utk mencengkam Malaysia sekali lagi..
Utk itu jika dijalankan juga pemilihan jawatan disetiap peringkat..berapa pula RM jutanya perlu disediakan utk memastikan kemenangan pihak yg inginkan kuasa dan jawatan..
Ini sudah menyebabkan lebihan kos..ini dah double kos..contoh utk Pemilihan Jawatan UMNO 1 juta tambah pula PRU 13 1 juta..ini dah jadi 2 juta..

Disaat-saat dana UMNO dan BN semakin kering..adalah sukar utk menjalani Pemilihan Jawatan UMNO dan PRU13..untuk itu UBN memerlukan banyak lagi waktu utk merembat apa yg ada diMalaysia utk memastikan survival mereka selepas PRU13.
Dan apa yg kita tahu..rembat merembat sedang berjalan..perlukan dipaparkan disini apa yg sedang dirembat oleh UBN..huhuhu...carilah sendiri..jangan jadi malas..

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009