Tuesday, December 28, 2010

Misi Kotor : "FELDA STORM"...???


usinkata;...Satu misi kotor dilakukan di tanah Arab..berbunyi DESERT STORM..apakah di tanah Melayu memungkinkan satu misi kotor juga yg dipanggil FELDA STORM..???



Lantik Jeneral Isa Untuk Pertahan 46 Kerusi Parlimen Di Felda

"Saya rasa perlantikan Isa adalah tepat untuk melaksanakan misi yang kotor ini kerana orang lain tidak mampu, saya rasa pilihan ini merupakan pilihan yang bijak sebab Najib tahu keupayaan untuk melangsaikan wang-wang simpanan Felda dan sekaligus menjalankan misi membalas dendam terutama terhadap personaliti yang dikatakan meracuni fikiran peneroka-peneroka Felda.

"Kita merasa bimbang sekiranya peneroka dijadikan sasaran dan sekaligus antaranya membalas dendam dan yang kedua, untuk melakukan satu lagi penipuan untuk mempengaruhi dan menipu warga Felda, mungkin kepada peneroka, mereka buat cara baik tetapi kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa mempengaruhi peneroka akan dilayan dengan kasar, mungkin ditangkap atau didakwa.

"Pilihanraya kali ini, 46 kawasan Parlimen akan ditentukan oleh peneroka Felda dan misi melantik Isa adalah untuk melengkapkan formula atau pun pelan yang tertinggal...barangkali khidmat akhir beliau sebelum hayat politiknya berakhir.

"Dia akan buat yang terbaik dan apa saja dengan matlamat seluruh kawasan peneroka (46 kawasan Parlimen) dijanjikan akan disapu bersih.

"Berapa perbelanjaan, kaedah cara macam mana...terpulang. Ini sebenarnya satu tugas yang tidak sanggup dilaksanakan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor," ujar beliau.

Ujar beliau, Yusof barangkali tidak mahu menanggung dosa akibat daripada untuk melaksanakan misi tersebut.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



USINKATALAGI;..renungilah kata hikmat guru saya ini...

 "Bukan hendak merendahkan keupayaan Mat Isa, tetapi track record nya sebagai MB Negeri Sembilan sudah ketahui ramai. Selama 22 tahun beliau menjadi MB Negeri Sembilan, tahap kemajuan negeri itu boleh dilihat sejauh mana kehebatannya."

"Sebenarnya jawatan sebagai pengerusi agensi kerajaan tidak patut dijadikan tempat pesara politik mencari makan. Cukuplah dengan harta yang mereka kaut semasa menjadi menteri atau menteri besar. Lebih wajar kalau jawatan pengerusi itu diberikan kepada bekas pegawai kerajaan yang terdiri dari kalangan anak para peneroka. Biarlah anak peneroka merasai jawatan itu dan mereka memikirkan bagaimana hendak memaju dan memanfaatkan kekayaan Felda kepada kalangan mereka."

"Janji Najib nak lakukan transformasi rasanya termasuk juga dalam soal-soal perlantikan agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Risda, Mara dan berbagai-bagai lagi. Berhentilah atau cukuplah menjaga periuk nasi orang politik yang sememangnya sudah bumbung kalau dibandingkan dengan periuk nasi orang Felda, Felcra dan lain-lain." - MSO


No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009