Tuesday, June 23, 2009

Kedah kena "tibai"...8 bijik..!!!


Kedah kena tibai dengan BFC 8 gol berbalas 2 gol..
aramak....sedihnya..Kedah kena belasah..memang teruk gila nie...
BFC 8 - 2 KEDAH
sumber; the-AFC.com

Kedah sesat..?


KEDAH terpaksa mengharungi cabaran besar lebih awal sebelum turun menentang kelab dari Vietnam, Becamex Binh Duong, malam ini untuk memburu slot ke suku akhir kejohanan bola sepak Piala AFC. Semua pemain dan pegawai ‘didera’ gara-gara pemandu bas yang membawa mereka dari Alor Setar ke LCCT di Sepang tersesat jalan sehingga terlepas penerbangan Air Asia, awal pagi kelmarin. Berdasarkan prosedur syarikat penerbangan tambang murah itu, tiket akan dikira ‘hangus’ dan pasukan Kedah terpaksa mengeluarkan belanja tambahan membeli tiket Penerbangan Malaysia (MAS) untuk ke Ho Cin Minh jam 3 petang.

Itulah ‘harga’ yang terpaksa dibayar Kedah tetapi semangat tetap tinggi membara untuk melakukan kejutan ke atas pasukan pilihan, Becamex Binh Duong yang mempunyai kekuatan tiga pemain import dan enam pemain kebangsaan Vietnam. “Kita lebih suka merendah diri. Menang adalah kejutan dan bonus kerana melangkah sejauh ini adalah setapak maju jika dibandingkan dengan tahun lalu kita hanya di pusingan kedua Piala AFC,” kata jurulatih, Mohd Azrai Khor Abdullah pada sidang media di hotel penginapan pasukan di wilayah Phuong Nam, semalam. Azrai tidak mahu memberi tekanan kepada pemain kerana mereka terpaksa bersaing di peringkat antarabangsa hanya dengan 100 peratus tenaga tempatan.
Apapun, Hijau Kuning tetap berdepan hampir 15,000 penyokong tuan rumah di gelanggang yang mempunyai rekod cemerlang untuk pasukan mereka sepanjang musim ini. Maruah bola sepak Vietnam dipikul Becamex Binh Duong dan Kedah sekadar memburu bonus sebagai satu lagi koleksi di Jelapang Padi.

BAM jangan jadi FAM....


Jadual ketat boleh jejas peluang Chong Wei tapi BAM fikir sebaliknya


TATKALA Misbun Sidek melahirkan rasa berbelah bahagi mengenai tuntutan jadual ketat dihadapi anak didiknya, Lee Chong Wei, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkeras dengan pendirian bahawa pemain nombor satu dunia itu tidak berdepan masalah dan juga ia tidak akan menggugat peluangnya menjuarai acara perseorangan di Kejohanan Dunia, Ogos ini. Chong Wei yang baru menjulang kejuaraan perseorangan Terbuka Indonesia, kelmarin berdepan jadual perlawanan ketat dalam tempoh tiga minggu bermula dengan Terbuka Singapura dua minggu lalu, disusuli di Jakarta dan terpaksa beraksi pula di Grand Prix Emas Terbuka Malaysia-Yonex-Sunrise 2009, minggu ini. Ia bererti rentetan 21 hari tanpa rehat.

Selepas itu, dia kembali menjalani latihan sebelum turun bertanding dalam Mini Olimpik akhir bulan depan - seminggu sebelum Kejohanan Dunia di Hyderabad, India pada 9 Ogos ini. “Saya agak gelisah dan belum membuat keputusan mengenai jadual perlawanan ketat ke atas Chong Wei, terutama sekali beraksi di Mini Olimpik,” kata Misbun kepada wartawan selepas menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang melawat isterinya, Datin Latifah Mohd Sidek yang selamat menjalani rawatan buah pinggang di Guangzhou, China, minggu lalu. “Sememangnya keputusan mengenai penyertaan Chong Wei dalam kejohanan diputuskan oleh saya tetapi sekiranya penyertaan atas arahan, saya tidak boleh berbuat apa-apa.
“Kini terpulang kepada Chong Wei sama ada dia dapat menghadapi semua jadual perlawanan ini dan Mini Olimpik yang hampir dekat sebagai pentas latihan sebelum ke kejohanan dunia nanti,” katanya. Setiausaha Agung BAM, Ganga Rao pula menafikan wujud sebarang tekanan dan arahan terutama daripada Majlis Sukan Negara (MSN) supaya pemain utama kebangsaan mengambil bahagian tidak kira sama ada pemain terbabit akan berdepan dengan kejohanan dunia ataupun tidak. “Tidak ada tekanan atau pun arahan (daripada MSN),” kata Ganga. “BAM sentiasa berbincang dengan MSN mengenai perkara ini demi kepentingan pemain dan jurulatih. Lagipun, Mini Olimpik hanya berlangsung dua hari saja dan ia tidak menjejaskan apa-apa. “Saya yakin Chong Wei akan dapat menghadapi situasi ini dan ia juga mengenai satu tapak persiapan yang bagus kepada dirinya dan juga semua pemain badminton yang lain sebelum berkunjung ke Hyderabad."
sumber; Berita Harian
usinkata; BAM diharap jangan ikut "peel" FAM yg langsung "pangkah" mana-mana jurulatih yg memberikan komen atau kritikan kepada FAM ...harap BAM lebih matang dengan menghadapi situasi yg melanda Lee Chong Wei(LCW)...sebagai jurulati/mentor kepada LCW sememangnya Misbun lebih memahami "siapa LCW" apatah lagi beliau juga adalah "tulang belakang" pemain No1 perseorangan lelaki Badminton Dunia.

Bismillah.....


Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIMsetiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan menguncipintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakaipakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.
Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukansebarang aktiviti.Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnyaterlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatuketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan:
"Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik."Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkanBISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkanBISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkanBISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkanBISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.
Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sangsuami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut.Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepadaisterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.
Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkanBISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (airlaut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanyakepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelahitu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuangemas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untukmengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.
Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimatBISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnyaiaitu:
Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akanmengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupunyang baru kita gunakan.
Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidakdigunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kitamenaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidaknyaman. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakanoleh makhluk lain dengan cara mereka.
Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktivitikita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapatmembiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalammelakukan aktiviti kita sehari-hari.
usinkata; kisah ini diemailkan dari seorang teman bernama anje uda..tq very much..

Monday, June 22, 2009

Wajahku Hilang...?


Tumini (kanan) menutupi wajahnya yang hilang dengan kain.

Tumini (54), warga Desa Nglanduk, Kecamatan Wungu, Kabupaten Madiun, Jatim, sudah berpuluhan tahun menderita penyakit aneh. Suami Tumini, Marto (65), Minggu (21/6), mengatakan, akibat penyakit aneh tersebut, sebahagian wajah Tumini telah hilang dan berlubang. Bahagian kedua matanya, hidung, dan bibir hilang. Yang tinggal hanya dagu dan kening saja.
"Selama bertahun-tahun, penyakit tersebut terus "memakan" bahagian wajah isteri saya. Satu per satu bahagian wajah Tumini rosak akibat penyakit tersebut. Karena tidak ada mata maka ia tidak dapat melihat. Demikian juga tidak dapat berbicara, karena bibir dan jaringan pendukungnya lainnya sudah tidak sempurna," ujarnya.
Menurutnya, penyakit aneh tersebut telah menyerang isterinya selama hampir 30 tahun lebih. Namun, kerana keajaiban Tuhan, Tumini dapat bertahan meski jaringan hidung untuk pernafasanya juga tidak sempurna akibat penyakit tersebut. Bahkan kewarasan dan pendengaran Tumini juga masih dalam keadaan baik.
Marto bercerita, penyakit tersebut menyerang ketika isterinya masih berusia 20 an. Pada mulanya hanya berupa sebuah bintil menyerupai jerawat di hidung Tumini. Namun, lama kelamaan semakin membesar, berasa panas dan gatal.

"Ketika itu sudah pernah dirujuk ke hospital. Bahkan, isteri saya juga sempat dirawat di hospital dr. Sutomo Surabaya. Selama tiga bulan dirawat di sana, isteri saya tidak sembuh-sembuh. Kerana tidak mampu menanggung kos perubatan dan ubat-ubatan , akhirnya saya bawanya pulang. Doktor memberitahunya bahawa penyakit isterinya adalah kanser," kata Marto yang merupakan seorang petani.

Setelah dirawat di Surabaya, Tumini juga sempat dirawat di Hospital dr. Sudono Madiun. Namun sama saja, tidak membuahkan hasil dan akhirnya memilih untuk dirawat di rumah saja. Seiring dengan itu, jerawat Tumini semakin membesar. Bahkan, selain membesar, penyakit jerawat tersebut juga membuat beberapa bahagian sturktur wajah Tumini rosak, mengelupas, dan akhirnya "gugur". Kini yang tinggal pada wajah Tumini hanyalah lubang berdiameter 10-15cm dan sedalam 7-10 cm.
Wajah Tumini hilang karena penyakit aneh.
sumber ; kompas.com

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009