KEDAH terpaksa mengharungi cabaran besar lebih awal sebelum turun menentang kelab dari Vietnam, Becamex Binh Duong, malam ini untuk memburu slot ke suku akhir kejohanan bola sepak Piala AFC. Semua pemain dan pegawai ‘didera’ gara-gara pemandu bas yang membawa mereka dari Alor Setar ke LCCT di Sepang tersesat jalan sehingga terlepas penerbangan Air Asia, awal pagi kelmarin. Berdasarkan prosedur syarikat penerbangan tambang murah itu, tiket akan dikira ‘hangus’ dan pasukan Kedah terpaksa mengeluarkan belanja tambahan membeli tiket Penerbangan Malaysia (MAS) untuk ke Ho Cin Minh jam 3 petang.
Itulah ‘harga’ yang terpaksa dibayar Kedah tetapi semangat tetap tinggi membara untuk melakukan kejutan ke atas pasukan pilihan, Becamex Binh Duong yang mempunyai kekuatan tiga pemain import dan enam pemain kebangsaan Vietnam. “Kita lebih suka merendah diri. Menang adalah kejutan dan bonus kerana melangkah sejauh ini adalah setapak maju jika dibandingkan dengan tahun lalu kita hanya di pusingan kedua Piala AFC,” kata jurulatih, Mohd Azrai Khor Abdullah pada sidang media di hotel penginapan pasukan di wilayah Phuong Nam, semalam. Azrai tidak mahu memberi tekanan kepada pemain kerana mereka terpaksa bersaing di peringkat antarabangsa hanya dengan 100 peratus tenaga tempatan.
Apapun, Hijau Kuning tetap berdepan hampir 15,000 penyokong tuan rumah di gelanggang yang mempunyai rekod cemerlang untuk pasukan mereka sepanjang musim ini. Maruah bola sepak Vietnam dipikul Becamex Binh Duong dan Kedah sekadar memburu bonus sebagai satu lagi koleksi di Jelapang Padi.
Apapun, Hijau Kuning tetap berdepan hampir 15,000 penyokong tuan rumah di gelanggang yang mempunyai rekod cemerlang untuk pasukan mereka sepanjang musim ini. Maruah bola sepak Vietnam dipikul Becamex Binh Duong dan Kedah sekadar memburu bonus sebagai satu lagi koleksi di Jelapang Padi.
1 comment:
Macamana boleh sesat pulak tu...? drebar tu tak penah pi klia ka? hahaaahaha
Post a Comment