Tuesday, June 23, 2009

BAM jangan jadi FAM....


Jadual ketat boleh jejas peluang Chong Wei tapi BAM fikir sebaliknya


TATKALA Misbun Sidek melahirkan rasa berbelah bahagi mengenai tuntutan jadual ketat dihadapi anak didiknya, Lee Chong Wei, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkeras dengan pendirian bahawa pemain nombor satu dunia itu tidak berdepan masalah dan juga ia tidak akan menggugat peluangnya menjuarai acara perseorangan di Kejohanan Dunia, Ogos ini. Chong Wei yang baru menjulang kejuaraan perseorangan Terbuka Indonesia, kelmarin berdepan jadual perlawanan ketat dalam tempoh tiga minggu bermula dengan Terbuka Singapura dua minggu lalu, disusuli di Jakarta dan terpaksa beraksi pula di Grand Prix Emas Terbuka Malaysia-Yonex-Sunrise 2009, minggu ini. Ia bererti rentetan 21 hari tanpa rehat.

Selepas itu, dia kembali menjalani latihan sebelum turun bertanding dalam Mini Olimpik akhir bulan depan - seminggu sebelum Kejohanan Dunia di Hyderabad, India pada 9 Ogos ini. “Saya agak gelisah dan belum membuat keputusan mengenai jadual perlawanan ketat ke atas Chong Wei, terutama sekali beraksi di Mini Olimpik,” kata Misbun kepada wartawan selepas menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang melawat isterinya, Datin Latifah Mohd Sidek yang selamat menjalani rawatan buah pinggang di Guangzhou, China, minggu lalu. “Sememangnya keputusan mengenai penyertaan Chong Wei dalam kejohanan diputuskan oleh saya tetapi sekiranya penyertaan atas arahan, saya tidak boleh berbuat apa-apa.
“Kini terpulang kepada Chong Wei sama ada dia dapat menghadapi semua jadual perlawanan ini dan Mini Olimpik yang hampir dekat sebagai pentas latihan sebelum ke kejohanan dunia nanti,” katanya. Setiausaha Agung BAM, Ganga Rao pula menafikan wujud sebarang tekanan dan arahan terutama daripada Majlis Sukan Negara (MSN) supaya pemain utama kebangsaan mengambil bahagian tidak kira sama ada pemain terbabit akan berdepan dengan kejohanan dunia ataupun tidak. “Tidak ada tekanan atau pun arahan (daripada MSN),” kata Ganga. “BAM sentiasa berbincang dengan MSN mengenai perkara ini demi kepentingan pemain dan jurulatih. Lagipun, Mini Olimpik hanya berlangsung dua hari saja dan ia tidak menjejaskan apa-apa. “Saya yakin Chong Wei akan dapat menghadapi situasi ini dan ia juga mengenai satu tapak persiapan yang bagus kepada dirinya dan juga semua pemain badminton yang lain sebelum berkunjung ke Hyderabad."
sumber; Berita Harian
usinkata; BAM diharap jangan ikut "peel" FAM yg langsung "pangkah" mana-mana jurulatih yg memberikan komen atau kritikan kepada FAM ...harap BAM lebih matang dengan menghadapi situasi yg melanda Lee Chong Wei(LCW)...sebagai jurulati/mentor kepada LCW sememangnya Misbun lebih memahami "siapa LCW" apatah lagi beliau juga adalah "tulang belakang" pemain No1 perseorangan lelaki Badminton Dunia.

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009