Monday, June 22, 2009

Wajahku Hilang...?


Tumini (kanan) menutupi wajahnya yang hilang dengan kain.

Tumini (54), warga Desa Nglanduk, Kecamatan Wungu, Kabupaten Madiun, Jatim, sudah berpuluhan tahun menderita penyakit aneh. Suami Tumini, Marto (65), Minggu (21/6), mengatakan, akibat penyakit aneh tersebut, sebahagian wajah Tumini telah hilang dan berlubang. Bahagian kedua matanya, hidung, dan bibir hilang. Yang tinggal hanya dagu dan kening saja.
"Selama bertahun-tahun, penyakit tersebut terus "memakan" bahagian wajah isteri saya. Satu per satu bahagian wajah Tumini rosak akibat penyakit tersebut. Karena tidak ada mata maka ia tidak dapat melihat. Demikian juga tidak dapat berbicara, karena bibir dan jaringan pendukungnya lainnya sudah tidak sempurna," ujarnya.
Menurutnya, penyakit aneh tersebut telah menyerang isterinya selama hampir 30 tahun lebih. Namun, kerana keajaiban Tuhan, Tumini dapat bertahan meski jaringan hidung untuk pernafasanya juga tidak sempurna akibat penyakit tersebut. Bahkan kewarasan dan pendengaran Tumini juga masih dalam keadaan baik.
Marto bercerita, penyakit tersebut menyerang ketika isterinya masih berusia 20 an. Pada mulanya hanya berupa sebuah bintil menyerupai jerawat di hidung Tumini. Namun, lama kelamaan semakin membesar, berasa panas dan gatal.

"Ketika itu sudah pernah dirujuk ke hospital. Bahkan, isteri saya juga sempat dirawat di hospital dr. Sutomo Surabaya. Selama tiga bulan dirawat di sana, isteri saya tidak sembuh-sembuh. Kerana tidak mampu menanggung kos perubatan dan ubat-ubatan , akhirnya saya bawanya pulang. Doktor memberitahunya bahawa penyakit isterinya adalah kanser," kata Marto yang merupakan seorang petani.

Setelah dirawat di Surabaya, Tumini juga sempat dirawat di Hospital dr. Sudono Madiun. Namun sama saja, tidak membuahkan hasil dan akhirnya memilih untuk dirawat di rumah saja. Seiring dengan itu, jerawat Tumini semakin membesar. Bahkan, selain membesar, penyakit jerawat tersebut juga membuat beberapa bahagian sturktur wajah Tumini rosak, mengelupas, dan akhirnya "gugur". Kini yang tinggal pada wajah Tumini hanyalah lubang berdiameter 10-15cm dan sedalam 7-10 cm.
Wajah Tumini hilang karena penyakit aneh.
sumber ; kompas.com

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009