"Cendawan" ini jika dihinggapi "virus merah"(UMNO)..sudah tentu ia akan beracun...
usinkata; marilah kita sama-sama berfikir sejenak utk melihat dengan lebih terang siapa Cendikiawan "Cendawan" yg sedang melata tumbuh selepas hujan dibumi Malaysia ini..
Cendawan ialah sejenis tumbuhan yg langsung xakan dapat menggapai awan dilangit tinggi..begiti jugalah yg sedang berlaku dinegara kita dimana sebahagian besar para Intelektual/Cendikiawan/Akademikus tak ubah seperti cendawan yg tak mampu mencapai awan..
Ketika membaca tulisan Aqil Fithri yg bertajuk " INTELEKTUAL KOMUNIKATIF didalam ahkbar SIASAH bertarikh 17-23 Oktober 2010 yg bertajuk ; INTELEKTUAL KOMUNIKATIF hati ini bagaikan tercari-cari makna yg tersembunyi didalam tulisanya..apatahlagi artikelnya punyalah panjang..berkali-kali membacanya dan akhirnya ditemui jua maknya yg tersirat..itupun setelah membaca membaca apa yg dilontarkan oleh Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh didalam MerdekaReview ; UKM dan Lawak Bodoh Seksyen 15 AUKU
Utk itu hati ini memaparkan dua petikan penulisan yang amat menuntut pelbagai persoalan yg hanya dapat dijawab oleh hati dan fikiran yg waras mengenai nasib warganegara Malaysia sekianya "CENDAWAN-CENDAWAN" ini dibiarkan melata sejauh Perlis hingga ke Sabah...
Ayuh.!!..biarkan kita didalam persoalan yg tidak pernah mati utk difikirkan...
Antara salah sebuah "Kubu Zon Selesa" yg turut menempatkan "Cendawan" yg kekenyangan@mabuk kepayang..
petikan dari penulisan Aqil Fithri..
INTELEKTUAL KOMUNIKATIF
Apa,dan siapa itu Intelektual(atau cendikiawan)? Apakah tugas-tugas intelektual?Apakah intelektual itu hanyalah akademikus yang berkubu dikampus-kampus?..
Sebetulnya melihat dunia intelektualisme di Malaysia,pertanyaan-pertanyaan ini amat mendesak untuk dirungkaikan.
Dewas ini,kampus di Malaysia memang sudah menjadi zon selesa,dimana intelektual kita kekenyangan meneruskan apa yang ada (das Sein),bukanya mengangkat apa yang seharusnya (das Sollen).Yang ada adalah akademikus yang ggigih memperbodohkan generasinya.Manakala,yang seharusnya,mencerdaskan generasi,makin dilupakan.
Persoalanya,bagaimana semua ini dibenarkan berbudaya? Bagaimana akademikus kita yang sepatutnya bertindak sebagai intelektual tapi akhirnya gagal memenuhi amanah dari makna intelektual itu sendiri.
Intelektual kita bukan sahaja gagal memahami erti intelektual moden yang subjektif ,juga gagal untuk bertindak secara komunikatif.
Bayangnya saja ,dalam kemelut dengan sistem(ekonomi dan politik),intelektual kita sering kehilangan diri(tak-subjektif) dan hanya selesa mengikut arus rasio-instrumental,serta tak tajam-pengamatan(tak-kritis).Juga,tiada sesuatu yang baru dari mereka,selain bertakuk pada apa yang ada saja.
Ada akademikus kita yang kemaruk mengira markah KPI-mya tanpa menghiraukan kesan emanipulasi ilmu mereka dalam membangun ruang awam yang mandiri.Dan,usah airan lagi ,semua kasus ini memang terdapat di Malaysia.
Sebab itu ,menerusi generasi akademikus seperti ini, lahir pula bakal akademikus yang bodoh,dan terus memperbodohkan lagi generasi berikutnya...
usinkatalagi; ..Aqil Fithri turut menulis beberapa cara dan gaya utk membersihkan budaya "cendikiawan yg menjadi cendawan"..tetapi sengaja tidak dipaparkan disini..utk mengetahui apakah cara dan gaya itu..hendaklah dibuang sifat malas dan kedekut..carilah sumber ini..milikinya..
usinkatalagi; ..Aqil Fithri turut menulis beberapa cara dan gaya utk membersihkan budaya "cendikiawan yg menjadi cendawan"..tetapi sengaja tidak dipaparkan disini..utk mengetahui apakah cara dan gaya itu..hendaklah dibuang sifat malas dan kedekut..carilah sumber ini..milikinya..
Mari membaca pula petikan yg ditulis oleh Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh yakni penulis bebas yg menulis didalam MerdekaReview ;
UKM dan Lawak Bodoh Seksyen 15 AUKU
Pendedahan tersebut telah mengejutkan ramai pihak dan ada juga yang berasa amat hairan, mengapa Universiti boleh membenarkan kakitangan dan mahasiswanya terlibat dalam Perhimpunan Agong United Malays National Organisation, sedangkan mahasiswa yang ke PRK Hulu Selangor untuk sekadar memerhati, ditangkap polis, didakwa dalam Mahkamah Universiti, dan dilucutkan anugerah dekan.
Antara yang "tidak cukup matang berpolitik dan yang dibimbangi mudah terpengaruh
Sudah jelas di sini, Universiti bukannya berniat untuk menghalang mahasiswa berpolitik supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada pelajaran, ini sememangnya alasan lapok United Malays National Organisation untuk menipu rakyat. Nampaknya Universiti hanya berniat untuk menjahanamkan masa depan pelajar-pelajarnya yang cenderung menyokong parti pembangkang, supaya menjadi "pengajaran" kepada mana-mana pelajarnya yang berani bercakap benar mengkritik kezaliman pihak pemerintah.
Mungkin jika mahu menyokong United Malays National Organisation, Prof Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin tanpa segan silu sanggup membenarkan mahasiswanya "yang tidak cukup matang untuk berpolitik", "yang dibimbangi mudah terpengaruh", untuk menyertai Perhimpunan Agong United Malays National Organisation.
Mangsa kezaliman AUKU dan ketidakadilan "Cendawan Beracun"
Kami tertanya-tanya, tidakkah Prof.Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM berasa malu dengan apa yang dilakukannya? Tidak mampukah seorang akademik seperti beliau memikirkan kesan tindakannya membenarkan pendakwaan terhadap masa depan pelajar-pelajarnya itu? Mengapa beliau tanpa sebarang rasa malu, setelah begitu tegas menghalang penglibatan mahasiswa dalam politik, membenarkan pihak Universiti sendiri terlibat dalam Perhimpunan Agong United Malays National Organisation?
Jelas pelajar-pelajar yang terlibat dalam Perhimpunan Agong United Malays National Organisation itu tidak akan diambil apa-apa tindakan. Sudah tidak perlu berlagak neutral lagi, orang ramai sudah tahu betapa jijiknya pihak pentadbir Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekalipun mahu mengampu parti pemerintah janganlah dengan mengorbankan masa depan orang muda yang berani dan sayangkan negara.
Sekiranya Universiti Wawasan milik Parti erakan Rakyat Malaysia, UKM dengan terang-terangnya tali barut United Malays National Organisation, dan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti hanya lawak bodoh untuk memperbodohkan pelajar-pelajar kita.
usintutupkata;..Bandingkan dan cari hubungkait 2 penulisan bisu ini..cari dimana persoalan itu bersembunyi..
No comments:
Post a Comment