Wednesday, November 24, 2010

"DEATH NOTE" ; Menghantui Saksi..Pendakwaraya..dan..Hakim

Adakah ini "Nota Kematian" yg sering menghantui mereka..???

usinkata;...marilah kita selami "KISAH BENAR" tentang ketakutan kepada sebuah "Nota" yg menjadi tarik tolak antara sesama manusia..ada yg mahu melihat..ada yg mahu memegang.ada yg tak mahu dilihat sehingga nk menyebutnya pon tidak mahu keluar suara dari halkum...

Betapa dasyat dan misteri "Nota" ini..menjadi sorotan disetiap warganegara Malaysia yg mengikutinya..

"Nota" ini juga penuh tersarat dgn peristiwa dan perilaku yg memualkan..meloyakan..menjijikan..

"Nota" apakah itu..untuk apa ia menjelma..utk apa ia dihasilkan..untuk apa ia ditahsiakan..utk apa ia disimpan..utk apa ia mesti dihalang utk menjadi tontonan ramai..

Perghhhh !!!."Nota" ini lebih dasyat..lebih ngeri..lebih klimaxs dari cerita "THE DEATH NOTE"..

Mai kita layan..kat bawah ni....
PERINGATAN; Sebelum anda hendak membaca "kisah benar" dibawah ini..harap anda semua dapat memakai "PAMPERS" agar tidak basah seluar dan kain anda ..huhuhu



Petikan dari Sesawang Malaysiakini...

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sekali lagi melarang peguambela daripada mendapatkan dokumen pemeriksaan awal daripada pakar-pakar yang memberi keterangan.

Dokumen itu mempunyai banyak maklumat yang tidak terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan oleh pendakwaraya kepada mahkamah.

Anwar berkata ada cubaan jelas melindungi maklumat nota perubatan pengadu Saiful Bukhari Azlan, khususnya apabila pakar patologi Dr Siew memberi keterangan hari ini.

Walaupun gagal memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan Karpal, Dr Siew enggan untuk merujuk kepada nota-nota yang diambil oleh beliau ketika memeriksa Saiful untuk memberi keterangan.

Inikah "Nota" yg bisa mendatangkan "kematian" sehingga penulisnya enggan melihat kembali..???

Takut kepada nota?

Ini kerana jika beliau berbuat demikian, peguambela boleh memohon untuk mendapatkan nota-nota.

Bagaimanapun semasa waktu rehat, Dr Siew mengaku ada merujuk kepada nota-notanya. Anehnya sebaik sahaja perbicaraan bersambung, beliau enggan berbuat demikian.

"Kenapa ...takut mengenai kepada nota-nota ini," tanya Karpal. Namun pakar perubatan itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Karpal ni pon satu..cuba bayangkan "hantu ini" yg akan keluar jika "Nota kematian" itu terdedah dimahkamah..sbb tue la saksi itu xberani nk menatap "Notanya" kembali..

Pada permulaan proseding, keadaan di mahkamah tegang berikutan berlakunya pertikaman lidah antara Karpal dan Mohamed Yusof setelah peguam Anwar itu meminta Dr Siew agar melihat laporan protokolnya, kerana beliau tidak ingat apa yang ditulis dalam laporan berkenaan.

Karpal: Adakah anda ingat nama pesakit yang anda tulis dalam borang protokol?
Dr Siew: Ya, namanya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Karpal: Nombor kad pengenalannya?
Dr Siew: Saya tidak ingat.
Karpal: Adakah anda mahu merujuk pada borong protokol anda?
Dr Siew: Saya mahu lihat pada laporan penuh perubatan saya. Ia satu laporan penuh.
Karpal: Anda ingatkah tarikh lahir Mohd Saiful Bukhari?
Dr Siew: Saya tidak ingat.
Karpal: Sebab itulah anda hendaklah merujuk pada borang protokol anda untuk mengingati semula.
Dr Siew: Saya mahu rujuk pada laporan perubatan penuh saya.

Pada ketika ini Mohamed Yusof membantah soalan Karpal dan memintanya untuk berhentikan permintaannya agar Dr Siew merujuk kepada borang protokol itu.

Karpal kemudian berkata Dr Siew harus dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana merujuk kepada nota-nota itu ketika waktu rehat walaupun beliau sebelum itu memberitahu mahkamah tidak akan berbuat demikian.

Dakwanya, jelas ada cubaan untuk menyembunyikan maklumat daripada peguambela.

Karpal juga menegur Zabidin kerana terus menafikan hak peguambela untuk mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal doktor yang cukup relevan kepada perbicaraan.

Peguam veteran itu berkata Zabidin hanya membuang masa mengambil keterangan doktor jika tidak mahu melihat sendiri nota-nota yang diambil oleh doktor dalam memberikan keterangan mereka di mahkamah.

Adakah ini "Hantu Nota Kematian" yg sering menghantui Saksi..Pendakwaraya dan Hakim..???

Atau..hantu cun melecun ini..??? huhuhu

No comments:

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!

Hoiii !!!! INGAT TAU !!!
"Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?"- petikan kenyataan Najib Razak yang mengaku tiada idea lain utk nak bayar gari penjawat awam melainkan kenakan cukai kepada semua rakyat..Pada masa yang sama Kerajaan BN mahu mengurangkan cukai syarikat/cukai koparat..Pada 1988 cukai koparat adalah 40%..tetapikini telah dikurangkan kepada 25%..

Tapak-Tapak di Apadianie sejak 24 Mac 2009